08 February 2009

Nota Buatmu N..

Assalamualaikum..

Maafkan aku N andai apa yang ingin ku luahkan disini akan mengguris hati dan perasaanmu. Aku hanya insan kerdil di dunia ini, hanya menumpang di satu sudut dunia. Aku juga punya hati dan perasaan seperti mu, aku juga ingin dibelai dan dimanja seperti mu. Pertama kali aku mengenalimu, hatiku sudah mula bergelora. Ku sangkakan ianya hanya sekadar angin yang berlalu pergi tapi ternyata ku salah, semakin lama semakin kuat perasaan ku terhadapmu. Ku cuba untuk mengawal perasaan ini namun aku tidak berdaya. Hati ini terlalu berkeinginan untuk memiliki mu walaupun hati ini tahu bahawa diri ini tidak layak buatmu.

N, aku tahu hatimu sudah dimiliki. Aku terlewat untuk menawan hatimu, itulah satu sesalan buatku. Namun ku masih berharap agar masih ada peluang untuk ku menawan hatimu. Tapi janganlah kau tersalah sangka, tidak sesekali aku kan menjadi pemusnah hubungan antara kamu berdua. Aku hanya mampu menanti dan terus menanti hingga ke akhir hayat yang ada. Maafkan aku kerana terlalu mengharapkan mu..

N, tiada apa lagi yang termampu untuk ku ucapkan melainkan hanya kata cinta terhadapmu. Ku cuba untuk jadi yang terbaik untukmu tapi ternyata dia lebih bermakna buatmu. Aku tak mungkin kan memaksa mu kerana itu bukanlah sifatku, apa yang ku mampu hanyalah berharap agar masih ada ruang di hatimu buat ku. Salahkah aku untuk mengharap cinta darimu, berdosakah aku kiranya aku menagih kasih dan sayangmu. Aku juga seperti mu, punya sebuah perasaan yang menginginkan kebahagiaan. Aku cuba untuk melupakan hasrat hati ini namun siapalah aku untuk menahan gelodak di jiwa ini. Semakin ku cuba menahan semakin terseksa jiwa ini.

N, mungkin kau bukanlah milikku dan aku bukanlah milikmu. Usahlah engkau menduakannya. Kita tak mungkin kan bersama dan kita tak mungkin kan berdua walau hanya untuk sementara. Ku tetap mendoakan agar engkau bahagia bersamanya, aku tetap kan setia menanti mu hingga ke hujung nyawa. Selagi bergetar denyutan nadi di tubuh ini, selagi nyawa masih dikandung badan selagi itulah kau tetap kan ku tunggu..


Ikhlas Dari Jauh
Kamezaim


3 Komen:

Idalara Sunday, 08 February, 2009  

Ohhhh..N itu yang kame kata dahterjatuh hati tu...eluklah tu..jgn bina kebahagiaan atas airmata insan lain..

Tirana Sunday, 08 February, 2009  

Nasib baik Kamezaim tak kata "Nota Buatmu T"..Kalau tidak, perasan sekejap saya ni..hehehe

Kamezaim Sunday, 08 February, 2009  

to idalara : perli nampak.. hehe

to tirana : nak tulis T tadi tapi tertulis N plak.. ekekeke

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP