09 February 2009

Salahkah Aku..

Aku runsing
Aku buntu dengan fikiran ku sendiri
Aku malu dengan apa yang telah ku lakukan
Namun aku tidak menyesal dengan apa yang telah terjadi
Sebab aku tahu apa yang ku lakukan dan aku adalah aku..

Aku tak kisah kalau N tak nak pada ku
Aku tak mungkin kan merayu menagih cintanya
Sebab aku tahu siapalah aku untuk berada di hatinya
Tak punya apa-apa untuk ku jadikan syarat untuk memilikinya
Apa yang ku ada hanyalah satu nyawa, satu jasad dan satu cinta..

Aku tak peduli apa orang nak kata
Aku tak nak ambil tahu apa yang orang fikirkan
Sebab selama ni pun aku hidup tak ada sesiapa pun ambil tahu
Jadi mengapa aku harus fikir apa yang ingin orang kata pada aku
Asalkan aku tahu apa yang aku lakukan bukanlah suatu kesalahan..

Mungkin orang kata aku salah
Salah kerana menaruh harapan pada orang
Pada orang yang telah pun hatinya dimiliki
Tapi apa guna kalau hatinya dimiliki namun dia terseksa
Salahkah aku untuk merawat hatinya yang telah terluka
Salahkah aku untuk memastikan dia kembali tersenyum..

Mungkin orang tertawakan aku
Sebab aku ni terlalu berharap pada benda yang tak pasti
Tapi aku peduli apa dengan semua tanggapan orang pada aku
Bukannya mereka berada di sisi aku pun ketika aku memerlukan
Masa hati aku gembira memang ramai yang ada sampai tak terkira
Tapi bila hatiku terluka seorang pun tak ada, kalau ada seorang tu kira nasiblah tu..

Kalau N terbaca nukilan ini
Aku tak peduli apa dia nak kata
Aku tak peduli apa dia nak fikirkan
Cuma aku harap dia dapat memahami aku
Dapat memahami apa yang cuba ku sampaikan..

Maafkan aku N
Maafkan aku kerana mengharapkanmu
Aku tak mampu melawan gelodak di jiwa ini
Aku cuba untuk membuang kau jauh dari ingatan ini
Tapi apalah daya dan kudrat ku ini N,
Perasaan ku terhadapmu melebihi segalanya..

Entahlah N
Segalanya kini terserahlah padamu
Segala jawapan bagi persoalan ini adalah terletak padamu N
Sama ada kau ingin sambut kasih yang ku beri
Atau kau hanya membiarkan kasih yang ku beri
Berlalu bersama angin yang bertiup pergi..

9 Komen:

Idalara Monday, 09 February, 2009  

Hai..dah parah budak ni...N..dgrlah rintaihan mamat jiwang ni..sian akak tguk frust budak ni..terimalah dia N..beruntung N jika kita menerima org yang benar2 mengharapkan kita..pasti tak disia2kan..

Kamezaim Monday, 09 February, 2009  

budak mana yg parah tu idalara? hehe betul tu N,terimalah budak tu.. beruntung ke tak,itu tak tahulah.. hehe tapi mgkn beruntung juga kot.. hehe Hanya Allah yang tahu segalanya..

ras-adieza Monday, 09 February, 2009  

memang parah dah, boleh masuk wad icu...ni.. kalau tak betul2 bagi ubat ni.wahai N...bagaimanalah gerangan N ni...yang begitu melarakan hati seorang lelaki.

Kamezaim Monday, 09 February, 2009  

Kak ras,bkn setakat lara dah ni.. sikit lagi je dah nak hancur menjadi debu..

Idalara Monday, 09 February, 2009  

Ras..tntu N tu tak sama mcm kita ni kan...sampaikan wira segagah kamezaim ni boleh hancur dek panahan asmara seorg bernama N..ish,ish,ish..bawa2lah mengucap..

Kamezaim Monday, 09 February, 2009  

Kuang asam betul ar si idalara ni.. memang nak kena dia ni.. meh sini,kamezaim nak tarik telinga tu..

cik iman Monday, 09 February, 2009  

N..saye ke?heheheh..de unsur2 N gak name saye..")xpelaa kamezaim..jika dia ditakdirkan utk kamezaim..pasti die akan jd milik kamezaim..smoga,tercapai bjaya..")

Kamezaim Monday, 09 February, 2009  

Alamak,tidak2... Habis lah kita nurul, nanti mesti jadi gosip liar.. owner gosip liar tidak lain tidak bukan tu si idalara tu...

cik iman Monday, 09 February, 2009  

aiyok!!tarik blk arr statement tu..heheheheh..(",)

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP