10 February 2009

Rahsia Ukiran Jiwa..

Kini ku mengerti segalanya
Setelah ku curah apa yang di rasa
Namun tiada jua balasannya..

Siapalah aku untuk merayu
Rayuanku tiada ertinya buatmu
Walau sejuta kali ku cuba mencoretkan rahsia hati
Namun pintu hatimu tetap tidak menerima kehadiranku..

Ku hadir dalam hidupmu
Ingin merawat luka di hatimu
Setelah ku tahu hatimu terhiris luka
Oleh insan yang amat kau sayangi..

Salahkah aku
Sekiranya aku ingin membawa kau jauh
Menuju ke alam bahagia yang didambakan oleh setiap insan
Agar kita dapat membina sebuah mahligai indah bersama
Mahligai yang dibina berlandaskan keimanan dan kesetiaan..

Nas..
Jiwa ku bergelora hanya keranamu
Hatiku merintih gembira hanyalah keranamu
Aku rela menempuh rintangan yang mendatang
Asalkan kau tahu untuk menghargai cinta yang ku beri
Segalanya ku ukir disini sebagai buktinya keikhlasan ku terhadapmu
Sebuah ukiran yang membawa seribu erti
Itulah rahsia ukiran jiwaku..

Nas..
Sambutlah kasihku..

6 Komen:

Tirana Wednesday, 11 February, 2009  

N is for Nas rupanya..hehehehe.. Setianya Kamezaim ni..sanggup tunggu walaupun seribu tahun..hehehehe

Tirana Wednesday, 11 February, 2009  

En terlupa nak jawab soalan Kamezaim.. Saya sihat walafiat dan saya tak merajuk pada sesiapa pun..

Saya ni kan suka membaca, jadi cerita-cerita dalam blog saya tu hasil dari pembacaan saya. Saya menbaca hampir semua jenis buku..hehehe

Sis Lin Wednesday, 11 February, 2009  

nama puisi ni sama dgn nama ank sis..Nas, tp mmg penuh maksud mendlm tu kan...sis suke...

Idalara Wednesday, 11 February, 2009  

Saat bahagiamu telah tiba..bunga pujaan telah hampir dalam genggaman..bertuahlah kamu hai yang bernama N..kerana hanya ada seorg lelaki seperti ini dalam hidupmu..

Kamezaim Wednesday, 11 February, 2009  

to tirana : setia demi kebahgiaan yg diharapkan..hehe

to sis lin : nama mcm anak sis ke? hehe mcm tu blh jadikan kamezaim ni menantu lah ye.. ekekeke

to idalara : seorang lelaki yg mcm mana tu? siapakah gferangan lelaki itu wahai idalara?? ekekeke

Idalara Wednesday, 11 February, 2009  

hanya lelaki itu yg mengerti..dan bila saat bahagiamu menjelma..maka saat duka menghampiri diriku,..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP