22 February 2009

Selamat Tinggal Cinta..

Cinta..
Apalah ertinya cinta andai diri terseksa
Kita sering mencuba untuk menjadi yang terbaik
Namun, tak semuanya kan terjadi seperti yang diharapkan
Diharap bahagia namun derita yang menjelma..

Cinta..
Apalah ertinya cinta andai jiwa merana
Kerana cinta kita mengenal erti kasih dan sayang
Dan kerana cinta jua kita mengenal erti kepedihan dan kelukaan
Kerana cinta kita ketawa dan kerana cinta jua kita menangis..

Cinta..
Apalah ertinya cinta andai hati terluka
Pedihnya luka di hati tiada siapa yang kan dapat rasa
Terseksanya hati ini tiada siapa yang mungkin memahami
Hancurnya hati dan perasaan ini tiada siapa yang kan mengerti..

Cinta..
Sudah puas aku mencuba sedaya yang ada
Untuk mencari pengertian sebuah cinta
Namun kasih yang ku beri tiada dihargai
Malah hati sendiri yang terluka..

Cinta..
Andai kau hadir bersama bahagia
Ku pasti terima dengan hati yang gembira
Tapi andai kau hadir membawa derita
Pergilah kau jauh dari ruang hatiku ini
Tak mahu lagi aku menderita keranamu
Tak mahu lagi aku menangis keranamu
Aku hanya ingin bahagia bersamamu..

Cinta..
Selamat tinggal ku ucapkan kepadamu cinta
Dari aku, arjuna yang terluka..

7 Komen:

Kamezaim Sunday, 22 February, 2009  

urmmm je ke ijechan.. urmmm

Bardboo Monday, 23 February, 2009  

ni cipta sendiri ke? sangat menarik..

A.I.Z.A.T Monday, 23 February, 2009  

lorh nape ni bro?
dont sedih2 la ok..
cinta itu sentiasa ada.
harap 1 ari bro jupe cinta sjati..
1 fine day,Insyaallah

Eiba Monday, 23 February, 2009  

Addduuuiiii...sabar..sabar..jgn hanyut dengan perasaan..apatah lagi cinta. Kita dianugerahkan dgn perasaan cinta, tetapi cinta tu x der maknanya andai asyik buat kita terluka...Cinta itu indah..jgn biarkan ianya menjadi satu kenangan luka. Pejamkan mata dan tarik lah nafas lega...

Adry Monday, 23 February, 2009  

bila la gamaknya aku jatuh cinta... ermmm

Idalara Tuesday, 24 February, 2009  

kamezaim...jika rasa tiada cinta dr insan apa kata mengabadikan cinta kepada yang SATU...
jika rasa kekurangan cinta ALLAH sentiasa ada untuk menerima dan memberi cinta.

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP