22 February 2009

Buatmu Maza..


Maza..
Maafkan aku andai apa yang ingin ku katakan disini
Mampu melukakan hati kecilmu..
Ketahuilah bahawa hati ku benar-benar terluka
Terluka kerana kau mudah melupakan aku dari ingatanmu..

Maza..
Masih ingatkah kau pada suatu ketika dulu
Dimana kau masih memburu impianmu
Disamping kau mengejar cita-citamu
Akulah yang sering menemanimu
Tatkala kau memerlukan aku
Aku pasti ada di sampingmu..

Maza..
Kini kau berada di mercu kejayaan
Aku turut bangga melihat kejayaanmu
Namun, sungguh tidak ku sangka
Kau melupakan aku dalam sekelip mata
Tiada apa lagi yang dapat ku katakan
Melainkan rasa kecewa dan hampa..

Maza..
Dulu kau pernah berkata padaku
Tiada siapa yang ingin bersamamu
Walau tiada siapa yang ingin bersamamu
Namun aku tetap bersamamu maza
Tapi itu semua pada suatu ketika dulu
Kini kau sudah tidak lagi memerlukan insan sepertiku
Kau buang ku jauh dari sudut ingatanmu
Kau pinggirkan aku dari pandanganmu
Apalah salah dan dosaku padamu maza..

Maza..
Kini kau menuju ke alam bahagia
Alam bahagia yang diimpikan oleh setiap insan
Ku terima berita bahawa kau akan disunting
Disunting oleh insan yang setaraf denganmu
Namun apakan daya, aku tidak lagi kau ingati
Jauh sekali untuk kau menjemput aku
Untuk menghadiri majlis yang gemilang itu..

Maza..
Andai kau ingin melupakan kisah antara kita
Aku tidak akan pernah menghalang kau
Namun, izinkanlah aku menyimpan sisa-sisa kenangan yang ada
Sebagai ingatan ku sepanjang hayat yang ada
Walau jauh disudut hati ku terasa kecewa denganmu
Namun, sebagai seorang teman aku tetap mendoakanmu
Semoga kau bahagia disamping dia insan yang kau puja
Dan selamat pengantin baru juga ku ucapkan
Dengan harapan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..

Dengan ingatan seorang teman
Selamat pengantin baru ku ucapkan padamu..

3 Komen:

Idalara Sunday, 22 February, 2009  

kamezaim ni...siapa pulak maza ni..mungkin maza bukan melupakan kame tp dia terlalu sibuk mengejar kejayaan..
kalau maza lupakan kame..insyaallah ada teman2 lain yg tk akan pernah lupakan kame..cuma kame je yg tak perasan dan tk sedar kewujudannya.

Idalara Sunday, 22 February, 2009  

hmm...tepuk dada tanyalah hati..dari situ tahulah jawapannya..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP