26 February 2009

Sketsa Seorang Awek Terengganu..

Assalamualaikum..
Hai.. rasa macam dah lama tak merapu dalam blog ni. Sampai ada yang kata jiwang lah, merajuk lah,.. hehe Terutama sekali si Idalara dan si Ieyra ni, tak habis-habis kutuk kamezaim.. hehe Jangan marah ye idalara dan ieyra. Ok, sebelum ni kamezaim ada menceritakan tentang idalara, kali ni kamezaim nak cerita sikit tentang si ieyra yang suka kencing malam ni.. ekekekeke Bukan kamezaim yang kata ok, si tera yang cakap.. hehe

Si ieyra ni kan, kalau anda semua nak tahu dia ni jenis yang tak reti nak duduk diam. Siang malam pagi petang asyik nak kacau uncle dia ni je.. hehe Macam-macam meseg dia hantar dekat kamezaim, sampai tak terbaca kamezaim.. Kamezaim tahu, si ieyra ni sebenarnya rindu sangat-sangat dekat uncle dia ni, al maklumlah kan sebelum ni asyik bergaduh dekat sini je tapi sekarang dah tak boleh sebab komputer dia datang period.. hahaha Termasuklah auntie dia tu, iaitu si idalara tu.. kuikuikui..

Hari tu kamezaim ada call si ieyra ni, perghh.. loghat terengganu dia memang pekat gilerr.. Sampai kamezaim terpaksa mendengar satu persatu kata-kata dia.. hehe Mungkin sebab dia makan keropok lekor hari-hari tu yang lidah dia jadi keras.. hahaha Masa mula-mula kamezaim call dia, dia macam malu-malu kucing pula nak cakap dengan kamezaim.. hehe Kamezaim pun hairan juga kenapa dia malu-malu, tapi sekali dia cakap loghat terengganu barulah kamezaim tahu.. haha Macam nak pecah perut kamezaim ketawa masa tu.. hehe Lepas tu dia cakap ieyra lah awek terengganu yang tulen.. Adui, lagi lah geli hati mendengarnya..

Jangan marah ye ieyra, uncle gurau-gurau saja.. Tak pe, nanti uncle suruh auntie idalara pujuk ok.. Uncle harap komputer ieyra tu tak lah period lama-lama sangat ok.. hehe Kalau nak tahu rahsia tak nak bagi period lama-lama, ieyra bolehlah menuntut dengan auntie idalara.. Auntie idalara memang arif dalam bab-bab ni.. hehe Uncle tahu ieyra rindukan uncle, uncle pun rindukan ieyra juga.. hehe

Kepada sesiapa yang ingin berkenalan dengan awek bernama ieyra ini, silalah menghantar resume berserta gambar ke email kamezaim. Hanya mereka yang mempunyai degree dalam bahasa terengganu sahaja yang akan di terima.. Harap maklum..

9 Komen:

Iznie Thursday, 26 February, 2009  

kah3.....
aik???
btol ker???
kak ieyra cakap loghat tganu pekat????
cam tak caya jer....kah3...

izni pon dah lama tak online nie...
busy dgn sekolah...
tak macam kak ieyra n uncle yg sentiasa ada byk masa nak main2...hehe

Kamezaim Thursday, 26 February, 2009  

betul iznie,uncle tak tipu.. hehe uncle pun ada juga member terengganu tapi tidak lah sampai pekat macam si ieyra cakap.. kuikuikui.. barangkali si ieyra ni tercicah keropok lekor dengan budu kot.. hahaha

Sis Lin Thursday, 26 February, 2009  

lor utk yg pandai ckp trengganu je ek..adehh gelak sgguh loghat dak ieyra tu...kena mkn kropok lekor byk2 bru leh lembut lidah tu...

Idalara Thursday, 26 February, 2009  

hamboi2 tak berhengat dok kutok owh ganu ye kame ni...jgn kutok2 sbb takut idalara pung jadi ohgang ganu..hehehe..idalarapun sama2 hari2 diganggu si ieyra yg keboringan tu..tp auntie dia ni tk dpt nk layan sbb bz sgt dgn keje2 kat ofis...muga pc ieyra cepat sembuh dr penyakitnya..dan kame jgn dok kutuk2 kang nanti kamu yg terpikat kat si....hahahaha

cik iman Thursday, 26 February, 2009  

tulaa..mase ieyra dok kaco2...majuk..ble die xkaco..rindu lak...siap kol laie..")
usik kan mbawa ceria...

Cikgu Ije Thursday, 26 February, 2009  

siap ada regulation? ehe

intan shaheera@ieyra Friday, 27 February, 2009  

adus berbisanya ayat yang uncle guna......menusuk qalbu tau...jgn kutuk orang ganu tau,nanti dapat makcik yang dari ganu taulah macam mana nak layan.........

Eiba Friday, 27 February, 2009  

Keh..keh..keh..wat promosi yerr??? Chaiyok..chaiyok...

Sylfeeza Zainol Saturday, 28 February, 2009  

Hehehehe...betul gak ckp ieyra tue...dapat mek ganu br penin nk paham ape mek tue cakap...hehehehe

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP