03 March 2009

Dengan Keizinan Mu..


Sudah puas ku merentasi
Setiap liku-liku kehidupan ini
Demi mencari dan memiliki
Satu hati nan suci..

Kini tidak ku mencari lagi
Ini kerana sudah ku temui
Satu hati yang memiliki
Cinta nan suci..

Bersyukur ku hadrat ilahi
Kerana di pertemukan antara dua hati
Kini kian saling menyayangi antara satu sama lain
Alangkah terasa bahagianya apabila cinta di hargai..

Kini ku melangkah dengan seribu harapan
Membawa bersama impian yang diciptakan
Demi sebuah penghidupan..

Aku berdoa kepadamu Tuhan
Berkatilah hubungan di antara kami
Redhailah percintaan di antara kami
Izinkanlah kami hidup bersama
Selagi hayat masih ada
Kerana dengan izin Mu kami di pertemukan
Dan dengan izin Mu jua kami kan bahagia..

2 Komen:

Idalara Tuesday, 03 March, 2009  

tahniah kame..akhirnya pencarian kame berakhir jua.. kan idalara selalu cakap ada seseorg menanti kame diluar sana......kiranya kehilangan kame sehari dua ni kerana mengakhiri zaman bujang kame dgn gadis di gambar tu..(kalau tak nikah lagi takkan pose mcmtu kan)
muga kame bahagia hingga akhir hayat..jadilah suami yg bertanggungjawab dan membahagiakan isteri dunia dan akhirat.

intan shaheera@ieyra Thursday, 05 March, 2009  

tahniah uncle.........kan betul cakap ieyra ada bunga yang lebih baik tuk uncle....moga bahagia selalu...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP