07 March 2009

Coretan Hati Seorang Insan..


Assalamualaikum..
Aku tak tahu apa yang ingin ku luahkan. Aku tak tahu bagaimana ingin ku nyatakan agar dia memahami segala rasa di hati ini. Sudah puas ku menahan rasa rindu di hati, namun ternyata aku tidak berdaya mengawal rasa rindu ini. Semakin ku cuba menahannya, semakin terseksa rasa di jiwa ini. Aku hanyalah insan biasa, mengharapkan setitis kasih dan seberkas sinar buat kehidupanku. Bertahun-tahun aku hidup di muka bumi ini namun airmatalah yang menjadi peneman yang setia tatkala hatiku sayu mengenangkan nasib diri yang sentiasa dirundung malang. Namun, aku tidak pernah menyesali dengan apa yang telah terjadi. Ini kerana, semuanya itu mengajar ku erti kehidupan. Namun, aku masih berharap agar sinar kebahagiaan itu kan tiba dalam hidup ku. Aku ingin mengecapi indahnya dunia ini sebelum malaikat maut datang untuk menjemput ku pulang..

Kini, aku hampir temui kebahagiaan itu namun aku tidak pasti sejauh mana kebahagiaan itu kan bersamaku. Aku cuba sedaya yang ada untuk menjadikan kebahgiaan itu terus bersama ku namun apalah daya ku, bertepuk sebelah tangan mana mungkin kan berbunyi.. Aku menyayanginya lebih dari aku menyayangi diriku sendiri. Aku cuba untuk menjadi yang terbaik buatnya namun dari sudut matanya aku mengerti bahawa segala yang ku lakukan hanyalah sia-sia. Apa lagi yang harus ku lakukan agar dia memahami dan mengerti akan kesungguhan kata-kata ku padanya. Salahkah aku sekiranya aku memasang impian untuk hidup bersamanya. Dari dulu aku menginginkan seorang insan bernama wanita berada di sampingku. Aku tidak berharap yang sempurna, cukuplah dia benar-benar buat aku terasa sempurna setiap kali bersamanya. Aku tidak meminta seorang wanita yang cantik, cukuplah sekadar sedap mata bila memandang. Aku hanya inginkan ketulusan dan keikhlasan hatinya untuk ku jadikan sandaran tatkala ku mengejar kebahagiaan yang di impikan oleh setiap insan..

Aku sedar akan kekurangan diri ini, hidup dalam keadaan yang serba tiada. Merintih sepi seorang diri, tiada siapa yang mengerti akan kesunyian hidup ini. Walau bibirku sering mengukirkan senyuman namun sebenarnya jauh di sudut hatiku menangis. Aku cuba untuk mencari sesuatu yang bisa melupakan aku pada sengsara itu namun aku tidak jua berdaya menemuinya. Aku cuba padatkan jadual tugasan harianku dengan harapan aku dapat melupakan seketika penderitaan itu namun aku tetap tidak berdaya melupakannya.

Aku inginkan perhatian dan belaian darinya. Aku cuba untuk membuat agar dia memahami namun dia tidak pernah memahami apa yang aku inginkan. Aku tahu, dia juga menyayangi ku dan menyintai ku. Namun, aku tidak tahu sejauh mana ketulusan hatinya pada ku. Bukan niat aku untuk mempertikaikan kejujurannya, namun aku tidak pasti sama ada dia benar-benar dapat menerimaku dengan sepenuh hatinya kerana aku bukanlah seorang yang sempurna dan seorang insan yang hidup dalam serba yang ada. Namun, seandainya dia dapat menerimaku seadanya diriku, itulah salah satunya yang membuat aku terasa bahagia. Terasa bahagia bila diri dihargai..

Sayang..
Andai sayang terbaca coretan ini, maafkanlah abang andai hati sayang terluka. Tiada niat di hati abang untuk melukakan hati sayang. Abang tiada tempat untuk meluahkan, di sinilah satu-satunya tempat abang luahkan apa yang dirasa. Abang tidak pernah memaksa sayang untuk menerima abang. Namun, sekali sayang menerima abang, sejuta kali abang kan setia pada sayang. Abang akui, abang teramat menyayangi dan menyintai sayang. Hanya itu yang termampu untuk abang katakan. Untuk menjadikan ianya lebih bermakna hanyalah terletak pada sayang sendiri, sama ada sayang ingin menghargainya atau sekadar membiarkan ianya berlalu bersama angin bayu yang bertiup pergi..
Sesungguhnya abang hanyalah sekadar seorang insan...

5 Komen:

azza_irah Saturday, 07 March, 2009  

ermm..napa ni..sayu je bila azza baca..
menyayangi harus tanpa syarat..

moga kamezaim terus diberi ketabahan dan kekuatan hati ..menemui cinta abadi..

Kamezaim Saturday, 07 March, 2009  

biasalah azza... betul tu,menyayangi harus tanpa syarat..hehe terima kasih azza..

nurul iman Sunday, 08 March, 2009  

kekdg..lebih mudah memujuk at sendiri menyayangi org laen dari memujuk at org laen menyayangi kita...

smoga kamezaim menemui kbhgiaan y di cari...

Kamezaim Sunday, 08 March, 2009  

terima kasih nurul iman...

Idalara Sunday, 08 March, 2009  

kame..sudahkan kame berterus terang dgn org yg kame maksudkan itu..insyaallah dia akan menerima kame jika kame berterus terang..
setiap dari kita punya kekurangan..dan insyaallah jika kame jujur dia pasti terima.

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP