05 March 2009

Aku Ingin Bahagia Bersamamu..



Sayan
g..
Tahukah kau akan rasa dihati ini
Sedarkah kau akan hakikat ini
Bahawa hanya kau di hatiku ini..

Sayang..
Dulu hidupku tidak seceria hari ini
Sentiasa sepi seorang diri
Sunyi tatkala senja melabuhkan layarnya
Namun setelah kau hadir dalam hidupku
Segalanya kini terasa kian bererti..

Sayang..
Sekali kau menerima ku
Sejuta kali ku kan setia padamu
Sekali kau serahkan kasihmu
Sejuta kali ku kan menghargaimu..

Sayang..
Hanya namamu yang terukir di hatiku
Terukir indah di suatu sudut yang teristimewa
Kan ku jaga hatimu seperti kau menjaga hatiku
Kan ku belai dirimu sepenuh kasih sayang yang ada
Kan ku hargai dirimu seadanya dirimu
Sepertimana kau menghargai diriku seadanya..

Sayang..
Biar jasad hancur berkecai
Sekalipun darah merah mengalir membasahi bumi
Namun hatiku tidak akan sekali-kali kan berubah
Cintaku padamu tetap teguh dan kukuh
Tidak akan tenggelam ditelan usia
Tidak akan pudar ditelan masa
Sekali namamu terukir di hatiku
Selamanya jua ianya kan terukir..

Sayang..
Aku tak peduli apa orang nak kata
Aku tak peduli apa orang nak fikirkan
Apa yang aku inginkan adalah
Aku hanya ingin bahagia bersamamu..

3 Komen:

A.I.Z.A.T Friday, 06 March, 2009  

ui,kreatif ar bro ni,moga berbahagia slalu hendaknye..

p.s-sudi2 la singgah blog sya..hehe

http://aizatbest.blogspot.com

cik iman Saturday, 07 March, 2009  

fuyoooooOoo..ayat xtahan..")
u rily gud in words..smoga bhgie kekal milik kamezaim..

Idalara Sunday, 08 March, 2009  

bertuahnya badan org yg bernama n tu, dah terang2an kamezaim ni nyatakn isihati dia..siap letak pic bersama lagi..tapi nape dia masih tak mahu terima kame..pasti ada sebab2 yg hanya dia yg tahu.

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP