20 April 2009

Apa Itu Cinta Sejati?

Apa itu CINTA?. Mengapa perlu CINTA?. Mengapa harus BERCINTA?. Kalau tak ada CINTA tak boleh ke?. Apa ada pada CINTA?. Mana datangnya perkataan CINTA?. Apa rasa yang boleh dikatakan ianya adalah CINTA?. Macam mana rasa bila DICINTA?. Macam mana pula rasa bila tidak DICINTA?. CINTA...CINTA....CINTA... Tak habis-habis dengan CINTA. Sana BERCINTA, sini BERCINTA. Tapi tahukah apa itu CINTA??.... Apa pun tak tahu, bila ditanya kenapa BERCINTA, jawapannya mudah saja... Tengok orang lain BERCINTA, macam best je.. Tapi tahukan apa itu erti CINTA?..

Assalamualaikum w.b.t..
Akhirnya blog kamezaim.blogspot.com telahpun berjaya ditukarkan kulitnya. Walaupun masih belum sepenuh siap namun kira oklah tu.. hehe Kamezaim harap anda semua sihat di sana, sentiasa tenang dan ceria selalu disamping keluarga yang tersayang mahupun berseorangan diri.. hehe Yang penting hidup ni mesti diteruskan jua..

Eh.. Apasal dekat atas tu ada banyak sangat perkataan CINTA??.. Korang tahu ke kenapa? Kamezaim pun tak tahu kenapa, mana datang plak perkataan CINTA banyak-banyak tu?? Tetiba je ada.. Ish.. Ish.. hehe Kamezaim bukan apa, kamezaim cuma ingin bertukar pendapat dengan anda yang diluar sana mengenai apa itu CINTA. Setiap orang dia ada pandangan dan pemikirannya sendiri. Perkataan CINTA ini bukan asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Dari darjah satu lagi kita dah tahu apa itu CINTA. Cuma mungkin masa tu kita masih belum tahu apa itu yang dikatakan CINTA. Ye, CINTA itu adalah perasaan tapi perasaan macam mana? Mungkin ada yang akan menjawab, perasaan macam mana lagi kalau bukan perasaan CINTA lerr.. Ye, itu memang jawapannya tapi tujuan kamezaim menulis kali ini adalah untuk melihat sejauh mana orang tahu tentang apa yang dikatakan CINTA.

Menurut sudut fikiran kamezaim, CINTA ini ada banyak jenis. Diantara-diantaranya adalah :-

  • Cinta pada duit - Dia bercinta dengan seseorang itu sebab dia tahu pasangan dia tu berharta dan berduit. Di mulut ungkap cinta tapi tangan hulur ambil duit. Setiap kali keluar makan mesti nak makan dekat tempat mahal-mahal. Setiap kali shopping mesti nak beli barang-barang yang mahal. Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
  • Cinta pada nafsu - Dia bercinta dengan pasangan dia tu sebab nak ambil kesempatan ke atas pasangan dia tu. Mulut mengukir cinta macam pijak semut pun tak mati tapi tangan terus meraba-meraba tempat yang boleh diraba..hehe Lepas tu tunggu apa lagi, mustahil berhenti di situ saja.. hehe Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
  • Cinta terpaksa - Dia bersama dengan pasangannya itu konon-konon atas dasar cinta. Padahal nak jaga hati mak bapak. Depan mak dengan ayah bukan main sayang-menyayang, bermanja-manja konon-konon nak tunjuk kata bahagialah hidup mereka tapi belakang mak dengan ayah, hang buat keje hang, aku buat keje aku. Hang keluar dengan jantan lain, aku pun nak keluar dengan betina lain.. Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
  • Cinta sejati - ...........????????????

Cinta sejati, pada pandangan kamezaim cinta sejati adalah satu perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata, tidak dapat ditulis dengan kertas dan pena, tidak dapat dipertontonkan dengan lakonan tapi cinta sejati adalah satu perasaan yang lahir dari hati yang penuh keikhlasan dan kejujuran. Tidak mengharap pasangannya yang sempurna, cukuplah dia terasa sempurna bila bersama dengan pasangannya. Cinta sejati adalah cinta yang lahir dari sebuah hati ke sebuah hati. Cinta sejati bukan lahir kerana harta mahupun rupa paras tapi cinta sejati lahir kerana kerana keikhlasan hati. Cinta sejati tidak memandang pada harta kerana harta tidak selamanya kan kekal. Cinta sejati juga tidak memandang pada rupa paras kerana rupa paras mampu berubah dari masa ke semasa. Cinta sejati memerlukan pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, kesucian, keyakinan, keimanan dan yang paling penting adalah keredhaan dari DIA cinta kita yang abadi..

Cinta sejati lahir dari 4 jenis cinta :-

  • Cinta kepada Allah.
  • Cinta kepada Ibu dan ayah.
  • Cinta kepada diri sendiri.
  • Cinta kepada sesama saudara.

InsyaAllah, jika ada 4 jenis cinta itu maka lahirlah cinta sejati yang kita cari selama ini..

Itu pandangan dan pendapat dari kamezaim, tapi tak tahulah bagaimana pula pandangan dan pendapat dari anda. Kalau ada yang sudi berkongsi, silakanlah..

4 Komen:

♥ AwenShahOmar ♥ Monday, 20 April, 2009  

cinta itu datang nya dari Allah....
Dia yang mengurniakan perasaan itu d hati setiap org..
tetapi setiap org itu harus tahu bgimn utk mengendalikn perasaan cinta yg ada di hati dan tahu apa jenis cinta itu.

bila sudah merasa cinta & bercinta, jgnlah terlalu mengikut nafsu, jgn membelakangkan Allah, kerana semua itu juga dtgnya drNya.

Idalara Tuesday, 21 April, 2009  

cinta?
sesuatu yg sangat abstrak..
lahir dari hati ke mata,bukan dari mata ke hati..
cinta?
sakit bila tidak dibalas..
cinta yg ikhlas tidak memilih darjat,rupa,usia,harta dan kedudukan..
mng sgt indah bila dicintai..tapi sangat sakit bila cinta bertepuk sebelah tangan.
cintalah pada Allah kerana Allah tidak pernah menolak cinta kita..

p/s..agaknya kamezaim sedang dilamun cinta ke...

Anonymous,  Tuesday, 24 January, 2012  

cinta..memg susah kite nk gmabrakan cam mane asenyer..unless bile kite da pnah ase cam ne mencintai dan dicintai..ade org kate more better kalu kite dicintai dr kite mencintai??betol ke??hm..cinta c dia pd kite,,kite akn nmpak dr stiap ape y die buat utk kite..akn nmpak kejujuran dan keikhlasan dia sygkn kite..n cintakan kite..insyaAllah..jagalah cinta anda dengan seelok2nya..

Anonymous,  Wednesday, 27 June, 2012  

Cinta itu benilal emas.... Hargai cinta sebelum telambat... Cintai lah semua alam2 kita di dunia Utk Cinta Sejati kita mesti keiklasan, kejujuran , kesabaran sepenuhnye . Cinta Sejati leh buat kita kebahgaian rumah tanga n hidup kita tenang dan tak masalah . Insyallah jaga lah cinta n cintasejati sepenuh redah amin

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP