08 April 2009

Cinta Bukanlah Segala - Galanya..

Kasih..
Jika kau pernah mendengar seorang insan yang kecewa
Akulah insan yang terluka oleh perbuatanmu
Hatiku merana tatkala membaca pesanan-pesanan ringkasmu
Bagai tidak percaya bahawa aku bukanlah segalanya bagimu..

Kasih..
Apalah salah dan dosaku padamu
Hingga kau sanggup mengecewakan aku
Dalam diam kau menjalinkan cinta
Menjalinkan cinta dengan insan sepertiku
Dengan aku kau panggil sayang
Dengan dia jua kau panggil sayang
Siapakah sebenarnya yang kau sayang..

Kasih..
Jika bukan aku yang engkau harapkan
Ternyatalah aku terpaksa mengundurkan diri
Demi memberi ruang antara engkau dan dia
Kerana bukan aku yang berada di hatimu..

Kasih..
Aku doakan kau bahagia dengan dia yang kau puja
Janganlah engkau kecewakannya seperti engkau mengecewakan aku
Kerana sakitnya hati menanggung derita hanya Allah sahaja yang mengerti
Cukuplah aku yang menjadi mangsa kepentinganmu
Janganlah jadikannya sebagai mangsa keduamu..

Kasih..
Anggaplah ini titipan terakhir buatmu
Mungkin terjadi selepas ini kita tidak akan bersua lagi
Tak sanggup untuk ku melihat wajahmu lagi
Wajah yang telah menghancurkan hati ini
Biarlah ku pergi jauh dari sudut hatimu
Membawa hati yang luka..

Kasih..
Cinta bukanlah segala-galanya bagimu
Namun harus kau tahu akan sebuah hakikat ini
Cinta yang suci tidak mungkin kan datang berulang kali..

Kamezaim

7 Komen:

KUNTONG Wednesday, 08 April, 2009  

Sdr Kamezaim,

Cinta yg suci dan abadi akan hadhir dgn sendirinya. Andai gadis dlm sajak ini sudah mmberi tanda2 yg bahawa diada org lain dlm hidupnya, berundurlah. Langkah anda mmang tepat.

nurul falah Thursday, 09 April, 2009  

salam singgah tuan rumah
ya.. cinta mmg bukan segala-galanya,
tp dgn cinta, manusia lebih gembira,
hati lebih suka dan bahagia..

namun, mungkin juga kerana cinta, manusia boleh berduka dan derita..
tapi yang pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
kerana..di sini

Idalara Saturday, 11 April, 2009  

Hentikan semua duka
hentikan semua penantian
hentikan semua harapan
mulakan langkah baru
demi masa hadapan.

Anonymous,  Saturday, 11 April, 2009  

hidup ku penuh dgn dugaan sejak kau tiada disisi...
aku perlukan kau disisi ku...

Anonymous,  Sunday, 12 April, 2009  

betul cinta i2 bkn segala'y untk kita.cnta pd illahi adalah paling utama..jgn kerana cinta kau lupa siapa pencipta kau..semoga kau mendapat gadis /lelaki y jauh lebih baek.insyallah.

izza Sunday, 12 April, 2009  

Kamekazein..
izza pernah merasai camne tekanan disebabkan putus cinta.. tetapi anggap sahaja dia bukan jodoh awak.. bagi izza, setiap org mempunyai jodoh masing2.. kalau die mencintai org lain, itu maksudnye die bukan jodoh kita..dan dia bukan yang terbaik untuk kita.. kita hanya perlu berusaha mencari jodoh kita.. jangan putus asa.. setiap org mempunyai jodoh masing2.. berdoa dan berusaha.. InsyaAllah awak akn berjumpa dengan permata hati awak..

Kamezaim Sunday, 12 April, 2009  

Kepada Izza : ish, suka2 hati ye tukar nama orang..hehe kamezaim ok, bukan kamekazein.. ekekeke Apapun, terima kasih di atas kata nasihat itu.. benar kata Izza..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP