05 April 2009

Aku Redha..

Aku redha..
Aku redha dengan segala dugaan dari NYA
Mungkin inilah balasan ke atas insan sepertiku
Insan yang telah banyak melakukan salah dan dosa
Hingga terlupa pada yang Esa..

Aku pasrah..
Aku pasrah dengan apa yang terjadi
Mungkin ada kemanisan di sebalik kepahitan
Mungkin ada keindahan di sebalik keburukan
Hidup ini tidak akan terasa bermakna andai tanpa kepedihan
Hidup ini jua tidak akan terasa sempurna andai tanpa titisan airmata
Mungkin itulah yang dikatakan kehidupan seorang insan..

Aku bersyukur..
Aku bersyukur kerana masih diberi peluang
Diberi peluang untuk terus menghayati keindahan alam ini
Disamping meneruskan sisa-sisa kehidupan yang masih ada
Sebelum tiba masanya untuk ku melangkah pergi
Melangkah pergi menyahut seruan ilahi..

"Walau susah jangan mudah mengalah,
Ketabahanlah yang akan mencorak hidup kita
Dari muda hinggalah ke tua"
Inilah kata-kata yang aku simpan hingga kini
Yang aku jadikan sebagai satu semangat dan keyakinan
Untuk ku terus meniti setiap liku-liku kehidupan ini
Dengan tenang dan sabar
Kata-kata dari seorang insan yang telah banyak berkorban demiku
Aku bangga kerana darah yang mengalir di dalam tubuh ku ini
Adalah sebahagian dari darah yang mengalir di dalam tubuhmu
Terima kasih ayah..

0 Komen:

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP