04 April 2009

Sampan Hanyut Di Lautan Sepi..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Kau tabahkanlah hatiku yang kian kecewa ini
Kau satukanlah kembali hatiku yang kian hancur ini
Kau berikanlah ku kekuatan untuk terus mengharungi kehidupan ini
Sesungguhnya aku hampir tewas di dalam mengharunginya..

Tiada tempat untuk diluahkan
Disinilah tempat untuk ku mencurah apa yang di rasa
Tatkala hatiku sayu mengenangkan nasib diri
Diharap kasih namun kasih tidak kesampaian
Diharap kebahagiaan namun jauh sekali untuk di rasa
Mana lagi harus ku bawa hati nan luka
Lautan samudera sudah ku harungi
Hutan belantara sudah ku terokai
Namun tidak jua ku temui..

Ku ingin dihargai
Dihargai sebagai seorang insan
Yang juga punya hati dan perasaan
Puas aku mencuba apa yang terdaya
Namun ku terpedaya dengan kata dan janji
Akhirnya aku yang meratap hiba
Terkuburlah sebuah impian
Bersama-sama harapan yang ku bawa
Hanyut bersama mimpi-mimpi semalam
Seperti sampan hanyut di lautan sepi..

4 Komen:

Anonymous,  Sunday, 05 April, 2009  

maafkan syg.
syg tau abg kecewa dgn syg.
syg cuba utk jadi yg terbaik utk abg.
syg tau syg x layak utk abg.
byk lagi insan lain yg lebih layak utk abg.
yg lebih sempurna dr diri syg.
Maafkan syg!!

Idalara Sunday, 05 April, 2009  

anggap segala yg berlaku adalah dugaan..ada insan yg lebih teruk diduga..dan ingatlah Allah syg pada kita itu sebab kita diuji..

BINANUAR Sunday, 05 April, 2009  

Usah bersedih,
usah berduka,
apa yang kau hadapi
hanyalah satu dugaan
siapa tau
dimasa akan muka
akan menjelma
seorang insan
yang dapat mengubati
segala kesedihan dan dukalara.

Sylfeeza Zainol Tuesday, 07 April, 2009  

Kamezaim....

Sabarlah hadapi sume dugaan...
Zaim pn tau cmne sy hadapi sgala dugaan yg dtg bertimpa2 4 bln lps kn??
Sume tue ujian tuhan...
Stp ujian dr Allah swt...adalah tanda kasih sayang Dia kat kite...
Syukur sgt2....

Sabar yea...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP