04 April 2009

Sebuah Penghidupan..


Assalamualaikum..
Hari kian silih berganti, ada yang berubah mengikut masa namun ada juga yang tiada apa perubahan. Itulah di katakan kehidupan seorang manusia. Ada kala kita bangga tatkala kita menjulang sebuah kejayaan hingga kita terlupa pada kedukaan tatkala terkubur sebuah impian. Kita sering berharap agar sebuah impian itu kan menjadi kenyataan hingga kita mencuba apa yang terdaya untuk mencapainya..

Kehidupan ini memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan kecekalan dan kecekalan memerlukan sebuah pengorbanan. Kerana ketabahanlah kita mengenal erti kesusahan, kerana kecekalanlah kita mampu mengatasi tiap ruang waktu dan kerana pengorbananlah kita mampu mengenal erti sebuah penghidupan. Walau apapun tafsiran yang ada, ketabahan, kecekalan dan pengorbananlah yang akan mencorak hidup kita dari muda hinggalah ke tua nanti..

1 Komen:

Idalara Saturday, 04 April, 2009  

kerana kecekalan dan ketabahanlah aku masih berada di sini meskipun hatiku pernah terluka suatu masa dulu..namun itu bukanlah bererti akan menamatkan segala harapan dan penantian..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP