Cinta Memerlukan Keimanan..
Assalamualaikum..
Pertama sekali kamezaim ingin memohon maaf kepada dia sekiranya entry ini menyentuh perasaan dan hatinya. Kamezaim tidak bermaksud untuk mengungkit kesedihannya. Kamezaim cuma ingin mengembalikan semangatnya agar dia dapat kembali hidup dalam keadaan seperti sebelumnya.
Cinta adalah satu perasaan yang suci dan murni. Cinta adalah satu perasaan yang lahir dari hati ke hati. Tiada siapa dapat lari dari merasai cinta kerana cinta adalah sebahagian dari hidup seorang bernama manusia. Namun, cinta bukanlah segala-galanya.. Jangan kerana cinta kita menjadi buta, jangan kerana cinta kita menjadi lupa dan jangan kerana cinta kita serahkan segala-galanya.. Apalah ertinya andai orang yang kita sayang, orang yang kita cintai mengkhianati kita. Apa gunanya kita menanti pada insan yang menyintai kita hanya kerana nafsu semata, hanya kerana menginginkan harga diri kita.
Buat seorang wanita bernama Ani (bukan nama sebenar), dia mengenali seorang lelaki dari ruangan internet. Setelah sekian lama mereka kenal akhirnya mereka berjanji untuk sehidup-semati. Namun Ani tahu bahawa kekasihnya itu adalah seorang yang suka berfoya-foya dengan gadis lain. Ani meminta kekasihnya berjanji untuk berubah dari melakukan dosa-dosa itu dan kekasihnya juga turut berjanji bahawa tidak akan mengulangi dosanya lagi. Kerana Ani percaya pada janji kekasihnya itu, akhirnya mereka mengikat tali pertunangan dan akan disatukan tidak lama lagi. Lagi sebulan mereka ingin mendirikan mahligai yang diimpikan oleh Ani selama ini, dalam kesibukan Ani menyiapkan persiapan untuk majlisnya itu tiba-tiba Mak Ani mendapat panggilan dari bakal menantunya. Akhirnya bakal menantunya menyatakan bahawa dia sudah tidak menyintai Ani lagi malah di hatinya sudah tiada Ani lagi. Ani yang terkejut mendengar berita itu cuba untuk menghubungi tunangnya dengan harapan dia mampu mempertahankan hubungan mereka yang terjalin selama ini. Namun pelbagai alasan yang Ani terima dari tunangnya itu.. Dalam masa yang sama Ani tahu yang tunangnya itu masih lagi dengan tabiat lamanya, segala janji hanya tinggal janji. Ani cuba mempertahankan harga dirinya selagi belum bergelar seorang isteri namun tunangnya sering meminta harga dirinya dengan alasan sekiranya Ani memberi maruah dirinya, dia akan terus menyayangi Ani selamanya. Namun Ani masih terus berharap agar tunangnya itu kembali padanya..
Dari sudut pandangan kamezaim :-
Ani tidak sepatutnya terus menyiksa diri hanya kerana seorang lelaki yang dia sendiri tahu akan sikap dan perangainya. Walau sekalipun lelaki itu adalah cinta pertamanya, namun tidak bererti dia harus mengorbankan kehidupannya sendiri. Allah tidak pernah kejam pada setiap hambanya, kita sebagai seorang hambanya akan sentiasa di uji dan terus di uji sejauh mana kekuatan iman di dada kita. Jangan kerana cinta kita menjadi buta dan janganlah sesekali kita menjadi hamba kepada cinta. Kamezaim dah lalui apa yang Ani lalui malah mungkin lebih hebat dari apa yang Ani lalui. Pedihnya luka di hati memang tiada siapa yang kan mengerti kepedihannya melainkan hanya pada mereka yang merasainya sendiri namun kita sebagai seorang yang punya akal dan fikiran, berfikirlah secara matangnnya. Lelaki seperti tunang Ani itu tidak perlulah Ani menangisi atau meratapi kepergiannya dari hidup Ani. Malah beryukurlah kerana Allah pisahkan Ani dengan dia awal-awal lagi sebelum Ani dan dia di sahkan sebagai suami isteri. Kerana di luar sana masih ramai lagi lelaki yang mampu menghargai diri seorang insan bernama Ani. Jangan di ratap hiba pada yang tak menjadi, jangan dirayu pada yang tak sudi dan jangan di nanti pada yang tak pasti. Buat saudari Ani, kamezaim nasihatkan agar tabahlah di dalam mengharungi setiap liku-liku kehidupan ini. Hidup tanpa airmata seolah-olah hidup tanpa penghidupan. Ani, walaupun besar manapun dugaan yang datang dalam hidup Ani, redhalah dan harungilah ianya dengan tenang dan sabar.. Percayalah bahawa ketabahanlah yang akan mencorak hidup kita dari muda hingga lah ke tua nanti dan hidup ini segalanya berkemungkinan wahai temanku...

Ikhlas dari jauh : Kamezaim
Dari sudut pandangan anda bagaimana pula..?
5 Komen:
sesekli ani kene bangkit. lupekan kisah silam itu walaupun mengundang kemanisan, tp lihat la pd keburukan yg telh dilakukan itu ani. hmm lelaki oh lelaki ..
Wah,berat ar topik ni kamezaim, walaubagaimanapun, ani kene blaja dari kesilapan, jangan terlalu ikutkan hati lain kali, dan jangan terlalu mudah percaya kepada seseorang..
Dalam kes ni, die mudah sgt percaya kepada laki yg kononnya dah berjanji akan berubah.. Tapi malangnya x smua manusia berpegang pada janjinya..
Bukan senang nak agak camne cara yang betul untuk percaya 100% pada apa yg org cakapkan, yang penting smua keputusan mestilah tidak mengikut hati dan nafsu semata-mata, perlu ade pemerhatian dan lagi penting perlu ade doa dan tawwakal dari Allah swt..
maaf la encik zaim, sy terpaksa memberi komen negatif. ani, jgn ditangisi perkara yg lalu. Lelaki itu bukanla jodohmu. lelaki itu xkan berubah, melainkan kalau dia benar2 berubah. Semoga Allah memberi balasan kepada beliau. Doa org yg teraniaya selalunye dimakbulkan.
buat teman kamezaim 'ani' tu mudah2an dia mengambil pengajaran dari pandangan kamezaim ini..
mng mudah mengatakan tapi amat sukar mahu melakukan..tapi mahu atau tidak kita terpaksa buat pilihan yg terbaik buat kita..sudah jelas apa yg dilakukan lelaki itu..so apa ditunggu lagi...
bukan kata kamezaim saja pernah lalui..idalara pun pernah merasa betapa kecewanya bila cinta ditolak mentah2..tapi kumbang bukan seekor..kalau tkde pun kumbang lain..lebih baik begini...sendiri..
saya setuju dengan pandangan kamu terhadap ani....
suatu pengajaran yang baik untuk paparan semua...
Post a Comment