30 April 2009

Selamat Hari " Pekerja "..

Assalamualaikum..
Rasa macam dah lama tak menulis di blog ni, mahu ke tak nya asyik menulis je dekat blog lagi satu ni.. hehe Padahal baru 2 hari tak menulis dalam blog ni.. ekekee Bukan apa, ntahlah kenapa lah sejak akhir-akhir ni badan ni rasa letih sangat. Sana sakit sini sakit, badan ni pun dah rasa keras semacam je.. hehe Bestlah ye esok cuti.. hehe

Dengan kesempatan ini kamezaim ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia yang bekerja tidak kiralah apa bidang pekerjaan sekalipun, sama ada boss atau pun orang bawahan.. hehe 1 Mei seluruh dunia akan bercuti sempena meraikan hari pekerja. Tapi, tidak semuanya dapat bercuti ok. Yang dapat bercuti tu kira bersyukurlah walaupun sehari, daripada langsung tak dapat cuti. Jangan nak merungut sangat. Sedarlah bahawa masih ada lagi insan yang terpaksa bertugas pada hari anda cuti itu. Kepada mereka yang ingin pulang ke kampung, memandulah berhati-hati. Kerana keseronokan yang terlampau selalunya akan berakhir dengan tangisan yang juga terlampau.. ekekeke Jika anda tidak sayang pada nyawa anda tapi ingatlah bahawa ramai lagi yang masih sayang pada nyawa mereka. Jangan kerana kebodohan atau sikap terburu-buru anda mampu merubah kehidupan orang lain menjadi derita..

Macam kamezaim terpaksa kena stand-by. Manalah tahu kalau-kalau kena oncall, terpaksalah bertugas pada hari tu. hehe Tapi sikit pun kamezaim tak merungut kerana pekerjaan seperti inilah yang kamezaim pilih sendiri. hehe "Ketepikan Kepentingan, Arahan Digenggam Padu".

3 Komen:

Idalara Thursday, 30 April, 2009  

ala..bukan kamezaim je kena keja..idalara pun keja juga esuk..tkde makna cuti hari pekerja ni..esuk buat ot dapatlah triple..hehehe..

Kamezaim Thursday, 30 April, 2009  

eleh,sibuk je dia tu.. org keje dia pun nak keje.. hehe

A.I.Z.A.T Thursday, 30 April, 2009  

sabar la bro, nk wat camne. dah tanggungjawab kan? hehe..

anyway, selamat menayambut hari pekerja!

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP