11 April 2009

Ku Mengundurkan Diri..

Assalamualaikum w.b.t..
Harap anda semua sihat sejahtera bersama keluarga tersayang tidak kiralah dimanapun anda berada. Semoga hidup anda lebih ceria dari hidup kamezaim. Rasanya dah seminggu kamezaim tak update blog ni, entahlah.. Kamezaim tak de mood untuk menulis apa-apa di dalam blog ni. Seolah-olah dah tak ada apa lagi yang hendak diceritakan di dalam blog ni, manalah agaknya pergi kamezaim yang dulu ye..hehe (Itulah yang selalu dikatakan oleh adik ieyra..) Pst:- Adik kesayangan kamezaim..hehe

Pertama sekali kamezaim nak ucapkan ribuan terima kasih buat anda semua terutama sekali Idalara & Ieyra kerana selama ni banyak menemani kamezaim di saat kamezaim memerlukan teman untuk berbicara. Walau kita terpisah diantara pandangan mata namun anda semua tetap di ingatan kamezaim. Susah untuk mencari yang memahami, jauh sekali untuk mencari yang mengerti..

Kamezaim rasa, kamezaim akan mengundurkan diri dari dunia blogger ini buat seketika waktu demi mencari ketenangan di dalam mengharap keredhaan dariNya. Mungkin sehari, mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin setahun atau mungkin jua selama-lamanya.. Biarlah masa yang menentukan segalanya.. Kamezaim juga seperti anda, sentiasa berharap agar ada setitis kebahagiaan dalam hidup ini. Kita sering mencuba dan terus mencuba untuk mencapainya namun ada saja yang menjadi penghalangnya hingga sebuah impian dan harapan itu tidak kesampaian..

Hidup ini penuh dengan dugaan dan rintangan hingga kita hampir tewas di dalam mengharunginya. Namun tidak bererti hidup ini hanya setakat ini saja. Walau perit menahan derita namun hidup mesti diteruskan jua. Kerana kehidupan ini adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Kerana kehidupan mengajar kita erti kemanusiaan yang membawa sejuta perasaan buat hidup kita sebagai manusia..

Kadang-kala kita terpaksa menyendiri demi merawat luka di hati, ingin mengadu kasih namun tiada yang sudi. Terpaksalah mengasingkan diri menenangkan jiwa. Mungkin itulah yang akan kamezaim lakukan demi merawat luka di hati. Terpaksalah kamezaim merawatnya sendiri kerana tiada siapa yang sudi hadir untuk merawatnya. Sendiri pun sendirilah.. Nak tunggu orang datang merawat tak tahulah bila, mungkin kena tunggu 7 purnama agaknya.. hehe Jawabnya kamezaim makan nasi ulam jantung berminumkan airmatalah..

Oklah, cukuplah sampai disini saja. Kamezaim ingin mengundurkan diri dulu tapi tak tahu mana nak pergi lah plak. Ada cadangan? hehe Apapun, terima kasih sekali lagi buat mereka yang tak pernah lupakan kamezaim. Jangan lupakan kamezaim ok sebab kamezaim pun tak pernah lupakan anda. hehe Kalau makan tu ingat-ingatlah pada kamezaim di sini ye. Macam sis lin tu, siap jemput kamezaim makan cucur jemput-jemput lagi.. hehe Thanks semua..

Buat dia, kamezaim mendoakan agar dia bahagia di samping insan yang dia sayang. Terima kasih kerana telah melukakan hati ini. Semoga dia berpuas hati dengan apa yang telah dia lakukan. Biarlah kamezaim mengundurkan diri demi memberi ruang untuk dia dan insan yang dia puja. Siapalah kamezaim untuk mengharap insan sepertinya, bagai pipit di rimba yang mengharapkan cinta dari merak di kayangan. Manakan sama pipit dan merak, pipit tetap pipit dan merak tetap merak.. Jagalah diri baik-baik, semoga mendapat apa yang dihajati..

Kamezaim

11 Komen:

Tirana Sunday, 12 April, 2009  

Huaaaaa..Kamezaim nak ke mana..Jangan tinggalkan daku...hehehe..

Nak berehat ye..nak cari ketenangan..apa kata kalau Kamezaim terbang pergi ke bulan atau ke planet marikh..hehehe

Apapun jangan menghilangkan diri lama2 sangat...sebab ada orang yang rindu-rinduan nanti..

Kamezaim Sunday, 12 April, 2009  

aiii.. temanku tirana, mcm perli je ni.. hehe siap halau suruh pergi ke bulan lagi.. aduh,bertambah lah lagi luka di hati ini.. psst... sape yg akan rindu-rinduan pada kamezaim tuh?? hehe nak juga tahu..hehe

khairul Sunday, 12 April, 2009  

salam abg kamezaim....nape abg nk mnyepikn diri? adakah krana seorang yg brnama wanita itu tlh melukai hati abg.... usah dikenang ape yg telah pergi tp fikirkan ape yg akan ditempuhi kelak.....mngkin dgn kepergiannya dr hidup abg adlh sesuatu yg memedihkan tp kta sebagai hamba-Nya perlu redha dgn ketetapan-Nya, krana kita mngkin tdk tahu itu adlh yg terbaik utk kta...khairul harap abg kamezaim dpt kembali mcam dlu lg slpas ini....biarpun sy baru mngenali abg tp sy tetap merasai kehilangan abg ini...

Kamezaim Sunday, 12 April, 2009  

Terima kasih khairul di atas nasihat yg sangat berguna itu.. abg amat menghargainya..

Idalara Sunday, 12 April, 2009  

kamezaim..idalara rasa idalara lah yg paling kerap beri nasihat dan pandangan pada kamezaim...yg dah ida anggap mcm adik ida sendiri...mng betul ieyra kata..mana perginya uncle kamezaim yg dulu...masa kita ber3 sama2 bergaduh kat chtroom..masa merubah..segalanya..masa merubah kame..tapi tidak idalara dan ieyra..idalara dan ieyra mng rindukan masalalu yg ceria..tp apa sebenarnya berlaku pada kame hanya kamezaim saja yg tahu..
ada insan yg sudi memberi hatinya pada kamezaim tapi kamezaim menolak mentah2 kerana masih menanti dia yg dah tentu bahagia dgn org yg dicinta..
kamezaim kata idah tak tak rindu kat kamezaim...mana mungkin..idalara sentiasa rindukan semua teman2 kat sini...
apa kata kamezaim bercuti..balik kg..jpe ayah dan tenangkan hati di sana...
jgn terlalu lama mengundurkan diri ye...idalara tak akan lupa dan takpenah akan lupa pada kamezaim..sahabat,adik dan teman ida.

ras-adieza Sunday, 12 April, 2009  

jawapannya akak yang merindukan kamezaim. jangan tinggalkan daku...

ras-adieza Sunday, 12 April, 2009  

jawapannya akak yang merindukan kamezaim. jangan tinggalkan daku...

Kamezaim Sunday, 12 April, 2009  

Kepada Kak Idalara : Thanks di atas kata-kata nasihat itu. kamezaim tidak pernah berubah mungkin keadaan saja yg berubah..

Kepada Kak Ras : Alamak, aduh terharunya hati ini.. hehe Kak ras merindukan kamezaim ye.. hehe Daku tidak meninggalkan mu.. ekekeke

Adry Monday, 13 April, 2009  

uiks... nak gi mana ni... jangan la undur diri terus... huhu

Adry @ http://www.adrysabry.com

Eiba Monday, 13 April, 2009  

Yer laaa...eiba doakan kamezaim akan terus tabah dan berdoa agar sentiasa dikuatkan semangat... mudahan..ujian Allah untuk hambanya yang di sayangi... Hidup perlu diteruskan yaa...

lieya_1305 Monday, 04 January, 2010  

buat kamezaim..
tidak semua insan yg dilahirkan ke dunia ini akan dapat merasai kebahagiaan sebenarnye..dari itu tabahkan hati,brdoalah pade Nye.,kerana hanye Dia yg tahu segale2nye..

sy juga telah mengalami terlalu byk kekecewaan dlm hidup ini.,tapi demi satu2nye permata hati yg ade
sy bangkit kembali walau terlalu sukar utk melupekan segale yg telah berlaku..Hanye anak pengubat
duka di hati ini..

Hanye Dia yg menentukan segale2nye
amin....

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP