18 April 2009

Nada Murni - Munajat

Tahun : 1990'an

Kumpulan Nada Murni dianggotai oleh sekumpulan ahli jemaah Al-Arqam iaitu :-

  • Mohd Asri Bin Ibrahim
  • Ismen Nadim Bin Isam
  • Munif Ahmad @ Putra Aiman
  • Mohd Faizal Bin Osman
  • Muhammad Ariffin Bin Ahmad Rahim
  • Salleh Bin Ramli (Meninggal)

Ahli kumpulan Nada Murni kemudiannya berpecah dan muncul sebagai Kumpulan Hijjaz, Rabbani dan Raihan setelah Al-Arqam diharamkan di Malaysia.

Munajat

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui Maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada Qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Nada Murni - Munajat
>> Download <<

Rabbani - Munajat
>> Download <<

* Ini adalah lagu nasyid permintaan dari saudari Izza. Kamezaim harap saudari Izza berpuas hati dengan tertunainya lagu permintaannya ini. Terima kasih.

2 Komen:

Anonymous Saturday, 18 April, 2009  

Terima kasih Kamekazaim.. malam ni internet downla nak dowload.. too slow.. besok insyaAlalh izza download .. tq ya..
Semoga Allah merahmatimu..ameenn..

MM,  Thursday, 13 August, 2009  

Salam alaik,
Saya mencari lirik lagu Munajat melalui search engine dan di-link kan kepada blog tuan. Terima kasih atas informasi link download juga.

Hari ini 13 Ogos, berita pemergian Almarhum Ustaz Asri Ibrahim ke Rahmatullah sangat tidak disangka. Ar-Rahim lebih menyayangi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke hadrat roh alamrhum dan semoga Allah menempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Takziah buat keluarga Ustaz Asri.
Al-Fatihah.

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP