24 May 2009

Engkaulah Gadisku..

Kasih..
Jika kau rasa akan getar di jiwaku
Itulah rasa kasihku padamu
Jika kau rasa akan kehangatan perasaan ku
Itulah rasa cintaku padamu..

Kasih..
Kenapa kau tidak mengerti gelodak di jiwaku
Kenapa kau langsung tidak menghargai kehadiranku
Aku cuba untuk membuat agar kau fahami segalanya
Namun semuanya bagai sia-sia belaka..

Kasih..
Adakah mahligai indah di hiasai sejuta permata
Adalah sebagai satu syarat untuk aku memilikimu
Jika itu yang kau pinta dari insan sepertiku
Ternyatalah aku bukan yang terbaik buatmu..

Kasih..
Akan ku kenang dirimu sepanjang hidupku
Akan ku abadikan wajahmu di sudut ingatanku
Akan ku ukirkan namamu di pintu hatiku
Agar semua orang tahu bahawa namamu
Sudah terpahat dihatiku..

Kasih..
Maafkanlah aku
Mungkin terjadi kita tidak akan bersua lagi
Aku bukan insan yang kau dambakan dalam hidupmu
Mana mungkin kau sudi memandang pada insan sepertiku lagi
Andai itu yang terbaik buat hidupmu
Aku rela mengundurkan diri demi kebahagiaanmu
Tapi andai suatu hari nanti hatimu terluka
Berpalinglah pada aku disini
Aku tetap ada untukmu..

4 Komen:

IxoR@ Sunday, 24 May, 2009  

yeayyyy...itukah gadis yg dah membuat hati incik sentiasa hangat.... ?

wow!

angel_baik Monday, 25 May, 2009  

cinta tak boleh di paksa... take it easy and go with the flow..

Redynne™ Monday, 25 May, 2009  

andai hati terluka..

masa akan mengubat segalanya..

:)

mass Monday, 25 May, 2009  

Semoga kamezaim akan bertemu dgn insan yg lebih baik dr insan di atas itu.

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP