21 May 2009

Sedih Rasa Di Hati..

"...kenapalah agaknya saat-saat begini terasa hiba dan pilu menyelubungi diri?. Mengapa perasaan sebegini terjadi?. Mengapa hari ini?. Mengapa bukan semalam mahupun esok.. Mengapa!! Kenapa!! Aku sendiri pun tidak mengerti.."

Aku ada ramai kawan tapi aku tak punya seorang pun kekasih. Aku sentiasa ingat pada orang tapi orang langsung tak ingat pada aku. Aku mudah simpati dengan orang tapi orang langsung tidak simpati dengan aku. Aku mencuba yang terdaya untuk menjaga hati orang tapi orang langsung tidak menjaga hati aku. Aku tak sanggup melihat orang menangis tapi orang sanggup melihat aku menangis. Aku tak rela melukakan hati orang tapi orang sentiasa melukakan hati aku. Kenapalah nasib diriku sebegini rupa..

Dalam sejuta kawan yang aku ada, hanya seorang teman yang pernah ku kenali 6 tahun yang dahulu sahaja yang masih ingat bila hari lahir aku. Malah, dia bukan berada dekat dengan aku. Namun, dia masih tetap ingat bila aku di lahirkan ke dunia ini. Dia benar-benar membuat aku rasa terharu setelah dia lah insan pertama yang mengucapkan selamat hari lahir kepada aku. Tidak ku sangka, seorang insan yang pernah bertakhta di hati ini pada suatu ketika dahulu masih sudi mengingati hari kelahiranku.. Terima kasih, Nurin.

Esok, 22 Mei adalah hari di mana aku pertama kalinya melihat dunia yang fana ini. Esok, meningkatlah lagi usia ku.. Dulu masa arwah mak kamezaim masih ada, dialah insan pertama yang selalu mengucapkan selamat hari lahir pada kamezaim. Tapi sekarang dia dah tak ada lagi. Sedih rasa di hati bila terasa diri tiada di ingati..

12 Komen:

L25 Friday, 22 May, 2009  

salam..
encik.zaim jgn la cmni
klo xde org yg mao jd kekasih en.zaim,
let me be yours..

hehe..no kidding!
BTW happy birthday encik kamezaim!

Idalara Friday, 22 May, 2009  

hai..sedih hibanya bc luahan hati kamezaim ni...idalara ni bukan sahabat kame ke...
ada org sudi jd teman hati kame..kame tolak...tapi tu kan dah ada yg sudi nk jd kekasih kame...

harini bthday kame ke..alaaa nape tk bthu awal2..selamat ulang tahun yg ke berapa ek..muga panjang umur dan bertemu insan yg menyintai mu..

Unknown Friday, 22 May, 2009  

"happy birthday kamezaim .. slmt pjg umo & murah rezeki hendaknya" .. err .. buacak lagi sedih tau .. umo 4 tahun dah yatim piatu .. huhu

IxoR@ Friday, 22 May, 2009  

Ixora ada ni...

Ixora nak wish kat Dear, Happy Birthday...

"muda lagi...banyak perkara perlu dilalui...bersabarlah dlm mengharungi segala dugaaan hidup"

:D

mar~ Friday, 22 May, 2009  

sanah helwa ya bro kamezaim!!

moga trus success!!
panjang umur n d murahkan rezki~

may happiness be wif u every day, every second, every moment.

xmo sedey2 oke!

Zana S Friday, 22 May, 2009  

alahai... sedihnya zana dgrkannyer..
kekadang org yg tak disangka2 tu la yg ingat bila kita melihat dunia nie.

kekadang orang yg paling dekat dan menyayangi kita belum tentu ingat akan tarikh keramat itue. mane lagi sedih???

renung2 kan ya... :)

Anonymous,  Saturday, 23 May, 2009  

kamo...
hepi bday...
bday kamo sme dgn bday ayah chokichoki taw...
ade mse g la blog chokichoki..
ayah hadiah puisi utk chokichoki semalam :)

Redynne™ Saturday, 23 May, 2009  

selamat ulang tahun kamezaim..

semoga impian terindah kan jadi kenyataan.. :)

*Life is like an onion. You peel it off one layer at a time, and sometimes you weep..

Kamezaim Saturday, 23 May, 2009  

terima kasih semua.. terima kasih sangat2.. kamezaim amat menghargainya.. thanks.

Meooo Comicore Club Saturday, 23 May, 2009  

teruskan perjuangan oh yeah!!!

Anonymous,  Sunday, 24 May, 2009  

hi... happy belated birthday, moga ceria.

izza Wednesday, 27 May, 2009  

happy belated birthday kamezaim..sorry lambat wish.. kamezaim lahir thn berapa?

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP