17 July 2009

Pahit Getir Seorang Pemandu Trailer..


Assalamualaikum..
Kali ni kamezaim nak cerita lah sedikit mengenai trailer ni. hehe Dulu masa kecil, kamezaim teringin sangat nak bawa trailer ni. Kalau tak boleh bawa sekalipun, setakat naik duduk dalam trailer pun dah cukup lah.. hehe Ayah kamezaim dulu pun bawa trailer, tapi sekarang dia dah tak bawa trailer lagi. Sekarang dia bawa bas pula. Ayah kamezaim bawa trailer ke, bawa bas ke namun dia sentiasa tersenyum je.. hehe

Tapi sekarang, setelah kamezaim sendiri mencuba untuk membawa trailer, barulah kamezaim tahu susah senangnya pemandu trailer. Dulu masa sekolah, cikgu selalu berkata pada kamezaim. Jangan jadi pemandu lori kerana pemandu lori tiada masa depan dan bermacam-macam lagi cikgu tu hina pada pemandu lori. Sebenarnya cikgu tu salah, salah dalam menilai. Pekerjaan sebagai pemandu lori atau trailer adalah satu pekerjaan yang mulia. Pengorbanan seorang pemandu trailer amat besar. Bukan senang untuk membawa trailer, bukan senang untuk mengendalikan steringnya dan bukan senang untuk mengimbangi kedudukannya.

Kamezaim tak lupa apa yang ayah kamezaim katakan pada kamezaim masa kamezaim call dia bagitahu yang kamezaim dah mencuba bawa lori trailer. Kamezaim cakap dekat dia, "Abah, susah juga ye bawa trailer.". Lepas tu dia jawab, "Ha, baru tau ka susah senang seorang pemandu trailer.". Kemudian kamezaim terfikir, betapa hebatnya sesiapa yang memiliki lesen E dan GDL (Bersendi).

Kepada sesiapa yang memandang serong pada seseorang yang bergelar pemandu lori trailer, lupakanlah pandangan serong anda itu. Kalau anda kata anda hebat di jalan raya, boleh bawa kereta sambil pejam mata atau boleh bawa motor macam superman, cubalah dulu untuk membawa sebuah kenderaan bernama trailer. Di situ baru boleh mengukur sejauh mana kehebatan anda. Jika stering pusing ke kiri, kemana ekor akan pergi. Jika stering pusing ke kanan, kemana ekor akan pergi. Jika setakat anda memiliki lesen D dan membawa kereta macam pelesit, membelok macam F1, cubalah dulu untuk memiliki lesen E & GDL (Bersendi). Dalam 10 yang datang, mungkin 2 saja yang berjaya. Banyak lagi pahit getir yang harus ditempuhi pemandu lori trailer, kalau cerita di sini pun sampai esok tak habis. Kalau sesiapa nak tahu apa yang cuba kamezaim maksudkan, cubalah merasainya sendiri..

Buat brader-brader yang membawa trailer di luar sana, teruskanlah pekerjaan anda. Sesungguhnya kamezaim respect pada anda. Biar apa orang nak kata, yang penting kita mencari rezeki yang halal.. Belum cuba belum tau beb.. hehehe

10 Komen:

Tirana Saturday, 18 July, 2009  

Macam mana nak pandu trailer...tengok trailer pun saya takut..hehehe..besar gabak..panjang berjela..

Kamezaim Saturday, 18 July, 2009  

alamak tirana, besar gabak panjang berjela ye.. hahaha itu yg best.. hehe best tirana,belum cuba belum tahu beb.. hahaha

intan shaheera@ieyra Saturday, 18 July, 2009  

ieyra dari dulu nak bwk kete,,tapi xlepas2 lagi.....

edocopper Monday, 05 October, 2009  

mekasih bro kamezaim... ko da ble bwk ke besar gabak panjajang berjela tu?? mmg x dinafikn ape yg bro ckp tu.. bkn calang org ble bwk trailer ni.. so jgn pandang rendah pada seorng pemandu trailer ni... dorg mmg pro... klu x percaya cuba la lawan dorang,,...

Unknown Friday, 08 November, 2013  

Memang respek org bwk treler... Pnh try tp x pndai2... Nk kedepan ok.. Nk river x lpas.. Huhu

Unknown Saturday, 30 November, 2013  

Terima kasih kamezaim,anda telah mengangkat martabat para pemandu treler yg selama ini di anggap sebagai kerjaya low class oleh sesetengah pihak.saya juga seorang pemandu treler hampir 13 tahun dlm bidang ini dan saya tidak pernah menyesalinya.

Unknown Sunday, 02 October, 2016  

yup mmg susah,lg2 klo nk parking tmpt yg sempit. bkn sy yg driver, tgok husbnd drive.

Unknown Wednesday, 03 April, 2019  

Senang je sebenarnya nak bwk treler..seminggu fokus dah mahir .byk kn bdoa pada Allah

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP