05 October 2009

www.kamezaim.com..??

Assalamualaikum..
14 Mac 2008 adalah tarikh lahir bagi blog ini. Pejam celik, telah pun 1 tahun 8 bulan blog ini berada di persada blogger. Sepanjang tempoh itu, berbekalkan domain kamezaim.blogspot.com, terlalu banyak kenangan manis mahupun pahit yang ditempuhi oleh pemiliknya iaitu kamezaim. Blog ini diilhamkan sendiri oleh kamezaim dengan bantuan dari seseorang. Dialah yang memperkenalkan kamezaim kepada dunia blogger ini. Dengan bantuan dia pada mulanya, akhirnya terciptalah satu blog yang berjudul "Sekadar Seorang Insan"..

Sepanjang penglibatan kamezaim dengan dunia blogger ini, cukup banyak yang kamezaim dapat belajar dan manfaatkan. Ada juga orang kata yang berbloging ini adalah satu perkara yang tidak berfaedah tapi tidak bagi kamezaim. Kamezaim rasa, dengan berbloging ini kita mampu kenal antara satu sama lain, mampu bertukar pendapat dan idea, mampu luahkan apa yang dirasa dan bermacam-macam lagi fungsinya. Pada mulanya memang kamezaim tak berminat untuk berbloging tapi setelah mencuba akhirnya ianya sudah menjadi sebahagian dari hidup ini. Kamezaim luahkan apa yang dirasa di dalam blog ini, dengan itu ianya mampu mengurangkan tekanan mahupun kesedihan. Manalah tahu suatu hari nanti bila kamezaim sudah tiada, di blog inilah anak-anak kamezaim nanti dapat mengenal siapa ayahnya dan dapat memahami jiwa ayahnya..

Sebenarnya, tujuan kamezaim menulis kali ini adalah untuk memberitahu anda bahawa kamezaim.blogspot.com akan berpindah ke www.kamezaim.com. Terima kasih kamezaim ucapkan buat mereka yang sentiasa memberi semangat dan keyakinan kepada kamezaim untuk terus berada di persada dunia blogger ini. Andai kamezaim ada salah dan silap, kamezaim menyusun sepuluh jari memohon maaf. Kamezaim hanyalah insan biasa, tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Terima kasih semua!.

6 Komen:

zaryl Tuesday, 06 October, 2009  

belagak la tu... hahahaa

Missfasha Tuesday, 06 October, 2009  

TAHNIAH ZARIL ...hikhikhiks

Idalara Tuesday, 06 October, 2009  

salam..
wah..rumah baru ye.tuannya pun mst berjiwa baru juga jgn asik berjiwang karat je.huhuh....

akulajuki Thursday, 08 October, 2009  

Ni kali pertama saya berkunjung ke blog ni, itupun kerana buat carian tentang 21 GGK lepas tu terus ke main page. Saya mula merayau sampai page yang nombor belas-belas dan banyak yang saya tengok dan baca dan paling mengesankan ialah tentang sms dari bapa yang you muatkan tu. Mendalam makna dan banyak pengajaran kepada yang nak berfikir. Anyway tahniah kerana blog you memang bagus. Keep up the good work.

Kamezaim Thursday, 08 October, 2009  

Terima kasih semua..

Buat Saudara Akulajuki, hanya yang memahami kan mampu untuk mengerti..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP