17 April 2008

Maafkan aku..

Maafkan aku hajar..Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang tak mungkin lari dari melakukan kesilapan.Maafkan lah sekali lagi,Janganlah kau simpan kedukaan itu di dalam hatimu.Luahkanlah agar aku bisa mengerti segalanya.janganlah kau menghukum aku sebegini rupa,hilang tanpa bayang dan sunyi tanpa suara.Tiada apa lagi yang ku harapkan darimu,cukuplah sekadar kau tahu menghargai diriku ini.Ku sedar,siapalah aku untuk menyintai dan juga di cintai.Ku tak punya apa-apa yang dapat kau banggakan,tiada harta mahupun jutaan ringgit yang mampu ku berikan padamu sebagai lambang cinta ku pada mu.Apa yang ku ada hanyalah satu jasad,satu nyawa dan satu cinta..

Aku mengharapkan kasihmu,ku dahagakan belaian rindumu.Berikanlah kekuatan & semangat kepada ku untuk aku meneruskan kehidupan yang penuh onak dan duri ini.Bawalah aku ke alam bahagia agar bisa ku melupakan derita-derita yang silam.Sebelum ku menutup mata,sebelum denyutan nadi sudah tiada dan sebelum ku pergi buat selama-lamanya.Izinkanlah aku mengenal apa itu erti kebahagiaan yang sebenar..

Ku serahkan segalanya kepada takdir,mungkin ini sudah suratan dari-Nya.Mengharap pada yang tak pasti,terus dalam kehampaan.Kadang-kadang diriku sering tertanya-tanya,adakah sebuah cinta itu terlalu mahal buat diri ini..

1 Komen:

Azie Thursday, 17 April, 2008  

perghhh...jiwang karat rupanya adik ku ini.hehehe..tak mau bikin novel ke?gerenti leh meletup kat pasaran ;)

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP