Ahli Parlimen PKR Kecam Latihan Komando
Baru-baru ini,seorang ahli parlimen PKR telah mempertikaikan latihan yang di jalankan ke atas bakal-bakal komando ATM.Katanya latihan sebegini mampu menjatuhkan maruah seseorang.
'Kalau takut di lambung ombak,jangan berumah di tepi pantai'
Mungkin peribahasa ini sesuai untuk mereka yang mempertikaikan latihan komando yang di jalankan oleh ATM.Bukan semua manusia dapat bergelar komando.Hanya manusia yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi sahaja yang mampu mengharunginya.Kalaulah latihan komando seperti latihan tentera biasa,apalah ertinya kita menggelar mereka komando.Tugas-tugas yang di jalankan oleh anggota komando bukanlah tugas-tugas yang biasa seperti anggota-anggota tentera yang lain.Tugas-tugas komando memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi,semangat juang yang membara,keberanian seperti harimau yang berjuang.Jadi tidak hairanlah kalau latihan komando sebegini rupa.Kalau anda takut untuk menghadapinya,janganlah sesekali cuba menghampirinya.Hanya mereka yang berani dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi sahaja yang mampu menyahut cabaran ini.Hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja yang akan mengerti kenapa dan mengapa latihan sebegini dilakukan.Kerana musuh tidak mengenal siapa lawannya..
- Apakah anggota COMMANDO perlu dilatih dengan latihan 'ALA KEPONDANAN'?
- Apakah corak latihan 'ALA KADAR' boleh diberikan kepada mereka sebelum layak memakai beret hijau,pisau komando dan bergelar commando?
- Anggota komando dilatih untuk memusnah dan membunuh musuh walaupun secara bersendirian dan kerana itulah digelar 'COMMAND AND DO'
- Disiplin merupakan perkara yang amat dititikberatkan di dalam latihan COMMANDO.
"LALAI SESAAT,MENYESAL SEUMUR HIDUP"
1 Komen:
aku xtau video ni ori ke x..
tp hakikatnye mmg ptut dorang kne train mcm 2 coz dorang kne jga kslmtn ngra..
klu stakat lembut2 or lembik2, baik x pyh msuk komando..
dgr nma pn org dh blh agk cmne gaya sorg komando..
tp y aku xphm, knpa org2 politik ni nk mptkaikan ape y dh dtetapkn..
cba dorang pk, skranya dorang jd org y ptut dlindungi, nk ke ambk org y ala lembut2 y protect..
aku rsa xnk..bkn rsa, mmg xnk la..
so jgn la campurkn politik dgn isu kslmtn ngara..
cri la isu lain coz isu ini ckup snstve utk para komando n bkl komando..
Post a Comment