08 September 2008

Kereta Anganku Musnah..

Hahaha Tentu ramai yang kata kamezaim ni terlalu memasang angan-angan yang tinggi..hehe Tapi tak salahkan kalau kita mempunyai impian dan harapan biarpun kadang-kala impian dan harapan itu terlalu jauh untuk kita kecapi. Sekurang-kurangnya kita ada perancangan hidup. Tapi kalau tengok kereta dekat atas tu memanglah agak sukar untuk kamezaim miliki tapi dalam dunia ini tiada yang mustahil bukan?..hehe

Segalanya ditentukan oleh Allah S.W.T.. Kita hanya mampu merancang dan berusaha, tapi DIA yang menentukan segalanya. Kadang-kala kita mencuba yang terbaik didalam hidup kita namun tak semuanya akan berakhir dengan sempurna. Suka-duka kehidupan adalah lumrah bagi insan yang bernafas di dunia ini. Tak mungkin dapat lari dari merasa sedih, kecewa dan hampa. Airmata menjadi saksi bila hati dilukai. Apakan daya, kita hanya sekadar seorang insan..

Kalau hidup ini hanya dengan kebahagiaan tanpa disulami kedukaan, pasti manusia tak kan dapat menghargai apa itu erti sebenar sebuah kehidupan.. Tentu manusia tak kan menghargai apa yang dimiliki hinggalah kehilangannya. Hidup tanpa kedukaan, bagai hidup di ambang suram. Suka mahupun duka, itulah realiti kehidupan.. Apapun, ketabahanlah yang akan mencorak hidup kita dari muda hinggalah ke tua..
@adil

4 Komen:

shahliza94 Tuesday, 09 September, 2008  

takpe kamezaim...berangan tak kene bayar....ngeh..ngeh..ngeh....

Adry Tuesday, 09 September, 2008  

waa.. kalau keta macam ni aku pun nak.. hehehe

Adry @ http://www.adrysabry.com/

azza_irah Tuesday, 09 September, 2008  

salam kamezaim..
kesedihan mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan..
membina kekuatan dlm diri dan meniup semangat supaya tak mudah kalah..

Ejat_Aramaiti89 Saturday, 13 September, 2008  

a'ah...cemana nak buat ek???kuz mase saaya nak buat blog nie pun....ingat nak macm buat bro punyer...orang leh download2 lagu kat page bro..leh ajo tak?

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP