28 January 2009

Ekspo Kerjaya Bersama Angkatan Tentera Malaysia 2009.

Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Ekspo Kerjaya Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada :

Tarikh : 30 Jan - 1 Feb 2009
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa : 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Perasmian ekspo akan disempurnakan oleh Y.A.B Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan pada 30 Januari 2009 jam 3.30 petang.

Ekspo ini akan melibatkan beberapa pameran secara pertunjukan statik, interaktif, kemudahan pemeriksaan kesihatan dan demonstrasi ketenteraan. Keterangan ringkas pameran adalah seperti berikut:

a) Pameran Statik-Pameran mengenai kepelbagaian kerjaya serta penglibatan ATM dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam bentuk gambar,poster,pakaian khusus,risalah,video dan pameran kenderaan dan persenjataan terkini.

b)Perkhidmatan Kesihatan-Pengunjung diberi peluang untuk memeriksa tahap kesihatan seperti kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan rawatan pergigian secara percuma.

c) Demontrasi ketenteraan-Ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM akan mengadakan demonstrasi secara berjadual. Sebagai contoh, Tentera Darat akan mengadakan pertunjukkan anjing perang,TLDM akan mengadakan pertunjukkan kawad senyap serta TUDM akan mengadakan pertunjukkan pancaragam.

d) Hiburan- Persembahan hiburan meliputi persembahan muzik, nyanyian dan tarian kebudayaan yang akan dipersembahkan oleh Badan Kesenian Tentera Darat, Badan Kesenian Tentera Laut, Badan Kesenian Tentera Udara dan Badan Keseniaan DBKL.

Semua dijemput hadir beramai-ramai.

13 Komen:

Anonymous,  Wednesday, 28 January, 2009  

salam... kame ni ahli VAT69 kew??

su Wednesday, 28 January, 2009  

sronok kalau dpt nengok neh! hehe...

Kamezaim Wednesday, 28 January, 2009  

dah tu,tunggu apa lagi su.. pergi je lah tengok.. hehe

Anonymous,  Wednesday, 28 January, 2009  

tapi kn dua2 masuk utan gak.... tera tgk baju coreng2 tu VAT pakai gaks

Kamezaim Wednesday, 28 January, 2009  

VAt69 celoreng biru hitam.. GGK celoreng hijau.. banyak bezanya tera.. VAt69 lambang lain, GGk lambang harimau berjuang..

Anonymous,  Wednesday, 28 January, 2009  

gitu erk, tp dua2 ala2 komando jugak kan? tera suka tgk, segakkk!

Kamezaim Wednesday, 28 January, 2009  

ala2 komando apanya tera,mmg komando lah..ish..ish..

VAT69 = Komando 69 (PDRM)
GGK = Grup Gerak Khas (Komando Tentera Darat)
PASKAL = Pasukan Khas Laut (TLDM)
PASKAU = PAsukan Khas Udara (TUDM)

Semua tu komando lah tera.. ish..ish..

Anonymous,  Wednesday, 28 January, 2009  

hik3... kena tabik spring ka gini, apepun timakasih atas jasa pejuang2 kita, muaaahhh!

Kamezaim Wednesday, 28 January, 2009  

Ai tera, macam perli je bunyi tu.. ish..ish.. tak ikhlas ye..

Anonymous,  Wednesday, 28 January, 2009  

ikhlas le tuuuu.... mne ade perli, btl... tera mmg tabik kat komando kite.

Idalara Wednesday, 28 January, 2009  

ATM.. berbakti untuk Agama bangsa dan negara.
namun kenangan pahit dan manis tetap terimbau kembali bila ku ke sini..di duniamu...

cik iman Friday, 30 January, 2009  

nak pegi..tp jauh..pe y best ek kamezaim?

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP