13 January 2009

Tontonan Khas Untuk Kaum Hawa..



Menurut sumber yang kamezaim terima, kejadian ini berlaku di stesyen minyak caltex sekitar Sungai Petani, Kedah. Sama ada betul atau tidak, itu kamezaim tak pasti. Tapi apa yang pastinya, kejadian ini memang terjadi di Malaysia.

Kepada semua kaum hawa, kamezaim nasihatkan agar berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan. Jangan leka atau asyik dengan perkara lain hingga ada yang kita alpakan.. Berpeganglah pada prinsip yang kamezaim amalkan, iaitu "lalai sesaat pasti menyesal seumur hidup". Apa guna jika punya beg tangan yang mahal, cantik dan menawan tapi berisiko tinggi. Adakah untuk menjadi tontonan semua bahawa aku punya beg tangan yang bergaya. Tapi bila kejadian seperti ini berlaku, baru terasa menyesal setelah wang ringgit dan barang bernilai hilang dalam sekelip mata.

Kamezaim bukan hendak membebel tapi sekadar mengingati insan lain agar berwaspadalah setiap gerak-geri anda. Percayalah bahawa setiap gerak-geri anda sentiasa di perhatikan walaupun dalam keadaan anda sedar atau tidak. Jadikanlah video di atas sebagai satu iktibar dan peringatan buat kita. Kalaulah peragut itu dapat ditangkap ketika itu, memang kendurilah orang dekat sekitar situ.. hehe Jadi bubur lambuklah peragut tu..hehe

6 Komen:

Adry Wednesday, 14 January, 2009  

huish,,, first time tengok yang real... harap harap tak banyak sangat duit dalam beg tu...

kalau dapat tangkap tu... memang best... siap la peragut tu kan...

Sori lama tak singgah... bz sangat sebelum ni...

yani_worldpeace Wednesday, 14 January, 2009  

eish...takut yer...laju je die grabbed beg tuh...

Tirana Wednesday, 14 January, 2009  

Ada sesuatu untuk Kamezaim di sini http://meniti-hari.blogspot.com/2009/01/andainya-aku-ini-sahabatmu.html

Kamezaim Wednesday, 14 January, 2009  

to adry : klu dapat tangkap mmg peragut tu insaf sampai mati..hehe

to yani :nasib baik pompuan tu tak tersembam..hehe

to tirana : ada hadiah ke tirana? atau roti jala? haha

su Wednesday, 14 January, 2009  

bahaya tul la...ish..ish..ish..betul2 jd pengajaran neh!


tq yeah!

Idalara Thursday, 15 January, 2009  

ida penah alami kena ragut beg ni..masa tu atas motor dgb bekas hsb...seriau beb!

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP