02 February 2009

Feeza..


Feeza..
Maafkan aku andai hatimu terluka setelah kau membaca coretan ini. Tiada kata yang termampu untuk ku lafazkan padamu agar kau bisa memahami dan mengerti setiap luahan kata-kata ku terhadapmu. Kau menganggap setiap kata-kata dariku hanyalah satu gurauan sedangkan dengan sepenuh hati aku cuba untuk membuat kau mengerti rasa gelodak di jiwa ini. Pertama kali aku mengenalimu, aku tahu kau tidak serupa dengan insan-insan lain yang pernah ku kenali. Sungguhpun kau tak punya paras rupa yang menawan, sungguhpun hidupmu penuh dengan dugaan namun itu semua tidak pernah ku jadikan halangan untuk mendekatimu. Semakin lama kau ku kenali, semakin bergelora perasaan di hati ini. Tujuan aku menulis di sini hanyalah untuk menjelaskan keadaan yang sebenar dengan harapan kau percaya bahawa aku ikhlas terhadapmu..

Feeza..
Aku tahu hatimu terluka. Aku tahu kau hidup menderita. Tidak dapat aku bayangkan perasaan mu setelah kau mengetahui sebuah kenyataan yang terlalu sukar untuk diterima. Aku tahu kau tidak pinta untuk lahir ke dunia seperti itu, namun siapalah kita untuk melawan takdir yang maha Esa. Kita hanyalah insan biasa yang menumpang di suatu sudut dunia ini. Sampai masanya nanti kita tetap kan pergi jua..

Feeza..
Hatimu kecewa setelah mahligai yang di impikan hancur berkecai di persimpangan jalan hanya kerana sebuah kenyataan itu. Aku rasa kecewa kerana kaum seperti ku tergamak melukakan hatimu hanya kerana kenyataan itu. Kau juga punya hati dan perasaan seperti manusia yang lain tapi kenapa kau diperlakukan sebegini rupa. Sungguhpun aku tiada tempat dihatimu namun ku turut terluka melihat kau meniti setiap waktu kehidupan ini seorang diri. kau disisihkan tanpa rasa belas dan kasihan. Walaupun wajahmu nampak tenang namun ku tahu jauh di sudut hatimu mengharapkan seberkas sinar untuk kau menghabiskan sisa-sisa hidup yang masih ada. Apalah dosamu sehingga kau dilayan sebegini rupa. Aku betul-betul tidak mengerti..

Feeza..
Janganlah kau memencilkan diri. Sesungguhnya di sini masih ada insan yang sudi menjadi temanmu feeza. Kalau di luar sana mereka manganggap kau tidak berguna namun di sini kau adalah serupa seperti kami feeza. Aku sedia menjadi teman untuk kau berkongsi suka dan duka hidupmu. Andai hatimu terluka, aku sedia menjadi penawarnya. Aku tak rela melihat kau menderita, aku tak rela melihat kau tersisih. Feeza, apa yang ku katakan di atas bukanlah hanya kerana belas kasihan, tapi semuanya berlandaskan keikhlasan..

Feeza..
Aku tetap temanmu...

11 Komen:

Idalara Monday, 02 February, 2009  

Feeza..sudah ada insan yang sudi menawarkan diri menjadi tmpat feeza mengadu..mgkin insan ini yang feeza tggu2kan..yang akan memberi kebahagiaan buat feeza..keluarlah dr kepompong kedukaan..tersenyumlah melihat dunia ini..

Kamezaim Monday, 02 February, 2009  

apa gunanya idalara, org tak nak menghargai seorang teman.. siapalah kamezaim ni kan..

Idalara Monday, 02 February, 2009  

kalau feeza tak menghargainya..masih ramai lg teman2 yang sentiasa menghargai seorg sahabat seperti kamezaim.

Kamezaim Monday, 02 February, 2009  

siapa lagi idalara.... tiada yang sudi..

Sylfeeza Zainol Monday, 02 February, 2009  

ok...klu cm tue, sy boleh citekan sumenye...klu bleh...sy nk pendapat...

intan shaheera@ieyra Tuesday, 03 February, 2009  

bertuahnya kak feeza....
ni yang buat ieyra jeles ni???hehehe

Kamezaim Tuesday, 03 February, 2009  

Bertuah apenye ieyra.. ooo..jeles ye..ekekeke

OJENG Tuesday, 03 February, 2009  

terharunye kalau ade orang camni lam dunia.
tapi masih ade ke skrang??
sob3x.

Kamezaim Tuesday, 03 February, 2009  

Alamak ojeng, terharu ke? hehe masih ada,dkt sini kan masih ada.. ekekeke

Anonymous,  Wednesday, 04 February, 2009  

Mr. Kamezaim...seandainya awk maafkan sy...sudi2lah wat missed call kat 018 sy..thanks....

cik iman Wednesday, 04 February, 2009  

wat a lovely words..lucky u feeza...kamezaim...smoga ape y dihajati akan kesampaian...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP