01 February 2009

Warkah Buatmu Teman..


Teman..
Janganlah kau bermuram hiba meratap luka
Janganlah kerana kedukaan mu menggagalkan hidupmu
Hidup ini tidak seindah seperti yang kita sangkakan
Hidup ini dipenuhi dengan penderitaan dan kekecewaan
Dan kerana penderitaan itulah hidup ini menjadi kian bererti
Itulah lumrah kehidupan ini..

Teman..
Cinta sejati tidak hadir berulang kali
Cinta sejati terlalu sukar untuk di cari
Cinta sejati hilang tiada berganti
Namun cinta sejati harus di cari
Demi kehidupan ini..

Teman..
Cinta adalah satu kewajipan
Kerana cinta itu adalah kemesraan
Kemesraan menjadi kebahagiaan
Andai ianya di sulam dengan keimanan
Namun apalah ertinya cinta andai tiada bahagia..

Teman..
Kau berada jauh di puncak kejayaan
Kau tinggalkan keluarga dan sanak-saudara
Menuju kejayaan yang engkau impikan selama ini
Namun kini kau jatuh ke bawah hanya kerana cinta
Hanya kerana cinta kau hampir menemui kegagalan..

Teman..
Cinta memerlukan keimanan
Tanpa keimanan, hilanglah kesucian
Cinta memerlukan keikhlasan
Tanpa keikhlasan, hilanglah kesetiaan
Cinta memerlukan kesetiaan
Tanpa kesetiaan, hilanglah kepercayaan
Cinta memerlukan pengorbanan
Tanpa pengorbanan, hilanglah pengertian..

Teman..
Antara cinta dan pelajaran
Yang manakah lebih bermakna buatmu
Hadapilah hidup ini dengan tenang dan sabar
Yakin dalam setiap keputusan yang diambil
Tabah dalam menentukan dan cekal dalam mengaharungi
InsyaAllah, kau mampu hadapinya dengan hati yang redha..


Ikhlas dari temanmu : kamezaim

* Warkah ini kamezaim tujukan khas buat insan yang berada di dalam gambar di atas. Rasanya tak perlulah kamezaim nyatakan siapa dia, kerana bimbang luka dihatinya kian berdarah lagi. Namun cukuplah sekadar pemunya wajah tersebut mengetahui bahawa wajahnya berada di dalam entry ini dan mengetahui bahawa entry ini khas untuknya..

12 Komen:

Tirana Sunday, 01 February, 2009  

Rajinnya Kamezaim tulis warkah...Warkah untuk saya bila nak tulis? hehehe..

Kamezaim Sunday, 01 February, 2009  

untuk tirana ke? untuk tirana ada tapi nantilah sbb tak ada modal lagi..hehe roti jala pun ntah bila nak belanja kamezaim.. dah bertahun lamanya kamezaim menanti roti jala tirana.. wuargh...wuargh..

Anonymous,  Sunday, 01 February, 2009  

hai kame... ko tgh dok ayat sape tu?? ayat jgn tk ayat... mudah2an dpermudahkan.

Kamezaim Sunday, 01 February, 2009  

alamak tera, mengayat sape plak? hehe jgn ckp mcm tu,nanti kantoi ar.. ekekeke

cik iman Sunday, 01 February, 2009  

cinta dtg dan pergi..tp kenangan y tgl pasti akan trus kekal..")
kamezaim mmg pndai mengayat..")keep it up

intan shaheera@ieyra Sunday, 01 February, 2009  

bertuahnya kalu jadi teman uncle ni,,,rasa macam bertuah je....

Anonymous,  Sunday, 01 February, 2009  

terima kasih kamezaim atas warkah tu pd sy..
terima kasih byk2..

im touched!
:)

*percintaan mengajar sy erti kehidupan yg sebenar.
*kehidupan mengajar sy menjadi lebih matang.
*kehidupan juga mengajar sy erti pengalaman.

terima kasih teman....

Kamezaim Sunday, 01 February, 2009  

To Nurul Iman : mana ada kamezaim pandai mengayat.. ekekeke

To Ieyra : bertuah ke ieyra klu dpt teman mcm uncle ni.. hehe ada maksud lain ke ieyra? ekekekek

To C-ha : sama-sama cha, semoga cha tabah di dalam menyusuri setiap liku2 kehidupan ini.. kamezaim sentiasa ada untuk mu..ekekeke

Anonymous,  Sunday, 01 February, 2009  

terima kasih kamezaim..
Insya Allah!

sy tau kamezaim sentiasa ada ada utk sy..
egegege...
:D

intan shaheera@ieyra Sunday, 01 February, 2009  

perasan tol uncle ni......
tapi mmg sesiapa ada teman mcm uncle ni mmg bertuah...

Idalara Sunday, 01 February, 2009  

Siapalah yang sudi menjadi teman masa dukaku..kerana teman masa gembira melambak2 mcm limau mandrin masa CNY
Betul..setuju..kamezaim mng pandai mengayat..
Teruskan dgn 'ayat-ayat cinta'Mu..hua.hua..hua..

Adry Tuesday, 03 February, 2009  

sapa dalam gambar tu????

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP