14 February 2009

Tatapan Terakhir Buatmu Nas..

Senja yang indah dan dingin
Termenung ku sendirian tanpa kata-kata
Terkenang aku padamu yang jauh dimata..

Bayu senja bertiup pergi
Seolah-olah cuba untuk mendamaikan hati
Hati seorang insan yang sudah terluka
Terluka kerana kasih yang di beri tiada dihargai..

Kini ku mengerti
Kehadiranku tidaklah bererti bagimu
Lalu ku cuba coretkan disini sebagai tatapanmu
Tatapanmu yang terakhir dari insan yang menyintaimu
Dengan harapan kau mengerti kelukaan di hati ini..

Aku hanyalah insan biasa
Hidup dalam serba tiada
Namun, aku juga sepertimu
Mengharapkan diri dikasihi dan dicintai
Salahkah aku andai engkau yang ku harapkan..

Apa yang kau cari dalam hidupmu
Adakah ianya tiada dalam diriku
Andai intan permata yang kau cari
Ternyatalah aku bukan pilihan yang terbaik buatmu
Tapi andai kasih sayang yang kau cari
Mungkin itu yang termampu untuk ku berikan..

Aku berasal dari keluarga yang susah
Punya kehidupan yang serba tiada
Kemewahan jauh sekali untuk di rasa
Namun ku tidak pernah menyesal
Kerana dilahirkan dalam keluarga ini
Kerana kesusahan itu mengajar ku erti hidup
Hidup sebagai seorang hamba Allah
Yang sentiasa mengharapkan keredhaan NYA..

Ku menyusun sepuluh jari
Memohon maaf andai ada tersalah bicara
Ku tak mungkin dapat lari dari salah dan dosa
Kerana aku hanyalah seorang hamba NYA yang jahil lagi hina..

Doa ku agar kau bahagia
Dengan dia insan yang kau puja
Aku rela hatiku terluka
Asalkan ku tahu kau bahagia
Andai esok hatimu terluka
Janganlah kau meratap hiba
Renungkanlah ianya seketika
Begitulah juga yang ku rasa
Senyum tak bererti gembira
Diam selalunya berduka..

Aku redha...

3 Komen:

su Sunday, 15 February, 2009  

kamezaim...jgn la bersedih ati...

Sylfeeza Zainol Sunday, 15 February, 2009  

Zaim...be strong ekk cm sy...

Idalara Sunday, 15 February, 2009  

kamezaim...acapkali akak berpesan pada kame..hanya dugaan kecil je yg kame tempuhi..jika kame snggup menempuh ranjau dan duri sebagai komando..anggaplah dugaan ini adalah rencah2 kehidupan yang mematangkan diri kita..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP