14 February 2009

Terima Kasih Semua..


Assalamualaikum..

Rasa macam dah lama tak update blog ni. Bukan apa, sejak akhir-akhir ni kamezaim sibuk sikit sampai tak larat nak on komputer. Balik je rumah terus tidur, terlalu banyak tugasan sampai makan pun tidak menentu. Kadang-kadang perut ni dah berbunyi pun terpaksa buat-buat tak tahu.. hehe Merata tempat kena pergi, kena ikut jadual tugasan yang telah ditetapkan. Dah nama pun kerja kan, mana ada kerja yang tak letih..

Kamezaim rindulah dekat anda semua yang selama ini banyak memberi sokongan untuk menjadikan blog ini masih teguh berada di persada dunia blogger. Terima kasih yang tidak terhingga buat anda semua. Semoga persaudaraan diantara kita berkekalan sepanjang hayat yang ada. Terima kasih juga buat Kak Ida yang selama ini banyak memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada kamezaim. Buat adik Ieyra juga, uncle ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana selalu kacau uncle tak kira siang atau malam, pagi atau petang.. hehe Kasihan adik Ieyra, tak boleh nak melayari internet lagi sebab komputer rosak.. hehe

Ok lah, nampaknya sampai di sini sahaja untuk kali ni. Semoga kita berjumpa lagi ye.. Thanks!

1 Komen:

Idalara Sunday, 15 February, 2009  

Salam kamezaim....thanks kerana sudi mendengar apa saja nasihat dan pandangan akak..kamezaim juga bnyk memberi akak nasihat dlm menempuh kehidupan yg sgt mencabar ini...betul..bila sehari yk jenguk blog rasa rindu yg teramat sgt..kerana di sinilah kita mencurah segalanya dan bertemu teman2 blogger..terus berblogger dan happy2 selalu..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP