12 May 2009

Mengapa Harus Bunuh Diri?

Assalamualaikum..
Buat Idalara, Eiba, Tirana, Shahliza94, Ras-Adieza, Lady-D dan semua blogger-blogger yang bergelar Ibu, Selamat Hari Ibu kamezaim ucapkan kepada anda. Ibu adalah satu perkataan yang cukup bermakna, sebut saja Ibu semua orang sudah tahu apa itu Ibu. Itulah satu anugerah bagi setiap insan bernama wanita.. hehe Tapi, tanpa lelaki wanita itu tidak mampu menjadi Ibu juga.. ekekeke

Oklah, kali ni kamezaim nak menceritakan tentang Bunuh Diri. Apa yang kamezaim tuliskan dalam ini semuanya adalah dari sudut pandangan kamezaim sendiri. Kalau ada sesiapa yang di luar sana sudi nak berkongsi sedikit pendapat, silakanlah..

Perkataan Bunuh Diri tidaklah asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Semua orang tahu Bunuh Diri itu macam mana tapi mungkin ada yang tak tahu kenapa Bunuh Diri itu terjadi. Menurut apa yang kamezaim baca, bunuh diri terjadi apabila seseorang itu mengalami masalah tekanan. Sama ada tekanan hidup, tekanan keluarga dan sebagainya. Menurut sumber dan kajian, peratus wanita yang membunuh diri jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan lelaki. Mengapa?

Adakah bunuh diri ini adalah satu cara penyelesaian yang paling tepat bagi sesuatu masalah? Kalau begitu, bayi yang baru lahir pun ada masalah juga. Jadi dia pun harus bunuh diri? Tiada manusia yang dapat lari dari masalah dan tiada manusia yang dapat lari dari tekanan. Dengan cara membunuh diri bukanlah penyudah bagi segala-galanya. Bagi seorang yang beragama Islam, bunuh diri adalah salah satu dosa besar. Mengapa kita harus bunuh diri hanya kerana masalah-masalah atau tekanan hidup, sedangkan ibu kita dulu bergadaikan nyawa demi melahirkan kita. Senang-senang je kita nak bunuh diri.. Cuba lihat gambar dekat atas tu, itu adalah gambar seorang Doktor yang bertugas di salah sebuah Hospital di utara semenanjung. Dia cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 6 Hospital tersebut tapi berjaya di gagalkan oleh sepasukan bomba. Umurnya 26 tahun, itupun kalau tak silap. Mak dia menangis-nangis dekat bawah minta jangan dia terjun, tergamak dia melihat mak dia menangis merayu dekat bawah. Is.h.. Ish.. apa nak jadi dengan zaman sekarang.. Mudah sungguh membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Setiap masalah ada penyelesaiannya, janganlah mengambil jalan yang mudah seperti membunuh diri... Hargailah diri anda kerana diri anda adalah satu anugerah yang tidak ternilainya..

Kepada wanita-wanita di luar sana, janganlah bunuh diri. Diri anda itu amat bernilai bagi seseorang yang mampu menilainya.. hehe Jangan kerana putus cinta, anda mahu bunuh diri.. Meh sini, kamezaim merawatnya.. wakakakaka Cisss.. sempat lagi kamezaim ni.. hahaha

"..Ketabahanlah yang akan mencorakkan hidup kita
dari muda hinggalah ke tua.."

4 Komen:

Idalara Tuesday, 12 May, 2009  

hmmm...kalau sbb seorg lelaki nak bunuh diri...lupakanlah,kalau tiada pegangan agama mng gitulah jadinya...menyudahkan hidup dgn bunuh diri....tanpa lelaki perempuan boleh hidup..tapi tanpa perempuan jrg2 lelaki boleh hidup..

Kamezaim Tuesday, 12 May, 2009  

Wahai Idalara.. tanpa lelaki mungkin seorang wanita itu mampu hidup tapi hidupnya tidak akan ke mana.. percayalah..

ras-adieza Wednesday, 13 May, 2009  

sepatutnya bila ada pegangan agama, kita takut dengan tuhan. bila kita takut dengan tuhan kita takut nak bunuh diri. sebab kita tau apa akan jadi kesudahannya..ngeri, habuan bila nak dikuburkan nanti dan balasan di dunia sana.

Tapi ada satu kes (rasanya banyak kes)...seorang lelaki frust bila tahu isteri dia curang, dia minum racun. mati... sedangkan dia ni rajin solat di masjid. nape boleh camtu ek....adakah kerana dia terlampau sayangkan isteri sampai lupa iman letak di mana?

L25 Wednesday, 13 May, 2009  

bukn kepada semua perempuan shj,
lelaki pon sme yer..
haha!

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP