20 June 2009

Sebuah Titipan Buatmu Ayah..


Ayah..
Ku tahu kau tidak boleh membaca coretan ini
Namun andai kau terbaca coretan ini
Percayalah ianya ikhlas dariku untukmu..

Ayah..
Setiap kali ku terkenangkan pengorbananmu
Setiap kali itu juga aku menitiskan airmata
Terasa rindu jauh di sudut hati
Terkenangkan dikau yang jauh di mata..

Ayah..
Teringat aku pada suatu ketika dahulu
Di mana aku masih berada dalam pelukanmu
Terasa hangatnya kasih sayangmu
Bahagianya di ketika itu..

Ayah..
Kini hidupmu sunyi tanpa permaisurimu
Hidupmu bagai hilang arah
Setelah kepergian isterimu juga ibuku
Aku dapat merasainya..

Ayah..
Janganlah kau meratap hiba kepergiannya
Anggaplah ianya sudah satu suratan dariNYA
Tidak pernah ku lupa pada suatu ketika itu
Beberapa hari selepas kepergian isterimu
Kau meminta ku untuk mencari sebuah lagu
Lagu yang bertajuk "Di mana kan ku cari ganti"
Terasa sayu menyelubungi hati..

Ayah..
Setelah ku berikan apa yang di minta
Hatiku kian bertambah sayu
Setiap kali melihat kau mendengar serta termenung
Sambil diiringi lagu di mana kan ku cari ganti itu
Airmatamu tak berhenti dari mengalir membasahi pipimu
Aku faham akan perasaanmu di saat itu
Terkenangkan seorang insan yang telah lama hidup bersama
Kini pergi buat selama-lamanya..

Ayah..
Ketahuilah aku teramat menyayangimu
Aku bersyukur kerana menjadi anakmu
Aku bangga kerana namaku dibinkan dengan namamu
Akulah anakmu yang kau kejar suatu ketika dahulu
Hingga menyebabkan ku jatuh terluka dan berdarah
Parut di dahiku menyimpan memori indah itu
Kaulah ayahku yang satu...

Ayah..
Ingin ku ucapkan buatmu
Selamat hari ayah..

Ikhlas dari :
Anakmu yang jauh..

2 Komen:

IxoR@ Saturday, 20 June, 2009  

Selamat Hari Ayah.....

:D

Idalara Saturday, 20 June, 2009  

selamat hari bapa buat semua bapa2 di dunia..beruntung kame masih punyai ayah..jagalah hati ayah kame..dan doakan agar ayah sentiasa sihat dan bahagia.

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP