Secebis Kenangan..
Termenung aku sendirian
Teringat kembali saat indah itu
Di mana aku dan kau berjanji kan setia
Rela hidup bersama selagi hayat yang ada..
Kini segalanya hanya tinggal kenangan
Segalanya terjadi bagaikan sebuah mimpi
Kau hadir dalam hidupku hanyalah untuk seketika
Sungguh tidak ku sangka kan terjadi sebegini rupa
Hatiku kau hancurkan satu persatu bagai debu yang hina
Perasaanku kau permainkan seperti tiada bernilai
Impian dan harapanku turut kau persendakan..
Kenapa kau hadir dalam hidupku
Kalau hanya untuk melukakan hati ini
Kenapa kau berjanji untuk hidup bersamaku
Kalau hanya setakat di bibir saja..
Pergimu tidak pernah ku halang
Kerana itu sudah kehendak hatimu sendiri
Dan kehadiranmu sekali lagi juga tidak kan ku undang
Kerana tidak mahu lagi ku menanggung siksa dan derita
Kan ku abadikan kenangan kita berdua di sudut hati ini
Sebagai satu kenangan yang terpahit buat hidupku
Dan juga sebagai satu pengajaran
Buat sepanjang perjalanan hidupku ini..
Pergilah kau jauh dari hidupku..
1 Komen:
hai kamezaim..
siapa pulak dah lukakan hati kame ni..
nampaknya kita ni senasib..apa pun berlaku..kehidupan tetap kena diteruskan..sabarlah wahai teman.
Post a Comment