Klinik Kerajaan Yang Bangang!!
Assalamualaikum..
Kamezaim pun tak tahulah sama ada nak ketawa ataupun nak marah sekarang ni. Pagi tadi kamezaim pergilah Poliklinik Komuniti Kelana Jaya untuk buat pemeriksaan. Kamezaim temankan kawan kamezaim sebab dia ajak kamezaim temankan dia. Mula-mula tu kamezaim tanyalah dia, nak pergi klinik swasta atau kerajaan. Dia kata nak pergi klinik kerajaan sajalah sebab murah, cuma bayar RM 1.00 sahaja. Tapi dia tak tahu di sebalik murah tu ada hikmah di sebaliknya.. hehe Memandangkan kamezaim pernah menerima rawatan di klinik kerajaan jadi kamezaim terangkanlah pada dia bagaimana rawatan dan layanannya tapi kawan kamezaim ni macam tak percaya. Jadi, kamezaim pun bawalah dia pergi klinik kerajaan dekat Kelana Jaya..
Setibanya kami di klinik tersebut, kami pun terus pergi ke kaunter pendaftaran. Orang tak berapa ramai masa tu. Selepas dia daftar, kami pun tunggulah nombor giliran. Lebih kurang 30 minit macam tu, nombor giliran kami pun tertera di situ dan kawan kamezaim ni pun terus masuk ke bilik doktor. Kamezaim rasa tak sampai 5 minit kot, kawan kamezaim ni pun keluar dari bilik rawatan tersebut. Kamezaim pun hairan, sakit bukan main. Macam dah nak mati tapi buat pemeriksaan cepat macam tu. Pelik.. Pelik.. Mesti ada yang tak kena..
Kamezaim pun tanya kawan kamezaim ni, dia kata dia dah ceritakan semuanya dari A sampai Z pada doktor tersebut tapi doktor tu cuma kata 'muscle' koyak sebab banyak duduk dan berdiri. Doktor tu pun tulislah nama ubat atas kertas dan kami pun serahkan pada bahagian farmasi. Atas slip pemeriksaan tu tertulis nama ubat "Buscopan" dan "LMS" tapi yang kami terima dari farmasi adalah "Paracetamol". Logik tak??. Farmasi tu kata "LMS" habis, jadi dia beri Paracetamol sahaja. Selepas tu kami pun keluar ke pintu utama klinik tu.

Kamezaim pun terus masuk dan menuju ke bilik doktor tu balik. Semua orang tengok kamezaim.. hehe Kamezaim pun tanyalah doktor tu begini :-
Kamezaim :- Doktor, kenapa kawan saya ni sakit separuh mati tapi doktor cuma bagi dia 1 jenis ubat saja?.
Doktor :- Saya nak cucuk dia tapi dia tak mahu, jadi saya bagilah ubat saja. (Nada sedikit tinggi.)
Kamezaim :- Masalahnya sekarang, dia ni bukan demam doktor. Dia sakit kat belakang pinggang. Yang doktor pergi bagi "Paracetamol" tu buat apa!. Walaupun saya ni tak pandai dalam bab-bab kedoktoran ni tapi saya masih belum buta, doktor!.
Doktor :- Eh.! Bila masa pula saya tulis "Paracetamol". Saya tulis "Buscopan" lah.. Doktor tu pun macam kebingungan. Dia minta saya rujuk semula dekat farmasi.
Dengan bengangnya, kamezaim pun pergi pula dekat farmasi tu. Kamezaim tanya staff perempuan tu, kenapa doktor tulis "Buscopan" tapi awak bagi "Paracetamol"..?!!. Dengan selamba saja dia jawab, "Paracetamol" samalah juga dengan "Busopan". Satu-satunya jawapan yang paling bodoh pernah kamezaim dengar. Setelah bertekak dekat 5 minit kat situ, barulah dia mengaku yang dia tersalah bagi ubat. Betapa bodoh dan bangangnya perempuan tu. Dia ingat kamezaim ni buta ke apa..!!. Selepas tu dia tukarkan "Paracetamol" tu dengan "Ibuprofen". Hurrmmmm... Kamezaim pun dah letih nak bertekak lagi dengan perempuan bodoh tu, sekarang ni kamezaim pun tak tahu sama ada "Buscopan" tu habis atau memang dia tak pandai nak cari ubat. Kalau habis, cakap saja habis. Senang cerita, lebih baik tutup saja klinik tu. Kemudian kamezaim pun nasihatlah kawan kamezaim tu, tak perlulah makan ubat "Ibuprofen" tu sebab doktor pun tak ada tulis pun dalam slip rawatan nama ubat tu.. Kalau makan takut-takut nanti, lain pula yang jadinya.. Begitulah ceritanya yang ingin kamezaim kongsikan dengan anda semua.. Semoga apa yang kamezaim lalui ini dapat menjadi pengajaran buat anda semua..
Buat PKD Kelana Jaya, sila pastikan semua staf-staf anda berkelayakan dan benar-benar ikhlas untuk bekerja. Jangan kerana kesilapan dan kebodohan anda, membuatkan hidup orang lain teraniaya. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah..

10 Komen:
Buscopan, paracetamol, ibuprofen kategori sama = painkiller.
pharmacist tu tau apa yg dia bagi, tapi patutnya dia kena explain betul2 yg mode of action ubat tu adalah sama. ayook.. kesian kawan tu, huhu... moga cepat sihat ye.
kepada azah....
terima kasih atas maklum balas ni...ubat memang sama tapi setiap ubat ada peranan tersendiri,contohnya paracetamol untuk deman n tahan sakit tapi pcm bukan untuk muscle,buscopan pun sama jg tapi jarang di gunakan coz ubat ni selalu utk stomach pain,ibuprofen pun sama jg tahan sakit ( NSAID ) tapi tak baik di mkn coz blh effect dengan kidney...
biasalah bila ke klinik kerajaan..sebab murah..maka alakadar lah layanan dan ubat yg diberi...
bestnya skrg semua dah online..doktor beri arahan dr komputer je..maka nam2 ubat pun dicetak auto dr pc...bila balik rumah jadi bengong..semua nama sains..mana nk tahu..ms beri penerangan pasal jenis2 ubt pun mcm nak tk nak je...
p/s..kamezaim..sudi2lah singgah blog baru sy...(idalara)
http://www.nyanyisunyi-nyanyisunyi.blogspot.com
oh.. idalara rupanya.. hehe sekarang sudah tidak berlara lagi lah yer.. hehehe
bagus2 ade org yg mcm nie!!
kita bakor je klinik tu! kakakaka
tu nasib baik ada orang yang pandai macam ko...
cuba bayangkan makcik2 yang tak pernah belajar...
macammana nasib mereka??
1mlysia kn cm 2 le,,,kmi pn pnh jg dpt ubt panadol,,
PAnadol mmg slh satu pain killer tp tak kuat mana pun.betul mcm u ckp byk jenis pain killer tp kna tgk jgk sakit mcm mn. If cser takde nya doc bg pain killer panadol. Berurusan dgn mana2 gomen mmg kna cerdik sikit kalo tak jd mcn ni la.
1 malaysia jadi pegangan rukun negara teras panduan
Post a Comment