18 March 2011

Untukmu Dato' A...


Assalamualaikum..

Dah lama blog ni tak berupdate.. hehe Sibuk yang teramat sangat.. huhu Rasa rindu plak nak menaip kat sini. Kamezaim harap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. PC kamezaim rosak, ni pun pinjam laptop member jap.. hehehe

Entry kali ni kamezaim nak luahkan sedikit kebengangan di jiwa ini. Entry ni kamezaim tujukan khas buat seseorang itu. Tak perlulah agaknya kamezaim nyatakan siapa dia.. Untuk pengetahuan Dato' A.... , Duit bukanlah segala-galanya. Apa guna duit yang banyak kalau kedekut nak mampus. Mengalahkan haji bakhil. Nak orang buat semua kerja, itu lah, ini lah tapi bab kebajikan bukan main susah. Apa punya Dato' daaa....

Pergi out-station pun tak beri elaun, makan pun sendiri bayar. Kerja mau perfect tapi hati banyakkk busuk.. Depan orang lain bukan main berlagak macam dia tu pemurahlah, dermawanlah padahal kedekut taik hidung masin. Buat Dato' A.... , ingatlah bahawa aku ni yang jaga keselamatan kau, aku ni jugalah yang simpan rahsa kau seketat-ketatnya dan aku ni jugalah yang cover kau ketika kesusahan. Kalau kau tak jaga kebajikan aku, macam mana aku nak jaga kau!!. Fikirlah sikit Dato' A.. , aku bukan minta kau bagi aku tiap-tiap bulan beribu-ribu tapi cukuplah sekadar aku rasa pengorbanan aku selama ni di hargai. Patutlah sebelum aku tak pernah ada satu pun yang bertahan lama dengan kau, selagi kau tak ubah cara kau selagi tu lah tak ada siapa pun boleh bertahan lama dengan kau!!. Sendiri fikirlah Dato'...

Aku bukan kerani, aku bukan kerja pejabat. Kalau aku kerani, aku boleh balik makan rumah. Tak perlu apa-apa elaun. Tapi masalahnya sekarang, aku habiskan setiap masa hanya dengan kau saja tau tak!!. Mana kau ada, di situlah juga aku ada!!. Tak kan itu pun kau tak boleh nak fikir!. Jangan kira mulut dan perut kau saja, aku pun macam kau juga perlu makan, perlu rehat!!..

Kepada Dato' A... , selagi aku boleh bersabar aku akan bersabar tapi ingat, tak selamanya aku mampu bersabar. Mungkin akan tiba masanya jua untuk aku ucapkan pada kau "Hye Hye Bye Bye.."

5 Komen:

azza_irah Saturday, 19 March, 2011  

Assalam buat sahabatku..

azza kembali datang bertandang..
hehe..lama tak bertanya kabar..
bgmana skrg..moga sentiasa ceria dan tenang..:))

Kamezaim Saturday, 19 March, 2011  

Wassalam sahabat lama ku Azza..

sihat alhamdulllah.. hehehe terima kasih kerana sudi datang ke teratak kamezaim yg usang ini.. huhu

Unknown Wednesday, 23 March, 2011  

Assalamualikum Zaim..
apa khabar?lamanya tk sembang dgn awk..apa khabar?

Kamezaim Thursday, 24 March, 2011  

waalaikumsalam wahai nyanyisunyi... hehe sihat alhamdulillah... awak sihat? maaf ye andai kamezaim bertanya, siapakah gerangan di sebalik nyanyisuny itu?. almaklumlah kan,kamezaim dah tua.. dah lupa.. hehe maaf kan daku...

nyanyisunyi Saturday, 26 March, 2011  

sorry lah en kamezaaim..lupa nk introduce kan diri...hehehe..sy pernah satu masa dulu ada dalam hidup dn hati awk..hahahah...pegilah blog sy.

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP