29 October 2008

Airmata Sheila.. (Bahagian 2)

Sebulan sudah berlalu, namun dirasanya bagai baru semalam dia kehilangan ibu tercinta. Tinggallah dia di rumah itu seorang diri, tidak berayah dan tidak beribu. Hatinya menjadi sayu tatkala bila terlihat pakaian dan potret arwah ibunya. Tiada apa lagi yang dapat dia lakukan selain menangis siang dan malam mengenangkan nasib diri yang telah terjadi dan yang bakal terjadi. Sheila meletakkan kepalanya di bantal busuknya dengan harapan dia dapat melelapkan mata dan melupakan seketika apa yang telah terjadi. Dalam keadaan yang letih, matanya terus lelap ditenggelam kegelapan malam..

Sheila tersedar dari tidurnya, setelah terdengar laungan azan subuh yang kedengaran di setiap sudut kampung itu. Dia terus bangun dan mencapai kain tualanya. Terus berlari menuju ke tandas untuk mandi dan mengambil wudhuk untuk menunaikan solat subuh. Kedinginan subuh kian terasa, menambahkan lagi perasaan sayu di hati Sheila tatkala dia berada di dalam bilik mandi. Bilik mandi inilah menjadi saksi apabila dia memandikan jenazah arwah ibunya dulu. Namun dia teruskan jua niatnya tadi dengan harapan dia tidak terlepas dari menunaikan solat subuh..

Fajar pagi kian menyinsing, Sheila masih berdiri di jendela rumahnya. Melihat kanak-kanak berjalan menuju ke sekolah. Sambil dipimpin ibu dan ayah mereka. Sheila berkata didalam hatinya, benar kata orang, kasihnya ayah mencari rezeki siang dan malam, kasihnya ibu membawa ke syurga dan kasihnya saudara hanyalah ketika kita berada. Lalu, dia teringat akan kata-kata Zul tempoh hari. Zul ada mengajaknya untuk ke Kuala Lumpur dengan harapan dia dapat melupakan apa yang terjadi. Terasa berat dihati Sheila untuk meninggalkan rumah ini, kerana di rumah inilah dia dibesarkan. Di rumah ini juga dia ketawa dan menangis dan di rumah ini jugalah terdapat satu-satunya memori dia bersama arwah ibunya. Namun, dia terfikir juga akan masa depannya. Sampai bila dia harus tinggal di sini seorang diri, hidup hanya sebatang kara. Dia harus mencari kerja untuk meneruskan kehidupannya. Setelah Sheila berfikir dan terus berfikir akan masa depannya, akhirnya Sheila nekad untuk tinggalkan kampung itu dan berhijrah ke Kota Metropolitan. Sheila hanyalah gadis kampung, tidak pernah sekali pun Sheila menjejakkan kakinya di bandar metropolitan itu. Namun dia percaya dan yakin pada Zul yang telah berjanji untuk membantu Sheila mencari kerja dan menjaganya..

Dia mengunci pintu rumahnya dan terus berlari menuju ke hujung kampung yang terdapat satu telifon awam disana. Setibanya di sana, terasa hampa dalam dirinya apabila melihat telifon awam itu sudah tidak punya ganggang lagi. Mulutnya membebel seorang diri, memaki-hamun pada hantu yang telah merosakkan kemudahan awam ni. Baru dia teringat, ada lagi satu telifon awam di kampung sebelah. Tanpa membuang masa, Sheila terus berlari menuju ke kampung sebelah dengan harapan tiada hantu yang merosakkan telifon tu. Akhirnya sampai juga Sheila di pondok telifon itu, dia dapati telidon awan itu masih dapat digunakan. Bukan main gembira hati Sheila cuma dia tak melompat-lompat macam orang gila dekat situ. Sheila terus menghubungi Zul dengan penuh kegembiraan di hati. Selain dia memberitahu hajat dihatinya, dapat juga dia melepaskan rindu pada Zul.. Terukir satu senyuman di bibir Sheila apabila terdengar suara Zul. Setelah selesai berbual dan melepaskan rindu, akhirnya Sheila memberitahu Zul bahawa dia ingin mengikut Zul ke kuala lumpur untuk mencari kerja. Akhirnya Zul memberitahu Sheila bahawa esok pagi dia akan datang untuk mengambilnya dan meminta Sheila agar bersiap-sedia dan membawa barang-barang yang penting sahaja. Sheila setuju dan memberi ucapan terima kasih dan salam kepada Zul kerana hari kian gelap. Dia harus sampai ke rumah sebelum matahari terbenam kerana takut apa-apa akan terjadi. Sheila pun meletakkan ganggang dan terus berlari menuju ke rumah dengan hati yang gembira..

Sheila mengeluarkan semua baju-bajunya dari dalam almari, di campaknya ke atas katil. Sheila melipat satu persatu pakaiannya ke dalam beg bajunya. Setelah semuanya selesai, Sheila tersenyum seorang diri apabila melihat beg pakaiannya saja dah 3 beg. Itu tidak termasuk keperluan-keperluan kewanitaannya lagi. Sheila memujuk hatinya, tak mengapalah. Bawa saja semua, manalah tahu kalau-kalau nanti diperlukan. Dalam keadaan letih, Sheila terlelap di atas begnya itu..

Pagi yang di nanti akhirnya tiba jua, awal-awal lagi Sheila dah berdiri di depan pintu rumahnya sambil memerhatikan di jalan yang menghala ke rumahnya. Tapi tidak juga kelihatan sebarang cahaya lampu kereta yang menuju ke rumahnya. Tidak berapa lama selepas itu, akhirnya tiba juga kehadiran yang di nanti. Dengan perlahan Zul membuka pintu keretanya lalu memberi salam kepada Sheila. Rindu di hati Sheila tidak dapat di bendung lagi, dia turun dari rumahnya dan berlari menuju ke Zul lantas memeluk Zul hingga nak terjatuh Zul dibuatnya. Zul tersenyum seorang diri melihat gelagat tunangnya itu, bagai penyu yang dah bertahun tak jumpa air laut. Zul mencium dahi Sheila menandakan dia juga merindukan Sheila. Tiba-tiba Zul terkejut apabila melihat beg-beg Sheila yang mengalahkan orang balik dari luar negara. lalu Zul berkata pada Sheila "Sayang, banyaknya barang sayang. Kan semalam abang pesan bawa yang perlu saja. Ini dah macam baru lepas kena banjir je. Tiang rumah tu tak nak bawa sekali ke.". Lantas Zul ketawa kecil. Kemudian Sheila berkata sambil tangannya mencubit tangan Zul "Ala abang ni, biasalah. Dah nama pun perempuan, mestilah banyak yang nak dibawa. Nak sayang bagitahu ke apa yang sayang bawa tu, takut nanti abg yang malu.". Tanpa membuang masa, Zul terus mengambil barang-barang Sheila dan meletakkannya ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan, Sheila membuka pintu kereta dan apabila sebelah kakinya memasuki kereta, terasa sayu mula menyelubungi jiwanya. Dia menoleh melihat sebuah teratak yang banyak menyimpan memori buat hidupnya. Sheila berkata di dalam hatinya, biar apapun yang terjadi dia tetap akan pulang ke kampung ini. Airmatanya kian mengalir namun segera di sapunya agar Zul tidak perasan. Dia tak mahu merosakkan perjalanannya itu. Kereta beransur pergi meninggalkan perkarangan rumah itu, Sheila meminta agar Zul memberhentikan keretanya di kawasan tanah perkuburan. Sheila ingin memberitahu ibunya yang dia ingin pergi ke Kuala Lumpur. Zul cuma mengangguk menandakan setuju dengan permintaan buah hatinya itu. Setibanya di kawasan tanah perkuburan itu, Sheila meminta agar Zul menunggunya sahaja di dalam kereta. Lalu, Sheila terus berjalan menuju ke pusara arwah ibunya. Pada saat itu, tubuh Sheila menjadi lemah setelah melihat pusara arwah ibunya. Sheila duduk di tepi pusara ibunya dan membacakan beberapa doa untuk ibunya. Setelah selesai membaca doa, Sheila berkata pada ibunya dengan harapan agar arwah ibunya mendengar apa yang ingin dia katakan itu. "Ibu, anak ibu datang menziarah ibu. Sheila rindukan ibu, Sheila nak tidur dalam pelukan ibu. Ibu, Sheila datang ni nak minta izin untuk pergi ke Kuala lumpur. Sheila ingat, Sheila nak cari kerja di sana. Di sini tak ada kerja yang boleh Sheila buat ibu. Ibu, setelah ibu pergi, penduduk kampung dah tak hiraukan Sheila lagi. Sheila terasa asing di dalam kampung sendiri ibu. Izinkanlah Sheila untuk mencari kehidupan yang baru. Ibu, Sheila minta ampun dari ibu. Halalkan segala makan dan minum Sheila ye ibu. Sheila yakin, walaupun ibu sudah tiada di depan mata Sheila lagi namun ibu tetap di sisi Sheila. Terima kasih ibu kerana telah banyak berkorban demi Sheila. Sheila bangga ibu, bangga kerana Sheila di lahirkan dari rahimmu ibu. Suatu hari nanti, Sheila juga ingin jadi seperti ibu..". Sheila mencium batu nisan arwah ibunya dan terus bangun dan berlalu meninggalkan pusara ibunya. Kali ini, Sheila membiarkan saja airmatanya mengalir ke pipinya. Setibanya Sheila di kereta, Zul hanya mampu memerhatikannya sahaja mungkin kerana Zul juga memahami perasaan Sheila ketika itu. Lalu enjin kereta dihidupkan dan mereka pun berlalu meninggalkan kampung itu..

Bersambung..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Mp3 Player..

Assalamualaikum..
Kamezaim ada mendapat satu pertanyaan dari saudari Eiba yang rupawan lagi comelan..hehe Ops... Korang jangan nak mengorat plak dia ni.. Nanti tak pasal-pasal hubby dia tetak korang..hehe

Inilah soalan dia :-

Salam, kamazaem cemana nak wat music background cam nie...syer lah ilmu didada tuuu...boley email kat eiba yerr..

Setelah sekian lama kamezaim tidak mendapat sebarang pertanyaan, akhirnya kini menjelma jua..haha Ingin den kongsi ilmu di dado den ni andai ado yang sudi, tapi apolah dayo den ni, ilmu di dado den pun tak sehebat mano jang oi..hehe Tapi ekau jangan risau Eiba, apo yang den tau den akan bagitau..hehe Mp3 player ni pun den tanyo samo Tirana.. Toman sejati den lah katokan..muahaha

Ini jawapannya :-

1. Log masuk ke blogger.
2. Pergi ke layout dan add new page element.
3. Ambil kod dekat bawah ni dan letak dalam new page element tadi.

<div align="center">
<embed width="200" src="http://...??" loop="true" autostart="true" height="16" type="audio/midi"></embed></div>

4. Kemudian save dan lihat hasilnya.

* Tulisan berwarna biru adalah ketinggian dan lebar. Anda boleh mengubahnya mengikut kesesuaian blog dan citarasa anda.
* Tulisan berwarna oren adalah alamat / url lagu yang anda simpan.
* Tulisan berwarna hijau adalah pilihan anda, sama ada anda ingin mp3 player ini bermain secara automatik apabila blog anda dibuka atau sebaliknya.

Automatik - True
Bukan Automatik - False

..Selamat Mencuba..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

28 October 2008

Kemalangan - Kemalangan Ngeri..

Assalamualaikum..
Kamezaim ingin memohon maaf
andai video-video di bawah ini agak mengerikan.
Kamezaim hanya ingin jadikan ia sebagai
renungan dan pengajaran buat kita bersama..







Marilah kita renungkannya bersama..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

26 October 2008

Airmata Sheila..

Dia termenung sambil tersenyum seorang diri, menantikan saat-saat bahagia yang dinantikannya selama ini. Lagi sebulan dia akan mendirikan rumah-tangga bersama Zul, jejaka pilihan hatinya. Sambil memakai baju kebaya dan berkain batik, dia merenung jauh di tengah sawah yang luas terbentang. Melihat burung-burung terbang bebas ke angkasa, menandakan hari kian senja. Burung-burung terbang kembali ke sarang, namun ibunya tak juga pulang. Hatinya menjadi risau memikirkan ibunya, kerana tak pernah ibunya pulang lewat macam ni. Tiba-tiba kedengaran bunyi telifon dari rumahnya, lalu dia bingkas bangun dan berlari menuju ke rumahnya. Dia mencapai ganggang telifon dan mendengar suara seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Sarjan Ismail. Hati Sheila menjadi resah apabila disuruh bersabar oleh Sarjan Ismail, kemudian Sarjan Ismail memberitahu Sheila bahawa ibunya telah ditimpa kemalangan. Kira-kira 20 minit yang lalu. Sheila tidak dapat berkata apa-apa, lalu ganggang telifon yang dipegangnya jatuh ke lantai. Rasa lemah seluruh badan, kemudian dia bangun dan terus berlari ke rumah jirannya dan meminta jirannya untuk menghantarnya ke hospital.

Setibanya dia di hospital, dia mendapati ibunya masih dirawat di unit kecemasan. Dia meronta-ronta untuk masuk ke dalam bilik rawatan itu tapi dihalang oleh jururawat yang bertugas. Airmatanya mengalir tanpa disedari, apa yang berada di fikirannya ketika itu hanyalah ibunya sahaja. Dia terduduk di depan pintu bilik itu, lantas kisah silam kembali bertaut di fikirannya. Dia teringat suatu masa dulu, di mana dia kehilangan ayah dan juga adik-adiknya di dalam satu kemalangan. Dia tersedar dari ingatan itu setelah pintu bilik rawatan dihadapanya dibuka dan hadir seorang doktor menghampirinya. Dalam wajah yang tenang, doktor itu berkata "Cik, saya harap cik bersabar. Kami dah cuba sedaya-upaya untuk selamatkannya tapi ternyata, Allah lebih sayangkan dia dari kita. Maafkan kami..". Ketika itu, tiada apa yang dapat dikatakan oleh Sheila. Dunianya menjadi gelap gelita, rasa bagai tidak percaya apa yang terjadi pada ketika itu. Terlalu sukar untuk Sheila terima kenyataan ini. Tiba-tiba dirinya lemah tidak berdaya dan terus rebah ke lantai..

Tersedarnya Sheila dari pengsan dan dia terus memanggil ibunya. Dia terpinga-pinga dan hairan kenapa ramai orang kampung datang ke rumahnya. Ada yang menangis menahan sebak di dada, mungkin kerana sayu melihat Sheila yang seolah-olah lupa apa yang telah terjadi. Kemudian dia menangis kerana teringatkan kembali apa yang terjadi setelah dia terpandang satu jasad yang tidak bernyawa sambil ditutupi sehelai kain batik dan terbujur kaku di sebelahnya. Satu jasad yang selama ini sentiasa menemaninya, satu jasad yang selama ini telah banyak berkorban semata-mata untuk membesarkannya. Keluar pagi dan balik petang semata-mata untuk mencari punca rezeki demi meneruskan kehidupan ini. Dia tahu jasad dihadapanya itu adalah ibunya, ibu yang melahirkannya. Tiada apa lagi yang dapat dia lakukan ketika itu, melainkan hanya membiar airmata membasahi pipinya sambil meratapi kepergian ibunya yang tercinta. Dia membuka selendang yang menutupi wajah ibunya, terlihatlah satu wajah yang tenang dan tidak bernyawa. Terukir satu senyuman di dibibir ibunya, seolah-olah ibunya pergi dengan tenang tanpa sebarang kesakitan. Lalu Sheila mencium dahi ibunya, terasa sejuk sekali badan ibunya. Kemudian dia menutup kembali wajah ibunya dan terus berlari keluar dari rumah..

Dia menyendiri di satu sudut di kawasan rumahnya, kemudian bahunya di pegang oleh seseorang. Dia menoleh dan mendapati Zul sudah berada di belakangnya. Dia terus memeluk Zul dan sambil menangis. Dalam keadaan yang sayu Zul berkata "Sabarlah sayang, kita semua sayangkan dia tapi Allah lebih sayangkan dia dari kita. Sama-samalah kita mendoakan agar rohnya dapat pergi dengan tenang. Abang tetap disisi sayang..". Airmata Sheila terus mengalir setelah mendengar kata-kata dari Zul itu. Dia terus memeluk Zul bagai tidak mahu dilepaskannya. Kemudian, laungan azan berkumandang di ruang udara kampung itu menandakan subuh sudah menjelma. Lalu, Zul melihat jam di tangannya yang menandakan sudah pukul 5:30 pagi. Dia terus membawa Sheila ke dalam rumah dan menenangkan Sheila dari terus menangis. Sheila masih tetap menangis dan masih teguh memeluk Zul seolah-olah tidak mahu berada jauh dari Zul. Sheila terlena di dalam pelukan Zul..

Matahari kian menjelma, memancar cahaya ke seluruh ruang di dalam rumah itu. Lalu Sheila dikejutkan oleh Zul dan meminta agar Sheila lekas mandi kerana sebentar lagi jenazah ibunya pula akan dimandikan. Kemudian Sheila berlari menuju ke bilik air, setelah selesai mandi dia merenung cermin yang berada di dalam bilik air itu. Dia terfikirkan apa yang akan terjadi kepada hidupnya selepas ini. Tanpa disedari, airmata mengalir membasahi pipinya sekali lagi. Dia terus mengesat airmatanya dan keluar dari bilik air dan terus berlari menuju biliknya. Tidak lama selepas itu, dia keluar dari biliknya dan menuju ke arah ibunya yang sedia untuk dimandikan. Jurumandi jenazah meminta agar Sheila bersama-sama memandikan jenazah ibunya. Sheila mengangguk kepalanua menandakan setuju. Dalam keadaan sayu melihatkan wajah ibunya, Sheila hampir-hampir menitiskan airmatanya namun dikawalnya agar tidak menjejaskan proses pemandian jenazah ibunya itu. Jurumandi jenazah tersebut meminta Sheila mengambil sebekas air dari baldi yang telah dicampurkan bahan-bahan untuk memandikan jenazah. Lalu disuruh mencurahkan air tersebut ke seluruh badan ibunya bermula dari hujung kepala hinggalah ke hujung kaki. Setelah selasai memandikan jenazah ibunya, lalu jenazah ibunya dibawa ke bilik untuk dikafankan. Sebelum selesai dikafankan, jurumandi tadi meminta agar Sheila mencium dan menatap wajah ibunya buat kali terakhir sebelum jurumandi tadi menutup muka ibunya. Dalam keadaan yang sayu, Sheila mencium dahi ibunya buat kali terakhir dan Sheila menyuruh jurumandi tersebut supaya menutup wajah ibunya menandakan dia redha dengan kepergian ibunya..

Kemudian, ibunya di sembahyangkan. Setelah selesai di sembahyangkan, jenazah ibunya diusung menuju ke perkarangan kubur. Langkah demi langkah Sheila terus melangkah, sambil tangannya dipimpin oleh Zul. Liang lahat sudah siap digali, kini menanti penghuninya pula. Dalam suasana yang pilu, jenazah ibunya dibawa turun ke dalam liang lahat. Badan jenazah dialihkan supaya menghadap ke arah kiblat dan diletakkan ketulan-ketulan tanah dibelakang badan jenazah agar kedudukan jenazah tidak berubah. Kemudian, Sheila merenung ibunya sepuas-puasnya sambil keranda ibunya ditutup oleh penutup keranda tersebut. Sikit demi sedikit tanah di turunkan ke dalam liang lahat, tanpa disedari airmata Sheila mengalir ke pipi dan terus jatuh ke bumi. Sheila ditenangkan oleh zul dan lantas Zul berkata "Sabarlah sayang, tak baik kita menangis meratapi kepergiannya. Kita harus redha pada ketentuan yang maha Esa. Dari Dia kita datang dan kepadanya jua kita kan pulang, sayang.". Setelah liang lahat ditutup rapi dengan tanah, imam masjid kampung tersebut mula membacakan talkin. Setiap sudut pusara ibunya dipenuhi penduduk kampung yang turut membacakan talkin termasuklah Sheila. Di saat surah talkin dibacakan, keadaan menjadi sayu dan menambahkan lagi sebak di dada Sheila. Zul memerhatikan raut wajah Sheila yang penuh dengan kesayuan. Kali ini Zul membiarkan saja airmata Sheila mengalir sebagai mengiringi kepergiaan ibunya yang tercinta. Tiada apa lagi yang termampu untuk Zul lakukan, melainkan hanya mampu berdoa agar roh ibu Sheila selamat pergi menghadap yang maha Esa. Tanpa di sedari, Zul juga mengalirkan airmata..

Setelah selesai surah talkin dibacakan, penduduk kampung kian beransur meninggalkan perkarangan kubur tersebut. Cuma yang tinggal hanyalah Sheila dan Zul yang masih berada di tepi pusara ibunya itu. Lalu Sheila berkata, " Abang, pergilah balik rumah sayang. Tinggalkan sayang seorang diri di sini..". Zul tidak mampu berkata apa-apa lagi, lalu di bangun dan berlalu dari situ. Sebelum dia berlalu, dia sempat berkata pada Sheila "Sayang, walau apapun yang terjadi, abang tetap sayangkan sayang. Abang akan sentiada berada di sisi sayang..". Sheila memerhati Zul yang kian jauh meninggalkan dia..


Bersambung..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Datin Rafeah Buang - Udang Sama Udang

Udang sama udang
Masak gulai dalam kuali
Jikalau masih bujang
Carilah teman berhati-hati

Naik Bukit Bendera
Bukit Bendera di tempat kami
Kalau dah sama suka
Hantar pinangan ikatlah janji

( korus )
Tanjung Pagar ternama
Kapal datang dan pergi
Jangan bermain cinta
Kalau tidak sesungguh hati

Udang sama udang
Tak 'kan sama anak tenggiri
Bujang sama bujang
Orang tua yang makan hati

( ulang dari mula )

Udang Sama Udang
>> Download <<

Al - Fatihah buat Datin Rafeah Buang yang telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Julai 2002,semoga rohnya ditempatkan diantara golongan-golongan orang yang beriman..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Koleksi Terbaik Anita Sarawak

Untuk memuat - turun lagu pilihan anda,
sila klik pada perkataan "Download".

Ular
>> Download <<

Dengar Ini Cerita
>> Download <<

Tragedi Buah Epal
>> Download <<

Ismail Haron & Anita Sarawak - La obe
>> Download <<


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Zodiak - Bintang Hati


Bertaburan bintang-bintang
Menghiasi langit biru
Tapi hanya satu bintang
Yang menjadi bintang hati
Di hatiku

Duhai sayang bintang hati
Usah padamkan cintamu
Pancarkan kasih sayang
Moga akan terubatlah kerinduan
Dalam jiwaku

( korus )
Kiranya engkau pergi
Sukar cari ganti
Gelaplah kamar cinta
Moga sinar cintamu
Kekal selama-lama
Menyinari hidupku

Betapaku sepi rindu
Bila kau tiada di sisi
Ku menahan sedih pilu
Mengharapkan kau sentiasa bersamaku
Seperti dulu

Bintang Hati
>> Download <<


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

25 October 2008

Pasukan Khas Laut (PASKAL)




PASKAL TANGKAS & CERGAS
PASKAL PINTAR & PANTAS
PASKAL GAGAH & BERANI
PANTANG UNDUR RELA MATI

TRIMEDIA LAMBANG KAMI
BERET UNGU DIGERUNI
SIAP SEDIA BERBAKTI
MEMBELA IBU PERTIWI

GERAK GEMPUR LANGKAH DIATUR
BERSEMANGAT WAJA
DARAT LAUT UDARA DIJEJAKI
DEMI AGAMA & BANGSA




Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

23 October 2008

Samad (Lefthanded) Dalam Kenangan..

Abdul Samad Mean
26 September 1963 - 23 Oktober 2008

Assalamualaikum..
Tanggal 23 Oktober 2008, seluruh persada muzik tanah air menjadi suram kerana kehilangan lagi seorang pemain gitar yang pernah menggegar persada muzik tanah air pada era 80'an iaitu Abdul Samad Mean atau lebih dikenali sebagai Samad Lefthanded. Abdul Samad Mean dilahirkan pada 26 September 1963 dan kini berusia 45 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang kira-kira pukul 1:30 petang tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Ulu Kelang, Selangor. Allahyarham pernah menganggotai kumpulan lagenda rock iaitu Lefthanded. Allahyarham bersama kumpulan lefthanded sejak awal penubuhan kumpulan tersebut iaitu pada tahun 1985.

Semoga roh beliau ditempatkan diantara golongan-golongan orang yang beriman. Biarpun kini beliau sudah tiada lagi, namun petikan gitar beliau tetap diingati dan sentiasa berkumandang di radio-radio tempatan hingga kini dan mungkin selama-lamanya. Hanya peminat setianya sahaja yang akan dapat membezakan yang mana satu petikan gitar oleh Allahyarham Abdul Samad Mean atau saudara Man Kidal..




Al - Fatihah buat Allahyarham Abdul Samad Mean..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 October 2008

Ku Terima Sebuah Nota Darinya..

abang..
sekali lagi sayang tewas dalam mengawal rasa ini
rasanya sudah cukup kecewa yang melanda hati
tatkala sayang tahu bahawa ada insan lain yang bersembunyi di hati abang
mungkin sayang terlalu tamak atau kadang-kadang alpa
bahawa mencintai bukan bererti memiliki

abang..
pagi yang nirmala ini
tatkala sayang sujud mengadapNya
sayang dapat rasa ketenangan seperti hari-hari yang lain
tapi tahukah abang gelodak jiwa sayang tetap ada
walau ketenangan menghimpit sanubari
walau senyuman terukir di wajah

abang..
sayang tahu khilaf yang sayang perbuat
meragui cinta abang walaupun semuanya tentang dia hanya tinggal kenangan
kenangan yang abang katakan tidak pernah sama dengan realiti
tetapi di hati ini sudah cukup merasakan pedih
tatkala abang ceritakan indahnya hubungan abang bersamanya
sayang hanya perempuan biasa
yang mengharapkan cinta sejati
yang bisa cemburu dan marah pada bila-bila masa
hanya kerana dia.. hanya kerana sebuah kenangan

abang..
sayang tahu sayang takmungkin jadi sehebat dia
takmungkin jadi seistimewa dia di hati abang
tapi sayang merayu pada abang
percayalah pada sayang
percaya pada ketulusan cinta sayang pada abang
kalau pengorbanan yang dia lakukan buatkan abang takboleh lupakan dia
sayang boleh korbankan apa sahaja demi abang
katakan saja, demi cinta kita

abang..
sayang bukan sesempurna mana
namun untuk cuba mengukir suatu kenangan indah supaya abang boleh melupakan dia
sayang akan terus cuba
doa sayang sentiasa mengiringi tiap langkah abang
walau kita berjauhan
tapi sayang mahu abang sentiasa tahu
sudah cukup sayang sengsara kerana kenangan abang bersama dia
tak terniat untuk sayang pergi jauh dari hidup abang
tak terniat untuk sayang kecewakan abang
apakan daya sayang ... apakan daya sayang ...
hanya mulut yang berbicara

abang..
tiada lagi ego yang membelenggu diri sayang
kerana sayang mahu abang tahu kesemuanya
semua tentang perasaan sayang..
supaya abang dapat jalani hari-hari yang mendatang
dengan kekuatan cinta sayang .. bukan cinta dia
percayalah.. aku tulus mencintaimu.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

20 October 2008

Warkah Buatmu Sayang..

Sayang..
Sungguh tidak ku sangka
Sekelip mata hatimu berubah
Kau musnahkan semua impianku
Kau hancurkan seluruh harapanku
Kau lukakan seluruh jiwa dan ragaku
Kau kecewakan hati dan perasaan ku..

Sayang..
Kenapa begitu cepat kau berubah laku
Kau buatku sepertiku tidak mempunyai harga diri
Kau ambil dan buang diriku sesuka hatimu
Apalah dosa ku terhadapmu sayang..

Sayang..
Salahkah aku untuk mengingati cinta pertama ku
Salahkah aku sekiranya aku menyimpan sedikit memori
Memori yang tak mungkin ku lupakan antara aku dan dia
Dialah cinta pertama ku
Dialah satu-satunya insan yang sudi bersama ku pada ketika itu
Sudi menerima diriku seadanya tanpa mengira jurang perbezaan
Memberi ku sedikit keyakinan untukku meneruskan kehidupan ini
Rela di hina, dipukul dan dihalau hanya kerana menyintai aku
Walau dia dihina dan dipukul, namun cintanya tidak pernah berubah
Dia beri sepenuh kasih dan sayang
Malah, dia tidak pernah berharap intan permata
Cuma apa yang diharapkan, hanyalah setitis kebahagiaan bersamaku..

Sayang..
Kini dia sudah tiada lagi di dunia ini
Dia pergi bersama harapan dan impian
Yang kami ciptakan selama ini
Disangka panas hingga ke petang
Rupa-rupanya mendung di tengah hari
Setiap yang mula pasti ada penghujungnya
Setiap yang hidup pasti kan mati jua
Itulah lumrahnya kehidupan ini..

Sayang..
Jangan jadikan ianya sebagai satu alasan
Untuk mengoncang hubungan kita
Kau tinggalkan aku kerana cemburu
Cemburu kerana aku sentiasa mengingatinya
Salahkah aku untuk terus mengingatinya
Salahkah aku untuk terus menyimpan kenangan itu
Sebagai satu kenangan yang terindah buat hidupku
Apalah yang ingin kau cemburukan lagi
Dia sudah tiada lagi di dunia ini..

Sayang..
Ku terima salam perpisahan ini dengan hati yang terbuka
Agar kau bahagia di atas keputusan yang kau buat ini
Dengan harapan tiada lagi hati yang terluka
Terluka kerana insan sepertiku ini
Seorang insan yang tidak dapat melupakan
Kisah cinta pertama yang terindah buat hidupnya
Biarlah aku terus bersama kenangan itu
Asalkan tiada lagi hati yang merana
Ku doakan kau bahagia di dunia mahupun di akhirat
Andai esok kau tersedar dari mimpi-mimpimu
Dan kau terfikir akan hati dan perasaanku
Usahlah kau mencari diriku lagi
Biarlah ku rawat sendiri luka di hati ini
Ku sambut salam perpisahan ini...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

19 October 2008

Secebis Kenangan Silam..

Kasih..
Inginku ukirkan disini kisah cinta antara kita
Kisah cinta yang membuat ku terleka dalam belaianmu
Agar mereka tahu akan kebahagiaan kita berdua..

Kasih..
Walaupun kini kau sudah tiada lagi
Terbiar aku sendiri menahan rindu yang tiada penghujungnya
Namun inginku coretkan secebis kenangan buat mu
Agar bisa ku merawat kerinduan di hati ini..

Kasih..
Setiap saat ku merinduimu
Ku rindukan senyumanmu yang pernah kau ukir padaku suatu ketika dahulu
Alangkah bahagianya aku ketika itu
Terasa bagai dunia ini hanya ada kita berdua sahaja
Hingga kita lupa akan hakikat ini
Bahawa setiap yang hidup pasti kan mati jua..

Kasih..
Kini ku terbiar sepi tanpa dirimu
Setelah kau pergi meninggalkan aku
Kau tinggalkan kenangan kita berdua
Untuk tatapan ku ketika ku rindukanmu
Kau pergi tinggalkan aku
Dan tak mungkin kau kan kembali lagi..

Kasih..
Tak mungkin ku kan jumpa wajahmu lagi
Tak mungkin kan ku temui insan sepertimu lagi
Kini kau pergi jauh dari diri ini
Hanya yang kau tinggal buatku
Hanyalah pusara mu yang sepi..

Kasih..
Ku kirimkan doa buatmu disana
Agar rohmu aman dan tenang di sisi-Nya
Ku harap kau menanti ku disana
Ini mungkin kerana
Entah esok atau lusa
Ku pasti kan pergi jua..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pemberitahuan..

Assalamualaikum...
Kamezaim berharap agar kamezaim mendapat sumbangan lagu-lagu dari anda. Tidak kiralah apa jua kategori lagu asalkan tiada unsur-unsur lucah, perkauman mahupun politik. Kamezaim akan memasukkan lagu-lagu yang dihantar oleh anda ke dalam blog untuk dikongsi bersama-bersama oleh semua para blogger.

Kepada sesiapa yang ingin menghantar lagu kepada kamezaim, bolehlah menghantar ke alamat e-mail ini : kamezaim@yahoo.com. Sila tinggalkan identiti diri anda agar memudahkan kamezaim untuk mempaparkan identiti anda dibawah lagu yang dikirimkan oleh anda.

Contoh :-

Nama Anda
Alamat Blog / Web Anda (Jika Ada)
Sedikit Kata-Kata Dari Anda (Jika Ada)

..Segala kerjasama dari anda amatlah dihargai..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

18 October 2008

Kompilasi 16 Super Slow Rock









Untuk memuat - turun lagu pilihan anda,
sila klik pada perkataan "Download".

Okid - Derita
>> Download <<

Yantzen - Insan
>> Download <<

Ruhil - Anak Dunia
>> Download <<

BPR - Airmata Jernih
>> Download <<

Positif - Kelkatu Malam
>> Download <<

XPDC - Lagu Dari Aku
>> Download <<

Okid - Awal Dan Akhir
>> Download <<

Helter Skelter - Kepadamu Cinta
>> Download <<

Hanafie Warren - Menara Rindu
>> Download <<

Ruhil & Deddy Dores - Mimpi Kita
>> Download <<

Stra-T.g - Kau Mutiara Segalanya
>> Download <<

XPDC - Cinta Kenangan Silam
>> Download <<

Yantzen - Di Balik Keghaiban Kasih Mu
>> Download <<

Deddy Dores & Osa - Jurang Pemisah
>> Download <<

Ruhil & Al Jankson - Cinta Tak Semesti Bersatu
>> Download <<

Deddy Dores & Iska Arima - Menangis Takkan Berubah
>> Download <<


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Koleksi Terbaik Aryan

Dia
>> Download <<

Harapan
>> Download <<

Kenangan Lalu
>> Download <<

Pelayaran Rindu
>> Download <<

Kepastian Abadi
>> Download <<

Watikah Kehidupan
>> Download <<

Jambangan Di Pusara
>> Download <<


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Ekamatra - Mama


Kucari - cari
Suatu wajah dalam memori
Orang berkata aku masih punya mama

Berikan dia
Mama ku sayang padaku
Muka membelai daku
Menimangku dipelukannya

Mama
Dimanakah dirimu oh mama
Mama
Hiburkanlah hatiku
Diriku dihina jiwa ku meronta
Tiap detik melara kukira diriku anak yang malang
oh mama

Dengarlah lagu ku ini
Dosakah mama
Bila mengakui ku anakmu
Dengarlah rayuanku
Bila sedang rindu padaku

Mama
>> Download <<


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

17 October 2008

Nur Husna Zulaikha..

Assalamualaikum..
Hari ni dah pun 17 Syawal. Tidak lama lagi Zulkaedah pula akan menjelma. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita, rasa macam baru semalam je hari raya..hehe Amboi, kamezaim ni nak beraya sampai setahun ke...hehehe

Alamak, dah lari topik la plak..hehe Sebenarnya, kamezaim pun tak tahu kenapa kamezaim nak tulis semua ni, mungkin kerana kamezaim terlalu rindu pada budak comel dekat atas tu kot.. Ye, memang kamezaim rindukan dia. Rindukan suara dia, rindukan tangisan dia dan rindukan kenakalan dia..hehe Ntah bilalah agaknya kamezaim dapat jumpa dia. Dah la raya hari tu kamezaim tak dapat nak beraya dengan dia, mesti dia pun rindukan kamezaim agaknya..hehe Mesti sekarang dia dah besar kan.. Dah boleh berlari kesana-sini. Kalau dulu, setiap pagi dia mesti kejutkan kamezaim dari tidur. Sedar je kamezaim dari tidur, dia dah ada atas perut kamezaim..hehe Suka korek pusat orang..hahaha Nakal betul dia...hehe

Apapun, kamezaim harap dia sihat dan bahagia di samping ibu dia di sana. Mungkin raya haji ni kamezaim balik kot..hehe Itupun kalau dapat cuti lerr...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Terima Kasih Sayang..

Sayang..
Tiada apa lagi yang dapat ku katakan
Tiada apa lagi yang dapat ku ucapkan
Sebagai tatapanmu ketika ini
Hanya yang dapat ku lafazkan
Hanyalah ucapan terima kasih
Ikhlas dari sudut hati ini..

Sayang..
Terima kasih diatas potret ini
Yang kau ukirkan khas buatku
Mungkin kau cuba untuk membuktikan
Cintanya dirimu terhadapku
Ku amat menghargainya..

Sayang..
Aku tetap percaya akan ketulusan hatimu
Aku tetap yakin akan kejujuranmu
Dan aku tetap akur akan kesetiaanmu
Terhadapku..

Sayang..
Kebahagiaan pasti milik kita
Andai kita tahu membawa peranan masing-masing
Jauhkanlah diri kita dari persengketaan
Dekatkanlah diri kita dengan keimanan
Bahagia yang dinanti pasti kan menjelma jua..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

15 October 2008

Warkah Buat Tirana...

Assalamualaikum..
Kamezaim ingin mengucapkan terima kasih buat saudari Tirana diatas kesudian beliau mengunjungi blog ini tanpa rasa jemu dan bosan. Setiap kali buka saja blog kamezaim, mesti ada nama Tirana di ruang "ukirkan disini". Malah saudari Tirana tidak pernah lupa untuk meninggalkan sedikit komen sebagai tanda ingatan beliau terhadap kamezaim. Sungguh membuat kamezaim terasa terharu..

Terima kasih Tirana, kamezaim harap silaturrahim yang terbina diantara kita akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat kamezaim nanti. Tiada apa yang dapat kamezaim berikan sebagai tanda ucapan terima kasih, kamezaim harap ianya sudah cukup untuk membuktikan keikhlasan hati ini..hehe

Nanti kalau datang blog kamezaim lagi, jangan lupa bawa kuih rasa dan disertakan bersama dengan duit raya.hehe Tapi, sebelum terlupa. Kamezaim nak tanya sikit Tirana, apakah hubungan antara meniti hari dengan sedetik hati?hehehe Kalau tak silap kamezaim, si sedetik hati tu dah beli kereta baru.hehehe Kalau tak silap kamezaim, dia beli kereta kebal siap ada astro lagi dekat kereta dia tu..hehehe Seorang mengira detik-detik hati dan seorang lagi pula mengira hari...hehe Macam-macam ada.. Buat si sedetik hati, jangan marah ye..hehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

13 October 2008

Terima Kasih..

terima kasih

Assalamualaikum..
Bersyukur kamezaim ke hadrat ilahi kerana masih diizinkan Allah S.W.T untuk menulis dan mencoretkan apa saja yang terlintas disudut hati dan fikiran ini. Di sudut inilah tempat kamezaim meluahkan apa yang dirasa sama ada suka mahupun duka, dialah menjadi teman tatkala jiwa ini sedih menahan pilu. Tiada siapapun yang dapat melarikan diri dari merasa sedih, kecewa dan derita. Hidup tanpa derita dan kecewa, rasa bagai tiada ertinya kehidupan ini buat kita. Andai tiada derita, maka kita tak kan tahu betapa nilainya erti kebahagiaan itu..

Kamezaim ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga blogger yang sudi mengunjungi blog kamezaim ini tanpa rasa jemu dan bosan. Tak pernah lupa meninggalkan sedikit komen ataupun kata-kata nasihat yang cukup bermakna buat kamezaim. Tiada apa lagi yang mampu kamezaim berikan melainkan hanya ucapan terima kasih. Kamezaim tahu adakalanya kamezaim tak sempat membuat kunjungan balas kerana terlalu sibuk dengan tugas yang tak dapat kamezaim abaikan. Kamezaim harap tiada yang berkecil hati, andai ada masa kamezaim pasti akan membuat kunjungan balas.

Marilah kita mengeratkan silaturrahim sesama kita, menjauhkan persengketaan. Kerana sesungguhnya bersatu itu kan teguh dan bercerai itu pasti kan roboh.

Terima Kasih


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Mati..

"TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI"

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

"TANDA 40 HARI"

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


"TANDA 7 HARI"

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

"TANDA 3 HARI"

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.


Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

"
TANDA 1 HARI"

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.


"TANDA AKHIR"

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

10 October 2008

Apakah Pendapat Anda??

Assalamualaikum..
Kamezaim cuma ingin tahu apakah pendapat anda mengenai blog ini? Kamezaim tahu blog ini masih ada kekurangan tapi kamezaim tak tahu apa kekurangannya. Jika anda sudi, silalah bantu kamezaim untuk mengetahui apakah kekurangannya..

1. Adakah blog ini buruk atau cantik? Jika jawapan anda buruk atau cantik, sila nyatakan alasannya..

2. Apakah kekurangan blog ini?

*Sebarang komen yang tidak berguna, adalah dilarang sama-sekali. Sila berikan komen seikhlas hati anda.

Terima kasih


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

09 October 2008

Fair - Terlanjur Menyintaimu

Dari dahulu mendengarkan suara mu
Siapakah itu intan atau permata
Lalu ku tulis kata-kata pujangga
Menghiasi hati ku hanya untuk mu

Luas lautan usah cuba diduga
Jadi ingatan teman sebagai pedoman
Namun ku terus cuba mendekati mu
Tetapi aku tertewas
Kita tak serupa

Kau bandingkan ku dengan kekayaan
Ternyata aku ketinggalan
Walau ikhlas menyintai mu
Kau hina tanpa rasa simpati
Masih kedengaran lagi
Nista yang ku cari

Baru kini aku sedari
Bukan mudah untuk melewati
Sememangnya aku bersalah tidak mengerti
Ku antara berjuta yang meminati mu
Terlanjur menyinta dengan tulus suci
Tanpa jawapan pasti
Dengan tulus suci tanpa jawapan pasti

Terlanjur Menyintaimu

>> Download <<


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

08 October 2008

Legacy - Ditelan Pahit Dibuang Sayang

Semakin lama semakin jelas perasaanmu terhadapku
Walau kini ku dimiliki namun diriku kau rindukan
Aku tak mampu untuk memilih
Satu diantara kau dan dia
Tak sanggup aku merelakan
Sehingga ada jiwa yang terluka

Bila kau meminta diri ini
Untuk membuat keputusan
Tak mungkin dapat kulakukan
Ini diluar kemampuanku
Dan hati ini sukar menerima hakikat sebenar
Aku tak terdaya untuk
Memutuskan jalinan cinta
Harus kau akui apa yang terjadi
Kasih berbelah bagi bukan kehendakku
Puas kufikirkan perit perasaan
Namun persoalan tiada jawapan
Puas kufikirkan perit perasaan
Bila sendirian
Semakin kurasa
Ditelan pahit dibuang sayang ( 2X )


Ditelan Pahit Dibuang Sayang
>> Download <<


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

07 October 2008

Kekejaman Di Bumi Palestin!!

Ya Allah ya Tuhanku,
Apalah dosa mereka sehingga mereka diseksa sebegini rupa
Menjadi pelarian di bumi sendiri
Berlari kesana-sini mencari pelindung
Dari diseksa oleh Yahudi yang zalim
Siang dan malam tiada bezanya
Langit yang indah menjadi kelam-kabut
Setelah dihujani peluru-peluru yahudi
Bumi yang tenang menjadi bergelora
Setelah diledak bom yahudi
Kemanakah lagi mereka harus membawa diri..

Anak-anak kecil menjadi mangsa
Mangsa kerakusan oleh kaum yang bongkak dan zalim
Dibunuh disana-sini
Mayat bergelimpangan seperti tiadanya harga diri
Dipijak, dirogol dan dibunuh..















Marilah kita mendoakan kepada insan-insan yang tidak berdosa ini agar mereka tabah menghadapi dugaan-dugaan Allah S.W.T dan sedekahkanlah Al-Fatihah buat mereka yang terkorban. Biarpun mereka menderita di dunia yang sementara ini, marilah kita doakan agar mereka aman dan tenang di sana..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Nota Yang Ke - 3 Dari Hida..

DAN TAK PERNAH AKU SESALI
CINTAKU UNTUKMU
KERNA BAGIKU TELAH MILIKIMU
SUDAH CUKUP UNTUKKU
KEMANA PUN AKU PERGI
SELALU SEPI TANPAMU
DI MANA PUN AKU BERPIJAK
SELALU HADIR BAYANGMU

PUTERAKU,
REDUP PANDANGAN MATAMU
SUDAH CUKUP MEMBERIKAN SERIBU ERTI YANG SUKAR UNTUK KU MENGERTI
TAPI DENGAN KHILAFKU SENDIRI
KAU KECEWA LAGI .. KAU BERSEDIH LAGI
ANDAINYA KAU TAHU ANDAINYA KAU MENDENGAR DEGUPAN KENCANG DI DADAKU
KAU TAK MUNGKIN KECEWA.. KAU TAK MUNGKIN BERSEDIH
MUNGKIN INI SEMUA DUGAAN MUNGKIN JUA SATU CABARAN
BERSABARLAH WAHAI PUTERAKU,
BUKAN AKU TAK CUBA UNTUK MEMBERIKAN MU BAHAGIA
TAPI AKU MASIH BERUSAHA
SUPAYA SATU HARI NANTI..
KAU AKAN MERASAKAN NIKMATNYA BAHAGIA YANG TAK TERNILAI
PERCAYALAH PUTERA HATIKU..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

06 October 2008

Mati Digigit Anjing!!







Assalamualaikum..
Baru-baru ni kamezaim ada mendapat e-mail dari seorang teman kamezaim. Seorang kanak-kanak mati digigit anjing. Menurut gambar-gambar yang lain, tragedi ini terjadi di Negara Thailand. Sungguhpun bukan di Malaysia, namun janganlah kita mengambil mudah tentang perkara seperti ini. Mungkin esok atau lusa, ianya akan menimpa pada kita. Tujuan kamezaim masukkan gambar-gambar ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, kamezaim cuma untuk jadikan ianya satu iktibar dan renungan buat kita semua. kerana, mungkin ada sesetengah blogger yang lain ada mendapat e-mail ini dan ada juga yang tak dapat dan tak pernah tahu tentang kejadian ini.

Awasilah anak-anak anda dan juga awasilah diri anda. Sungguhpun malang itu tidak berbau namun tidak salah sekiranya kita mengambil langkah berhati-hati. kerana mencegah lebih baik dari mengubati. Sebagai seorang yang beragama Islam, dah tentu kita tahu bukan bahawa anjing itu haram bagi kita. Sungguhpun kita tidak mencari anjing namun tak semestinya anjing tidak mencari kita.hehe Anjing seperti peluru, kerana peluru tidak pernah kenal siapa mangsanya. begitu juga dengan anjing, siapa dia rasa nak gigit, dia akan gigit..

Andai kanak-kanak yang tidak berdosa diatas adalah beragama Islam, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepadanya. Moga rohnya ditempatkan diantara golongan-golongan orang yang beriman..

Marilah kita renungkan bersama..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

05 October 2008

Ku Dapat Isteri Baru..

Assalamualaikum..
Hari ni sudah hari ke - 5 kita menyambut hari raya aidilfitri. Esok dah ramai yang dan mula kerja seperti biasa..hehe Jalan-jalan dari utara, selatan, timur dan barat menghala ke ibukota tentu sesak dengan kenderaan-kenderaan yang berpusu-pusu untuk kembali ke kuala lumpur. Dalam kesibukan itu juga, sempat juga kamezaim beli PC baru..hehe Beli Pc ni bukan guna duit raya ok.. Jangan salah faham plak..hehe Tak tidur kamezaim semalaman, nak tidur je terus teringat Pc. Muahahaha keciwi lah katakan...kui...kui..





Inilah PC yang kamezaim maksudkan tu.. Cantik tak? kalau cantik katakan cantik, kalau tak cantik pun katalah juga cantik..hehe Pc ni jauh diimport, datang dari Changlun, Kedah.hehe Kenapa ianya dibeli di sana? Bak kata Datuk Siti Nurhaliza, biarlah rahsia..hehehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

04 October 2008

Haslinda - Sehati Sejiwa



( 1 )
Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama

Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya

Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada

( 2 )
Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama...

( ulang 1 & 2 )

Sehati Sejiwa
>> Download <<


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Nota Yang Ke - 2 Dari Hida..

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup
Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

"abg.. bait2 dalam lirik ini sungguh indah dan merangkumi banyak pengertian tentang perasaan ini. bukan syg takmampu untuk mengarang sendiri tetapi syg nak berkongsi dengan abg suatu bait kata yg siap dengan melodinya. supaya abg tahu dan dpt merasai alunan muzik di hati syg tatkala syg berhubungan dengan abg. ini bait2 lirik dalam lagu Hanya Ingin Kau Tahu nyanyian Republik. oh ye bang... terima kasih sebab hadir dalam hidup syg walau abg sendiri tau syg banyak kelemahan dan kekurangan hingga syg sendiri hilang keyakinan diri. terima kasih kerana sanggup temankan syg di saat syg lagi berduka.. betapa berat beban yg syg tanggung ini dan syg cukup lega bila dpt berkongsi dengan abg. jgn diulang perkataan2 yang syg tanak dengar ye? syg tau abg nakal, suka usik syg dengan perkataan2 tu.. tp syg tanak dgr lagi sebab ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan. kalau memang abg diciptakan dari rusuk syg, kita tetap akan disatukan walau apa jua halangan yg datang. jangan pecah2 hati lagi ye sebab di hati abg telah terukir nama syg.. ikhlas, Hida..."

Sayang..
Apalah erti semua ini sayang? Janganlah kau meninggalkan diriku di dalam teka-teki yang belum tahu ku mampu menjawabnya. Berterus-teranglah padaku agar bisa ku memahami gelodak jiwamu. Sesungguhnya aku juga insan sepertimu, menumpang disudut dunia mencari ketenangan hidup sebelum melangkah pergi menghadap yang maha Esa..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Koleksi Terbaik Safura

Untuk memuat - turun lagu pilihan anda,
sila klik pada perkataan "Download".



Jangan Menangis Sayang (Duet Oney)
>> Download <<

Andang Cintaku Menyala (Duet Ezad)
>> Download <<

Bukan Lupa Tapi Tak Ingat
>> Download <<

Cinta Bersulam Dusta
>> Download <<

Cinta Tak Perlu Dirahsia
>> Download <<

Dulu Sayang Kini Benci
>> Download <<

Kala Cinta Itu Buta
>> Download <<

Perutusan Hiba
>> Download <<

Rinduku Semakin Kuat
>> Download <<

Seandainya Kau Jujur
>> Download <<

Sedalam Mana Cintamu
>> Download <<


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Koleksi Terbaik Gaya Zakry

Untuk memuat - turun lagu pilihan anda,
sila klik pada perkataan "Download".


Bunga Mawar
>> Download <<

Kesedaran
>> Download <<

Teruna Pilihanku
>> Download <<

Derita Hati Ku Tanggung Sendiri
>> Download <<

Jika Kau Belum Berteman
>> Download <<

Masih Ragukah Sayang
>> Download <<

Joget Merindu Kasih
>> Download <<

Tari Bunga Rampai
>> Download <<


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP