29 June 2008

Headwind - Benci Dan Geram

Dimalam serba indah
Ku menatap bayang wajah
Kasih ku pergi jauh
Sampai hati kau meninggalkan ku

Oh mengapa wahai bunga
Kau berubah sekejap masa
Membuat aku pilu
Kau tak kisah pujuk rayuanku
Ku benci ku benci padamu
Oh geram oh geram hatiku
Kau pergi dengan teman baru
Yang lebih hartawan dariku

Angin-angin bersuara
Berakhirlah kisah cinta
Cintaku kering layu
Si tampan yang jadi pilihanmu


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

28 June 2008

Jom Sepahkan Rumah Cik Lawa Dan Obor-Obor

Sebenarnya kamezaim tengah bosan ni.Dah tak tahu nak buat apa hari ni,cuaca plak mendung je dari pagi tadi.Nak keluar tapi tak tahu nak pergi mana dan juga dengan siapa.Apa kata kalau kamezaim ajar bagaimana caranya nak senaman kan jari anda..hehehe

Cara dia mudah saje,sebenarnya 2,3 hari ni memang kamezaim selalu buat senaman ni.hehe Sebenarnya kamezaim nak korang tolong kamezaim,tolong sepahkan rumah Cik Lawa dengan Cik Obor-Obor kita ni.Apa kata kalau korang tolong kamezaim sepahkan rumah diorang.Dapatlah juga tangan korang bergerak sikit..hehe Caranya,korang target tempat jerit diorang (msjbox).Patu korang tulis lah apa pun korang nak tulis tapi ingat,jangan lupa letak smiley banyak-banyak sikit..Biar bersepah msjbox diorang..hahaha Jom kita serang msjbox diorang..@adil

Ini alamat rumah diorang :

Cik Lawa

Obor-Obor


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Si Tanggang

Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.

Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.

Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.

Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.

“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.

“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata Deruma dengan gembira.

Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai.

Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.

“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya.

“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.

“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang.

Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali.

“ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !” herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah.

“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma.

“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.

Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.

Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”

Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.

“ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang.

Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

Sumber Artikel : Dongeng Warisan



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Ikrar Kesatria

Kami berikrar :

*
Beriman kepada Tuhan dan bertaqwa kepadaNya

*Setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya
dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah

*Memegang teguh disiplin tentera dan senantiasa menjunjung tinggi
sikap keperwiraan dan kehormatan tentera


*Mengutamakan perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas

*Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya




Rejimen Gerak Khas ditubuhkan pada 1 Ogos 1965 di Kem Majidee, Johor Bharu. Rejimen pada mulanya dikenali sebagai Pasukan Gerak Khas Malaysia (PGKM), dan dalam tahun 1969 telah diperbesarkan menjadi satu Rejimen yang dikenali dengan nama Rejimen Pertama Gerak Khas Malaysia (1 RGKM). Tugas Rejimen Gerak Khas ini ialah menjalankan operasi tertentu secara bebas melalui darat, laut dan udara. Cogankata Rejimen Gerak Khas iadalah “CEPAT DAN CERGAS”

  • Mengadakan Skuadron mencari, melapor, mengharu dan menghancur musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan gerila.

  • Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melalui laut, darat dan udara di dalam kawasan yanng dikuasai oleh musuh dan juga mendapatkan maklumat.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Penyu Belimbing

Adui,aku pun tak tahu nak tulis ape.Memang dasyat penyu belimbing ni.Aku pun tak tahu diorang jumpa dekat mana penyu ni.Lebih besar dari kura-kura aku.Penyu ni tengah gali lubang nak bertelur kot.Ntah berapa biji agaknya sekali bertelur.Mahu 3 kontena agaknya..@guling

Penyu ni kalau singgah dekat pantai malaysia,mahu dapat sambutan ni.Dah tentu ramai yang nak mandi dekat pantai.Aku tak tahu jantina penyu ni,sama ada jantan atau betina..@siul


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Taman Tergantung Babylon

Buah-buahan, bunga-bungaan, pelbagai haiwan dan air terjun, semuanya terdapat dalam taman gantung Babylon. Taman ini adalah amat menarik dan cantik sehingga kecantikannya menjadikan bualan penduduk yang ada pada ketika itu. Taman Gantung Babylon ini terletak di timur tebing berhampiran Sungai Euphrates, kira-kira 50km selatan Baghdad, di Iraq.



Negara Babylon terkenal di bawah pemerintahan raja yang terkenal pada ketika itu, iaitu Raja Hammurabi(1792 -1750SM). Anaknya, Nebuchadnezzar II (604-562 SM) yang merupakan raja yang telah membina taman ini. Menurut legenda, taman ini dibina oleh baginda sebagai menghargai isterinya dan gundik-gundiknya.Kewjudan taman ini masih menjadi tanda tanya. Namun adalah dikatakan taman ini adalah salah satu taman terindah di dunia. Ia mengandungi pelbagai flora dan fauna, yang menarik dan amat menakjubkan sehingga terpesona sesiapa sahaja yang melawatnya. Hinggalah kurun ke-20, ahli kajipurba menyatakan kewujudan taman ini adalah benar, namun kesan peninggalannya telah lama pupus. Taman tersebut terdiri daripada binaan yang menarik dan mengagumkan. Ia berbentuk seperti segiempat tepat dan tiang-tiangnya berbentuk seakan-akan kiub. Namun rekabentuk taman ini tidak dapat diceriktakan secara terperinci kerana para ahli kajipurba gagal menemui sebarang peninggalannya. Namun, menurut satu sumber taman ini lenyap akibat berlakunya satu malapetaka yang buruk. Para ahli kajipurba baru-baru ini telah menjumpai dinding setebal 25m di kawasan tapak taman tersebut yang mungkin adalah sebahagian dari dinding taman yang telah hilang.


Sumber Dari : members.tripod.com


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

26 June 2008

Sekuntum Mawar Putih


Wahai sekuntum mawar putih
Kau begitu indah apabila ku terpandangmu
Kau membawa seribu erti dalam hidupku
Kau menjadi saksi lambangnya cintaku
Kau memberi ku satu memori yang indah
Memori yang tidak mungkin akan ku lupakan
Kau menjadi saksi cinta antara dua jiwa
Yang tidak mungkin terpisah
Kembang mekar mewangi setaman
Memberi senyuman terindah
Kepada yang memandang mu
Kini kau layu jatuh ke bumi
Berguguran di tiup angin bayu
Hilangnya kuntum mewangi
Yang ku puja selama ini
Kau hilang setelah ku berduka
Seolah-olah kau memahami perasaanku
Betapa hancurnya hati ini
Melihat musnahnya cinta yang dibina
Setelah sukarnya ia dibina
Hilang dalam sekelip mata
Dulu kau yang ku puja
Kini berganti pula
Kemboja menjadi saksi cintaku
Menjadi saksi terpisahnya dua jiwa
Hancurnya impian dan harapan
Setelah ianya pergi meninggalkanku
Buat selama-lamanya..





Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Nike Ardilla


Aku peduli apa orang nak kata,yang penting jiwa aku tenang.hahaha Sebenarnya aku memang minat juga dengan Nike Ardilla ni.Tapi tak de lah minat gilerr cuma setakat nak layan tu boleh la juga.Sebab aku rasa (aku lah rasa,korang punya rasa korang punya pasal lah) suara dia ni mantap juga.Kira ok lah juga daripada artis-artis indonesia yang lain.Mungkin yang menjadikan aku tertarik dengan suara dia ni,mungkin sebab dia dah tak ada kot.hehe Apapun,yang penting kita happy..@siul


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Tayar Generasi Baru



No more air valves
No more air compressors at gas station
No more repair kits




Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Milik Siapakah Gajah ini


Milik siapakah gajah ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin ku bertanya siapa punya
Apakan terdaya
Adakahkan terdaya

Milik siapakah gajah ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku bertanyakan
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Aku pun tak tahu ni cucu gajah siapa.Lain macam je aku pandang cucu gajah ni,naik bulu roma aku..Malang betul nasib gajah ni.Tapi buat masa ni aku masih belum dapat kenal pasti identiti gajah ni sama ada gajah hutan atau gajah sarkas.Tapi yang pastinya gajah ni susah di jumpai kerana belalai gajah ni lain macam sikit.Kepada tuan punya gajah ni,harap jagalah dia bebaik ye..Bila dah besar nanti jangan suka rosakkan tanaman orang terutama sekali tanaman di kawasan larangan..@siul


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

25 June 2008

Kemboja Dan Mawar


Simbolik
Antara Kemboja Dan Mawar Itu
Ada Tersirat Satu Luahan Hati Manusia
Pastinya Sang Kemboja
Mengungkap Erti Kehilangan
Erti Kepedihan
Sebaliknya Si Mawar Itu
Mengukir Erti Manisnya
Erti Indahnya, Kasihnya
Dan Kebahagiaan

Antara Simbolik Inilah
Taksiran Kehidupan Terungkap
Antara Suka Dan Duka
Itulah Dunia Manusia


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

24 June 2008

Ku Bermohon Diri..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua Bloggers dan juga yang Bukan Bloggers,terima kasih kerana kesudiaan anda meluangkan masa untuk melayari blog kamezaim ini.Kehadiran anda amatlah di hargai dan di alu-alukan.Sungguhpun anda hadir hanya sekadar berteduh tanpa meninggalkan pesan mahupun komen,kedatangan anda juga amat di alu-alukan..

Tujuan kamezaim mengeluarkan postingan ini adalah sekadar untuk memohon maaf dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan juga pada pelawat-pelawat yang setia berkunjung ke blog kamezaim ini.Mohon maaf seribu kemaafan seandainya sepanjang perjalanan kamezaim di dalam dunia blogger ini ada terkasar bahasa,ada yang terluka mahupun terasa hati.Maafkanlah kamezaim,sesungguhnya kamezaim hanyalah insan biasa yang tak mungkin dapat lari dari melakukan kesilapan dan juga dosa..

Setiap pertemuan,mesti ada perpisahan.Itulah lumrahnya hidup ini.Mungkin selepas ini kamezaim akan melupakan sebentar dunia blogger ini demi menumpukan sepenuh perhatian kepada diri dan juga tanggungjawab.Ada lagi yang lebih penting harus kamezaim fikirkan demi kesejahteraan hidup.Berat hati meninggalkan blog kesayangan kamezaim ni.Terlalu banyak curahan hati,suka-duka,kenangan yang kamezaim luahkan di sini..Jika anda hadir di sini,tinggalkanlah sedikit tanda kehadiran anda sebagai kenangan dan insyaAllah kamezaim akan membuat lawatan balas ke blog anda jika kamezaim masih ada ruang untuk menatap blog ini.

Di bawah ini,ada kamezaim sertakan beberapa blog yang sentiasa berada di hati kamezaim.Terima kasih kerana sudi menemani kamezaim,bergurau dan bertukar pendapat biarpun hanya sekadar di alam maya..

alifzaimimra.blogspot.com
hanatrg.blogspot.com
adrysabry.blogspot.com
cha86.blogspot.com
cheryna.blogspot.com
gadisipoh.blogspot.com
heartydewi.blogspot.com
alisya-izzati.blogspot.com
oittttt.blogspot.com
kunadzri.blogspot.com
blogmenjerit.blogspot.com
moccicuna.blogspot.com
lemonadenoi.blogspot.com
nanonan0.blogspot.com
comeynemo.blogspot.com
ismar-ismar.blogspot.com
qaseh1214heedayah.blogspot.com
shahliza94.blogspot.com
www.shahlina1985.blogspot.com
hanya-diriku.blogspot.com
tiraihidup.blogspot.com
toknabe.blogspot.com
ririnsay.blogspot.com
www.eriyzaqistina.blogspot.com
www.zarilazie.blogspot.com

-: Terimalah salam yang terakhir ikhlas dari hati kamezaim :-
.Assalamulaikum.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Membuat Link Banner Bergerak

Log Masuk ke Blogger dan terus ke Layout.Pilih Add New Page Element dan kemudian pilih Html/JavaScript.Sila copy kod di bawah ini :-

<marquee direction="up" onmouseover="this.stop()" width="210" onmouseout="this.start()" scrollamount="4" height="500" align="center">

<a target="_blank" href="http://Alamat Blog 1"><img border="0" width="80" alt="" src="http://Alamat Banner 1" height="35"/></a>
<a target="_blank" href="http://Alamat Blog 2"><img border="0" width="80" alt="" src="http://Alamat Banner 2" height="35"/></a>
<a target="_blank" href="http://Alamat Blog 3"><img border="0" width="80" alt="" src="http://Alamat Banner 3" height="35"/></a>

</marquee>

*Sila gantikan tulisan yang berwarna Hijau dengan alamat blog.
*Sila gantikan tulisan berwarna Oren dengan alamat banner.
*Sila tukarkan tulisan berwarna Biru mengikut citarasa anda.

Kemudian,save dan lihat hasilnya.

Untuk tambahan banner,sila copy kod ini dan susun di bawah kod banner yang terdahulu :-

<a target="_blank" href="http://Alamat Blog 3"><img border="0" width="80" alt="" src="http://Alamat Banner 3" height="35"/></a>

-: Info :-

  • Marquee direction - Pergerakkan sama ada ke bawah,atas,kiri atau kanan.
  • Scrollamount - Kelajuan Pergerakkan.
  • Width - Lebar.
  • Height - Tinggi.
  • Blank - Akan di buka ke window lain.
  • Onmouseover - Apa tindakkan sekiranya petunjuk mouse berada di banner.
  • Onmouseout - Apa tindakan sekiranya petunjuk mouse berada jauh dari banner.
  • Align - Kedudukan.

Selamat Mencuba!!


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Siapakah Ini?


Ntah,aku pun tak tahu.Tetibe je ada dalam posts aku.Tapi tengok macam kenal je,macam Dik Husna je.Dik Husna tengah buat pe tu?Makan ais sorang-sorang ye..Nak cikit..nak cikit..Tak kira,nak juga..nak juga..@nangih@nangih@nangih


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

23 June 2008

Ke Mana Harus Di Tuju?

Alamak,mana satu aku nak pergi ni..Kalau sesiapa yang terer,cuba teka papan tanda ni terletak di mana?Pusat bandar,pusat bandar ape ye?Pusat bandar damansara ke?hehe Mana satu ye aku nak pergi,terus,kiri atau kanan..?

Kuala lumpur tungguuuu..!!


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Kerinduan Senja

Tiap detik ku nantikan
Dengan penuh debaran di hati
Namun kau tiada jua datang
Ke mana harus ku cari
Ke mana harus ku pergi
Ke mana harus ku bawa hati ini

Hati ku resah gelisah
Di mana kah kau sayang
Kini senja sudahpun menjelang
Namun kau tiada jua datang

Hari pun berganti hari lagi
Ku masih jua menantimu tanpa rasa jemu
Di tempat kita selalu menabur janji
Mengharap dikau kan kembali
Mengubati hati yang rindu ini

Rupanya kau telah pergi dulu sayang
Pergi meninggalkan diriku ini
Demi menyahut seruan ilahi
Yang sudah ditakdirkan buat hidupmu
Sesungguhnya aku terbiar
Di dalam kerinduan senja


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Teman Sejati Ku

Ini adalah satu-satunya teman yang aku ada.Banyak kenangan aku dengan dia ni.Sama-sama menghadapi kesulitan hidup.Kalau aku tak makan,dia pun tak makan.Kalau aku kena hujan,dia pun kena hujan.Mana nak cari teman seperti itu.Setakat sekarang ni,dia masih sayang dekat aku lagi sebab dia tak pernah buat hal apa pun.Mungkin dia memahami aku kot setelah dia tahu betapa sukarnya aku untuk mendapatkannya.Dari sebuah motor yang tidak mempunyai rupa,tidak mempunyai harga diri.Aku bawanya kembali ke era kegemilangannya suatu ketika dahulu.Walau mungkin sesetengah orang sudahpun melupakannya namun bagi aku,ianya tetap yang terbaik.Aku pernah balik ke kampung menggunakan motor ni.Dari Kuala Lumpur hingga ke Perlis.Tiada sebarang masalah,alhamdulillah aku selamat sampai.Pada esoknya aku kembali ke Kuala Lumpur menggunakan motor ni juga..hehehe Sebab tu aku sayang dekat dia.Walau apa pun terjadi,aku tidak akan sekali-kali menjualkannya.Biarlah ianya milik aku selamanya..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

22 June 2008

Tengah Buat Apa tu??

Siapakah ini?

Aduh,tengah buat apa tu?ooo..tengah potong ayam rupanya.Nak masak apa tu?ooo..nak masak sup ayam ye..hehehe Memang sedap betul masakan dia,mau 3 kali aku tambah nasi semalam.Kena plak dengan ikan masak tumis,memang buncit perut aku semalam.hehe

Siapakah ini?Sebenarnya susah aku nak cakap sebab takut nanti aku kena bungkus beg lari.hehe Aku post gambar ni pun secara senyap-senyap je,kalau dia tahu mati aku..Harap-harap dia tak tahu lerr..@gigil@gigil@gigil


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Kura-Kura Kamezaim

Ini lah kura-kura kesayangan kamezaim.Kalau Tempe boleh bela kambing hutan,kamezaim juga boleh bela kura-kura..hehehe Ingat Tempe saje ke yang boleh bela-membela ni,kamezaim pun boleh daa..Kura-kura ni baru berusia 6 bulan.Kuat makan plak tu,letak banyak mana pun tak pernah cukup.Asal ada 4 ekor tapi 2 lagi sudah gugur di medan tempur.Tinggallah 2 ekor ini membawa diri.

Dia lah teman aku ketika aku sunyi.Tapi masa aku tido,dia tak tido.Masa aku tak tido,dia tido plak.Dah nama pun kura-kura..hehehe Untuk pengetahuan anda,perkataan kame berasal dari kura-kura.Dalam bahasa Jepun.hehehe @kenyit


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Gersang - Percintaanku

Alam yang sunyi sepi
Bagaikan memahami perasaan hati yang luka
Tak perlu di kesalkan
Tak perlu ditangiskan
Setelah aku tiada lagi

Biarkan ku sendiri
Memikir nasib diri
Mencari kedamaian hati
Segala yang berlaku
Antara kau dan aku
Menjadi kenangan hidup ku

Percintaan ku
Yang bersejarah tersimpan di hati
Kepedihannya biar ku rasakan
Membakar di jiwa

Terlanjur ku bercinta
Biar ku merasakan
Pahitnya setelah berpisah
Terpaksa ku menahan
Rindu ku kepadamu
Biarpun kau masih ku sayang


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 June 2008

Aku Di Tag Oleh Cik Tempe

Sebenarnya Cik Tempe tu bukannya nak tag aku pun tapi aku je yang terhegeh-hegeh nak dia tag aku.Tak malu betul aku ni..hehe Cik Tempe bukannya ingat dekat aku lagi,dia ingat dekat Liza dengan Data je.Sedih siut hati aku,hancur berkecai..@nangih

Nape aku pilih wallpaper ni?

Sebab setiap kali aku memandang gunung tu,aku terasa tenang sekali.Walaupun aku hanya dapat memandang gambarnya sahaja,tapi cukuplah untuk menenangkan jiwaku yang sedang gundah-gulana ini..

Harap Cik Tempe yang sudah melupakan aku tu berpuas hati dengan kenyataan ini..@doa
Harap aku tak kena kambing kentut dengan kena cium oleh kambing..@guling


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Kerang Rebus


Ini lagi satu makanan kegemaran kamezaim.Cukup sedap kalau kena pada gayanya.Cicah dengan air asam atau pun sos tomato.Fuh,mau meloncat-loncat kesedapan tu.hehe Selain rebus,kita juga boleh bakar kerang ni.Lebih sedap tapi kena sentiasa berhati-hati sebab jangan sampai kerang ni kering,bila kering dia dah tak sedap lagi.

Selain kerang,kamezaim juga meminati saudara-saudara sebelah mak tiri kerang ni.Contohnya,Mentarang,Siput Bayam,Nila,Siput Sedut dan juga Siput Sungai (paya).Mungkin ada sesetengah orang tak tahu apa itu Siput Bayam dan juga Siput Sungai.Siput Bayam hanya boleh di perolehi setelah air laut surut,bersembunyi di celah-celah lumpur atau batu.Bersaiz kecil seperti Nila.Siput Sungai pula hanya boleh di dapati di dalam sungai yang airnya tenang,sekitar sawah padi ataupun saluran air dari sungai ke sawah.Hanya orang kampung sahaja yang tahu bagaimana cara untuk memasak siput ini.Kalau anda silap masak,mungkin ianya mampu menjejaskan selera anda.Kalau anda ingin mencubanya,silalah berkunjung ke kampung yang benar-benar dipanggil kampung.Terutamanya zon utara lah..hehe Lebih bagus kalau anda mencari isteri orang utara..@sederhana


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Ikan Bakar


Sebut pasal ikan bakar ni,aku memang sensitif sikit.Pantang betul aku,pantang jumpa mesti nak makan je.Inilah makanan kegemaranku yang juga menjadi rutin harian ku suatu ketika dahulu.Masa di kampung,inilah makanan yang sentiasa ada di atas meja.Kesedapannya sukar untuk aku gambarkan,ianya tak serupa ikan bakar yang di beli di kedai.Mungkin serupa dari segi fizikal namun dari segi kenikmatannya jauh bezanya.Kalau tak percaya,cubalah dulu.

Pertama sekali dia jimat kos.Jimat gas dan jimat minyak masak.Lepas tu di cicah pula dengan air asam.Mahu 3 kali tambah nasi ni.Kalau ikan kembung,mesti kena cari ikan kembung lemak.Baru terasa nikmatnya.hehe Kalau orang utara,dia panggil ikan termenung.Tak tahulah kenapa,mungkin ikan tu selalu termenung kot.Untuk menjadikan ikan bakar ni lebih sedap,silalah cipta ramuannya sendiri.Sama ada nak letak cili,isi kelapa,daun serai atau sebagainya.Ikutlah citarasa sendiri tapi jangan sampai selepas tu anda dan keluarga anda terpaksa beratur untuk masuk ke tandas.hehe Itu sudah menjadi masalah besar tu.Silap hari bulan berterabur depan pintu tandas..hehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Tugu Negara


Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur jasa-jasa pahlawan yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix De Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat.

Sejarah

Tugu Negara terawal merupakan tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur, bersebelahan Masjid Negara. Ia didirikan oleh Pentakbir British bagi memperingati perperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.

Kompleks Tugu Negara yang ada kini di kawasan Taman Tasik dibuka pada 8 Februari 1966. Ia memasukkan Taman Peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira yang mengorbankan jiwa mereka bagi menjaga keamanan negara Malaysia. Tiang asal dialih ke kpmpleks Tugu Negara kini dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan: Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II(1939-1945) dan Darurat (1948-1960).

Komunis Letup Tugu Negara

Oleh kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara di kalangan rakyat, Pengganas Komunis bertindak mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).

Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motorsikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Sejarah Bendera Malaysia

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.

Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.

Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.


Bendera Malaysia

Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru - Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang.

JALUR GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Mengapa Harus Begini?





Apa sudah jadi dengan dunia ini.Sudah lupakah kita pada perasaan malu?Di manakah harga diri bagi insan seperti ini.Tidak kah dia berasa malu dengan Tuhan atau orang di sekelilingnya?Rupanya yang cantik adalah kurniaan dari Allah tapi apakan daya di salah gunakannya.

Marilah kita renungkannya bersama..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

20 June 2008

Membuat Kotak Banner

Sebenarnya ramai yang sudah tahu bagaimana cara untuk membuat kotak banner.Di atas permintaan dari Mocci,dia ada bertanyakan bagaimana caranya untuk membuat kotak banner ini..

Sebelum itu,anda seharusnya mempunyai banner anda sendiri.Bagi yang masih belum ada,anda boleh masuk ke sini untuk membuat banner anda.http://cooltext.com.Sila ikuti arahannya..
Selepas itu sila upload banner anda yang sudah siap ke http://photobucket.com.

Kemudian,masuk ke blog anda.Terus ke Layout dan pilih Add New Page Element dan kemudian pilih Edit Html/JavaScript.

Sila copy kod di bawah ini :-

<div align="center">
<a href="http://kamezaim.blogspot.com" target="_blank"><img border="0" width="140" alt="kamezaim.blogspot.com" src="http://i220.photobucket.com/albums/dd27/kamezaim/banner3.png" height="60"/></a>
<div align="center">
<p></p>
<textarea rows="2" cols="18" name="Bertukar Pautan" readonly="readonly"><a href="http://kamezaim.blogspot.com/" target="_blank" title="kamezaim"><img border="0" alt="kamezaim" width="140" src="http://i220.photobucket.com/albums/dd27/kamezaim/banner3.png" height="60"/></a>

*Sila gantikan tulisan yang berwarna hijau.

Kemudian Save dan lihat hasilnya.
Selamat mencuba..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Malaysia Tanah Air Ku





Mahukah anda jika situasi ini berulang lagi?Melihat anak-anak kecil mati tidak berdosa,rumah yang di bina musnah dalam sekelip mata.Hancur berkecai bagai tiada penghuni,menjadi pelarian di tanah sendiri.Bagi mereka yang pernah melalui saat-saat getir itu,mungkin jauh lebih memahami apa yang tersurat mahupun yang tersirat di sebaliknya..

Negara Malaysia sudah lama merdeka,namun tidak bererti ianya akan selamanya aman.Kita harus bersedia menghadapi seribu kemungkinan dan seribu musibah yang bakal melanda negara kita yang tercinta ini.Jangan kita alpa dalam kemewahan hidup hinggakan membiar maruah negara tergadai.Mengejar pembanggunan,mengejar kekayaan dan mengejar pangkat dan juga darjat hingga kita terlupa pada ibu pertiwi yang mungkin akan bergelora dihujani peluru musuh.Pada ketika itu,harta sebesar gunung,pangkat dan darjat sudah tidak membawa apa-apa erti lagi.Hanya mampu melihat darah merah mengalir ke bumi dan musnahnya kota yang di bina selama ini..

Marilah kita sama-sama menilainya.Jangan biar tanah air kita dijajah sekali lagi,cukuplah beberapa kali tanah air kita bergelora oleh ledakan motar.Biarlah ianya menjadi sejarah yang tidak mungkin akan berulang lagi.Sama-samalah kita mempertahankan maruah negara dan juga harga diri kita sebagai rakyat Malaysia..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

19 June 2008

Anak Bangsa Gugur Dalam Pelukan Nafsu


Mengapakah ini harus terjadi di dalam masyarakat kita
terutamanya bangsa melayu?

Di manakah silapnya?Siapakah yang harus di persalahkan?..
Lelaki di ciptakan untuk wanita dan wanita juga di ciptakan untuk lelaki,tidak lengkap hidup seseorang itu jika tanpa pasangannya.Di antara lelaki dan wanita,sangat memerlukan di antara satu sama lain.Selain itu,kita seharusnya taat kepada perintah Allah dan juga hukumnya.Kamezaim juga pernah melalui zaman itu,malah mungkin lebih hebat dari itu.Tapi semua itu hanya sekadar sementara,tidak membawa apa-apa erti demi sebuah kehidupan.Hanya keseronokan seketika,tapi hanya membawa kesesalan seumur hidup.Apabila nafsu telah menguasai diri,keimanan dan ketaqwaan seseorang itu akan hilang dalam sekelip mata.Kawal lah nafsu anda,jangan sampai ianya menguasai diri dan menghancurkan hidup anda.Hancurnya hati kamezaim bila melihat anak-anak bangsa gugur di dalam pelukan nafsu.Alangkah mulianya kalau mereka gugur di dalam medan perang daripada mereka gugur di dalam lembah kehinaan...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP