Showing posts with label ATM. Show all posts
Showing posts with label ATM. Show all posts

01 October 2009

Pertunjukan Udara TUDM & The Thunderbirds..







Tentera Udara Diraja Malaysia dan United State Air Force (USAF) dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa tim aerobatik terkenal, The Thunderbirds dan Skn ke 11 TUDM akan mengadakan pertunjukan udara bersama pada 3 Oktober 2009 bertempat di Pangkalan Udara Subang.

Skn ke 11 TUDM merupakan skuadron elit yang memiliki aset canggih TUDM iaitu pesawat Su-30MKM manakala The Thunderbirds yang menggunakan pesawat F16 pula merupakan skuadrom pertunjukan udara USAF yang berpangkalan di Nellis Air Force Base ,Las Vegas, Amerika Syarikat.

Pertunjukan ini adalah percuma dan orang ramai dijemput untuk hadir pada 3 Oktober 2009 bermula jam 10 pagi bagi menyaksikan pertunjukan dari tim aerobatik yang merupakan antara yang terbaik di dunia di samping berpeluang menyaksikan kehebatan juruterbang TUDM melakukan aksi mencabar bersama pesawat tempur Sukhoi (Su-30MKM).

Orang ramai dan penduduk yang tinggal di sekitar Subang dan Shah Alam diminta supaya tidak terkejut dengan kehadiran pesawat-pesawat pejuang yang akan melakukan penerbangan rendah bermula pada 1 Oktober 2009 sehingga 3 Oktober 2009.

Jangan lepaskan peluang yang ada, ini mungkin terjadi ianya hanya sekali seumur hidup anda. Kalau ada yang tak tahu di mana lokasi pertunjukan ini diadakan, bolehlah melihat peta dibawah ataupun bolehlah bertanya pada kamezaim.

"Lokasi TUDM Subang"



* Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

05 June 2009

Kau Pengkhianat Negara!


Kau bukan perwira
Kau bukan pembela Negara
Kau adalah pengecut
Kau adalah pengkhianat Negara..

Kerana kau kami berendam airmata
Kerana kau juga kami bermandikan darah
Kerana kau kami berjuang bermati-matian
Kerana kau juga kami menentang habis-habisan..

Rundingan di baling kau tidak endahkan
Peperangan juga yang kau inginkan
Pantang undur kami tetap mara
Rejimen Gerak Khas tetap bersatu
Teguh membela Negara..

Malaysia bukan Negaramu
Jangan kau cuba kembali ke sini
Langkah mayat kami satu persatu
Kan kami pertahankan hingga ke
Titisan darah yang terakhir..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

28 January 2009

Ekspo Kerjaya Bersama Angkatan Tentera Malaysia 2009.

Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Ekspo Kerjaya Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada :

Tarikh : 30 Jan - 1 Feb 2009
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa : 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Perasmian ekspo akan disempurnakan oleh Y.A.B Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan pada 30 Januari 2009 jam 3.30 petang.

Ekspo ini akan melibatkan beberapa pameran secara pertunjukan statik, interaktif, kemudahan pemeriksaan kesihatan dan demonstrasi ketenteraan. Keterangan ringkas pameran adalah seperti berikut:

a) Pameran Statik-Pameran mengenai kepelbagaian kerjaya serta penglibatan ATM dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam bentuk gambar,poster,pakaian khusus,risalah,video dan pameran kenderaan dan persenjataan terkini.

b)Perkhidmatan Kesihatan-Pengunjung diberi peluang untuk memeriksa tahap kesihatan seperti kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan rawatan pergigian secara percuma.

c) Demontrasi ketenteraan-Ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM akan mengadakan demonstrasi secara berjadual. Sebagai contoh, Tentera Darat akan mengadakan pertunjukkan anjing perang,TLDM akan mengadakan pertunjukkan kawad senyap serta TUDM akan mengadakan pertunjukkan pancaragam.

d) Hiburan- Persembahan hiburan meliputi persembahan muzik, nyanyian dan tarian kebudayaan yang akan dipersembahkan oleh Badan Kesenian Tentera Darat, Badan Kesenian Tentera Laut, Badan Kesenian Tentera Udara dan Badan Keseniaan DBKL.

Semua dijemput hadir beramai-ramai.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

08 January 2009

Demi Agama, Bangsa Dan Negara..



Pantas cekap setiap masa
Pantang undur sebelum berjaya
Rela berkorban jiwa dan raga
Menggalas senjata menuju belantara
Itulah semangat perwira bangsa..

Gunung lurah dan hutan ranjau ditempuh jua
Demi membela Agama, Bangsa dan Negara
Ribut petir dan taufan datang melanda
Namun semangat tetap membara..

Bere hijau komando kita
Memburu musuh di darat, laut serta udara
Lambang harimau berjuang tersemat di kepala
Tanda setianya kita pada Negara..




Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

26 November 2008

Anda Mahu Menjadi Seorang KOMANDO?





Assalamualaikum..
Selamat datang kamezaim ucapkan kepada semua pelawat-pelawat yang dihormati. Semoga anda berada di dalam sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Tidak lama lagi umat Islam akan menjalani atau meraikan ibadah haji. Semoga hari raya aidiladha tahun ini akan menambahkan lagi seri dalam hidup kita.

Gambar di atas kamezaim ingin tunjukkan serba sedikit pahit maung yang harus ditempuh oleh seseorang insan yang ingin bergelar komando. Istilah komando adalah "COMMAN AND DO". Pasukan komando atau juga dikenali sebagai pasukan anti pengganas mempunyai kemahiran di darat, laut serta udara. Mengadakan skuadron sama ada di luar atau di dalam kawasan musuh. Mampu melakukan sebarang tugas sama ada secara berkumpulan atau perseorangan. Tidak mengira waktu dan keadaan, gunung lurah bandar dan desa, Rejimen Gerak Khas tetap mara.

Bukan senang untuk bergelar seorang komando, pelbagai latihan dan ujian harus ditempuh sebelum anda layak bergelar seorang komando. Hanya mereka yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi sahaja yang mampu mengharunginya hingga penamatnya. Tidak lama dahulu, pasukan komando atau Angkatan Tentera Malaysia ada menerima kritikan dari seorang ahli politik yang menyatakan bahawa latihan komando itu adalah kejam dan satu penderaan. Pada pandangan anda, haruskah seorang yang ingin bergelar komando harus menjalani latihan ala kepondanan? Adakah musuh yang harus dilawan itu juga bersifat kepondanan? Angkatan Tentera Malaysia tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk menjalani latihan komando. Kepada mana-mana individu yang tidak dapat menerima semua ini, sesungguhnya "Kehadiran Anda Tidak Diundang, Ragu-Ragu Sila Pulang". Hanya mereka yang ingin menyahut cabaran ini sahaja yang dialu-alukan.

Tepuk dada, tanya selera..



Anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang komando (Rejimen Gerak Khas) serta latihan-latihan komando, silalah pergi ke pautan Kategori dan klik pada Rejimen Gerak Khas.

Terima Kasih


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

16 November 2008

Pengumuman Terkini!

Assalamualaikum..
Rasanya dah lama kamezaim tak tulis apa-apa dalam blog ni kan..hehe Sejak dua menjak ni kamezaim busy sikit. Kamezaim harap anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Sebenarnya tujuan kamezaim menulis kali ini bukan apa, cuma untuk memberitahu pada pelawat-pelawat yang dihormati bahawa kamezaim ada lagi satu rumah tempat kamezaim berteduh seketika..hehe Rumah yang kamezaim maksudkan adalah blog. Kamezaim ada menciptakan lagi satu blog yang lebih menumpukan kepada ketenteraan. Kepada anggota-anggota tentera atau sesiapa juga, silalah berkunjung ke blog kamezaim yang lagi satu. Sebenarnya blog itu masih lagi didalam pembinaan, masih ada kekurangan dan kamezaim berharap agar kamezaim mendapat sokongan dari anda untuk menjadikan blog itu lebih menarik dan berguna buat kita semua.

Tujuan kamezaim menciptakan blog itu adalah untuk dijadikan renungan buat kita semua. Agar sesetengah rakyat Malaysia yang alpa dalam keamanan dan kemewahan hidup hingga lupa pada mereka yang bertugas demi memastikan keamanan negara. Agar mereka tahu bagaimana pahit getir yang ditempuh oleh seorang insan bergelar komando. Dengan harapan, kita mampu berdiri sama tinggi dan kita duduk biarlah sama rendah..

Alamat rumah kamezaim yang lagi satu adalah kamezaim . Kehadiran anda amatlah dihargai.

Terima kasih

*Tapi rumah kamezaim yang ini jangan dilupa pula ye.. hehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

25 October 2008

Pasukan Khas Laut (PASKAL)




PASKAL TANGKAS & CERGAS
PASKAL PINTAR & PANTAS
PASKAL GAGAH & BERANI
PANTANG UNDUR RELA MATI

TRIMEDIA LAMBANG KAMI
BERET UNGU DIGERUNI
SIAP SEDIA BERBAKTI
MEMBELA IBU PERTIWI

GERAK GEMPUR LANGKAH DIATUR
BERSEMANGAT WAJA
DARAT LAUT UDARA DIJEJAKI
DEMI AGAMA & BANGSA




Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

20 September 2008

Salam Aidil Fitri..



Salam ku beri tanda pembuka kata
Sebelum ku memulakan bicara
Maaf dipinta andai ada yang terluka
Sesungguhnya kita hanyalah insan biasa..

Tiada kata secantik bahasa
Yang termampu untuk aku ucapkan
Cukuplah sekadar ianya difahami
Sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat..

Hari demi hari kian silih berganti
Kini Aidil fitri menjelma lagi
Hari bahagia diraikan setahun sekali
Bersama ayah dan bonda tercinta..

Setelah pagi syawal menjelma
Ketika anda bersiap sedia menyambut hari yang mulia
Terfikirkah anda pada sebuah kenyataan ini
Kenyataan dimana ketika anda bergembira meraikannya
Terdapat insan lain yang bertugas siang dan malam
Tidak mengenal erti susah dan payah
Melupakan segala kepentingan diri
Demi memastikan keamanan negara
Dan keharmonian rakyat Malaysia..

Terfikirkah anda..
Tanyalah diri anda sendiri
Sejauh manakah keinsafan anda
Sejauh manakah kesyukuran anda
Pernahkan anda mengucapkan terima kasih
Kepada pejuang-pejuang yang terdahulu dan sekarang
Yang pernah berjuang bermati-matian
Demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta..

Adakah ianya telah dilupakan
Hanya kerana peredaran zaman yang kian pesat
Hidup dibuai kesenangan dan keamanan
Hingga lupa pada suatu ketika dahulu
Bahawa langit Malaysia pernah dihujani peluru
Rakyat Malaysia pernah menjadi pelarian di tanah sendiri
Lupakah anda pada semua itu...

Fikirkanlah wahai insan..



Dengan niat tulus dan ikhlas
Kami mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri

Salam Aidil Fitri dari :-


GGK Markas


GGK Pulpak


11 RGK, 22 CDO, 21 CDO

Kamezaim ingin memberi kad raya ini pada beberapa insan yang tak pernah jemu mengunjungi blog ini. Terima kasih kamezaim ucapkan kerana sudi memberi komen, semangat dan keyakinan untuk menjadikan blog ini masih berada dipersada bloggers. Semoga silaturrahim yang terbina ini akan berkekalan buat selama-lamanya..



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

12 September 2008

Lembut Jangan Disangka Lemah..







Assalamualaikum..
Hehehe pada mereka-mereka yang terdapat didalam gambar ini harap-harap jangan marah kamezaim ye..hehehe Kalaulah diorang tahu, mampus aku.. hehe Seronok ye mereka ni, macam-macam bentuk dan gaya. Siap baring-baring lagi tu..hehe Baru lepas kena denda lah tu..hehehe Jangan marah ye...

@doa


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

07 August 2008

Panji Kemerdekaan..




















Malaysia..
Walau sejauh mana ku pergi
Walau dimana aku berada
Kau tetap di hati ini..

Malaysia..
Kau tanah tumpah darahku
Kau tempat ku berbakti
Menunaikan sumpah dan janji
Demi menegakkan kedaulatan negara
Demi menjaga keamanan negara
Ku korbankan segalanya..

Malaysia..
Kerana kau kami..
JALAN TEGAP GAGAH PERKASA
PANTAS CEKAP SETIAP MASA
UNTUK MEMBELA SERTA MENENTANG
REJIMEN GERAK KHAS PERGI BERJUANG

TENAGA KERJA SIANG DAN MALAM
DARI DESA DAN JUGA HUTAN
SEMANGAT PAHLAWAN MENYALA-NYALA
HANCUR LEBUR MUSUH DILAWAN

LAUT DARAT SERTA UDARA
RIBUT TAUFAN DIREMPUH JUA
SEMANGAT WAJA SEMAT DI DADA
BERE HIJAU KOMANDO KITA

DARI KOTA HINGGA KE DESA
GUNUNG LURAH DAN JUGA HUTAN RANJAU
TERSUSUN MENIKAM DADA REJIMEN
GERAK KHAS TETAP MARA


Malaysia..
Di bawah panji kau aku di lahirkan
Di bawah panji kau aku dibesarkan
Dan dibawah panji kau jugalah aku menumpang teduh
Biarlah mati dan gugurnya aku nanti
Tetap berada dibawah panjimu wahai malaysiaku..

Malaysia..
Sesungguhnya kaulah tanah air ku..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

13 June 2008

Pahlawan Medan




































Tanpa hiraukan nyawa
Dengan semangat waja
Rela gugur demi negara
Berjuangkan pejuang
Nadi pembela bangsa
Ku pahatkan di jiwa

Rakyat yang merdeka
Negara yang tercinta
Agama ku dan bangsa ku
Akan ku abadikan
Diriku untukmu
Sehingga jasadku hilang di dunia

Satria itulah namaku
Perwira demi negaraku



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP