Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

19 October 2014

ZNZ Renovation Service


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terima kasih kepada yang masih sudi bertandang ke blog ini walau setelah sekian lama kamezaim tidak mengemaskini blog ini. Mungkin ada yang sudah 'unlink' atau 'unfollow' blog ini, walau bagaimanapun, terima kasih kepada yang masih setia terhadap blog ini.

Ingin dimaklumkan di sini bahawa kamezaim telah menubuhkan sebuah syarikat kontraktor yang diberi nama ZNZ Renovation Service. Kamezaim agak sibuk menguruskan perniagaan ini hingga tidak sempat menerjah blog ini.. hehe Kamezaim ingin meminta bantuan serta kerjasama anda untuk pergi ke Facebook ZNZ Renovation Service untuk klik "LIKE" & "SHARE". Terima kasih di atas bantuan dan sokongan anda.

ZNZ Renovation Service merupakan syarikat kontraktor milik penuh Bumiputera yang beroperasi di Klang. Memiliki tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman. Antara perkhidmatan yang kami tawarkan adalah :-

  • Sewerage Works
  • Cleaning Services
  • Road Works (Thermoplastic)
  • Roofing Works
  • Air Conditioning System
  • Interior Design (ID)
  • Landscaping
  • Building Materials
  • Interior Renovation
  • Mechanical & Electrical (M&E)

~ VISI ~

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan untuk mencapai impian mereka dan memenuhi segala permintaan dan pilihan mereka.

~ MISI ~

Untuk menjadi sebuah syarikat kontraktor yang berdaya-maju, berkualiti, amanah dan dipercayai.
 



Untuk Keterangan lanjut, sila hubungi :-


ZNZ Renovation Service

Phone : 03 - 5167 2617
Fax : 03 - 5167 2617
Mobile : 012 - 273 2617
Email : kamezaim@gmail.com



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

26 April 2013

KZ Online Shop

Salam 1 Malaysia.


Anda mencari sesuatu secara online?. Jom LIKE page ni dekat FB.


Thank you for your support :)


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

29 August 2012

Gadis Maut Di Lorong Kecemasan..



BUKIT BERUNTUNG - Dalam satu kemalangan di Kilometer 430.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur, seorang penunggang remaja perempuan maut apabila motosikalnya terbabas di lorong kecemasan semalam.Mangsa, Nur Sabrina Sulaiman, 21, menunggang motosikal bersendirian dipercayai datang daripada Alor Setar, Kedah menuju ke Kuala Lumpur.Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka dan kepala dalam kejadian pada pukul 4 petang itu.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.Kejadian disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Kemalangan maut kedua ini berlaku hanya 1 km dari lokasi kemalangan pertama yang melibatkan seorang penunggang motosikal lelaki.

Sumber : Sinar Harian.

Al-Fatihah buat arwah. Berani betul dia kan, dari Alor Star nak ke Kuala Lumpur menunggang motorsikal bersendirian.. Seumur hidup kamezaim, hanya sekali kamezaim menunggang motorsikal dari Kuala Lumpur ke Perlis kemudian esoknya pulang semula ke Kuala Lumpur. Seksa dan deritanya hanya Allah saja yang tahu. Alhamdulillah, perjalanan kamezaim selamat tanpa sebarang musibah..

Nasihat kamezaim, tanyalah diri sendiri.. Yakin atau tidak. Nyawa melayang ibarat sekeping kertas yang di tiup angin. Jadi, sayangilah nyawa anda, jagalah diri anda...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

09 October 2009

Pengumuman Terkini..!


Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dengan rasminya blog www.kamezaim.com telah pun dilancarkan. Dan kini blog tersebut sudah pun mula bertapak di dunia blogger. Walaupun tidaklah sehebat mana namun ianya haruslah bermula dari bawah, lagipun kamezaim tidaklah seberapa hebat di dalam penggunaan wordpress ni. Tapi itu tidak jadi masalah, ianya boleh dipelajari. hehe

Kepada semua pelawat, pengunjung, kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat-sahabat dan sesiapa saja yang datang menziarah blog ini, dengan rasa rendah dirinya kamezaim menjemput anda ke blog baru kamezaim tersebut. Dengan harapan, semoga ikatan perkenalan kita tetap erat walau terpaksa berpindah rumah. hehe Namun, blog ini tetap juga akan berada di sini untuk kamezaim jadikan sumber rujukan mahupun kenangan kamezaim sendiri.

Akhir kata dari kamezaim, terima kasih kamezaim ucapkan buat mereka yang sentiasa memberi dorongan mahupun nasihat kepada kamezaim selama ini..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

03 October 2009

Noordin Mohammad Top..



Pada 17 September 2009, polis Indonesia dalam serbuan di Solo, Jawa Tengah berjaya membunuh Noordin dan 3 lelaki tempatan. Ketua Polis Indonesia Jeneral Bambang Hendarso Danuri menyatakan jenazah Noordin dibawa pulang ke Kluang, Johor, pada 1 Oktober 2009. Noordin diburu selama 9 tahun dari tahun 2000-2009 selepas peristiwa 911. Jenazah disimpan sementara di Hospital Polis Kramat Jati. Polis Indonesia terutama pasukan khas anti pengganas Densus 88 bekerja keras selama 9 tahun.

Polis Indonesia berbalas tembakan di sebuah rumah di mana polis kemudiannya menjumpai 2200 kilogram bahan letupan yang sedia untuk digunakan di dalam rumah yang diserang hendap itu selain senjata M-16 yang lengkap berisi peluru, selain komputer riba dan pelbagai dokumen. Noordin dikenalpasti berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badan lelaki yang berasal dari Malaysia itu.

Tiga lagi pengganas yang ditembak mati ialah Bagus Budi Pranoto @ Urwah, Susilo @ Adib yang menyediakan tempat persembunyian Noordin dan Ario Sudarso @ Aji, yang dikatakan pakar pembuat bom, murid kepada Dr Azahari Husin.Wanita hamil yang cedera parah dalam serbuan itu ialah Munawaroh, isteri kepada Susilo setelah dia enggan menyerah diri.

Rahmat Puji Prabowo @ Bejo dan Supono @ Kedu ditahan di Pasar Gading, Solo pada 16 September 2009. Maklumat dari mereka membawa kepada pembunuhan Noordin pada 17 September 2009. Bejo dipercayai membantu menyembunyikan Noordin di Kampung Kepuhsari RT 03 RW 11, Kelurahan Mojosongo, Kecamatan Jebres, Kota Surakarta, Jakarta. Kedu ditugaskan mengangkut bahan letupan ke sebuah rumah di Bekasi. Rumah ini telah diserbu pada 8 Ogos 2009 dan menyebabkan kematian dua suspek pengganas.

Putri Munawaroh adalah isteri Hadi Susilo @ Adib dan mereka menyewa rumah di Kepuhsari. Hadi Susilo turut maut dalam serbuan sementara Putri Munawaroh ditembak di paha kiri . Wanita hamil ini diterbangkan ke Hospital Polis Nasional Kramat Jati, Jakarta Timur.Munawaroh mengandung 22 minggu. Munawaroh dan suaminya menyediakan rumah untuk menyembunyikan Noordin dan lain-lain.Mereka juga menyediakan bahan letupan.

Hadi Sosilo akan dikebumikan di Desa Kagoan, Pajang Laweyan Solo. Bagus Budi Pranoto @ Urwah akan dikebumikann di Kudus. Sementara Ario Sudarso @ Aji dikebumikan di Purbalingga.

Sumber Artikel : Wikipedia.













Al-Fatihah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

01 October 2009

Pertunjukan Udara TUDM & The Thunderbirds..







Tentera Udara Diraja Malaysia dan United State Air Force (USAF) dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa tim aerobatik terkenal, The Thunderbirds dan Skn ke 11 TUDM akan mengadakan pertunjukan udara bersama pada 3 Oktober 2009 bertempat di Pangkalan Udara Subang.

Skn ke 11 TUDM merupakan skuadron elit yang memiliki aset canggih TUDM iaitu pesawat Su-30MKM manakala The Thunderbirds yang menggunakan pesawat F16 pula merupakan skuadrom pertunjukan udara USAF yang berpangkalan di Nellis Air Force Base ,Las Vegas, Amerika Syarikat.

Pertunjukan ini adalah percuma dan orang ramai dijemput untuk hadir pada 3 Oktober 2009 bermula jam 10 pagi bagi menyaksikan pertunjukan dari tim aerobatik yang merupakan antara yang terbaik di dunia di samping berpeluang menyaksikan kehebatan juruterbang TUDM melakukan aksi mencabar bersama pesawat tempur Sukhoi (Su-30MKM).

Orang ramai dan penduduk yang tinggal di sekitar Subang dan Shah Alam diminta supaya tidak terkejut dengan kehadiran pesawat-pesawat pejuang yang akan melakukan penerbangan rendah bermula pada 1 Oktober 2009 sehingga 3 Oktober 2009.

Jangan lepaskan peluang yang ada, ini mungkin terjadi ianya hanya sekali seumur hidup anda. Kalau ada yang tak tahu di mana lokasi pertunjukan ini diadakan, bolehlah melihat peta dibawah ataupun bolehlah bertanya pada kamezaim.

"Lokasi TUDM Subang"



* Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

16 September 2009

Ratapan Seorang Ibu Tua..


JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.

Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini.

Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka.

Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan.

“Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.

* Sumber : Harian Metro (16/09/2009)

<------------------------------------------------------------>

Benar kata orang, kasih ayah mencari rezeki. Kasih saudara hanya ketika berada dan kasih ibu membawa ke syurga. Tapi, kasih anak.. Tak siapa yang tahu...

Inilah nasib seorang ibu yang telah mempertaruhakan nyawanya untuk melahirkan anaknya ke dunia ini dengan harapan anaknya dilahirkan dengan sempurna. Kemudian, si ibu membesarkan anaknya dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Tapi kini dia sudah tua dan tidak lagi berdaya untuk melakukan sebarang kerja dan hanya mengharapkan kasih sayang dari seorang anak yang dia lahirkan. Tapi apakan daya, kasih anak tak setanding kasih ibu. Akhirnya, seorang ibu tua ditinggalkan di rumah kebajikan dengan hanya alasan tiada siapa yang dapat menjaganya kalau dia di bawa balik ke rumah anaknya. Bertahun-tahun si ibu tua ini membesarkan anaknya tanpa satu alasan pun tapi kenapa anaknya tergamak memberi alasan untuk tidak menjaga ibunya yang sudah tua ini. Syawal kian menjelma, hati ibu mana yang tidak sayu mengenangkan nasib diri apabila di buang oleh anak kandungnya sendiri. Kenapalah anaknya sungguh kejam, tergamak membiarkan ibu kandungnya beraya di rumah kebajikan itu. Kalau sekalipun tidak mahu menjaga ibunya itu, apa salahnya kalau bawa di balik ke rumah untuk beraya dengan anak-anak dan cucunya. Selepas tu nak hantar dia pulang ke rumah kebajikan pun, itu terserahlah.

Kamezaim sedih sangat, sedih dan terkilan kerana mereka masih punya ibu tapi tidak tahu menghargainya. Mungkin sekarang mereka bahagia dengan keluarga mereka tanpa ibu tapi mereka terlupa bahawa tiada kasih lain selain kasih ibu yang membawa ke syurga. Bila mereka berada di mana kamezaim berada, barulah mereka tahu betapa bernilainya kasih seorang ibu. Kita tidak akan merasa ianya bererti selagi ianya masih ada, tapi kita akan merasa ianya cukup bererti setelah kita kehilangannya. Tapi setelah kita kehilangannya, segalanya sudah tidak bererti lagi. Dia pergi tetap akan pergi, kita akan merasa penyesalan seumur hidup yang ada. Hingga satu saat itu kita mula terfikir, jika aku diberikan satu peluang untuk bersama ibu lagi, aku pasti akan menjaganya. Tapi apakan daya, smua itu hanyalah selepas ianya tiada. Tapi kenapa semua itu tidak terjadi sebelum ianya tiada.

Buat semua anak-anak yang telah menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau telahpun membiarkan ibu bapa mereka terbiar bagai sampan hanyut di lautan yang sepi, ambil dan bawalah mereka pulang ke rumah anda. Andai kehadiran mereka tidak disenangi oleh isteri atau suami anda, pilihlah yang mana satu lebih bermakna buat anda. Adakah sanggup kita membuang seorang ibu atau ayah hanya kerana ingin menjaga hati seorang isteri atau suami?. Terlupakah kita bahawa kita juga akan menjadi seperti mereka pada suatu hari nanti malah mungkin lebih hebat dari itu. Bawalah mereka balik, jagalah mereka seperti mana mereka menjaga dan membesarkan kita dulu. Janganlah hanya kerana kepentingan diri sendiri, kita terlupa dari mana dan dengan siapa kita dilahirkan. Tanpanya, tiadalah kita..

Renungkanlah.. Menyesal di kemudian hari tiada gunanya lagi.. Kamezaim luahkan apa yang kamezaim rasa, kerana kamezaim pernah menghadapi saat-saat kehilangan seorang ibu yang selama ini telah banyak berkorban demi membesarkan kamezaim. Kamezaim pernah lalui bagaimana rasanya bila mencurah air ke satu jasad yang sudah tidak bernyawa, kamezaim pernah melalui bagaimana sayunya hati melihat seorang ibu yang telah melahirkan kamezaim dikafankan. Senyuman terakhir sebelum wajahnya ditutup oleh kain putih. Kamezaim pernah lalui bagaimana mengangkat sebuah keranda yang kamezaim sendiri tahu bahawa di dalam keranda tersebut adalah sekejur tubuh seorang ibu yang sangat kamezaim sayang. Kamezaim juga tidak pernah lupa bagaimana rasanya tatkala membawa jenazah ibu turun ke dalam liang lahat. Kalau sebelum ini kamezaim membawa turun jenazah sahabat-sahabat kamezaim tapi kini jenazah yang kamezaim bawa turun itu adalah jenazah ibu kamezaim sendiri. Rasa bagai ingin saja menangis sekuat-kuatnya tapi kamezaim tabahkan hati juga kerana kamezaim mahu arwah ibu pergi dengan tenang bertemu yang maha Esa. Kemudian, kamezaim tak kan lupa juga bagaimana perasaan tatkala mula membawa tanah turun ke dalam liang lahat. Semua itu terlalu sukar untuk kamezaim gambarkan melainkan hanya pada mereka yang pernah melaluinya sendiri. Jadi, pada mereka yang masih punya ibu dan ayah, hargailah mereka selagi mereka masih ada. Kehilangan mereka seumpama hilang separuh dari hidup ini. Bersyukurlah sementara mereka masih ada, dengarlah cakap kamezaim ni. Jangan menyesal seumur hidup yang ada..

** Dapatkan Lagu Raya Percuma Di Sini >> Klik <<


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

08 September 2009

Untunglah Kau Si Tupai Terbang....


Tadi kamezaim ada terbaca satu artikel dalam akhbar Harian Metro. Satu artikel yang benar-benar buat kamezaim ketawa sampai tak ingat dunia.. hehe Dekat bawah ni ada kamezaim letakkan artikel tersebut, ketawa sikit-sikit dah ye.. Kesian si cikgu tu.. hehe

"Rawat Tupai Dalam Coli"

AMPANG : Seorang guru tadika yang bimbangkan kesihatan tupai terbang peliharaannya yang ‘demam’ membawanya ke sebuah klinik haiwan di Taman Melawati di sini, untuk menerima rawatan.

Sebaliknya, dia pula yang ‘dirawat’ doktor haiwan berkenaan apabila mendakwa payudaranya diraba dan dihisap.

Difahamkan, mangsa yang berusia 21 tahun pada mulanya membawa haiwan peliharaannya itu untuk mendapatkan rawatan daripada doktor di klinik berkenaan selepas suhu badan tupai berkenaan turun mendadak, Selasa lalu.

Sebaik diperiksa, doktor berusia 52 tahun itu meminta dia meletakkan haiwan terbabit di celah payudaranya bertujuan memanaskan badan tupai terbang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan, berkata mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat doktor terbabit, hanya mengikut arahan diberikan lalu memasukkan haiwan berkenaan ke dalam bajunya.

“Bagaimanapun, doktor terbabit mengarahkan mangsa mengeluarkan semula haiwan berkenaan dari dalam bajunya untuk diberi ubat.

“Ketika menarik tupai terbang itu keluar dari bajunya, haiwan terbabit secara tiba-tiba tersangkut pada tali coli mangsa sebelum dia menyelak bajunya,” katanya.

Ketika menyelak baju untuk mengeluarkan haiwan itu, doktor terbabit ternampak payudara mangsa dan terus memuji kecantikan bentuk tubuhnya.

Doktor berkenaan kemudian dikatakan mula mengatur ‘ayat’ sambil memuji dan memberitahu mangsa mesti menjaga tubuh dan kecantikan payudara dimilikinya.

Menurutnya, secara tiba-tiba doktor itu menghampiri dan menyelak baju mangsa dan mendakwa kononnya mahu mengajar cara mengurut payudara.

“Ketika itu, doktor terbabit mengambil kesempatan meraba dan menghisap payudara mangsa.

“Mangsa yang tidak tahan diperlakukan sedemikian cuba meronta melepaskan diri sebelum akhirnya dilepaskan doktor haiwan berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian mengambil tupai terbang miliknya dan cuba keluar dari klinik berkenaan, namun doktor berkenaan sekali lagi memeluknya dari belakang.

“Doktor berkenaan memberitahu mangsa bahawa dia tidak perlu membayar kos rawatan yang diberikan kepada haiwan peliharaannya itu dan sempat berpesan meminta mangsa datang lagi bertemunya.

“Bagaimanapun, mangsa yang tidak puas hati dengan tindakan doktor berkenaan kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, mangsa baru dua minggu mengenali doktor haiwan berkenaan dan ini kali ketiga dia mendapatkan rawatan untuk haiwan peliharaannya itu.

Tupai terbang milik guru berkenaan bagaimanapun mati sejurus dibawa pulang.

Abd Jalil berkata, berdasarkan aduan mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun, kira-kira jam 6 petang semalam di rumahnya bagi membantu siasatan kes terbabit.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

P/s : Oppss.. Kalau si Cikgu tupai terbang tu terbaca artikel ni, jangan marah yerr.. Kamezaim copy dari akhbar ok. hehe Tak pe, lepas ni Cikgu boleh bela kura-kura terbang pulak ok.. hehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

28 August 2009

Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas..

Assalamualaikum..
Alamak, siapa plak Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas ni?. Tentu ramai yang tak tahu dan tentu ramai yang tak pernah nak ambil tahu siapakah di sebalik nama ini. Almaklumlahkan, Malaysia sudah merentasi generasi demi generasi. Manalah orang sekarang nak tahu siapa dia yang ketika itu mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan tanah air dan hak orang melayu. hehe Kamezaim tahu ada juga yang tahu.. hehe Pada yang tak tahu, mari sini kamezaim nak berkongsi serba sedikit tentang Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas.


Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas adalah nama sebenar bagi seorang pahlawan melayu iaitu Tuk Janggut. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai takbir British yang berasal daripada luar Kelantan, menggantikan Engku Besar. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai yang terlalu lambat membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib menemui Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.



Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan mengganggap Tuk Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah dibunuh. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa dalam satu hari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

* Sumber Artikel : Laman Web Perpustakaan Negara Malaysia.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

09 August 2009

Baca, Fikir Dan Jawab (Bah. 2)


Assalamualaikum..
Salam ahad untuk semua. Semoga hari ini dan seterusnya menambahkan lagi keceriaan dalam hidup kita semua. Lagi beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut ramadhan, terasa cepat sungguh masa berlalu. hehe Sebenarnya apa yang kamezaim nak tulis kali ini adalah ingin bertukar pendapat dengan anda semua. Itupun kalau anda sudilah. hehe Nampak tak budak dekat atas tu, dia pun tengah berfikir tu.. hehe Tadi kamezaim pergi ke kedai untuk beli akhbar. Dalam tengah-tengah baca tu kamezaim terlihat satu artikel yang cukup menarik. Menarik untuk di bincangkan atau bertukat pendapat.

Tajuk artikelnya adalah :-

" Pensyarah Dihantui Kisah Silam "

SAYA wanita berusia 24 tahun yang melalui pelbagai rintangan dalam kehidupan yang penuh noda dan dosa tetapi Allah memberi ruang untuk saya membina kehidupan lebih baik.Sekarang saya baru menamatkan kursus dan akan memulakan kerjaya pensyarah di institusi swasta. Mungkin itu rezeki dan usaha saya untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa yang bersusah payah untuk saya.

Yang mengganggu fikiran saya sekarang adalah kehidupan masa lalu. Sebelum ini hidup saya sentiasa bergelumang maksiat. Ketika di kampus, saya pernah terjebak dengan cinta pengkid.

Saya menjalin hubungan sejenis hampir dua tahun dan naluri saya sangat mencintai perempuan. Kemudian hadir seorang lelaki yang membawa saya keluar dari kancah hidup sonsang itu.

Malangnya, selepas saya dapat menerima kehadirannya, lelaki itu pula sering menggoda saya sehingga saya akhirnya terlanjur tiga kali bersamanya. Lebih memilukan, hasrat kami untuk berkahwin tidak kesampaian kerana tidak mendapat restu keluarga.

Dang Setia, sejak itu saya sering berasa ketagih. Saya boleh dikatakan memiliki rupa yang cantik, oleh itu ramai lelaki sering memikat saya.

Masalahnya, bila saya ikhlas menerima mereka sebagai kekasih, saya dikecewakan. Selepas tubuh saya mereka nikmati, saya ditinggalkan.

Saya sangat menderita setiap kali ditinggalkan. Memang itu kesilapan saya kerana tidak dapat menahan nafsu. Bukan seorang yang pernah meniduri saya, tetapi sembilan lelaki.

Mereka adalah bekas kekasih saya atau sekadar kawan sekerja. Kadangkala saya terasa diri ini jijik sangat.

Sekarang saya berusaha memperbaiki kehidupan. Saya ingin buang jauh-jauh kehidupan lampau dan mahu kehidupan kini serta akan datang menjadi lebih baik. Saya rasa berdosa dengan keluarga kerana mereka menganggap saya anak yang baik.

Terkini, sejak dua bulan lalu saya bercinta dengan seorang lelaki yang baik. Dia menerima saya seadanya dan membawa saya berjumpa keluarganya. Walaupun tahu saya bukan dara lagi, dia tetap ingin saya berubah dan hidup gembira.

Masalahnya, saya tidak pernah menceritakan secara terperinci sembilan lelaki pernah menjamah tubuh saya. Perlukah saya menceritakan semua itu?

Sekarang saya ingin bertaubat, persoalannya adakah saya masih diterima Allah? Mungkinkah saya akan dijangkiti HIV kerana sering bertukar-tukar pasangan seks dan bagaimana langkah terbaik untuk memperbetulkan kehidupan?

ZANA

* Sumber : Dang Setia, Harian Metro.

Jawapan dari Dang Setia memang sudah ada, nak tahu apa jawapannya silalah beli sendiri akhbar tersebut.. hehe Tapi sekarang kamezaim nak tahu apa pula jawapan dan pendapat dari anda semua. Manalah tahu secara tidak langsung kita dapat membantu saudari Zana ini. (Itupun kalaulah dia terbaca blog ini).. hehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

23 November 2008

Mati Dibaham Harimau Putih..



SINGAPURA: Zoo Singapura di Jalan Mandai di sini gempar apabila seorang pekerja rakyat Malaysia mati dipercayai dibaham harimau putih peliharaan zoo itu hari ini
Polis Singapura ketika dihubungi Bernama berkata Nordin Montong, 30-an, dijumpai dalam keadaan cedera di leher dan badannya.

Polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengah hari tadi mengenai kejadian itu dan terus berkejar ke zoo berkenaan.
Paramedik yang turut dikejarkan ke sana mengesahkan Nordin meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari.

Polis bagaiamanapun tidak pasti dari negeri mana di Malaysia Nordin berasal.
Laporan awal mendapati dia dipercayai diserang oleh tiga ekor harimau putih apabila masuk ke dalam kandang pameran haiwan itu.
Para penjaga zoo yang melihat kejadian itu cuba menyelamatkan Nordin dengan mengalihkan perhatian harimau-harimau itu.

Sumber Artikel : Bernama


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

23 October 2008

Samad (Lefthanded) Dalam Kenangan..

Abdul Samad Mean
26 September 1963 - 23 Oktober 2008

Assalamualaikum..
Tanggal 23 Oktober 2008, seluruh persada muzik tanah air menjadi suram kerana kehilangan lagi seorang pemain gitar yang pernah menggegar persada muzik tanah air pada era 80'an iaitu Abdul Samad Mean atau lebih dikenali sebagai Samad Lefthanded. Abdul Samad Mean dilahirkan pada 26 September 1963 dan kini berusia 45 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang kira-kira pukul 1:30 petang tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Ulu Kelang, Selangor. Allahyarham pernah menganggotai kumpulan lagenda rock iaitu Lefthanded. Allahyarham bersama kumpulan lefthanded sejak awal penubuhan kumpulan tersebut iaitu pada tahun 1985.

Semoga roh beliau ditempatkan diantara golongan-golongan orang yang beriman. Biarpun kini beliau sudah tiada lagi, namun petikan gitar beliau tetap diingati dan sentiasa berkumandang di radio-radio tempatan hingga kini dan mungkin selama-lamanya. Hanya peminat setianya sahaja yang akan dapat membezakan yang mana satu petikan gitar oleh Allahyarham Abdul Samad Mean atau saudara Man Kidal..




Al - Fatihah buat Allahyarham Abdul Samad Mean..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

19 October 2008

Pemberitahuan..

Assalamualaikum...
Kamezaim berharap agar kamezaim mendapat sumbangan lagu-lagu dari anda. Tidak kiralah apa jua kategori lagu asalkan tiada unsur-unsur lucah, perkauman mahupun politik. Kamezaim akan memasukkan lagu-lagu yang dihantar oleh anda ke dalam blog untuk dikongsi bersama-bersama oleh semua para blogger.

Kepada sesiapa yang ingin menghantar lagu kepada kamezaim, bolehlah menghantar ke alamat e-mail ini : kamezaim@yahoo.com. Sila tinggalkan identiti diri anda agar memudahkan kamezaim untuk mempaparkan identiti anda dibawah lagu yang dikirimkan oleh anda.

Contoh :-

Nama Anda
Alamat Blog / Web Anda (Jika Ada)
Sedikit Kata-Kata Dari Anda (Jika Ada)

..Segala kerjasama dari anda amatlah dihargai..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

28 June 2008

Si Tanggang

Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.

Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.

Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.

Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.

“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.

“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata Deruma dengan gembira.

Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai.

Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.

“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya.

“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.

“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang.

Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali.

“ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !” herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah.

“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma.

“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.

Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.

Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”

Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.

“ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang.

Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

Sumber Artikel : Dongeng Warisan



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Taman Tergantung Babylon

Buah-buahan, bunga-bungaan, pelbagai haiwan dan air terjun, semuanya terdapat dalam taman gantung Babylon. Taman ini adalah amat menarik dan cantik sehingga kecantikannya menjadikan bualan penduduk yang ada pada ketika itu. Taman Gantung Babylon ini terletak di timur tebing berhampiran Sungai Euphrates, kira-kira 50km selatan Baghdad, di Iraq.



Negara Babylon terkenal di bawah pemerintahan raja yang terkenal pada ketika itu, iaitu Raja Hammurabi(1792 -1750SM). Anaknya, Nebuchadnezzar II (604-562 SM) yang merupakan raja yang telah membina taman ini. Menurut legenda, taman ini dibina oleh baginda sebagai menghargai isterinya dan gundik-gundiknya.Kewjudan taman ini masih menjadi tanda tanya. Namun adalah dikatakan taman ini adalah salah satu taman terindah di dunia. Ia mengandungi pelbagai flora dan fauna, yang menarik dan amat menakjubkan sehingga terpesona sesiapa sahaja yang melawatnya. Hinggalah kurun ke-20, ahli kajipurba menyatakan kewujudan taman ini adalah benar, namun kesan peninggalannya telah lama pupus. Taman tersebut terdiri daripada binaan yang menarik dan mengagumkan. Ia berbentuk seperti segiempat tepat dan tiang-tiangnya berbentuk seakan-akan kiub. Namun rekabentuk taman ini tidak dapat diceriktakan secara terperinci kerana para ahli kajipurba gagal menemui sebarang peninggalannya. Namun, menurut satu sumber taman ini lenyap akibat berlakunya satu malapetaka yang buruk. Para ahli kajipurba baru-baru ini telah menjumpai dinding setebal 25m di kawasan tapak taman tersebut yang mungkin adalah sebahagian dari dinding taman yang telah hilang.


Sumber Dari : members.tripod.com


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

18 June 2008

Sketsa Kehidupan..



Sebenarnya tujuan kamezaim menceritakan mengenai sawah padi ni bukan apa.Sebab beberapa hari yang lepas ada seorang hamba Allah ni bertanyakan mengenai Nasi.Sebenarnya dia tak tahu yang kamezaim ni memang berasal dari kampung.Dia tu je yang berasal dari bandar kot.Dia tanya kamezaim,nasi daripada apa?Kamezaim pun jawablah nasi daripada beras..Lepas tu dia tanya lagi,beras daripada apa?Pada mulanya kamezaim ingat dia nak bergurau tapi reaksi muka dia serius plak.Jadi kamezaim pun jawablah dengan serius,beras daripada padi..

Lepas tu kamezaim tanya dia balik,kenapa tetiba tanya pasal beras ni.Nak tahu apa yang dia jawab? Dia jawab,seumur hidup dia,dia hanya tahu makan nasi je tapi dia tak tahu rupa pokok padi macam mana.Sentuh pokok padi pun tak pernah,jauh sekalilah kalau nak menuai padi.Cara dia tanya tu seolah-olah macam dia tahu jawapan pertanyaan dia tapi rupa-rupanya,dia memang tak tahu.Kasihan,kerana orang seperti inilah yang mampu melenyapkan budaya dan warisan kita sebagai bangsa melayu.Terlalu mengikut peredaran zaman hingga lupa asal usul sendiri..

Harap pada sesiapa yang tak pernah tahu padi itu apa,di keluaran akan datang kamezaim akan tunjukkan pokok padi dan juga padi secara lebih dekat lagi..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

08 June 2008

12 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-
  1. Semasa Lailatul-Qadar.
  2. Ketika hujan turun.
  3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
  4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
  5. Di tengah malam.
  6. Di antara azan dan iqamah.
  7. Ketika sujud dalam solat.
  8. Ketika iktidal akhir dalam solat.
  9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
  10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
  11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
  12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laillahhaillah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

08 May 2008

Bekas PM Dianugerah Beret Hijau Kehormat

MELAKA 5 Mei - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini dikurniakan anugerah Beret Hijau Kehormat oleh Rejimen Gerak Khas yang merupakan anugerah tertinggi komando untuk wira negara.
Penganugerahan itu diberikan kepada Perdana Menteri sebagai tanda menghargai ketokohan, kewibawaan dan kecemerlangan beliau sepanjang memimpin negara dengan memiliki semangat waja dan kecekalan diri yang tidak pernah menyerah kalah.
Anugerah kepada Dr. Mahathir disampaikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Md. Hashim Hussein pada majlis Perhimpunan Perdana Warga Gerak Khas 2001 yang julung kali diadakan di Markas 21 Grup Gerak Khas di Kem Sungai Udang dekat sini, hari ini.
Selain Perdana Menteri, seramai 17 anggota Gerak Khas turut menerima sijil penghargaan negara iaitu bekas-bekas Pengerusi Rejimen Gerak Khas iaitu Jeneral (B) Tan Sri Borhan Ahmad, Mejor Jeneral (B) Datuk Harun Taib dan allahyarham Brig. Jeneral. Datuk Hasbullah Mohd. Yusof.
Turut menerima sijil penghargaan ialah Mej. Jen. (B) Datuk Mohd. Ramli Ismail, Mej. Jen. (B) Datuk Paduka Ghazali Ibrahim dan Brig. Jen. (B) Datuk Pahlawan Daud Ariffin.
Lain-lainnya ialah Truper Rasali Buang, Lans Koperal Saimon Tarikat, Lt. Kolonel Ahmad Abdul Rashid, Sarjan (B) Zaki Nordin dan Koperal Ismail Ahmad di mana mereka sudah meninggal dunia semasa bertugas.
Dr. Mahathir menganugerahkan Sijil Penghargaan Kerajaan Malaysia kepada 17 anggota terbabit.
Beret Hijau iaitu satu anugerah tertinggi yang melambangkan keagungan, keperwiraan dan mutu keberanian yang tinggi kepada setiap pemakainya.
Rejimen itu diiktiraf keunggulannya oleh dunia dan wira yang memakainya perlu mempertahankan martabatnya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Najib Razak; Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Mohd. Ali Rustam; Timbalan Menteri Pertahanan dan Datuk Shafie Apdal.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Jentera Perang

Bumar Labedy PT-91M MBT
Dimensions: 10.03 x 3.7 x 2.19 meters
Combat Weight: 45.5 tones
Engine: S-1000R diesel, 1,000 hp, Renk/SESM ESM 350 transmission
Speed: 60km/h road, 45km/h off-road, Crew: 3
Main Gun: 125mm Konstrukta 2A46-MS
Coaxial Guns: 1x FN MAG 57T 7.62 x 51mm
AA Guns: 1x FN Browning M2 HB 12.7mm on turret
BMS: Sagem Epsilon
Fire Control: Sagem SAVAN-15 fire control system, Sagem SIGMA 30 ring-laser gyro
Panaromic Sight: Sagem VIGY 15
Protection: Erawa-2 ERA, 4x PCO SSP-1 Obra-3 laser warning system, 24x Wegmann smoke grenade launchersCountry of Origin: Poland




Alvis Stormer 20mm Oerlikon APCQty: 25 total all variants





Stormer Twin GPMG 7.62mm APC

Alvis Scorpion 90 CVRTQty: 26



ACV 300 Adnan Sharpshooter turretw/ 25mm M242 Bushmaster. Qty: 31




ACV 300 Adnan 0.5 cal HMGQty: 72





ACV 300 Adnan Mortar Carrier 81mmQty: 10


Commando V150S APC 20mmQty: 50

Ferret Scout Car "Harimau 2000"Qty: 60 (re-engined)



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

05 May 2008

Perwira Bangsa


Demi cintaku pada negara
Aku berjanji akan berbakti untuk pertiwi
Di lautan di daratan mahu pun di udara
Bila bertugas tidak mengira masa

Selagi musuh tak di hapuskan
Jangan harap kami pulang
Andai kata kami gugur semua
Taburkan bunga di atas pusara

Kedaulatan rukun negara
Tetap kami pertahankan
Mari bersama kita tegakkan
Negara yang tercinta



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP