Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

03 October 2009

Noordin Mohammad Top..



Pada 17 September 2009, polis Indonesia dalam serbuan di Solo, Jawa Tengah berjaya membunuh Noordin dan 3 lelaki tempatan. Ketua Polis Indonesia Jeneral Bambang Hendarso Danuri menyatakan jenazah Noordin dibawa pulang ke Kluang, Johor, pada 1 Oktober 2009. Noordin diburu selama 9 tahun dari tahun 2000-2009 selepas peristiwa 911. Jenazah disimpan sementara di Hospital Polis Kramat Jati. Polis Indonesia terutama pasukan khas anti pengganas Densus 88 bekerja keras selama 9 tahun.

Polis Indonesia berbalas tembakan di sebuah rumah di mana polis kemudiannya menjumpai 2200 kilogram bahan letupan yang sedia untuk digunakan di dalam rumah yang diserang hendap itu selain senjata M-16 yang lengkap berisi peluru, selain komputer riba dan pelbagai dokumen. Noordin dikenalpasti berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badan lelaki yang berasal dari Malaysia itu.

Tiga lagi pengganas yang ditembak mati ialah Bagus Budi Pranoto @ Urwah, Susilo @ Adib yang menyediakan tempat persembunyian Noordin dan Ario Sudarso @ Aji, yang dikatakan pakar pembuat bom, murid kepada Dr Azahari Husin.Wanita hamil yang cedera parah dalam serbuan itu ialah Munawaroh, isteri kepada Susilo setelah dia enggan menyerah diri.

Rahmat Puji Prabowo @ Bejo dan Supono @ Kedu ditahan di Pasar Gading, Solo pada 16 September 2009. Maklumat dari mereka membawa kepada pembunuhan Noordin pada 17 September 2009. Bejo dipercayai membantu menyembunyikan Noordin di Kampung Kepuhsari RT 03 RW 11, Kelurahan Mojosongo, Kecamatan Jebres, Kota Surakarta, Jakarta. Kedu ditugaskan mengangkut bahan letupan ke sebuah rumah di Bekasi. Rumah ini telah diserbu pada 8 Ogos 2009 dan menyebabkan kematian dua suspek pengganas.

Putri Munawaroh adalah isteri Hadi Susilo @ Adib dan mereka menyewa rumah di Kepuhsari. Hadi Susilo turut maut dalam serbuan sementara Putri Munawaroh ditembak di paha kiri . Wanita hamil ini diterbangkan ke Hospital Polis Nasional Kramat Jati, Jakarta Timur.Munawaroh mengandung 22 minggu. Munawaroh dan suaminya menyediakan rumah untuk menyembunyikan Noordin dan lain-lain.Mereka juga menyediakan bahan letupan.

Hadi Sosilo akan dikebumikan di Desa Kagoan, Pajang Laweyan Solo. Bagus Budi Pranoto @ Urwah akan dikebumikann di Kudus. Sementara Ario Sudarso @ Aji dikebumikan di Purbalingga.

Sumber Artikel : Wikipedia.













Al-Fatihah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

16 September 2009

Ratapan Seorang Ibu Tua..


JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.

Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini.

Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka.

Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan.

“Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.

* Sumber : Harian Metro (16/09/2009)

<------------------------------------------------------------>

Benar kata orang, kasih ayah mencari rezeki. Kasih saudara hanya ketika berada dan kasih ibu membawa ke syurga. Tapi, kasih anak.. Tak siapa yang tahu...

Inilah nasib seorang ibu yang telah mempertaruhakan nyawanya untuk melahirkan anaknya ke dunia ini dengan harapan anaknya dilahirkan dengan sempurna. Kemudian, si ibu membesarkan anaknya dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Tapi kini dia sudah tua dan tidak lagi berdaya untuk melakukan sebarang kerja dan hanya mengharapkan kasih sayang dari seorang anak yang dia lahirkan. Tapi apakan daya, kasih anak tak setanding kasih ibu. Akhirnya, seorang ibu tua ditinggalkan di rumah kebajikan dengan hanya alasan tiada siapa yang dapat menjaganya kalau dia di bawa balik ke rumah anaknya. Bertahun-tahun si ibu tua ini membesarkan anaknya tanpa satu alasan pun tapi kenapa anaknya tergamak memberi alasan untuk tidak menjaga ibunya yang sudah tua ini. Syawal kian menjelma, hati ibu mana yang tidak sayu mengenangkan nasib diri apabila di buang oleh anak kandungnya sendiri. Kenapalah anaknya sungguh kejam, tergamak membiarkan ibu kandungnya beraya di rumah kebajikan itu. Kalau sekalipun tidak mahu menjaga ibunya itu, apa salahnya kalau bawa di balik ke rumah untuk beraya dengan anak-anak dan cucunya. Selepas tu nak hantar dia pulang ke rumah kebajikan pun, itu terserahlah.

Kamezaim sedih sangat, sedih dan terkilan kerana mereka masih punya ibu tapi tidak tahu menghargainya. Mungkin sekarang mereka bahagia dengan keluarga mereka tanpa ibu tapi mereka terlupa bahawa tiada kasih lain selain kasih ibu yang membawa ke syurga. Bila mereka berada di mana kamezaim berada, barulah mereka tahu betapa bernilainya kasih seorang ibu. Kita tidak akan merasa ianya bererti selagi ianya masih ada, tapi kita akan merasa ianya cukup bererti setelah kita kehilangannya. Tapi setelah kita kehilangannya, segalanya sudah tidak bererti lagi. Dia pergi tetap akan pergi, kita akan merasa penyesalan seumur hidup yang ada. Hingga satu saat itu kita mula terfikir, jika aku diberikan satu peluang untuk bersama ibu lagi, aku pasti akan menjaganya. Tapi apakan daya, smua itu hanyalah selepas ianya tiada. Tapi kenapa semua itu tidak terjadi sebelum ianya tiada.

Buat semua anak-anak yang telah menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau telahpun membiarkan ibu bapa mereka terbiar bagai sampan hanyut di lautan yang sepi, ambil dan bawalah mereka pulang ke rumah anda. Andai kehadiran mereka tidak disenangi oleh isteri atau suami anda, pilihlah yang mana satu lebih bermakna buat anda. Adakah sanggup kita membuang seorang ibu atau ayah hanya kerana ingin menjaga hati seorang isteri atau suami?. Terlupakah kita bahawa kita juga akan menjadi seperti mereka pada suatu hari nanti malah mungkin lebih hebat dari itu. Bawalah mereka balik, jagalah mereka seperti mana mereka menjaga dan membesarkan kita dulu. Janganlah hanya kerana kepentingan diri sendiri, kita terlupa dari mana dan dengan siapa kita dilahirkan. Tanpanya, tiadalah kita..

Renungkanlah.. Menyesal di kemudian hari tiada gunanya lagi.. Kamezaim luahkan apa yang kamezaim rasa, kerana kamezaim pernah menghadapi saat-saat kehilangan seorang ibu yang selama ini telah banyak berkorban demi membesarkan kamezaim. Kamezaim pernah lalui bagaimana rasanya bila mencurah air ke satu jasad yang sudah tidak bernyawa, kamezaim pernah melalui bagaimana sayunya hati melihat seorang ibu yang telah melahirkan kamezaim dikafankan. Senyuman terakhir sebelum wajahnya ditutup oleh kain putih. Kamezaim pernah lalui bagaimana mengangkat sebuah keranda yang kamezaim sendiri tahu bahawa di dalam keranda tersebut adalah sekejur tubuh seorang ibu yang sangat kamezaim sayang. Kamezaim juga tidak pernah lupa bagaimana rasanya tatkala membawa jenazah ibu turun ke dalam liang lahat. Kalau sebelum ini kamezaim membawa turun jenazah sahabat-sahabat kamezaim tapi kini jenazah yang kamezaim bawa turun itu adalah jenazah ibu kamezaim sendiri. Rasa bagai ingin saja menangis sekuat-kuatnya tapi kamezaim tabahkan hati juga kerana kamezaim mahu arwah ibu pergi dengan tenang bertemu yang maha Esa. Kemudian, kamezaim tak kan lupa juga bagaimana perasaan tatkala mula membawa tanah turun ke dalam liang lahat. Semua itu terlalu sukar untuk kamezaim gambarkan melainkan hanya pada mereka yang pernah melaluinya sendiri. Jadi, pada mereka yang masih punya ibu dan ayah, hargailah mereka selagi mereka masih ada. Kehilangan mereka seumpama hilang separuh dari hidup ini. Bersyukurlah sementara mereka masih ada, dengarlah cakap kamezaim ni. Jangan menyesal seumur hidup yang ada..

** Dapatkan Lagu Raya Percuma Di Sini >> Klik <<


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

08 September 2009

Untunglah Kau Si Tupai Terbang....


Tadi kamezaim ada terbaca satu artikel dalam akhbar Harian Metro. Satu artikel yang benar-benar buat kamezaim ketawa sampai tak ingat dunia.. hehe Dekat bawah ni ada kamezaim letakkan artikel tersebut, ketawa sikit-sikit dah ye.. Kesian si cikgu tu.. hehe

"Rawat Tupai Dalam Coli"

AMPANG : Seorang guru tadika yang bimbangkan kesihatan tupai terbang peliharaannya yang ‘demam’ membawanya ke sebuah klinik haiwan di Taman Melawati di sini, untuk menerima rawatan.

Sebaliknya, dia pula yang ‘dirawat’ doktor haiwan berkenaan apabila mendakwa payudaranya diraba dan dihisap.

Difahamkan, mangsa yang berusia 21 tahun pada mulanya membawa haiwan peliharaannya itu untuk mendapatkan rawatan daripada doktor di klinik berkenaan selepas suhu badan tupai berkenaan turun mendadak, Selasa lalu.

Sebaik diperiksa, doktor berusia 52 tahun itu meminta dia meletakkan haiwan terbabit di celah payudaranya bertujuan memanaskan badan tupai terbang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan, berkata mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat doktor terbabit, hanya mengikut arahan diberikan lalu memasukkan haiwan berkenaan ke dalam bajunya.

“Bagaimanapun, doktor terbabit mengarahkan mangsa mengeluarkan semula haiwan berkenaan dari dalam bajunya untuk diberi ubat.

“Ketika menarik tupai terbang itu keluar dari bajunya, haiwan terbabit secara tiba-tiba tersangkut pada tali coli mangsa sebelum dia menyelak bajunya,” katanya.

Ketika menyelak baju untuk mengeluarkan haiwan itu, doktor terbabit ternampak payudara mangsa dan terus memuji kecantikan bentuk tubuhnya.

Doktor berkenaan kemudian dikatakan mula mengatur ‘ayat’ sambil memuji dan memberitahu mangsa mesti menjaga tubuh dan kecantikan payudara dimilikinya.

Menurutnya, secara tiba-tiba doktor itu menghampiri dan menyelak baju mangsa dan mendakwa kononnya mahu mengajar cara mengurut payudara.

“Ketika itu, doktor terbabit mengambil kesempatan meraba dan menghisap payudara mangsa.

“Mangsa yang tidak tahan diperlakukan sedemikian cuba meronta melepaskan diri sebelum akhirnya dilepaskan doktor haiwan berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian mengambil tupai terbang miliknya dan cuba keluar dari klinik berkenaan, namun doktor berkenaan sekali lagi memeluknya dari belakang.

“Doktor berkenaan memberitahu mangsa bahawa dia tidak perlu membayar kos rawatan yang diberikan kepada haiwan peliharaannya itu dan sempat berpesan meminta mangsa datang lagi bertemunya.

“Bagaimanapun, mangsa yang tidak puas hati dengan tindakan doktor berkenaan kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, mangsa baru dua minggu mengenali doktor haiwan berkenaan dan ini kali ketiga dia mendapatkan rawatan untuk haiwan peliharaannya itu.

Tupai terbang milik guru berkenaan bagaimanapun mati sejurus dibawa pulang.

Abd Jalil berkata, berdasarkan aduan mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun, kira-kira jam 6 petang semalam di rumahnya bagi membantu siasatan kes terbabit.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

P/s : Oppss.. Kalau si Cikgu tupai terbang tu terbaca artikel ni, jangan marah yerr.. Kamezaim copy dari akhbar ok. hehe Tak pe, lepas ni Cikgu boleh bela kura-kura terbang pulak ok.. hehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP