Showing posts with label Gembira. Show all posts
Showing posts with label Gembira. Show all posts

29 December 2012

Salam Tahun Baru..

Assalamualaikum...

Apa khabar semua teman2 kamezaim di sini?. Harap semuanya sihat senantiasa. Kamezaim pun dah tak ingat bila kali terakhir kamezaim update blog ni.. hehe Makin lama makin pudar minat pada berblog tapi sayang pada blog ni tetap ada.. huhu

Apapun, di kesempatan ini kamezaim ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua teman2 kamezaim di sini. Semoga dengan hadirnya tahun baru ini, apa yang dihajati sebelum ini telahpun tercapai. Sepanjang tahun 2012 ini pasti banyak kenangan suka-duka yang tak mungkin kita dapat lupakan. Yang pahit menjadi pengajaran, yang manis menjadi kenangan dan derita menjadi pengalaman.

Mungkin hari ini kita derita, mungkin hari ini kita susah tapi siapa tahu esok hari. Mungkin yang miskin menjadi kaya, yang kaya menjadi papa kedana. Apa yang penting ialah, bila kita senang jangan kita lupa tatkala kita susah. 

Dulu seorang kini berdua, esok lusa mungkin bertiga.. Semuanya di tangan takdir. Kita hanya berusaha namun Allah yang menentukan. Semoga berakhirnya 2012 dengan penuh kenangan dan pengertian. Azam 2012 sudah terlaksana ke??.. hehe

Apakan azam 2013 anda?. Azam 2013 kamezaim adalah menjadi yang terbaik daripada sekarang. Semoga 2013 yang bakal tiba ini kan lebih bermakna dalam hidup kita.

Anyway, kamezaim ingin memohon maaf andai ada salah dan silap. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah S.W.T... amin.

Wassalam..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

07 August 2012

Ku Kembali...

Assalamualaikum..


Wah, sudah sekian lama blog ini tidak berupdate.. Bukan setakat bersawang lagi dah, dah nak reput sudah.. kiki Mujurlah masih sempat lagi kamezaim 'repair' semula blog ni dari terus reput menyembah bumi.. hehe

Bukan kamezaim tak nak update cuma tuntutan masa kerja dan juga keadaan menyebabkan kamezaim terpaksa lupakan seketika blog kesayangan ini. Apapun, kamezaim mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang masih setia memberi komen2 pada blog ini. Jadi, mungkin mulai dari saat ini kamezaim akan mula mengupdate sikit2 blog ni..

Lagi beberapa hari lagi kita seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal. Sempena dengan itu, kamezaim ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf andai ada terkasar bahasa mahupun tersalah bicara. Semoga anda semua selamat, ceria, berbahagia walau di mana jua anda berada..

Terima kasih semua..
Wassalam.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

05 October 2009

www.kamezaim.com..??

Assalamualaikum..
14 Mac 2008 adalah tarikh lahir bagi blog ini. Pejam celik, telah pun 1 tahun 8 bulan blog ini berada di persada blogger. Sepanjang tempoh itu, berbekalkan domain kamezaim.blogspot.com, terlalu banyak kenangan manis mahupun pahit yang ditempuhi oleh pemiliknya iaitu kamezaim. Blog ini diilhamkan sendiri oleh kamezaim dengan bantuan dari seseorang. Dialah yang memperkenalkan kamezaim kepada dunia blogger ini. Dengan bantuan dia pada mulanya, akhirnya terciptalah satu blog yang berjudul "Sekadar Seorang Insan"..

Sepanjang penglibatan kamezaim dengan dunia blogger ini, cukup banyak yang kamezaim dapat belajar dan manfaatkan. Ada juga orang kata yang berbloging ini adalah satu perkara yang tidak berfaedah tapi tidak bagi kamezaim. Kamezaim rasa, dengan berbloging ini kita mampu kenal antara satu sama lain, mampu bertukar pendapat dan idea, mampu luahkan apa yang dirasa dan bermacam-macam lagi fungsinya. Pada mulanya memang kamezaim tak berminat untuk berbloging tapi setelah mencuba akhirnya ianya sudah menjadi sebahagian dari hidup ini. Kamezaim luahkan apa yang dirasa di dalam blog ini, dengan itu ianya mampu mengurangkan tekanan mahupun kesedihan. Manalah tahu suatu hari nanti bila kamezaim sudah tiada, di blog inilah anak-anak kamezaim nanti dapat mengenal siapa ayahnya dan dapat memahami jiwa ayahnya..

Sebenarnya, tujuan kamezaim menulis kali ini adalah untuk memberitahu anda bahawa kamezaim.blogspot.com akan berpindah ke www.kamezaim.com. Terima kasih kamezaim ucapkan buat mereka yang sentiasa memberi semangat dan keyakinan kepada kamezaim untuk terus berada di persada dunia blogger ini. Andai kamezaim ada salah dan silap, kamezaim menyusun sepuluh jari memohon maaf. Kamezaim hanyalah insan biasa, tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Terima kasih semua!.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

27 September 2009

Memori Menjelang Aidilfitri..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, raya aidilfitri tahun ini semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Bersyukur kamezaim kerana akhirnya terubat jua kerinduan yang telah sekian lama membekam di hati ini terhadap ayahnda kamezaim. Kamezaim mula bertolak ke kampung pada hari khamis pukul 9:00 PM. Sampai di kampung pada pukul 3:00 AM. Ketika menyusuri jalan ke rumah, terasa sunyi dan syahdunya. Sudah tiada lagi kemeriahan syawal seperti tahun-tahun sebelumnya. Segalanya sudah berubah. Kerana terlalu letih, setibanya di rumah terus kamezaim tidur. hehe Masa tu ayahnda kamezaim tiada di rumah, dia terpaksa bekerja.

Dekat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat kamezaim ambil untuk di jadikan kenang-kenangan.

"Ini adalah Ayahnda kamezaim"



"Ini pula adalah anak dara pinggitan. Kuikuikui..
Kalau dia baca mampus kamezaim.. hehe
Ini adalah kakak kamezaim yang nombor 2.
Masih single but still available. hehe"




"Ini anak buah kamezaim. Anak dari kakak kamezaim
yang nombor 1. Nama dia Husna. Yang dok tidur tu maaf ye,
gambar terlekat sekali.. haha"










"Ini anak buah kamezaim juga, nama dia Zarif Ikhwan.
Anak abang kamezaim yang nombor 4.."


"Ini anak buah kamezaim yang lagi satu.
Sebelah kiri tu Husna yang tadi dan yang sebelah kanan tu
adalah abang dia. Nama dia Afnan.
Anak buah kamezaim yang paling degil sekali!!.."





"Yang ini pulak macam mana nak citer ye..?? hehe
Ni semua keluarga sebelah sepupu kamezaim.
Ayah diorang ni adik kepada arwah mak kamezaim.
Yang baju merah dan yang tudung merah tu belum kahwin lagi.
Sesiapa yang nak mengorat, silalah.. hehe"





"Dan yang ini pula gambar di ambil ketika
tetamu datang ke rumah untuk beraya di pagi syawal.."




"Ini adalah video yang dirakam oleh kamezaim. Video ini pada asalnya adalah untuk menceritakan bagaimana cara untuk membuat ketupat. Tapi akhirnya semua sekali terlekat dalam video ini. hehe"



> Barisan Pelakon <

Zanariah (Kakcik) - Tukang Balut Ketupat.
............... (Bang E) - Juri Balut Ketupat.
Zarina (Kakna) - Tukang Mesin Nyok (Kelapa).
Zakaria (Abah) - Juri Masakan.
Noraziah (Kak Azie) - Pengasuh Sementara.
Husna & Afnan - Pembantu Jurukamera.
Zarif Ikhwan - Pelakon Tambahan.




* Al-Fatihah buat bonda kamezaim yang telah kembali ke rahmatullah pada 02 September 2007. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Walau hari-hari mendatang ku tempuhi hidup ini tanpa dirimu, terpaksa jua ku mengharunginya. Siapalah aku untuk melawan takdir yang sudah tertulis. Sesungguhnya aku redha tatkala ku kehilangan sebutir permata yang selama ini sentiasa menyinari di setiap langkah perjalanan hidupku. Bonda, kaulah ibuku yang satu..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

15 August 2009

Duit Oh Duit..

Assalamualaikum..
Apa khabar semua?. Rasa macam dah lama kamezaim tak updatekan. Walaupun tiada yang bertanya tapi tak mengapalah, biarlah kamezaim ceritakan sebabnya. Aik, kenapa plak tetiba je ada gambar monitor dekat atas tu?. Apa kena mengena dengan entry kali ni.. hehe

Sebenarnya, kamezaim lama tak buka komputer sebab monitor kamezaim yang lama dah buat hal. (Datang bulan lah katakan).. hehe Terpaksalah kamezaim cari penggantinya.. Dulu kamezaim pakai monitor View Sonic, sekarang kamezaim beli monitor Acer P205H ini pula. Apa boleh buat, masa nak simpan duit ni lah macam-macam nak rosak. Untuk pengetahuan semua, monitor yang baru ni boleh tahan lah jugak kehebatannya. Kiranya kamezaim berpuas hati walaupun harganya agak mahal iaitu :- RM 419.00.

Gambar yang terang, besar dan lebar tapi nipis. hehe Dekat bawah ni adalah serba sedikit mengenai monitor ni. Manalah tahu kalau-kalau ada yang nak beli.

-: Specifications :-

  • Model : Acer P205H Widescreen LCD Monitor
  • LCD Panel
  • Type : 20" wide-screen TFT Color LCD
  • Size : 20.0" W
  • Pixel Pitch : 0.276mm(H) x 0.276mm(v)
  • Brightness : 300cd/m2 (Typical)
  • Contrast : 20000:1 Max (ACM)
  • Viewable angle : 160° (H) 160° (V)
  • Response Time : 5ms
  • Video : RGB Analog Interface
  • H-Frequency : 30KHz - 80KHz
  • V-Frequency : 55-75Hz
  • Display Colors : 16.7M Colors
  • Dot Clock : 98MHz
  • Max. Resolution : 1600 x 900 @ 60Hz
  • Plug & Play : VESA DDCCI/DDC2B
  • Energy Star On Mode : 28 W (typ.)
  • Energy Star Sleep Mode : 0.97W (typ.)
  • Energy Star Off/Standby Mode : 0.75W (typ.)
  • Input Connector : D-Sub , DVI-D 24pin (only Dual-input model)
  • Input Video Signal : Analog:0.7Vp-p(standard),75 OHM, Positive, Digital signal (only Dual-Input Model)
  • Speakers : 1W x 2 (only Audio-Input Model)(Optional)
  • Maximum Screen Size : Horizontal: 442.8mm, Vertical: 249.075mm
  • Power Source : 100-240VAC, 50/60Hz
  • Environmental Considerations : Operating Temp: 5°C to 35°C
  • Dimensions : 478(W) x 368(H) x 190(D)mm
  • Weight : 4.25kg Unit (net)
* Info Tambahan : Anda tidak perlu lagi pergi ke tandas mencari cermin untuk mencungkil gigi anda, cukuplah sekadar anda mencungkil gigi anda di depan monitor ini. Ianya boleh juga di jadikan sebagai cermin solek anda.. ekekeek Kerana monitor ini dilengkapi dengan CrystalBrite. hehe (Ada orang cemburu beb.. )


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

03 August 2009

Lulus Ujian GDL (Bersendi)

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, bersyukur kamezaim ke hadrat ilahi kerana hari ini kamezaim lulus ujian GDL (Bersendi). Bermula ujian dari pukul 9:30 A.M hinggalah 3:00 P.M. Ujian terbahagi kepada 3 perkara iaitu :-

  1. Ujian 'cut in & cut out'.
  2. Ujian parking dan undur.
  3. Ujian jalan raya.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Seramai 10 calon yang menghadiri ujian tersebut, semuanya lulus dengan cemerlang. hehe Lepas ni bolehlah kamezaim pergi ajak dinda-dinda kamezaim pergi tengok wayang naik trailer.. haha Nak tahu siapa dinda-dinda kamezaim? Opsss... Rahsia beb.. hehe Tak boleh bagitahu, nanti si Idalara tu bikin gosip-gosip liar.. kah..kah..kah..

Wahai kawan-kawan sekalian, marilah kita mengundi untuk si dinda kamezaim sorang ni. Dia tengah bertanding siapa poster paling cun. Marilah kita vote dinda kamezaim ni iaitu dinda Ixora di sini. (Klik) Kamezaim ajak dia tengok wayang tapi dia tak sudi arr, dia kata dia tak minat tengok wayang. Adakah itu satu alasan? kawan-kawan semua boleh tolong ke?? hehe..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

18 July 2009

Ku Coretkan Tatapan Buat Mu..


Siapalah aku andai aku ingin memilikimu
Apalah yang ada padaku andai engkau ingin menerima ku
Mengapakah wajahmu sering bermain di ingatan ku
Kenapalah namamu sudah terpahat di hati ku
Aku sendiri pun tidak tahu...

Aku bukan menagih simpatimu
Aku hanya ingin melamar hatimu
Aku bukan bermain kata-kata denganmu
Aku hanya katakan yang aku ingin hidup bersamamu
Tiada apa lagi yang termampu buatku
Melainkan menanti sebuah ucapan bermakna darimu..

Aku menulis di sini bukan sekadar suka-suka
Tapi aku coretkan di sini apa yang telah ku rasa
Agar ianya mampu untuk kau jadikan sandaran
Tatkala aku tidak lagi berada di dunia ini..

Tiada kata seindah bicara
Yang dapat ku susun hanya untukmu
Apa yang termampu ku katakan padamu
Aku ikhlas menyintaimu..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

03 July 2009

Lulus Ujian Lesen 'E'..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah... Itulah perkataan yang pertama kamezaim ucapkan setelah menerima salinan laporan ujian yang menyatakan bahawa kamezaim LULUS ujian untuk lesen 'E'. Walaupun belajar memandu hanya 2 kali untuk bukit dan parking manakala 1 kali untuk jalan raya, namun akhirnya kamezaim lulus juga. Kamezaim bukan takut apa, pertama sekali kalau gagal mestilah tak dapat nak buat lesen dan nak kena buat ujian ulangan, tapi yang paling kamezaim tak nak kalau gagal sebab nak kena bayar lagi RM 200.00 untuk buat ujian ulangan. Rm 200.00 tu beb, boleh makan 3 minggu.. hehe Kamezaim pun bukannya orang senang..

Sekarang ni kamezaim bawa kereta tak ada lesen lerr.. hehe Lesen kamezaim cikgu sekolah memandu tu ambil untuk bawa pergi ke JPJ untuk tambah lesen kelas E. Mungkin hari rabu baru siap.. haha Kena naik teksi lah jawabnya.. hehe

Tapi, sebenarnya ujian yang harus kamezaim tempuh bukan hanya setakat ini saja. Sekarang kamezaim baru ada lesen E tapi kamezaim belum ada lagi GDL (Bersendi). Selepas lesen E tu siap barulah kamezaim boleh buat ujian untuk GDL (Bersendi) pula. Panjang cerita lagi.. hehe

Kamezaim bersyukur sangat sebab dapat lulus. Masa kamezaim buat ujian tadi, ramai juga orang lain yang gagal. Awek yang buat ujian kereta dengan motorsikal bukan main ramai lagi. Cantik-cantik plak tu.. hahaha Datang nak buat ujian tapi berpakaian macam nak pergi kelab malam je.. haha Terbeliak biji mata pegawai JPJ tu.. hehe Yang paling best masa awek-awek tu buat ujian brek (motorsikal). Kena laju dan kemudian brek, macam nak terkeluar je benda dekat atas tu.. haha Kalau tidak, kamezaim nak pergi tolong kutipkan.. hehe

Hehe Doakan kamezaim lulus untuk ujian GDL (Bersendi) pula ye..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 June 2009

Nota Ke-2 Dari Edda Qisstina..

Assalamualaikum..
Kalau hari tu kamezaim ada terima nota yang pertama dari Edda Qisstina, kini kamezaim terima nota yang ke-2 pula darinya. Siapakah kau wahai Edda Qisstina? Sejak kali pertama ku terima nota darimu, aku sendiri pun tak mengerti mengapa aku teringin benar ingin mengenali insan di sebalik nama Edda Qisstina itu..

Kau menggoncang hatiku, kau membuat fikiranku memikirkanmu. Kau membuat jiwaku bergelora ingin mengenalimu. Janganlah kau seksa ku begini, izinkanlah aku mengenalimu. Agar ku tahu milik siapakah nama itu...

"selamat hari bapa edda ucapkan kat ayah zaim....edda bolleh pggil kamezaim, zaim kan?nak pggil kamezaim panjang sgt.....edda baru je bukak blog zaim...hajat edda nak baca "sebuah titipan buatmu ayah"....terharu edda baca titipan tu......tapi....edda lagi terharu bila terbaca "terima kasih edda qisstina"....nyaris2 nak ngis..edda tak sangka...apa yg edda khaskan kat zaim...zaim abadikan dlm blog zaim.....sama-sama zaim....edda pun nak ucapkan terima kasih gak coz zaim buat edda rasa dihargai.....mengabdikan kata2 edda dlm laman blog zaim yang berjaya memikat hati edda....thanks a lot zaim....akhir kata untuk zaim...."jangan dongak ke langit kerana angkuh, dan jangan tunduk ke bumi kerana putus asa".....wallahualam...=) "

Wahai Edda Qisstina, dengarlah keluhan hatiku ini...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

17 June 2009

Terima Kasih Edda Qisstina..

Assalamualaikum..
Terkejut serta terharu apabila ku membuka e-mail. Sesuatu yang tidak pernah ku menyangka kini ianya terjadi bagai tidak percaya. Sebuah coretan hati bertitipkan keikhlasan, itulah yang ku terima dari insan yang bernama Edda Qisstina..

" assalamualaikum..... sedih sgt2 baca coretan awk...hidup terlalu singkat...mencari dan mengejar sesuatu yg tak pasti adlh lumrah hidup manusia...namun kecekalan dan ketabahan yg mengajar seseorg itu menjadi matang atau tidak untuk menerima setiap yg ditakdirkan olehNya dgn redha...kesakitan dan kekecewaan adlh satu nadi untuk memperjuangkan hidup kita....tanpa semua tu...suram lah hidup tanpa pelengkapnya...wallahualam.... "

" actually hepy sgt in blog awk....evrythig so perfect....w'pun sy in blog awk scra tak sngaja hari nie....tp ada somethg dlm dri awk yg terlalu sukar nak gmbarkan....ttg satu kehidupan, impian...harapan...dan keperitan....wish u terus success in what u do, what u want, what u hope....moga apa yg awk harap dr blog nie...akan tercapai.....sorry klu ggu awk kat ruangan ni secara personal....salam ukhuwah fisabibillah... "

Meseg ini kamezaim terima pada 17 Jun 2009, 3 : 26 PM.

Tiada apa lagi yang termampu untuk kamezaim ucapkan padanya, yang termampu hanyalah ucapan terima kasih kerana cuba untuk memahami serta mengerti hidup kamezaim.. Namun, aku tidak tahu siapa engkau. Izinkanlah aku mengenali dirimu.. Agar ku tahu siapakah insan di sebalik sebuah nama Edda Qisstina..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

22 April 2009

Shoutbox Pro

Assalamualaikum..
Hahaha hari ni kamezaim dah tak bosan lagi.. hehe Bosan dah bungkus beg balik kampung.. kuikui Oklah, kali ni kamezaim nak kongsi dengan anda semua. Kamezaim ada menerima tawaran dari ShoutboxPro untuk menjadi sebahagian ahlinya secara percuma. Kamezaim pun dah menggunakan shoutbox tersebut, cuba anda lihat di dalam ruangan ukirkan disini dibawah shoutmix. Cantik bukan? hehe kalau tak cantik sekalipun tapi menarik itu adalah juga.. hehe

Anda mahu mencuba shoutboxPro? Tak susah pun, tak perlu bayar walau satu sen pun. Cuma perlu pergi ke ShoutboxPro dan register akaun baru untuk anda. Kemudian ubahlah design shoutbox tersebut mengikut citarasa anda sendiri. Selamat mencuba ye.. hehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

17 April 2009

Tirana Love My Blog..

Assalamualaikum..
"You love my blog or you love me.." Soalan untuk Tirana.. ekekeke hehehe Terima kasih kamezaim ucapkan pada Tirana kerana sudi sedekahkan award yang comel macam dia ni pada kamezaim.. hehe Blog Tirana sudah bertukar konsep yang dulunya dipenuhi dengan luahan isi hati namun kini telah bertukar menjadi "Arkib Negara" secara tidak rasminya.. hehe Jangan marah ye..

Wahai teman-temanku sekalian, marilah kita mendoakan agar Tirana kembali sembuh dari "demam rindu" yang kamezaim pun tak tahu pada siapa yang dirinduinya itu.. hehe Mungkin pada suaminya yang tercinta atau...?? ekeke Mesti Tirana selalu shopping dekat Tropicana City.. Betul tak Tirana? hehehe

Sampai disini saja lah kamezaim berceloteh, letih belum habis lagi ni. Ingat nak pergi "massage" lerrrr... hehehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

13 April 2009

Kini Aku Kembali..

Assalamualaikum w.b.t..
Comel tak patung dekat atas tu? Comel bukan, comel macam muka Idalara. Wakakakaka.. Ish, tak jadilah nak menyepi lama-lama, asyik teringat dekat blog ni je. Nak makan pun tak lalu.. hehe Cukuplah 2 hari menyepi, kini aku kembali lagi.. hahaha Apapun, kamezaim ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas komen-komen dan nasihat oleh mereka yang masih sudi mengingati diri ini. Siap ada yang rindu tu yang tak tahan tu.. ekekeke hehe

Untuk Awin Winnie yang sedang bercuti tu, dah-dah le cuti tu.. Meh la balik sini.. hehe Tentu seronok bukan kalau dapat balik ke kampung halaman, rasa macam dah tak nak balik ke sini lagi je..hehe Tapi apakan daya, kita masih punya peranan dan tugas yang mesti dilaksanakan.. hehe Manalah si Ieyra ni pergi, dah lama tak dengar berita dia. Mungkin dia dah tak ingat dekat uncle dia ni lagi kot.. Tak mengapalah, apa boleh buat..

Untuk temanku Tirana, semoga cepat sembuh dari demam tu.. hehe Orang kata jangan main hujan tapi degil, nak main hujan jugak.. ish.. ish.. Sekarang dah demam siapa susah.. hehe Untuk temanku Ras-Adieza, dah-dah le tu.. Jangan dirindu lagi, kamezaim dah balik ni.. hehehe Bila nak jemput kamezaim datang rumah tengok bakal mak mertua dengan pak mertua ni.. hahaha Kirim salam dekat Nabihah.. Kak ras, kamezaim dah booking dulu kan si Nabihah tu.. ekekeeke Tak malunye kamezaim ni... hehe

Ops.. Lupa lah pulak, untuk adik Khairul semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.. hehe Kalau mai KL jangan lupa bawak mai "pasemboq" dekat abang di sini.. hehe Kirim salam dekat awek sebelah masa dalam kelas tu, cakap abang kirim salam.. Kalau boleh mintak nombor h/p sekali.. wakakaka (Khairul USM)

Errrmmmm.. Setakat ni lah kot dulu, letih dah jari ni dok keje menulis dari tadi. Apapun, terima kasih sekali lagi kamezaim ucapkan kepada pengkomen-pengkomen yang setia. Komen-komen dari anda amatlah kamezaim hargainya.. Lupakan yang lama, mulakan yang baru dan hidup mesti diteruskan jua... :p


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

03 March 2009

Dengan Keizinan Mu..


Sudah puas ku merentasi
Setiap liku-liku kehidupan ini
Demi mencari dan memiliki
Satu hati nan suci..

Kini tidak ku mencari lagi
Ini kerana sudah ku temui
Satu hati yang memiliki
Cinta nan suci..

Bersyukur ku hadrat ilahi
Kerana di pertemukan antara dua hati
Kini kian saling menyayangi antara satu sama lain
Alangkah terasa bahagianya apabila cinta di hargai..

Kini ku melangkah dengan seribu harapan
Membawa bersama impian yang diciptakan
Demi sebuah penghidupan..

Aku berdoa kepadamu Tuhan
Berkatilah hubungan di antara kami
Redhailah percintaan di antara kami
Izinkanlah kami hidup bersama
Selagi hayat masih ada
Kerana dengan izin Mu kami di pertemukan
Dan dengan izin Mu jua kami kan bahagia..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

10 February 2009

Rahsia Ukiran Jiwa..

Kini ku mengerti segalanya
Setelah ku curah apa yang di rasa
Namun tiada jua balasannya..

Siapalah aku untuk merayu
Rayuanku tiada ertinya buatmu
Walau sejuta kali ku cuba mencoretkan rahsia hati
Namun pintu hatimu tetap tidak menerima kehadiranku..

Ku hadir dalam hidupmu
Ingin merawat luka di hatimu
Setelah ku tahu hatimu terhiris luka
Oleh insan yang amat kau sayangi..

Salahkah aku
Sekiranya aku ingin membawa kau jauh
Menuju ke alam bahagia yang didambakan oleh setiap insan
Agar kita dapat membina sebuah mahligai indah bersama
Mahligai yang dibina berlandaskan keimanan dan kesetiaan..

Nas..
Jiwa ku bergelora hanya keranamu
Hatiku merintih gembira hanyalah keranamu
Aku rela menempuh rintangan yang mendatang
Asalkan kau tahu untuk menghargai cinta yang ku beri
Segalanya ku ukir disini sebagai buktinya keikhlasan ku terhadapmu
Sebuah ukiran yang membawa seribu erti
Itulah rahsia ukiran jiwaku..

Nas..
Sambutlah kasihku..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

14 January 2009

Hadiah Dari Tirana..





Assalamualaikum..
Kamezaim ada dapat hadiah dari Tirana ni.. Kamezaim ingat mula-mula dia nak bagi roti jala tapi rupa-rupanya benda ni.. Kempunan lagi lah kamezaim nak makan roti jala si Tirana ni.. Orang dah bagi, kita terima je lah..hehe Terima kasih Tirana kerana bagi kamezaim benda ni.. hehe

Kamezaim masih menanti roti jala dari Tirana..hehe

p/s : Apa punya banyak hehehehe lah..



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

01 January 2009

Selamat Datang 2009..

Assalamualaikum..
Kalau semalam kamezaim kata selamat tinggal 2008, tapi hari ni kamezaim nak kata pula selamat datang 2009. Hari ni kamezaim di takdirkan untuk bercuti..hehe Kepada mereka yang terpaksa bekerja atau bertugas pada hari ini, bertugas lah dengan hati yang ikhlas. Kadang-kala kerja itu lebih baik dari bercuti. Macam kamezaim, kamezaim lebih suka bekerja dari bercuti. Bila cuti, rasa bosan yang teramat sangat. Sampai nak tidur pun dah tak boleh nak tidur.hehe Tapi janganlah sampai bekerja tak bercuti langsung..

Semalam kawan kamezaim kata persembahan bunga api dekat bandar metropolitan meriah, betul ke? Meriah kerana bunga api ke atau meriah sebab banyak gadis-gadis metropolitan yang berpakaian seksi ala-ala britney spears tu...hehe Ada yang pakai tudung bukan main cantik lagi tapi bila pandang bawah sikit, alahai bulatnya lubang pusat dia..hehe Siap boleh gantung kunci kereta lagi dekat pusat dia.. Apalah nak jadi anak bangsa kita, betul-betul memalukan.. Bila dia duduk je terus nampak G-String dia. Bukan main bangga lagi dia sebab semua orang dapat lihat G-String dia tu.. Dah la harta dia yang dekat atas tu bukan main besar, lepas tu pakai baju yang tutup sikit je harta dia tu. Tak ke nak terkeluar harta dia tu.. Di manakah akhlak dan budaya kita sebagai orang melayu yang beragama Islam? Kamezaim pernah bertanya pada perempuan yang berpakaian macam tu, kenapa awak pakai macam ni? Rasa-rasa you all nak tahu apa dia jawab? Dia kata, " awak ni kenapa nak kecoh-kecoh. Mak bapak aku tak kata apapun, kau pulak yang lebih-lebih. Sekarang zaman dah maju, kita kena ikut peredaran zaman. Jangan jadi kolot sangat pemikiran tu, kalau nak pakai kain batik atau tutup aurat, pergi je duduk dekat kampung. Sini kuala lumpur, bukannya kampung. " Siapakah yang kolot pemikirannya? Tak semestinya duduk dekat kuala lumpur kena pakai kain batik, cukuplah sekadar menutup aurat. Adakah kalau duduk dekat kampung yang konon-kononnya kolot itu bila mati nanti kita di kebumikan dalam tanah manakala bila duduk di kuala lumpur dan bila mati nanti di kebumikan diatas langit?.

Lepas tu bila dah kena rogol, bunuh atau culik baru nak menyesal. Baru nak menangis dan kemudian salahkan lelaki. Sebenarnya siapa yang salah? Kalau tak ada madu dalam sarang lebah tu, orang pun tak ingin nak jolok. Mengapa begitu murah harga diri mereka hingga setiap inci tubuh mereka menjadi tatapan umum. Banggakah mereka bila orang memandang mereka tanpa henti? Mereka lupa siapa diri mereka kerana lahirnya mereka ke dunia ini sudah dipenuhi dengan kemewahan dan keamanan. Terlupakah mereka pada pejuang-pejuang tanah air dulu yang berjuang bermati-matian demi mencapai kemerdekaan tanah air kita? Terlupakah mereka pada pejuang-pejuang sekarang yang bertugas siang dan malam tanpa mengira tempat dan keadaan, meninggalkan segala kepentingan diri demi memastikan keamanan dan kedaulatan negara dari sebarang ancaman musuh. Meninggalkan ibu dan ayah, isteri atau suami tercinta, sanak dan saudara, menggalas senjata meneroka hutan belantara. Sedang anda asyik melayani mimpi indah, sedarkah anda di mana kami pada ketika itu? Kami tidak minta apa-apa balasan dari segi wang ringgit, cuma kami minta jagalah maruah kita sebagai bangsa melayu. Jangan sampai melayu hilang di dunia..

Insaflah wahai saudara ku sekalian, janganlah anda menjadikan martabat bangsa melayu adalah yang terbawah sekali. Janganlah kita bergaduh hanya kerana perkara yang remeh, kalau ianya boleh dibincang, bincanglah dengan baik. Jangan kerana awek seorang pun kita nak berbunuh-bunuhan. Marilah kita bersatu wahai saudara-saudaraku sekalian, ini kerana bersatu itu kan teguh manakala bercerai itu pasti kan roboh..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

31 December 2008

Selamat Tinggal 2008..

Assalamualaikum..
Rasanya baru semalam kamezaim menulis, hari ni kena menulis lagi..hehe Apa nak buat, kamezaim ada menerima Ecard dari serangga kecil. Si Serangga kecil ni nak kata kecil tu tak ada lah kecil sangat tapi hairan juga, macam mana dia boleh menjadi serangga kecil ye?? Tak ke pelik tu..

Ni Ecard yang kamezaim terima dari serangga kecil tersebut :-



Kalau tak silap, serangga kecil ni bagi Ecard ni sempena tahun baru 2009. Betul ke? Atau serangga kecil ni nak mengorat kamezaim? hehe Perasan lah plak kamezaim ni.. Apapun, kamezaim ucapkan terima kasih pada serangga kecil tersebut kerana sudi memberi Ecard yang cukup menarik ni. Comel macam dia juga..hehe

Dengan kesempatan ini, kamezaim ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2009 kepada semua pelawat-pelawat blog ini yang kamezaim hormati. Semoga dengan berlalunya 2008 dan bermulanya 2009, setiap kenangan yang manis itu akan menjadi kenangan yang terindah buat hidup kita manakala kenangan yang pahit itu sekadar menjadi pedoman dan pengajaran sepanjang kita menempuh tahun yang baru ini. Masa tetap berjalan, masa tidak akan menunggu kita. Cuma kita saja yang harus tahu bagaimana untuk menghargai masa yang ada. Kamezaim bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diizinkan Allah untuk kamezaim melalui tahun 2009..

Alamak, kamezaim terlupa plak nak bagitahu siapa serangga kecil itu.. Kalau anda nak tahu siapa serangga kecil itu, sila klik sini.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

17 October 2008

Terima Kasih Sayang..

Sayang..
Tiada apa lagi yang dapat ku katakan
Tiada apa lagi yang dapat ku ucapkan
Sebagai tatapanmu ketika ini
Hanya yang dapat ku lafazkan
Hanyalah ucapan terima kasih
Ikhlas dari sudut hati ini..

Sayang..
Terima kasih diatas potret ini
Yang kau ukirkan khas buatku
Mungkin kau cuba untuk membuktikan
Cintanya dirimu terhadapku
Ku amat menghargainya..

Sayang..
Aku tetap percaya akan ketulusan hatimu
Aku tetap yakin akan kejujuranmu
Dan aku tetap akur akan kesetiaanmu
Terhadapku..

Sayang..
Kebahagiaan pasti milik kita
Andai kita tahu membawa peranan masing-masing
Jauhkanlah diri kita dari persengketaan
Dekatkanlah diri kita dengan keimanan
Bahagia yang dinanti pasti kan menjelma jua..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

05 October 2008

Ku Dapat Isteri Baru..

Assalamualaikum..
Hari ni sudah hari ke - 5 kita menyambut hari raya aidilfitri. Esok dah ramai yang dan mula kerja seperti biasa..hehe Jalan-jalan dari utara, selatan, timur dan barat menghala ke ibukota tentu sesak dengan kenderaan-kenderaan yang berpusu-pusu untuk kembali ke kuala lumpur. Dalam kesibukan itu juga, sempat juga kamezaim beli PC baru..hehe Beli Pc ni bukan guna duit raya ok.. Jangan salah faham plak..hehe Tak tidur kamezaim semalaman, nak tidur je terus teringat Pc. Muahahaha keciwi lah katakan...kui...kui..





Inilah PC yang kamezaim maksudkan tu.. Cantik tak? kalau cantik katakan cantik, kalau tak cantik pun katalah juga cantik..hehe Pc ni jauh diimport, datang dari Changlun, Kedah.hehe Kenapa ianya dibeli di sana? Bak kata Datuk Siti Nurhaliza, biarlah rahsia..hehehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP