Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

03 October 2009

Noordin Mohammad Top..



Pada 17 September 2009, polis Indonesia dalam serbuan di Solo, Jawa Tengah berjaya membunuh Noordin dan 3 lelaki tempatan. Ketua Polis Indonesia Jeneral Bambang Hendarso Danuri menyatakan jenazah Noordin dibawa pulang ke Kluang, Johor, pada 1 Oktober 2009. Noordin diburu selama 9 tahun dari tahun 2000-2009 selepas peristiwa 911. Jenazah disimpan sementara di Hospital Polis Kramat Jati. Polis Indonesia terutama pasukan khas anti pengganas Densus 88 bekerja keras selama 9 tahun.

Polis Indonesia berbalas tembakan di sebuah rumah di mana polis kemudiannya menjumpai 2200 kilogram bahan letupan yang sedia untuk digunakan di dalam rumah yang diserang hendap itu selain senjata M-16 yang lengkap berisi peluru, selain komputer riba dan pelbagai dokumen. Noordin dikenalpasti berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badan lelaki yang berasal dari Malaysia itu.

Tiga lagi pengganas yang ditembak mati ialah Bagus Budi Pranoto @ Urwah, Susilo @ Adib yang menyediakan tempat persembunyian Noordin dan Ario Sudarso @ Aji, yang dikatakan pakar pembuat bom, murid kepada Dr Azahari Husin.Wanita hamil yang cedera parah dalam serbuan itu ialah Munawaroh, isteri kepada Susilo setelah dia enggan menyerah diri.

Rahmat Puji Prabowo @ Bejo dan Supono @ Kedu ditahan di Pasar Gading, Solo pada 16 September 2009. Maklumat dari mereka membawa kepada pembunuhan Noordin pada 17 September 2009. Bejo dipercayai membantu menyembunyikan Noordin di Kampung Kepuhsari RT 03 RW 11, Kelurahan Mojosongo, Kecamatan Jebres, Kota Surakarta, Jakarta. Kedu ditugaskan mengangkut bahan letupan ke sebuah rumah di Bekasi. Rumah ini telah diserbu pada 8 Ogos 2009 dan menyebabkan kematian dua suspek pengganas.

Putri Munawaroh adalah isteri Hadi Susilo @ Adib dan mereka menyewa rumah di Kepuhsari. Hadi Susilo turut maut dalam serbuan sementara Putri Munawaroh ditembak di paha kiri . Wanita hamil ini diterbangkan ke Hospital Polis Nasional Kramat Jati, Jakarta Timur.Munawaroh mengandung 22 minggu. Munawaroh dan suaminya menyediakan rumah untuk menyembunyikan Noordin dan lain-lain.Mereka juga menyediakan bahan letupan.

Hadi Sosilo akan dikebumikan di Desa Kagoan, Pajang Laweyan Solo. Bagus Budi Pranoto @ Urwah akan dikebumikann di Kudus. Sementara Ario Sudarso @ Aji dikebumikan di Purbalingga.

Sumber Artikel : Wikipedia.













Al-Fatihah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

01 June 2009

Matahari Dari Dekat (5,000 KM)




Imej ini diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science 14 Nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope.

Assalamualaikum..
Harap semuanya sihat.. Ini adalah imej matahari yang kamezaim dapat melalui e-mail. Jarak imej ini di ambil kira-kira 5,000 Km. Betapa besarnya kuasa yang maha pencipta. Mungkin rupa api neraka juga begini panasnya. Malah mungkin lebih dari itu. Hanya Allah saja yang maha mengetahuinya..

Menurut sumber, Api Neraka akan bertukar warna dari dari warna merah ke warna putih apabila dibakar 1000 tahun. Apabila dibakar 1000 tahun lagi, warna putih akan bertukar ke warna hitam. Jadi bermakna yang berwarna hitam itu adalah api yang paling panas sekali hingga manusia tidak mampu menganggarkan berapakah tahap panas suhu ketika api berwarna hitam itu.. MasyaAllah... Insaf.. Insaf..

Marilah kita sama-sama menghayatinya..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

20 April 2009

Apa Itu Cinta Sejati?

Apa itu CINTA?. Mengapa perlu CINTA?. Mengapa harus BERCINTA?. Kalau tak ada CINTA tak boleh ke?. Apa ada pada CINTA?. Mana datangnya perkataan CINTA?. Apa rasa yang boleh dikatakan ianya adalah CINTA?. Macam mana rasa bila DICINTA?. Macam mana pula rasa bila tidak DICINTA?. CINTA...CINTA....CINTA... Tak habis-habis dengan CINTA. Sana BERCINTA, sini BERCINTA. Tapi tahukah apa itu CINTA??.... Apa pun tak tahu, bila ditanya kenapa BERCINTA, jawapannya mudah saja... Tengok orang lain BERCINTA, macam best je.. Tapi tahukan apa itu erti CINTA?..

Assalamualaikum w.b.t..
Akhirnya blog kamezaim.blogspot.com telahpun berjaya ditukarkan kulitnya. Walaupun masih belum sepenuh siap namun kira oklah tu.. hehe Kamezaim harap anda semua sihat di sana, sentiasa tenang dan ceria selalu disamping keluarga yang tersayang mahupun berseorangan diri.. hehe Yang penting hidup ni mesti diteruskan jua..

Eh.. Apasal dekat atas tu ada banyak sangat perkataan CINTA??.. Korang tahu ke kenapa? Kamezaim pun tak tahu kenapa, mana datang plak perkataan CINTA banyak-banyak tu?? Tetiba je ada.. Ish.. Ish.. hehe Kamezaim bukan apa, kamezaim cuma ingin bertukar pendapat dengan anda yang diluar sana mengenai apa itu CINTA. Setiap orang dia ada pandangan dan pemikirannya sendiri. Perkataan CINTA ini bukan asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Dari darjah satu lagi kita dah tahu apa itu CINTA. Cuma mungkin masa tu kita masih belum tahu apa itu yang dikatakan CINTA. Ye, CINTA itu adalah perasaan tapi perasaan macam mana? Mungkin ada yang akan menjawab, perasaan macam mana lagi kalau bukan perasaan CINTA lerr.. Ye, itu memang jawapannya tapi tujuan kamezaim menulis kali ini adalah untuk melihat sejauh mana orang tahu tentang apa yang dikatakan CINTA.

Menurut sudut fikiran kamezaim, CINTA ini ada banyak jenis. Diantara-diantaranya adalah :-

  • Cinta pada duit - Dia bercinta dengan seseorang itu sebab dia tahu pasangan dia tu berharta dan berduit. Di mulut ungkap cinta tapi tangan hulur ambil duit. Setiap kali keluar makan mesti nak makan dekat tempat mahal-mahal. Setiap kali shopping mesti nak beli barang-barang yang mahal. Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
  • Cinta pada nafsu - Dia bercinta dengan pasangan dia tu sebab nak ambil kesempatan ke atas pasangan dia tu. Mulut mengukir cinta macam pijak semut pun tak mati tapi tangan terus meraba-meraba tempat yang boleh diraba..hehe Lepas tu tunggu apa lagi, mustahil berhenti di situ saja.. hehe Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
  • Cinta terpaksa - Dia bersama dengan pasangannya itu konon-konon atas dasar cinta. Padahal nak jaga hati mak bapak. Depan mak dengan ayah bukan main sayang-menyayang, bermanja-manja konon-konon nak tunjuk kata bahagialah hidup mereka tapi belakang mak dengan ayah, hang buat keje hang, aku buat keje aku. Hang keluar dengan jantan lain, aku pun nak keluar dengan betina lain.. Adakah itu cinta? Bahagiakah cinta seperti itu?
  • Cinta sejati - ...........????????????

Cinta sejati, pada pandangan kamezaim cinta sejati adalah satu perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata, tidak dapat ditulis dengan kertas dan pena, tidak dapat dipertontonkan dengan lakonan tapi cinta sejati adalah satu perasaan yang lahir dari hati yang penuh keikhlasan dan kejujuran. Tidak mengharap pasangannya yang sempurna, cukuplah dia terasa sempurna bila bersama dengan pasangannya. Cinta sejati adalah cinta yang lahir dari sebuah hati ke sebuah hati. Cinta sejati bukan lahir kerana harta mahupun rupa paras tapi cinta sejati lahir kerana kerana keikhlasan hati. Cinta sejati tidak memandang pada harta kerana harta tidak selamanya kan kekal. Cinta sejati juga tidak memandang pada rupa paras kerana rupa paras mampu berubah dari masa ke semasa. Cinta sejati memerlukan pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, kesucian, keyakinan, keimanan dan yang paling penting adalah keredhaan dari DIA cinta kita yang abadi..

Cinta sejati lahir dari 4 jenis cinta :-

  • Cinta kepada Allah.
  • Cinta kepada Ibu dan ayah.
  • Cinta kepada diri sendiri.
  • Cinta kepada sesama saudara.

InsyaAllah, jika ada 4 jenis cinta itu maka lahirlah cinta sejati yang kita cari selama ini..

Itu pandangan dan pendapat dari kamezaim, tapi tak tahulah bagaimana pula pandangan dan pendapat dari anda. Kalau ada yang sudi berkongsi, silakanlah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

17 January 2009

Semenanjung Gaza..




















Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T,
Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau tabahkanlah hati mereka,
Kau hancurkanlah rejim zionis dari muka bumi ini,
Hanya kepada-MU aku meminta dan kepada-Mu jua aku berserah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

30 December 2008

Tiada Tuhan Yang Di Sembah Melainkan Allah S.W.T..

Assalamualaikum..
Maafkan kamezaim kerana agak lama menyepi di dalam dunia blogger ini. Bukan apa, tuntutan tugas memaksa kamezaim untuk melupakan seketika dunia blogger ini. Tapi alhamdulillah, kamezaim masih di izinkan Allah S.W.T untuk meneruskan kehidupan sehingga ke saat ini yang sentiasa penuh dengan cabaran dan dugaan. Kamezaim berharap agar saudara-saudari semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.

Tujuan kamezaim menulis kali ini adalah untuk meluahkan rasa kecewa, marah dan sebagainya. Tentu ada yang tertanya-tanya, kenapa agaknya kamezaim memasukan kalimah Allah untuk postingan kali ini. Sebenarnya, kamezaim kecewa dengan sikap segelintir manusia yang sudah lupa pada asal-usulnya. Dari mana dia datang dulu dan ke mana dia akan pulang nanti. Seolah-olah zaman yang serba moden ini telah merubah segalanya. Kalau di zaman Rasullullah dulu hanya di penuhi dengan unta sebagai binatang tunganggan, tapi zaman sekarang sudah di penuhi dengan kenderaan-kenderaan yang serba canggih dan mewah. Kalau di zaman Rasullullah dulu hanya kitab Al-Quran di dalam bahasa jawi yang menjadi pedoman dan ikutan buat seluruh umat Islam pada ketika itu, tapi sekarang sudah banyak ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa hingga mampu mengelirukan umat Islam di zaman ini. Kerana, dalam keadaan kita sedar atau tidak, ayat-ayat suci Al-Quran sudah banyak yang di ubah suai oleh mereka yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa agama Islam itu adalah agama yang suci. Menambahkan lagi sedih di hati kamezaim apabila orang yang menghina dan menafikan kebenaran ajaran agama Islam itu adalah anak-anak bangsa melayu yang beragama Islam. Kalau mereka tak mahu percaya pada ajaran agama Islam, itu masalah mereka.Itu mereka jawablah sendiri dengan Allah S.W.T nanti. Tapi jangan sampai mempengaruhi umat Islam yang lain.

Kalau undang-undang di negara Makkah, siapa yang mencuri akan di potong tangannya. Betapa takutnya orang untuk mencuri hinggakan peniaga-peniaga hanya menutup barang yang dijualnya dengan sehelai kain dan menuju ke masjid untuk menunaikan solat tanpa rasa ragu-ragu. Tapi di Malaysia, pencuri hanya di kenakan tindakan sebat ataupun penjara. Yang tidak membawa apa-apa kesan kepada pencuri tersebut jika nak dibandingkan dengan pencuri yang sudah di potong tangan yang pasti akan membawa kesan seumur hidupnya.

Begitu juga dengan zina, kalau di negara Makkah, sesiapa yang melakukan zina akan di rejam dengan batu sampai mati. Hinggakan orang takut untuk melakukan zina di sana. Tetapi di Malaysia, kepada yang melakukan zina hanya di kenakan denda atau penjara.

Kalau undang-undang di negara Makkah, kepada sesiapa yang menghina agama Islam akan di kenakan tindakan....???. Anda fikirlah sendiri..

Kamezaim bukan nak pertikaikan undang-undang di negara Malaysia, tapi mungkin kerana undang-undang itulah segelintir masyarakat Malaysia tidak takut mahupun gentar untuk melakukan jenayah. Kamezaim tahu bahawa negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama, mungkin agak sukar untuk melaksanakan undang-undang seperti di negara Makkah tapi tidak bolehkah sekiranya undang-undang seperti itu di pertimbangkan? Kalau agama lain dapat menerima agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia, kenapa tidak mereka boleh menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang rasmi negara Malaysia..

Kepada mereka yang menghina agama Islam atau yang cuba mencemarkan kesucian agama Islam, kamezaim nasihatkan agar mereka lupakan saja niat mereka itu. Ini kerana, sesungguhnya tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah S.W.T, sesungguhnya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, Kaabah adalah kiblat ku dan Al-Quran adalah kitab ku..

Dengan kesempatan ini, kamezaim ingin mengucapkan salam maal hijrah buat saudara-saudaraku sekalian. Marilah kita renungkan bersama wahai saudara-saudaraku sekalian..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

13 October 2008

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Mati..

"TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI"

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

"TANDA 40 HARI"

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


"TANDA 7 HARI"

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

"TANDA 3 HARI"

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.


Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

"
TANDA 1 HARI"

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.


"TANDA AKHIR"

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 September 2008

Kisah Ashabul Kahfi..

Kisah ini begitu tersohor. Dengan kekuasaan-Nya, Allah Subhanahu wa Ta’ala menidurkan sekelompok pemuda yang berlindung di sebuah gua selama 309 tahun. Apa hikmah disebalik semua ini?

Ashhabul Kahfi adalah para pemuda yang diberi taufik dan ilham oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga mereka beriman dan mengenal Rabb mereka. Mereka mengingkari keyakinan yang dianut oleh masyarakat mereka yang menyembah berhala. Mereka hidup di tengah-tengah bangsanya sembari tetap menampakkan keimanan mereka ketika berkumpul sesama mereka, sekaligus kerana kuathir akan gangguan masyarakatnya. Mereka mengatakan:

رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُوْنِهِ إِلَهًا لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا

“Rabb kami adalah Rabb langit dan bumi, kami sekali-kali tidak akan menyeru Rabb selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang jauh.” (Al-Kahfi: 14)
Yakni, apabila kami berdoa kepada selain Dia, bererti kami telah mengucapkan suatu شَطَطًا (perkataan yang jauh), iaitu perkataan palsu, dusta, dan zalim.
Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan perkataan mereka selanjutnya:

هَؤُلاَءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُوْنِهِ آلِهَةً لَوْلاَ يَأْتُوْنَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللهِ كَذِبًا

“Kaum kami ini telah mengambil sesembahan-sesembahan selain Dia. Mereka tidak mengajukan alasan yang terang (tentang keyakinan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?” (Al-Kahfi: 15)
Ketika mereka sepakat terhadap persoalan ini, mereka sedar, tidak mungkin menampakkannya kepada kaumnya. Mereka berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar memudahkan urusan mereka:

رَبَّنَاآتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

"Wahai Rabb kami, berilah kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami." (Al-Kahfi: 10)
Mereka pun menyelamatkan diri ke sebuah gua yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala mudahkan bagi mereka. Gua itu cukup luas dengan pintu menghadap ke utara sehingga sinar matahari tidak langsung masuk ke dalamnya. Kemudian mereka tertidur dengan perlindungan dan pegawasan dari Allah selama 309 tahun. Allah Subhanahu wa Ta’ala buatkan atas mereka pagar berupa rasa takut meskipun mereka sangat dekat dengan kota tempat mereka tinggal. Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri yang menjaga mereka selama di dalam gua. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِيْنِ وَذَاتَ الشِّمَالِ

“Dan Kami bolak-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri.” (Al-Kahfi: 18)
Demikianlah agar jasad mereka tidak dirosak oleh tanah. Setelah tertidur sekian ratus tahun lamanya, Allah Subhanahu wa Ta’ala membangunkan mereka لِيَتَسَاءَلُوا (agar mereka saling bertanya), dan supaya mereka pada akhirnya mengetahui hakikat yang sebenarnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَذِهِ إِلَى الْمَدِْينَةِ

"Berkatalah salah seorang dari mereka: ‘Sudah berapa lama kalian menetap (di sini)?’ Mereka menjawab: ‘Kita tinggal di sini sehari atau setengah hari.’ Yang lain berkata pula: ‘Rabb kalian lebih mengetahui berapa lamanya kalian berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kalian pergi ke kota membawa wang perakmu ini’.” (Al-Kahfi: 19)
Di dalam kisah ini terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah yang nyata. Di antaranya:
1. Walaupun menakjubkan, kisah para penghuni gua ini bukanlah ayat Allah yang paling ajaib. Kerana sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mempunyai ayat-ayat yang menakjubkan yang di dalamnya terdapat pelajaran berharga bagi mereka yang mahu memerhatikannya.
2. Sesungguhnya siapa saja yang berlindung kepada Allah, nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala melindunginya dan lembut kepadanya, serta menjadikannya sebagai sebab orang-orang yang sesat mendapat hidayah (petunjuk). Di sini, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bersikap lembut terhadap mereka dalam tidur yang panjang ini, untuk menyelamatkan iman dan tubuh mereka dari fitnah dan pembunuhan masyarakat mereka. Allah menjadikan tidur ini sebagai bagian dari ayat-ayat (tanda kekuasaan)-Nya yang menunjukkan kesempurnaan kekuasaan Allah dan berlimpahnya kebaikan-Nya. Juga agar hamba-hamba-Nya mengetahui bahwa janji Allah itu adalah suatu kebenaran.
3. Anjuran untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat sekaligus mencarinya. Kerana sesungguhnya Allah mengutus mereka adalah untuk hal itu. Dengan pembahasan yang mereka lakukan dan pengetahuan manusia tentang keadaan mereka, akan menghasilkan bukti dan ilmu atau keyakinan bahwa janji Allah adalah benar, dan bahwa hari kiamat yang pasti terjadi bukanlah suatu hal yang perlu disangsikan.
4. Adab kesopanan bagi mereka yang mengalami kesamaran atau ketidakjelasan akan suatu masalah ilmu adalah hendaklah mengembalikannya kepada yang mengetahuinya. Dan hendaknya dia berhenti dalam perkara yang dia ketahui.
5. Sahnya menunjuk wakil dalam jual beli, dan sah pula kerjasama dalam masalah ini. Kerana adanya dalil dari ucapan mereka dalam ayat:

فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَذِهِ إِلَى الْمَدِيْنَة

“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota membawa wang perakmu ini.” (Al-Kahfi: 19)
6. Boleh memakan makanan yang baik dan memilih makanan yang disenangi atau sesuai selera, selama tidak berbuat israf (boros atau berlebihan) yang terlarang, berdasarkan dalil:

فَلْيَنْظُرْ أَيُّهَا أَزْكَى طَعَامًا فَلْيَأْتِكُمْ بِرِزْقٍ مِنْهُ

"Hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu." (Al-Kahfi: 19)
7. Melalui kisah ini kita dianjurkan untuk berhati-hati dan mengasingkan diri atau menjauhi tempat-tempat yang dapat menimbulkan fitnah dalam agama. Dan hendaknya seseorang menyimpan rahsia sehingga dapat menjauhkannya dari suatu kejahatan.
8. Diterangkan dalam kisah ini betapa besar kecintaan para pemuda yang beriman itu terhadap ajaran agama mereka. Dan bagaimana mereka sampai melarikan diri, meninggalkan negeri mereka demi menyelamatkan diri dari segenap fitnah yang akan menimpa agama mereka, untuk kembali pada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
9. Disebutkan dalam kisah ini betapa luasnya akibat buruk dari kemudaratan dan kerosakan yang menumbuhkan kebencian dan upaya meninggalkannya. Dan sesungguhnya jalan ini adalah jalan yang ditempuh kaum mukminin.
10. Bahwa firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

قَالَ الَّذِيْنَ غَلَبُوا عَلَى أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِمْ مَسْجِدًا

“Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: ‘Sungguh kami tentu akan mendirikan sebuah rumah ibadah di atas mereka’.” (Al-Kahfi: 21)
Di dalam ayat ini terdapat dalil bahwa masyarakat di mana mereka hidup (setelah bangun dari tidur panjang) adalah orang-orang yang mengerti agama. Hal ini diketahui karena mereka sangat menghormati para pemuda itu sehingga sangat berkeinginan membangun rumah ibadah di atas gua mereka. Dan walaupun ini dilarang –terutama dalam syariat agama kita– tetapi tujuan diceritakannya hal ini adalah sebagai keterangan bahwa rasa takut yang begitu besar yang dirasakan oleh para pemuda tersebut akan fitnah yang mengancam keimanannya, serta masuknya mereka ke dalam gua telah Allah Subhanahu wa Ta’ala gantikan sesudah itu dengan keamanan dan penghormatan yang luar biasa dari manusia. Dan ini adalah ketetapan Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap orang yang menempuh suatu kesulitan karena Allah, di mana Dia jadikan baginya akhir perjalanan yang sangat terpuji.
11. Pembahasan yang berbelit-belit dan tidak bermanfaat adalah suatu hal yang tidak pantas untuk ditekuni, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

فَلاَ تُمَارِ فِيْهِمْ إلاَّ مِرَاءً ظَاهِرًا

“Karena itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang keadaan mereka, kecuali pertengkaran lahir saja.” (Al-Kahfi: 22)
12. Faedah lain dari kisah ini bahwasanya bertanya kepada yang tidak berilmu tentang suatu persoalan atau kepada orang yang tidak dapat dipercaya, adalah perbuatan yang dilarang. Karena Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan:

وَلاَ تَسْتَفْتِ فِيْهِمْ مِنْهُمْ أَحَدًا

"Dan jangan pula bertanya mengenai mereka (para pemuda itu) kepada salah seorang di antara mereka itu." (Al-Kahfi: 22)
Wallahu a’lam.



Penulis : Al-Ustaz Abu Muhammad Harits Abrar Thalib


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

10 September 2008

Hati Seorang Mujahidah..


SUMAYYAH BINT KHABAT
(Hati Seorang Mujahidah)
(Bahasa Inggeris)

Three brothers set out from yemen to go to mekkah. They heard about this city and wanted to experience its culture and to partake of it various social activities. One was named yasir and the other two were named harith and malik. The lateer two left to return home to yemen after some time, but yasir liked living there so much that he decided to stay on permanently. According to the custom of the time he got the sponsorship and support of abu huthaifah bin Abdullah makhzoomi, and became his companion and partner. As they go to know each other better, they took a liking to each other. Abu huthaifah had a very intelligent and sensible slave girl in his house, Sumaayyah. In due course of time she got married to Yasir.

It was a happy marriage and soon they had a son whom they names ‘Ammer. Abu huthaifah was very kind, loving and generous man, and he liberated the family from bondage, but he continued to keep good terms with them and very often helped them with cash as well. Yasir had two more sons, whom he named Abdullah and hareeth. The latter was murdered before the advent of islam, and with this tragedy it seemed ill fortune started to haunt the family.

Sumayyah bint Khabat r.a was one of the first seven people to be enlightened by Islam and swear allegiance to the prophet saw. She is among the foremost of the greatest women companion. Islam is unique in the sense that a persons value does not deoend on colour, race, language sex or nationality. The norms are purity of heart and goodwill towards all. As Allah says “ Verily the most honourable of you with allah is that (believer) who is most pious”. (49:13)

Thus a person who wishes for his fellow human beings what he wishes for himself, who is kind to his fellow human beings for the sake of Allah S.W.T. , is the onewho fulfils the conditions of the test set by him

The seven people who first accepted islam were the following:
Abu Baker siddique, Ali bin Talib, Khadijah, zain bin Harith, Sumayyah bint Khabat, ‘Ammar bin Yasir, Bilal bin Abi Rabiah ( not set in order)

The Quraish of mekkah could not harm the prophet saw because of the power and position of his uncle abu Talib. Abu bakkar siddique was also a very powerful man because of the wealth of his tribe and his own personal influence. But the common muslim whether man or womanwas not spared any imaginable torture or torment.

Sumayyah bint khabat r.a , her husband and her son amaar were very often the targets for the cruelty of the qureish. On one occasion as the prophet saw was passing by the market place he saw all three members of the family being put through the worst form of torture possibler. But he prophet saw was so helpless that there was no way he could rescue them. He could only console them and said, “be patient o family of Yasir! For your final destination is Paradise”

Uthman ra also narrated that the prophetsaw used to say these words to comfort the family. One ‘Ammer managed to escape and reach the prophet saw. He then asked when this persecution of the innocent muslims would end, and when they would be able to breathe peacefully. He said things were going beyond all limits. The prophet saw then comforted him with a prayer to Allah to prtect and save the family of Yasir from the hell fire.

Abu jalh gave sumeyya bint khabat the worst kind of punishment, but she did not waver even for a second and remained as steady as a rock. He tried to pressure, cajole with and threaten her to recant, but she bluntly refused. He could not accept the fact that she could resist him so stubbornly and in out of rage he thrust his spear into her. This proved to be a fatal blow, and she died. Thus aumeyya bint khabat had the distinction of being the first woman martyr of islam. This incdent took place seven years before the hijrah. Then her husband also fell victim to the tirture of the Quraish and he also died. After the martyrdom of both the parents, ‘Ammar took a special place in the affections of the prophet saw. He used to address him lovingle as ibn Sumeyyah. He proohet saw often spoke of the family of yasir in the highest terms of praise.

Abdullah bin Mas’ood r.a. says the prophet saw once said that when dissensions and disputes appeared among the people Ibn Sumeyyah would always stand by the right and just.
This family sacrificrd their lives, all in order to nourish the truth and also to earn rewards for the hereafter. It is about people like these that Allah says:

“ Verily, Allah has purchased of the believers their lives and their properties for (the price) that theirs shall be the paradise. They fight in Allahs cause so they kill (others) and are killed. It is promise in truth which is binding on him in the taurat and the injeel and the quran. And who is truer to his covenant than Allah? Then rejoice in the bargain that you have concluded. Hat is the supreme success” ( 9:111)

(Bahasa Melayu)

Sumaiyah binti Khabbab merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar. Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhamad s.a.w di Mekah.

Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.

Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian akidah Islam. Antaranya: Pertama, berani menyatakan yang hak. Kedua, Sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah. Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam. Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Seksaan Terhadap Sumayyah Sekeluarga :

Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
Rumah mereka dibakar
Dicucuk dengan besi panas
Ditikam dengan lembing
Dicungkil biji mata
Dibenam ke dalam air


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP