Showing posts with label Suka-Suka. Show all posts
Showing posts with label Suka-Suka. Show all posts

29 December 2012

Salam Tahun Baru..

Assalamualaikum...

Apa khabar semua teman2 kamezaim di sini?. Harap semuanya sihat senantiasa. Kamezaim pun dah tak ingat bila kali terakhir kamezaim update blog ni.. hehe Makin lama makin pudar minat pada berblog tapi sayang pada blog ni tetap ada.. huhu

Apapun, di kesempatan ini kamezaim ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua teman2 kamezaim di sini. Semoga dengan hadirnya tahun baru ini, apa yang dihajati sebelum ini telahpun tercapai. Sepanjang tahun 2012 ini pasti banyak kenangan suka-duka yang tak mungkin kita dapat lupakan. Yang pahit menjadi pengajaran, yang manis menjadi kenangan dan derita menjadi pengalaman.

Mungkin hari ini kita derita, mungkin hari ini kita susah tapi siapa tahu esok hari. Mungkin yang miskin menjadi kaya, yang kaya menjadi papa kedana. Apa yang penting ialah, bila kita senang jangan kita lupa tatkala kita susah. 

Dulu seorang kini berdua, esok lusa mungkin bertiga.. Semuanya di tangan takdir. Kita hanya berusaha namun Allah yang menentukan. Semoga berakhirnya 2012 dengan penuh kenangan dan pengertian. Azam 2012 sudah terlaksana ke??.. hehe

Apakan azam 2013 anda?. Azam 2013 kamezaim adalah menjadi yang terbaik daripada sekarang. Semoga 2013 yang bakal tiba ini kan lebih bermakna dalam hidup kita.

Anyway, kamezaim ingin memohon maaf andai ada salah dan silap. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah S.W.T... amin.

Wassalam..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

27 September 2009

Memori Menjelang Aidilfitri..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, raya aidilfitri tahun ini semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Bersyukur kamezaim kerana akhirnya terubat jua kerinduan yang telah sekian lama membekam di hati ini terhadap ayahnda kamezaim. Kamezaim mula bertolak ke kampung pada hari khamis pukul 9:00 PM. Sampai di kampung pada pukul 3:00 AM. Ketika menyusuri jalan ke rumah, terasa sunyi dan syahdunya. Sudah tiada lagi kemeriahan syawal seperti tahun-tahun sebelumnya. Segalanya sudah berubah. Kerana terlalu letih, setibanya di rumah terus kamezaim tidur. hehe Masa tu ayahnda kamezaim tiada di rumah, dia terpaksa bekerja.

Dekat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat kamezaim ambil untuk di jadikan kenang-kenangan.

"Ini adalah Ayahnda kamezaim"



"Ini pula adalah anak dara pinggitan. Kuikuikui..
Kalau dia baca mampus kamezaim.. hehe
Ini adalah kakak kamezaim yang nombor 2.
Masih single but still available. hehe"




"Ini anak buah kamezaim. Anak dari kakak kamezaim
yang nombor 1. Nama dia Husna. Yang dok tidur tu maaf ye,
gambar terlekat sekali.. haha"










"Ini anak buah kamezaim juga, nama dia Zarif Ikhwan.
Anak abang kamezaim yang nombor 4.."


"Ini anak buah kamezaim yang lagi satu.
Sebelah kiri tu Husna yang tadi dan yang sebelah kanan tu
adalah abang dia. Nama dia Afnan.
Anak buah kamezaim yang paling degil sekali!!.."





"Yang ini pulak macam mana nak citer ye..?? hehe
Ni semua keluarga sebelah sepupu kamezaim.
Ayah diorang ni adik kepada arwah mak kamezaim.
Yang baju merah dan yang tudung merah tu belum kahwin lagi.
Sesiapa yang nak mengorat, silalah.. hehe"





"Dan yang ini pula gambar di ambil ketika
tetamu datang ke rumah untuk beraya di pagi syawal.."




"Ini adalah video yang dirakam oleh kamezaim. Video ini pada asalnya adalah untuk menceritakan bagaimana cara untuk membuat ketupat. Tapi akhirnya semua sekali terlekat dalam video ini. hehe"



> Barisan Pelakon <

Zanariah (Kakcik) - Tukang Balut Ketupat.
............... (Bang E) - Juri Balut Ketupat.
Zarina (Kakna) - Tukang Mesin Nyok (Kelapa).
Zakaria (Abah) - Juri Masakan.
Noraziah (Kak Azie) - Pengasuh Sementara.
Husna & Afnan - Pembantu Jurukamera.
Zarif Ikhwan - Pelakon Tambahan.




* Al-Fatihah buat bonda kamezaim yang telah kembali ke rahmatullah pada 02 September 2007. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Walau hari-hari mendatang ku tempuhi hidup ini tanpa dirimu, terpaksa jua ku mengharunginya. Siapalah aku untuk melawan takdir yang sudah tertulis. Sesungguhnya aku redha tatkala ku kehilangan sebutir permata yang selama ini sentiasa menyinari di setiap langkah perjalanan hidupku. Bonda, kaulah ibuku yang satu..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

15 August 2009

Duit Oh Duit..

Assalamualaikum..
Apa khabar semua?. Rasa macam dah lama kamezaim tak updatekan. Walaupun tiada yang bertanya tapi tak mengapalah, biarlah kamezaim ceritakan sebabnya. Aik, kenapa plak tetiba je ada gambar monitor dekat atas tu?. Apa kena mengena dengan entry kali ni.. hehe

Sebenarnya, kamezaim lama tak buka komputer sebab monitor kamezaim yang lama dah buat hal. (Datang bulan lah katakan).. hehe Terpaksalah kamezaim cari penggantinya.. Dulu kamezaim pakai monitor View Sonic, sekarang kamezaim beli monitor Acer P205H ini pula. Apa boleh buat, masa nak simpan duit ni lah macam-macam nak rosak. Untuk pengetahuan semua, monitor yang baru ni boleh tahan lah jugak kehebatannya. Kiranya kamezaim berpuas hati walaupun harganya agak mahal iaitu :- RM 419.00.

Gambar yang terang, besar dan lebar tapi nipis. hehe Dekat bawah ni adalah serba sedikit mengenai monitor ni. Manalah tahu kalau-kalau ada yang nak beli.

-: Specifications :-

  • Model : Acer P205H Widescreen LCD Monitor
  • LCD Panel
  • Type : 20" wide-screen TFT Color LCD
  • Size : 20.0" W
  • Pixel Pitch : 0.276mm(H) x 0.276mm(v)
  • Brightness : 300cd/m2 (Typical)
  • Contrast : 20000:1 Max (ACM)
  • Viewable angle : 160° (H) 160° (V)
  • Response Time : 5ms
  • Video : RGB Analog Interface
  • H-Frequency : 30KHz - 80KHz
  • V-Frequency : 55-75Hz
  • Display Colors : 16.7M Colors
  • Dot Clock : 98MHz
  • Max. Resolution : 1600 x 900 @ 60Hz
  • Plug & Play : VESA DDCCI/DDC2B
  • Energy Star On Mode : 28 W (typ.)
  • Energy Star Sleep Mode : 0.97W (typ.)
  • Energy Star Off/Standby Mode : 0.75W (typ.)
  • Input Connector : D-Sub , DVI-D 24pin (only Dual-input model)
  • Input Video Signal : Analog:0.7Vp-p(standard),75 OHM, Positive, Digital signal (only Dual-Input Model)
  • Speakers : 1W x 2 (only Audio-Input Model)(Optional)
  • Maximum Screen Size : Horizontal: 442.8mm, Vertical: 249.075mm
  • Power Source : 100-240VAC, 50/60Hz
  • Environmental Considerations : Operating Temp: 5°C to 35°C
  • Dimensions : 478(W) x 368(H) x 190(D)mm
  • Weight : 4.25kg Unit (net)
* Info Tambahan : Anda tidak perlu lagi pergi ke tandas mencari cermin untuk mencungkil gigi anda, cukuplah sekadar anda mencungkil gigi anda di depan monitor ini. Ianya boleh juga di jadikan sebagai cermin solek anda.. ekekeek Kerana monitor ini dilengkapi dengan CrystalBrite. hehe (Ada orang cemburu beb.. )


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

03 August 2009

Lulus Ujian GDL (Bersendi)

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, bersyukur kamezaim ke hadrat ilahi kerana hari ini kamezaim lulus ujian GDL (Bersendi). Bermula ujian dari pukul 9:30 A.M hinggalah 3:00 P.M. Ujian terbahagi kepada 3 perkara iaitu :-

  1. Ujian 'cut in & cut out'.
  2. Ujian parking dan undur.
  3. Ujian jalan raya.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Seramai 10 calon yang menghadiri ujian tersebut, semuanya lulus dengan cemerlang. hehe Lepas ni bolehlah kamezaim pergi ajak dinda-dinda kamezaim pergi tengok wayang naik trailer.. haha Nak tahu siapa dinda-dinda kamezaim? Opsss... Rahsia beb.. hehe Tak boleh bagitahu, nanti si Idalara tu bikin gosip-gosip liar.. kah..kah..kah..

Wahai kawan-kawan sekalian, marilah kita mengundi untuk si dinda kamezaim sorang ni. Dia tengah bertanding siapa poster paling cun. Marilah kita vote dinda kamezaim ni iaitu dinda Ixora di sini. (Klik) Kamezaim ajak dia tengok wayang tapi dia tak sudi arr, dia kata dia tak minat tengok wayang. Adakah itu satu alasan? kawan-kawan semua boleh tolong ke?? hehe..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

03 July 2009

Lulus Ujian Lesen 'E'..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah... Itulah perkataan yang pertama kamezaim ucapkan setelah menerima salinan laporan ujian yang menyatakan bahawa kamezaim LULUS ujian untuk lesen 'E'. Walaupun belajar memandu hanya 2 kali untuk bukit dan parking manakala 1 kali untuk jalan raya, namun akhirnya kamezaim lulus juga. Kamezaim bukan takut apa, pertama sekali kalau gagal mestilah tak dapat nak buat lesen dan nak kena buat ujian ulangan, tapi yang paling kamezaim tak nak kalau gagal sebab nak kena bayar lagi RM 200.00 untuk buat ujian ulangan. Rm 200.00 tu beb, boleh makan 3 minggu.. hehe Kamezaim pun bukannya orang senang..

Sekarang ni kamezaim bawa kereta tak ada lesen lerr.. hehe Lesen kamezaim cikgu sekolah memandu tu ambil untuk bawa pergi ke JPJ untuk tambah lesen kelas E. Mungkin hari rabu baru siap.. haha Kena naik teksi lah jawabnya.. hehe

Tapi, sebenarnya ujian yang harus kamezaim tempuh bukan hanya setakat ini saja. Sekarang kamezaim baru ada lesen E tapi kamezaim belum ada lagi GDL (Bersendi). Selepas lesen E tu siap barulah kamezaim boleh buat ujian untuk GDL (Bersendi) pula. Panjang cerita lagi.. hehe

Kamezaim bersyukur sangat sebab dapat lulus. Masa kamezaim buat ujian tadi, ramai juga orang lain yang gagal. Awek yang buat ujian kereta dengan motorsikal bukan main ramai lagi. Cantik-cantik plak tu.. hahaha Datang nak buat ujian tapi berpakaian macam nak pergi kelab malam je.. haha Terbeliak biji mata pegawai JPJ tu.. hehe Yang paling best masa awek-awek tu buat ujian brek (motorsikal). Kena laju dan kemudian brek, macam nak terkeluar je benda dekat atas tu.. haha Kalau tidak, kamezaim nak pergi tolong kutipkan.. hehe

Hehe Doakan kamezaim lulus untuk ujian GDL (Bersendi) pula ye..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

14 June 2009

Lesen E & GDL (Bersendi)

Assalamualaikum..
Apa khabar semua?. Rasa-rasa dah lama kamezaim tak update dekat sini kan. hehe Terima kasih kamezaim ucapkan pada mereka yang tak pernah jemu untuk bertandang ke sini. Sesungguhnya kehadiran anda itu adalah suatu yang amat bererti buat diri kamezaim.

Aik, kenapa plak tetiba je ada gambar 'Prime Mover' dekat atas tu?. Apa kena mengena Prime Mover tu dengan entry kali ni??. hehe Sebenarnya, kamezaim dalam proses untuk memiliki Lesen E & GDL (Bersendi) yang membolehkan kamezaim untuk membawa jentera berat seperti di atas. Tidak salah kiranya kita tidak mempunyai kenderaan tersebut tapi kita mempunyai lesen untuk membawa kenderaan tersebut. Kerana Lesen itu adalah satu aset buat kita dan dalam sedar atau tidak ianya pasti akan berguna pada suatu masa yang kita tidak pernah menjangkakannya. Jadi, setelah kamezaim berfikir seperti itu, kamezaim mengambil keputusan untuk menambah lagi satu Kelas Lesen iaitu Lesen E. InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi mungkin kamezaim akan menambah lagi satu Kelas Lesen iaitu Lesen H.

Kamezaim sudah dapat Lesen Belajar Memandu Kelas E, dan sekarang sudah 3 kali belajar membawanya. Hehe Hari ini kamezaim ada QTI (Ujian Penilaian Memandu), alhamdulillah kamezaim lulus untuk ujian itu. Dan sekarang kamezaim menanti tarikh untuk ujian dengan JPJ pula. Hehe Doakanlah agar kamezaim berjaya dan lulus dalam ujian tersebut. Bila dah lulus ujian dengan JPJ itu, barulah kamezaim dapat Lesen E. Tapi ianya tidak berakhir di situ saja, kamezaim kena lah pula pergi untuk ujian GDL (Bersendi). Lesen E adalah lesen untuk membawa lori manakala GDL (Bersendi) adalah lesen/permit untuk membawa muatan seperti barangan. Bila ujian untuk GDL (Bersendi) sudah lulus, barulah kamezaim berkelayakan untuk membawa Prime Mover, itu kata pihak JPJ lah.. hehe

Kos untuk kamezaim mendapatkan Lesen E dan GDL (Bersendi) adalah RM 2,500.00. Mahal atau tidak, itu kamezaim tak tahulah. Yang penting kamezaim dapat apa yang di hajati. Jika gagal dalam sesi ujian dengan JPJ, untuk membuat sesi ujian ulangan haruslah membayar sebanyak RM 200.00. Harap-harap kamezaim lulus dalam ujian tersebut..

Jangan memandang rendah pada seorang yang bergelar pemandu lori terutama pemandu Prime Mover. Sepatutnya kita harus respect pada pemandu lori tersebut kerana dia berjaya memiliki Lesen E dan GDL (Bersendi). Untuk pengetahuan anda, bukan senang untuk memiliki Lesen E dan GDL tersebut. Setelah kamezaim melaluinya, barulah kamezaim tahu bahawa kesusahannya. Banyak yang harus di pelajari sebelum layak untuk memiliki lesen tersebut. Bagaimana cara untuk menaiki bukit dan tayar hadapan harus berhenti di tengah-tengah garisan kuning. Jika anda membawa kereta mungkin ianya mudah tapi ini tidak semudah kita membawa kereta. Selepas itu kena belajar bagaimana nak buat parking. Air-cond tak boleh buka, hanya Allah saja lah yang tahu macam mana panasnya. Baju seluar dah basah macam baru lepas terjun dalam sungai je.. hahaha Setakat kena maki hamun tu jangan cakaplah, seakan-akan berada di dalam kem tentera jugalah.. hehe Cuma tak kena tekan tubi atau lari keliling padang je lah.. hehe Tapi sedikit pun kamezaim tak terasa hati dengan jurulatih tersebut, malah kamezaim menghormatinya kerana kamezaim tahu bukan mudah atau senang bagi seseorang itu untuk memiliki Lesen E Bersendi. Lesen E bersama GDL (Bersendi) adalah lesen kepada segala bapak-bapak lori yang ada. Prime Mover mempunyai 3 kategori, iaitu ada yang 8 gear, ada yang 15 gear dan ada juga yang 18 gear. Tapi 18 gear rasanya belum ada di Malaysia.

Doakan kamezaim lulus dalam ujian tersebut ok..

doa


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

27 May 2009

Dinda Oh Dinda..

Oh dinda..
Hatiku sunyi tanpa iringan khabarmu
Di manakah dinda berada ketika ini
Tahukah dinda bahawa dinda
Sentiasa berada di ingatan kanda..

Oh dinda..
Janganlah dinda pergi jauh dari kanda
Tak sanggup kanda menahan rasa rindu di hati
Mengapa kanda harus merindui dinda
Kanda sendiri pun tidak mengerti..

Oh dinda..
Kaulah temanku
Mungkin kanda bukanlah teman terbaik buat dinda
Namun dinda adalah teman terbaik buat kanda
Biarlah kanda mengabadikan wajah dinda
Mana tahu selepas ini kita tidak kan bersua lagi
Sungguh pilu rasa di hati..

Oh dinda..
Apalah kanda merepek di malam-malam begini
Mungkin kanda dah buang tabiat agaknya
Atau mungkin jua kanda sudah berjangkit
Dengan adinda D..

P/s : Aduh, harap-harap husband dinda E & dinda D tak datang serang kamezaim.. doa

Jangan marah ye.. hehe Rasa-rasa korang lah kan, wajah siapakah yang berada di dalam gambar di atas?? hehe Buat empunya wajah tersebut, janganlah datang ketuk pintu rumah kamezaim ye.. haha tumbuk


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

16 May 2009

Selamat Hari Guru..




Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Harap sihat-sihat lah ye.. hehe Kamezaim nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada mereka yang bergelar guru. Terima kasih kamezaim ucapkan kepada cikgu-cikgu yang telah mendidik kamezaim pada suatu ketika dulu. Segala jasa dan pengorbanan mu akan ku abadikan di dalam memori ini. Tanpamu aku tak mungkin bisa mengenal huruf dan tanpamu jua tak mungkin aku bisa mengira darab, tolak, tambah dan bahagi. hehe Tapi bukan semua orang yang bergelar cikgu adalah benar-benar cikgu. Ada juga yang hanya mementingkan diri sendiri malah langsung tidak ambil peduli hal-hal anak muridnya. Sampai sekarang kamezaim tak lupa apa yang seorang cikgu kamezaim ni kata pada kamezaim,.. " Korang nak belajar atau tak, cikgu tak kisah. Sebab, cukup bulan cikgu dapat gaji..". Adakah itu jiwa seorang guru? Dimana tanggungjawabnya untuk mendidik anak bangsa? Renungkanlah..

Kenangan zaman sekolah adalah kenangan yang cukup best sekali.. hehe Dulu kamezaim datang sekolah pukul 7.30 pagi, masuk kelas tunggu sampai cikgu ambil kedatangan. Lepas tu cikgu pandang je papan hitam nak menulis, separuh kelas dah hilang.. hehe Termasuklah kamezaim.. haha Nak keluar pintu depan takut sebab ada pak guard, apa lagi panjat lerr pagar belakang sekolah. Selalunya lepas je, no problem.. Tapi ada juga yang kantoi.. hehe Kamezaim kena tampar dengan cikgu disiplin sampai merekah kulit muka. Darah jangan cakap lerr.. hehe Buntut ni jangan citer lah, dah lali kalau setakat dengan rotan cikgu yang ada perlbagai size tu.. haha Bergaduh sana, bertumbuk sini.. Dengan cikgu pun bergaduh.. Baling menja, baling kerusi.. Dah macam pesta pun ada.. haha Kira sekolah kamezaim dulu tu kena order kerusi meja tiap-tiap bulan lerr.. haha Kalau setakat rokok, biasa je.. haha Tak payah beli bawa masuk sekolah, dalam sekolah tu pun dan ada supplier.. haha Rasa-rasa korang sape? hehe Jangan terkejut ok, supplier tu adalah cikgu disiplin tu jugak. hehe Dia cakap, kalau nak hisap rokok boleh tapi kena hisap sekali dengan cikgu. Dekat sekolah tu ada bilik khas untuk cikgu merokok. Lepas makan je mesti terus pergi ke bilik tu,.. Kamezaim pun tak tahu kenapa dulu dia bukan main marah kalau kami hisap rokok tapi sekarang dia pula yang jadi pembekal rokok.. hehe Mungkin dia pun dah tak larat nak marah kami lagi kot masa tu.. haha

Masa kamezaim dalam kelas, ada seorang cikgu ni kan..kan.. Dia ajar sains. Cikgu ni belum kahwin lagi tapi pakaian dia fuh.. Macam Madona.. haha Bila berjalan je mesti buntut cikgu ni bergoyang ke kiri pastu ke kanan.. haha Yang dekat atas tu jangan citer lah beb, dah macam buah pelam luruh tapi tersangkut dekat celah ranting.. wakakaka Masa cikgu ni mengajar je mesti penuh kelas, sorang pun tak ponteng. Kalau demam pun nak juga datang sekolah.. haha

Tapi, mungkin sekarang kebanyakan cikgu yang mengajar kamezaim dulu dah tiada lagi. Seorang demi seorang kamezaim dapat berita yang mereka dah meninggal ataupun dah bersara. Rasa kalau dapat jumpa mereka lagi tentu best kan, tapi kamezaim sendiri pun dah tak tahu mana mereka berada sekarang. Rasa teringin je nak masuk sekolah balik, boleh lari sana sini. Boleh kena penampar dengan cikgu, boleh kena rotan dengan cikgu, boleh tengok buntut cikgu.. haha Apapun, kamezaim nak ucapkan selamat hari guru kepada mereka yang bergelar guru. Tidak lupa juga pada blogger-blogger seperti Cikgu Azi (Tirai Hidup), Cikgu Iman (Secebis Keajaiban), Cikgu Azza (Sedetik Hati), Cikgu Su (Suzanalelawatty), Cikgu Yuziyana dan lain-lain lagi.. Semoga anda semua terus menabur bakti setulus hati demi mendidik anak-anak bangsa..



P/s - Kalau cikgu disiplin macam gambar di atas ni ok tak rasa-rasa korang? haha


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

13 May 2009

Selamat Hari Jururawat..

Assalamualaikum..
Hehehe Kamezaim nak ambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Jururawat kepada seluruh warga jururawat di Malaysia. Walaupun mungkin dah terlepas waktunya tapi tak mengapalah.. hehe Terima kasih juga kamezaim ucapkan di atas segala bakti dan jasa yang telah anda taburkan demi memikul tanggungjawab sebagai seorang jururawat. Semua orang mampu untuk menjadi seorang jururawat tapi tak semuanya mampu untuk memikul tanggungjawab atau dalam erti kata lain mampu untuk menjadi seorang jururawat yang sebenar-benarnya jururawat.. hehe Jururawat adalah satu pekerjaan yang mulia.. hehe

Kamezaim tak kan lupa waktu kamezaim kena cucuk dengan seorang jururawat wanita ni. Dia datang dekat kamezaim dengan penuh senyum. Fuh, terus rasa nak mengorat.. Bila dia pakai baju putih tu, aduh sungguh ayu perwatakannya.. hehe Datang buat-buat tanya dekat kamezaim, dah makan ke belum, malam ni pergi mana la dan macam-macam lagi lerr.. Kamezaim pun jawablah dengan penuh perasaan, dalam hati dok kata mesti misi ni dah jatuh hati dekat aku.. hahaha Lepas tu dia suruh pusing kiri, kamezaim pun pusing kiri lerr.. Dalam hati dok fikir, ish pasai apa plak misi ni suruh pusing kiri.. Nak tidur sebelah aku kot... hehe Lepas tu dia suruh longgarkan sikit zip seluar, aduh kamezaim kata dalam hati.. Ni mesti husband misi ni dah pergi oversea 3 bulan ni.. haha Lepas tu dia turunkan sikit seluar kamezaim, aduh malunye masa tu.. hehe Nape tak je dia turunkan sampai habis yerr.. hehe Lepas tu rasa sejuk je buntut kamezaim, rasa macam dah besar gunung averest dah buntut kamezaim.. haha Lepas tu kan.. nak tahu kerr... Aduh, hanya Allah jerr yang tahu macam mana rasa ketika tu.. hehe Mengelupur kamezaim atas katil tu.. hehe Patutlah banyak sangat misi yang datang, rupa-rupanya dah stand-by nak pegang kaki kamezaim.. haha Kamezaim tanya kenapa sakit sangat misi, sebelum ni pernah juga cucuk tapi tak de lah sampai macam ni.. Aduh.. Aduh.. Semua misi tu ketawa je dekat kamezaim.. Kurang asam betul punya misi.. Dia tak tahu yang kamezaim dah rasa macam dah tak ada kaki je lagi.. Wuargh.. Wuargh.. Lepas tu misi tu cakap dia cucuk ubat anti-biotik, ubat ni memang sakit bila dah masuk dalam badan. Lepas tu kamezaim tanya kenapa tak cakap awal-awal nak cucuk, lepas tu misi tu jawab.. Kalau bagitahu awal-awal tentuk awak cabut lari.. Lepas tu mereka boleh ketawa plak dekat kamezaim.. Ish.. Ish.. Tahu lah buntut kamezaim handsem, janganlah ketawa kuat-kuat sangat.. hehe Start dari kena cucuk tu (pagi) sampai ke petang pun berjalan macam tongkang pecah je.. Aduh.. Semua orang pakat tengok jerr.. Ish.. Ish.. Sadisnya.. Tapi kan.. Kan.. Kan.. Yang penting sampai sekarang misi tu jadi kawan kamezaim.. haha Lepas je kena cucuk terus mintak nombor hp.. haha Tak sangka plak misi tu nak bagi.. Masa dia bagi pun dengan senyuman yang manja.. haha Hilanglah sekejab sakit tu.. hehe Mungkin misi tu dah jatuh hati dekat buntut kamezaim agaknya.. hehe Lepas tu, setiap kali jumpa je mesti misi tu tanya.. " Abang, macam mana dengan buntut tuu.. Dah tak jadi gunung averest lagi kerr..".. Fuh, masa tu rasa macam nak je suruh dia jalan sorang-sorang.. haha

Ahem.. Ahem.. Misi yang kamezaim maksudkan tadi bukanlah gadis di atas sana ye.. Gambar di atas sana adalah sekadar gambar hiasan saja ok.. hehe Apapun, hati-hati ye apabila misi suruh pusing ke kiri.. Hehe Lagi satu, kalau yang tak tahu misi tu ape.. Misi itu adalah nurse.. haha


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

30 April 2009

Selamat Hari " Pekerja "..

Assalamualaikum..
Rasa macam dah lama tak menulis di blog ni, mahu ke tak nya asyik menulis je dekat blog lagi satu ni.. hehe Padahal baru 2 hari tak menulis dalam blog ni.. ekekee Bukan apa, ntahlah kenapa lah sejak akhir-akhir ni badan ni rasa letih sangat. Sana sakit sini sakit, badan ni pun dah rasa keras semacam je.. hehe Bestlah ye esok cuti.. hehe

Dengan kesempatan ini kamezaim ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia yang bekerja tidak kiralah apa bidang pekerjaan sekalipun, sama ada boss atau pun orang bawahan.. hehe 1 Mei seluruh dunia akan bercuti sempena meraikan hari pekerja. Tapi, tidak semuanya dapat bercuti ok. Yang dapat bercuti tu kira bersyukurlah walaupun sehari, daripada langsung tak dapat cuti. Jangan nak merungut sangat. Sedarlah bahawa masih ada lagi insan yang terpaksa bertugas pada hari anda cuti itu. Kepada mereka yang ingin pulang ke kampung, memandulah berhati-hati. Kerana keseronokan yang terlampau selalunya akan berakhir dengan tangisan yang juga terlampau.. ekekeke Jika anda tidak sayang pada nyawa anda tapi ingatlah bahawa ramai lagi yang masih sayang pada nyawa mereka. Jangan kerana kebodohan atau sikap terburu-buru anda mampu merubah kehidupan orang lain menjadi derita..

Macam kamezaim terpaksa kena stand-by. Manalah tahu kalau-kalau kena oncall, terpaksalah bertugas pada hari tu. hehe Tapi sikit pun kamezaim tak merungut kerana pekerjaan seperti inilah yang kamezaim pilih sendiri. hehe "Ketepikan Kepentingan, Arahan Digenggam Padu".


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 April 2009

Bosan Oh Bosan..

Aku bosan...
Aku betul-betul bosan..
Aku memang tengah bosan..
Bosan datang dekat padaku..
Aku lari jauh daripada bosan..
Bosan tetap mengekori aku..
Aku tanya kenapa bosan ikut aku..
Bosan cakap dia bosan dengan aku..
Aku tanya kenapa bosan dengan aku..
Dia suruh aku pergi tanya jemu..
Bosan... Bosan... Bosan...
Argghhhh!! Aku bosan...

Aku bosan ditahap maksima
Thermostat pun dah rosak..
Rpm meter pun dah ketuk pin high..
Temprature air pun dah mendidih..
Cap radiator pun dah tercabut..
Meter turbo pun dah menyala..
Supercharger pun dah terlebih charge..
Blow off pun dah tak larat nak blow lagi dah..
Ekzos pun dah meletup-letup ni..
Hahaha aku bosan hari ni..

* Maaf ye, hehe.. Hari ni kamezaim bosan dan letih yang teramat sangat. Jadi, itu pasallah merepek je dekat entry kali ni.. hehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

17 April 2009

Tirana Love My Blog..

Assalamualaikum..
"You love my blog or you love me.." Soalan untuk Tirana.. ekekeke hehehe Terima kasih kamezaim ucapkan pada Tirana kerana sudi sedekahkan award yang comel macam dia ni pada kamezaim.. hehe Blog Tirana sudah bertukar konsep yang dulunya dipenuhi dengan luahan isi hati namun kini telah bertukar menjadi "Arkib Negara" secara tidak rasminya.. hehe Jangan marah ye..

Wahai teman-temanku sekalian, marilah kita mendoakan agar Tirana kembali sembuh dari "demam rindu" yang kamezaim pun tak tahu pada siapa yang dirinduinya itu.. hehe Mungkin pada suaminya yang tercinta atau...?? ekeke Mesti Tirana selalu shopping dekat Tropicana City.. Betul tak Tirana? hehehe

Sampai disini saja lah kamezaim berceloteh, letih belum habis lagi ni. Ingat nak pergi "massage" lerrrr... hehehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

16 April 2009

Aku Letih...

Assalamualaikum w.b.t...
Aduh, letihnya hari ni. Letih yang teramat sangat sampai makan pun dah terlupa.. hehe Banyak kerja nak di buat dan bermacam-macam kerja yang harus di buat. Sekejab ke sana, sekejab ke sini. Hujan panas langsung tidak dihiraukan, peluh menitik bagai titisan hujan. Baju basah macam mana jangan di ceritalah, sendiri tahulah ye.. hehe

Sakit belakang, sakit kepala, sana sakit, sini pun sakit, semuanya sakit.. hehe Tapi apa boleh buat, demi tugas dan tanggungjawab terpaksalah digagahi juga. Keikhlasan itu penting kerana dari keikhlasan lahirlah sebuah pengorbanan dan dari pengorbanan lahirlah keredhaan..

Ok lah, kamezaim nak rehat dulu.. Letih di tahap maksima ni.. hehe Kalau letak kepala atas bantal garenti tak sampai 1 minit dah berlayar.. ekekeke


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

13 April 2009

Kini Aku Kembali..

Assalamualaikum w.b.t..
Comel tak patung dekat atas tu? Comel bukan, comel macam muka Idalara. Wakakakaka.. Ish, tak jadilah nak menyepi lama-lama, asyik teringat dekat blog ni je. Nak makan pun tak lalu.. hehe Cukuplah 2 hari menyepi, kini aku kembali lagi.. hahaha Apapun, kamezaim ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas komen-komen dan nasihat oleh mereka yang masih sudi mengingati diri ini. Siap ada yang rindu tu yang tak tahan tu.. ekekeke hehe

Untuk Awin Winnie yang sedang bercuti tu, dah-dah le cuti tu.. Meh la balik sini.. hehe Tentu seronok bukan kalau dapat balik ke kampung halaman, rasa macam dah tak nak balik ke sini lagi je..hehe Tapi apakan daya, kita masih punya peranan dan tugas yang mesti dilaksanakan.. hehe Manalah si Ieyra ni pergi, dah lama tak dengar berita dia. Mungkin dia dah tak ingat dekat uncle dia ni lagi kot.. Tak mengapalah, apa boleh buat..

Untuk temanku Tirana, semoga cepat sembuh dari demam tu.. hehe Orang kata jangan main hujan tapi degil, nak main hujan jugak.. ish.. ish.. Sekarang dah demam siapa susah.. hehe Untuk temanku Ras-Adieza, dah-dah le tu.. Jangan dirindu lagi, kamezaim dah balik ni.. hehehe Bila nak jemput kamezaim datang rumah tengok bakal mak mertua dengan pak mertua ni.. hahaha Kirim salam dekat Nabihah.. Kak ras, kamezaim dah booking dulu kan si Nabihah tu.. ekekeeke Tak malunye kamezaim ni... hehe

Ops.. Lupa lah pulak, untuk adik Khairul semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.. hehe Kalau mai KL jangan lupa bawak mai "pasemboq" dekat abang di sini.. hehe Kirim salam dekat awek sebelah masa dalam kelas tu, cakap abang kirim salam.. Kalau boleh mintak nombor h/p sekali.. wakakaka (Khairul USM)

Errrmmmm.. Setakat ni lah kot dulu, letih dah jari ni dok keje menulis dari tadi. Apapun, terima kasih sekali lagi kamezaim ucapkan kepada pengkomen-pengkomen yang setia. Komen-komen dari anda amatlah kamezaim hargainya.. Lupakan yang lama, mulakan yang baru dan hidup mesti diteruskan jua... :p


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

26 February 2009

Sketsa Seorang Awek Terengganu..

Assalamualaikum..
Hai.. rasa macam dah lama tak merapu dalam blog ni. Sampai ada yang kata jiwang lah, merajuk lah,.. hehe Terutama sekali si Idalara dan si Ieyra ni, tak habis-habis kutuk kamezaim.. hehe Jangan marah ye idalara dan ieyra. Ok, sebelum ni kamezaim ada menceritakan tentang idalara, kali ni kamezaim nak cerita sikit tentang si ieyra yang suka kencing malam ni.. ekekekeke Bukan kamezaim yang kata ok, si tera yang cakap.. hehe

Si ieyra ni kan, kalau anda semua nak tahu dia ni jenis yang tak reti nak duduk diam. Siang malam pagi petang asyik nak kacau uncle dia ni je.. hehe Macam-macam meseg dia hantar dekat kamezaim, sampai tak terbaca kamezaim.. Kamezaim tahu, si ieyra ni sebenarnya rindu sangat-sangat dekat uncle dia ni, al maklumlah kan sebelum ni asyik bergaduh dekat sini je tapi sekarang dah tak boleh sebab komputer dia datang period.. hahaha Termasuklah auntie dia tu, iaitu si idalara tu.. kuikuikui..

Hari tu kamezaim ada call si ieyra ni, perghh.. loghat terengganu dia memang pekat gilerr.. Sampai kamezaim terpaksa mendengar satu persatu kata-kata dia.. hehe Mungkin sebab dia makan keropok lekor hari-hari tu yang lidah dia jadi keras.. hahaha Masa mula-mula kamezaim call dia, dia macam malu-malu kucing pula nak cakap dengan kamezaim.. hehe Kamezaim pun hairan juga kenapa dia malu-malu, tapi sekali dia cakap loghat terengganu barulah kamezaim tahu.. haha Macam nak pecah perut kamezaim ketawa masa tu.. hehe Lepas tu dia cakap ieyra lah awek terengganu yang tulen.. Adui, lagi lah geli hati mendengarnya..

Jangan marah ye ieyra, uncle gurau-gurau saja.. Tak pe, nanti uncle suruh auntie idalara pujuk ok.. Uncle harap komputer ieyra tu tak lah period lama-lama sangat ok.. hehe Kalau nak tahu rahsia tak nak bagi period lama-lama, ieyra bolehlah menuntut dengan auntie idalara.. Auntie idalara memang arif dalam bab-bab ni.. hehe Uncle tahu ieyra rindukan uncle, uncle pun rindukan ieyra juga.. hehe

Kepada sesiapa yang ingin berkenalan dengan awek bernama ieyra ini, silalah menghantar resume berserta gambar ke email kamezaim. Hanya mereka yang mempunyai degree dalam bahasa terengganu sahaja yang akan di terima.. Harap maklum..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

16 February 2009

10 Soalan Untuk Anda..

Assalamualaikum..
Maafkan kamezaim ye.. hehe Kamezaim masih di sini, penutupan selama 3 hari itu dibatalkan.. hehe Apa khabar semua? Rindulah dekat anda semua.. Jangan marah kamezaim ye.. ekekeke

Kamezaim ada beberapa soalan yang hendak ditanya kepada anda. Andai ada yang sudi, silalah beri jawapan ataupun pandangan. Kamezaim harap jawapan / pandangan anda itu biarlah yang masuk akal ok.. hehe

Soalan 1 : Dari sudut mata seorang wanita, lelaki bagaimanakah yang diharapkan?
Soalan 2 : Apakah yang sebenarnya di cari oleh seorang insan yang bernama wanita?
Soalan 3 : Antara airmata seorang wanita dan lelaki, yang manakah lebih bernilai?
Soalan 4 : Hadiah apakah yang sesuai diberikan kepada seorang bernama wanita?
Soalan 5 : Kita mencuba segala yang boleh, mencurah segala apa yang dirasa namun dia tetap tidak menghargai / memahami apa yang kita lakukan hanyalah untuk bersamanya. Apa harus dilakukan?
Soalan 6 : Kita menyayangi dan mencintai seseorang itu, namun dalam masa yang sama kita tahu bahawa hati insan yang kita cintai itu telah pun berpunya. Namun kita tidak dapat melupakan dia. Apa yang harus dilakukan?
Soalan 7 : Adakah kita harus berkorban segalanya hanyalah kerana untuk insan yang kita cintai?
Soalan 8 : Andai hati seorang wanita itu sedang terluka, lelaki seperti manakah yang diharapkan untuk berada di sisinya ketika itu?
Soalan 9 : Andai seorang wanita itu menyatakan kepada kita bahawa dia sudah tertarik pada kita namun dalam masa yang sama dia menyatakan bahawa dia masih menyayangi kekasih lamanya, haruskan kita menanti pada nya?
Soalan 10 : Kita tahu bahawa hatinya sudah dilukai oleh insan yang dia sayangi dan kita cuba menghampiri hidupnya untuk merawat luka di hatinya. Dengan niat setulus ikhlas untuk membawa dia jauh dari kekecewaan menuju kebahagiaan. Namun, setelah kasih kita curahkan kepadanya akhirnya dia menyatakan bahawa antara dia dan teman lelakinya sudah berbaik semula. Apakah yang harus kita lakukan?

Kamezaim harap andai ada yang sudi, silalah kiranya menjawab 10 soalan di atas dengan seikhlas hati. Segala jawapan yang berunsur negatif adalah dilarang sama sekali. Harap anda dapat membantu kamezaim..

Terima Kasih.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

14 February 2009

Terima Kasih Semua..


Assalamualaikum..

Rasa macam dah lama tak update blog ni. Bukan apa, sejak akhir-akhir ni kamezaim sibuk sikit sampai tak larat nak on komputer. Balik je rumah terus tidur, terlalu banyak tugasan sampai makan pun tidak menentu. Kadang-kadang perut ni dah berbunyi pun terpaksa buat-buat tak tahu.. hehe Merata tempat kena pergi, kena ikut jadual tugasan yang telah ditetapkan. Dah nama pun kerja kan, mana ada kerja yang tak letih..

Kamezaim rindulah dekat anda semua yang selama ini banyak memberi sokongan untuk menjadikan blog ini masih teguh berada di persada dunia blogger. Terima kasih yang tidak terhingga buat anda semua. Semoga persaudaraan diantara kita berkekalan sepanjang hayat yang ada. Terima kasih juga buat Kak Ida yang selama ini banyak memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada kamezaim. Buat adik Ieyra juga, uncle ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana selalu kacau uncle tak kira siang atau malam, pagi atau petang.. hehe Kasihan adik Ieyra, tak boleh nak melayari internet lagi sebab komputer rosak.. hehe

Ok lah, nampaknya sampai di sini sahaja untuk kali ni. Semoga kita berjumpa lagi ye.. Thanks!


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

29 January 2009

Jom Layan...



Mula-mula kamezaim tengok video ni macam biasa je, tak ada yang menarik pun. Tapi bila dekat-dekat nak habis je baru kamezaim rasa kagum dan terfikir jugalah macam mana mereka buat sama ada guna ilmu hitam ke tidak itu kamezaim tak tahulah. Jom kita layan.. hehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

27 January 2009

Teman Baru Ku..


Assalamualaikum..
Kalau di blog Idalara hanya dipenuhi dengan resepi-resepi masakan yang kamezaim sendiri pun tak tahu resepi tu datang dari planet mana ntah manakala di blog Ieyra yang pernah dengan sesuka-hatinya menukar jantina kamezaim tanpa rasa belas dan kasihan, kali ni kamezaim nak tunjukkan kasut baru pula pada mereka..haha Jangan jeles ye Idalara dengan Ieyra..hehe

Inilah kasut kamezaim yang nak dikatakan baru tapi tak nampak macam baru pun..hehe Apa boleh buat,.. Tapi untuk pengetahuan anda, kasut ini memang selesa di pakai. Keras dan tahan lasak namun lembut di dalam. Tapi untuk Idalara memang tak sesuai untuk memakai kasut ni sungguhpun Idalara adalah mama rock..haha Takut nanti dia tak berjalan langsung sebab kasut ni memang berat..haha Untuk Ieyra pun tak sesuai sebab takut nanti si ieyra tu tersepak bendul pintu, tak pasal-pasal bersilat sorang-sorang depan pintu tu nanti..hahaha ish, jahatnya kamezaim ni..hehe Jangan marah ye Idalara dan anaknya Ieyra.. hehehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

25 January 2009

Idalara..

Assalamualaikum..
Ramai yang sudah mula pulang ke kampung halaman. Bak kata si Idalara, rindu menggamit ku pulang..hehe Tentu seronok kalau dapat balik ke kampung, dapat berjumpa ibu dan ayah. Dapat makan semeja dengan mereka. Dapat bergurau senda dengan sanak dan saudara. Tapi apakan daya, kamezaim masih jua di sini. Sungguhpun rindu itu menggamit ku untuk pulang namun tuntutan tugas membataskan segalanya. Kepada mereka yang masih punya ibu, ayah dan keluarga, hargailah mereka selagi mereka masih ada. Doa kamezaim, semoga anda semua bahagia walau di mana jua anda berada.

Ops, lupa pulak. Tentu ada yang tertanya-tanya gambar siapakah di atas sana..hehe Buat adik Ieyra, itulah wajah Idalara..hehe Ida yang penuh duka dan lara. Itu pasallah jadi Idalara..hehe Buat Idalara, sudilah kiranya menerima gambar di atas sebagai hadiah dari kamezaim. Sebagai tanda persahabatan kita. Kamezaim amat menyayangi silaturrahim ini, dengan harapan ianya akan berkekalan hingga ke akhir hayat nanti. Buat Idalara, kamezaim ingin memohon maaf andai ada salah dan silap, sesungguhnya kamezaim juga insan biasa yang tak mungkin lari dari melakukan salah dan dosa. Semoga Idalara tabah dan cekal menghadapi segala dugaan Allah bersama anak-anak tersayang.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP