Showing posts with label Baca Fikir Dan Jawab. Show all posts
Showing posts with label Baca Fikir Dan Jawab. Show all posts

09 August 2009

Baca, Fikir Dan Jawab (Bah. 2)


Assalamualaikum..
Salam ahad untuk semua. Semoga hari ini dan seterusnya menambahkan lagi keceriaan dalam hidup kita semua. Lagi beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut ramadhan, terasa cepat sungguh masa berlalu. hehe Sebenarnya apa yang kamezaim nak tulis kali ini adalah ingin bertukar pendapat dengan anda semua. Itupun kalau anda sudilah. hehe Nampak tak budak dekat atas tu, dia pun tengah berfikir tu.. hehe Tadi kamezaim pergi ke kedai untuk beli akhbar. Dalam tengah-tengah baca tu kamezaim terlihat satu artikel yang cukup menarik. Menarik untuk di bincangkan atau bertukat pendapat.

Tajuk artikelnya adalah :-

" Pensyarah Dihantui Kisah Silam "

SAYA wanita berusia 24 tahun yang melalui pelbagai rintangan dalam kehidupan yang penuh noda dan dosa tetapi Allah memberi ruang untuk saya membina kehidupan lebih baik.Sekarang saya baru menamatkan kursus dan akan memulakan kerjaya pensyarah di institusi swasta. Mungkin itu rezeki dan usaha saya untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa yang bersusah payah untuk saya.

Yang mengganggu fikiran saya sekarang adalah kehidupan masa lalu. Sebelum ini hidup saya sentiasa bergelumang maksiat. Ketika di kampus, saya pernah terjebak dengan cinta pengkid.

Saya menjalin hubungan sejenis hampir dua tahun dan naluri saya sangat mencintai perempuan. Kemudian hadir seorang lelaki yang membawa saya keluar dari kancah hidup sonsang itu.

Malangnya, selepas saya dapat menerima kehadirannya, lelaki itu pula sering menggoda saya sehingga saya akhirnya terlanjur tiga kali bersamanya. Lebih memilukan, hasrat kami untuk berkahwin tidak kesampaian kerana tidak mendapat restu keluarga.

Dang Setia, sejak itu saya sering berasa ketagih. Saya boleh dikatakan memiliki rupa yang cantik, oleh itu ramai lelaki sering memikat saya.

Masalahnya, bila saya ikhlas menerima mereka sebagai kekasih, saya dikecewakan. Selepas tubuh saya mereka nikmati, saya ditinggalkan.

Saya sangat menderita setiap kali ditinggalkan. Memang itu kesilapan saya kerana tidak dapat menahan nafsu. Bukan seorang yang pernah meniduri saya, tetapi sembilan lelaki.

Mereka adalah bekas kekasih saya atau sekadar kawan sekerja. Kadangkala saya terasa diri ini jijik sangat.

Sekarang saya berusaha memperbaiki kehidupan. Saya ingin buang jauh-jauh kehidupan lampau dan mahu kehidupan kini serta akan datang menjadi lebih baik. Saya rasa berdosa dengan keluarga kerana mereka menganggap saya anak yang baik.

Terkini, sejak dua bulan lalu saya bercinta dengan seorang lelaki yang baik. Dia menerima saya seadanya dan membawa saya berjumpa keluarganya. Walaupun tahu saya bukan dara lagi, dia tetap ingin saya berubah dan hidup gembira.

Masalahnya, saya tidak pernah menceritakan secara terperinci sembilan lelaki pernah menjamah tubuh saya. Perlukah saya menceritakan semua itu?

Sekarang saya ingin bertaubat, persoalannya adakah saya masih diterima Allah? Mungkinkah saya akan dijangkiti HIV kerana sering bertukar-tukar pasangan seks dan bagaimana langkah terbaik untuk memperbetulkan kehidupan?

ZANA

* Sumber : Dang Setia, Harian Metro.

Jawapan dari Dang Setia memang sudah ada, nak tahu apa jawapannya silalah beli sendiri akhbar tersebut.. hehe Tapi sekarang kamezaim nak tahu apa pula jawapan dan pendapat dari anda semua. Manalah tahu secara tidak langsung kita dapat membantu saudari Zana ini. (Itupun kalaulah dia terbaca blog ini).. hehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

01 August 2009

Baca, Fikir Dan Jawab (Bah. 1)

Assalamualaikum..
Hari ini sudah 1 Ogos, semalam sudah kita tinggalkan Julai. Tentu banyak bukan kenangan-kenangan di bulan julai. Tapi tak mengapalah, kenangan tetap tinggal kenangan. Kamezaim harap anda semua sihat sejahtera di samping melayani perasaan masing-masing.. hehe Mungkin selepas ini kamezaim akan jarang untuk mengupdate blog memandangkan jadual harian semakin padat. Buat mereka-mereka yang ada menghantar sms kepada kamezaim tapi kamezaim tidak membalasnya, kamezaim mohon maaf kerana tidak sempat untuk melayan hp.. hehe Andai ada masa, kamezaim pasti akan membalas mesej-mesej anda itu.

Ok, hari ini kamezaim nak main dengan anda teka-teki. Kamezaim bagi anda soalan dan anda berikan jawapannya, boleh?. Kadang-kadang benda macam ni mampu memupuk daya berfikir bagi setiap insan yang mencubanya. Di samping kita melayan karenah anak-anak tu, apa kata kalau cuba jawab soalan-soalan yang kamezaim berikan ni.. hehe Siapa yang dapat menjawab dengan tepat dan betul, kamezaim akan bagitahu nama anda di bawah entry ini dan juga kamezaim belanja makan.. Ok tak? hehe

Soalan-soalannya adalah :-

1) Kalau kita sedih, apa yang kita akan buat?
Jawapan : _ _ _ _ _ _ _ _

2) Nama tempat membeli-belah apakah yang terkenal di Negeri Perlis?
Jawapan : _ _ _ _ _ _ - _ _ _ _ _

3) Jambatan Pulau Pinang adalah jambatan yang terpanjang di..
Jawapan : _ _ _ _ - _ _ _ _ _ _ _ _

4) Nama lain selain sawah padi adalah..
Jawapan : _ _ _ _ _ _ _

5) Di manakah perwira negara iaitu Lt. Adnan Saidi terkorban?
Jawapan : _ _ _ _ _ - _ _ _ _ _

6) Bilakah tugu negara pertama diletupkan oleh pihak komunis?
Jawapan : (A) 27 Julai 1970 (B) 26 Ogos 1975 (C) 16 Mei 1973

7) Ikan kembung juga dikenali sebagai ikan..
Jawapan : (A) Ikan Ternganga (B) Ikan Termenung (C) Ikan Terlena

8) Pewarna merah untuk membancuh air sirap diperbuat daripada apa?
Jawapan : (A) Bunga Mawar (B) Cili merah (C) Bunga Raya

9) Hantu apakah yang dibela untuk menjaga harta dan sering menyerupai tuannya?
Jawapan : (A) Hantu Pontianak (B) Hantu Raya (C) Hantu Pucong

10) Siapakah wanita Islam pertama yang gugur syahid?
Jawapan : (A) Sumayyah (B) Rabiatul Adawiyah (C) Siti Khadijah

Hehe jawab jangan tak jawab.. marisini

-: Nama-nama pemenang bahagian 1 :-


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP