Showing posts with label Geram. Show all posts
Showing posts with label Geram. Show all posts

25 March 2011

Klinik Kerajaan Yang Bangang!!







Assalamualaikum..

Kamezaim pun tak tahulah sama ada nak ketawa ataupun nak marah sekarang ni. Pagi tadi kamezaim pergilah Poliklinik Komuniti Kelana Jaya untuk buat pemeriksaan. Kamezaim temankan kawan kamezaim sebab dia ajak kamezaim temankan dia. Mula-mula tu kamezaim tanyalah dia, nak pergi klinik swasta atau kerajaan. Dia kata nak pergi klinik kerajaan sajalah sebab murah, cuma bayar RM 1.00 sahaja. Tapi dia tak tahu di sebalik murah tu ada hikmah di sebaliknya.. hehe Memandangkan kamezaim pernah menerima rawatan di klinik kerajaan jadi kamezaim terangkanlah pada dia bagaimana rawatan dan layanannya tapi kawan kamezaim ni macam tak percaya. Jadi, kamezaim pun bawalah dia pergi klinik kerajaan dekat Kelana Jaya..

Setibanya kami di klinik tersebut, kami pun terus pergi ke kaunter pendaftaran. Orang tak berapa ramai masa tu. Selepas dia daftar, kami pun tunggulah nombor giliran. Lebih kurang 30 minit macam tu, nombor giliran kami pun tertera di situ dan kawan kamezaim ni pun terus masuk ke bilik doktor. Kamezaim rasa tak sampai 5 minit kot, kawan kamezaim ni pun keluar dari bilik rawatan tersebut. Kamezaim pun hairan, sakit bukan main. Macam dah nak mati tapi buat pemeriksaan cepat macam tu. Pelik.. Pelik.. Mesti ada yang tak kena..

Kamezaim pun tanya kawan kamezaim ni, dia kata dia dah ceritakan semuanya dari A sampai Z pada doktor tersebut tapi doktor tu cuma kata 'muscle' koyak sebab banyak duduk dan berdiri. Doktor tu pun tulislah nama ubat atas kertas dan kami pun serahkan pada bahagian farmasi. Atas slip pemeriksaan tu tertulis nama ubat "Buscopan" dan "LMS" tapi yang kami terima dari farmasi adalah "Paracetamol". Logik tak??. Farmasi tu kata "LMS" habis, jadi dia beri Paracetamol sahaja. Selepas tu kami pun keluar ke pintu utama klinik tu.
Masa berjalan keluar kamezaim rasa macam ada yang tak kena, kenapa doktor tulis ubat lain tapi kenapa kami dapat ubat lain. Kamezaim pun ajak kawan kamezaim tu masuk semula tapi dia kata biarlah. Kamezaim paksa dia juga, benda macam ni bukan boleh buat main-main. Silap makan ubat boleh lumpuh tau.

Kamezaim pun terus masuk dan menuju ke bilik doktor tu balik. Semua orang tengok kamezaim.. hehe Kamezaim pun tanyalah doktor tu begini :-

Kamezaim :- Doktor, kenapa kawan saya ni sakit separuh mati tapi doktor cuma bagi dia 1 jenis ubat saja?.

Doktor :- Saya nak cucuk dia tapi dia tak mahu, jadi saya bagilah ubat saja. (Nada sedikit tinggi.)

Kamezaim :- Masalahnya sekarang, dia ni bukan demam doktor. Dia sakit kat belakang pinggang. Yang doktor pergi bagi "Paracetamol" tu buat apa!. Walaupun saya ni tak pandai dalam bab-bab kedoktoran ni tapi saya masih belum buta, doktor!.

Doktor :- Eh.! Bila masa pula saya tulis "Paracetamol". Saya tulis "Buscopan" lah.. Doktor tu pun macam kebingungan. Dia minta saya rujuk semula dekat farmasi.

Dengan bengangnya, kamezaim pun pergi pula dekat farmasi tu. Kamezaim tanya staff perempuan tu, kenapa doktor tulis "Buscopan" tapi awak bagi "Paracetamol"..?!!. Dengan selamba saja dia jawab, "Paracetamol" samalah juga dengan "Busopan". Satu-satunya jawapan yang paling bodoh pernah kamezaim dengar. Setelah bertekak dekat 5 minit kat situ, barulah dia mengaku yang dia tersalah bagi ubat. Betapa bodoh dan bangangnya perempuan tu. Dia ingat kamezaim ni buta ke apa..!!. Selepas tu dia tukarkan "Paracetamol" tu dengan "Ibuprofen". Hurrmmmm... Kamezaim pun dah letih nak bertekak lagi dengan perempuan bodoh tu, sekarang ni kamezaim pun tak tahu sama ada "Buscopan" tu habis atau memang dia tak pandai nak cari ubat. Kalau habis, cakap saja habis. Senang cerita, lebih baik tutup saja klinik tu. Kemudian kamezaim pun nasihatlah kawan kamezaim tu, tak perlulah makan ubat "Ibuprofen" tu sebab doktor pun tak ada tulis pun dalam slip rawatan nama ubat tu.. Kalau makan takut-takut nanti, lain pula yang jadinya.. Begitulah ceritanya yang ingin kamezaim kongsikan dengan anda semua.. Semoga apa yang kamezaim lalui ini dapat menjadi pengajaran buat anda semua..

Buat PKD Kelana Jaya, sila pastikan semua staf-staf anda berkelayakan dan benar-benar ikhlas untuk bekerja. Jangan kerana kesilapan dan kebodohan anda, membuatkan hidup orang lain teraniaya. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

18 March 2011

Untukmu Dato' A...


Assalamualaikum..

Dah lama blog ni tak berupdate.. hehe Sibuk yang teramat sangat.. huhu Rasa rindu plak nak menaip kat sini. Kamezaim harap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. PC kamezaim rosak, ni pun pinjam laptop member jap.. hehehe

Entry kali ni kamezaim nak luahkan sedikit kebengangan di jiwa ini. Entry ni kamezaim tujukan khas buat seseorang itu. Tak perlulah agaknya kamezaim nyatakan siapa dia.. Untuk pengetahuan Dato' A.... , Duit bukanlah segala-galanya. Apa guna duit yang banyak kalau kedekut nak mampus. Mengalahkan haji bakhil. Nak orang buat semua kerja, itu lah, ini lah tapi bab kebajikan bukan main susah. Apa punya Dato' daaa....

Pergi out-station pun tak beri elaun, makan pun sendiri bayar. Kerja mau perfect tapi hati banyakkk busuk.. Depan orang lain bukan main berlagak macam dia tu pemurahlah, dermawanlah padahal kedekut taik hidung masin. Buat Dato' A.... , ingatlah bahawa aku ni yang jaga keselamatan kau, aku ni jugalah yang simpan rahsa kau seketat-ketatnya dan aku ni jugalah yang cover kau ketika kesusahan. Kalau kau tak jaga kebajikan aku, macam mana aku nak jaga kau!!. Fikirlah sikit Dato' A.. , aku bukan minta kau bagi aku tiap-tiap bulan beribu-ribu tapi cukuplah sekadar aku rasa pengorbanan aku selama ni di hargai. Patutlah sebelum aku tak pernah ada satu pun yang bertahan lama dengan kau, selagi kau tak ubah cara kau selagi tu lah tak ada siapa pun boleh bertahan lama dengan kau!!. Sendiri fikirlah Dato'...

Aku bukan kerani, aku bukan kerja pejabat. Kalau aku kerani, aku boleh balik makan rumah. Tak perlu apa-apa elaun. Tapi masalahnya sekarang, aku habiskan setiap masa hanya dengan kau saja tau tak!!. Mana kau ada, di situlah juga aku ada!!. Tak kan itu pun kau tak boleh nak fikir!. Jangan kira mulut dan perut kau saja, aku pun macam kau juga perlu makan, perlu rehat!!..

Kepada Dato' A... , selagi aku boleh bersabar aku akan bersabar tapi ingat, tak selamanya aku mampu bersabar. Mungkin akan tiba masanya jua untuk aku ucapkan pada kau "Hye Hye Bye Bye.."


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

13 November 2010

Kenapa Dan Mengapa...

Assalamualaikum & sakam sejahtera buat semua teman-teman lama ku di sini..

Wah, memang dah lama kamezaim tak guna blogspot ni.. hehe Biasalah, sebelum ni kamezaim guna site lagi satu iaitu www.kamezaim.com tapi sekarang kamezaim terpaksalah guna blogspot ni balik sebab kamezaim malas nak renew domain tu. hehe Wahai teman-temanku sekalian, semoga sihat dan ceria hendaknya. Hari ni sabtu, kebetulan pula hari ni dan esok cuti, so tak ada apa nak buat. Tu yang terfikir balik untuk hidupkan kembali blogspot ni.. hehe

Tak tahu mana nak pergi, kereta pula rosak.. Hurmmm Nak duduk kat rumah je, terasa seribu satu tak jadinya.. huhu Biasalah, kamezaim dah biasa keluar, pergi sana, pergi sini tiba-tiba nak duduk saja kat rumah.. Perghh... rasa macam hidup ni tak lengkap je.. hehe

Ntahlah, kamezaim sebenarnya tengah terasa sedikit kecewa dengan seseorang. Baru semalam kamezaim call dia, dengan harapan dapatlah bercakap, mendengar suara dia tapi apa kan daya, lain yang diharap lain pula yang jadinya.. Kenapalah perempuan ni hanya fikirkan diri sendiri?. (Tak semua lah). Di bibir kata cintalah, sayanglah, rindulah tapi perbuatan dan cara tidak sama seperti di bibir.. Mengapa ya..??.

Adakah "Manis kata di bibir saja tapi di hati lain bicaranya.." hehe Bila dia dah terlalu marah lah kononya, dia ingat dia saja yang tengah marah.. hurmm Macam-macam keluar dari mulut dia.. Ada ka patut semalam dia kata dia menyesal mengenali kamezaim lah, tak nak dengar suara kamezaim lah hanya kerana kamezaim tanya dia kenapa sejak dua menjak ni dia macam tak ambil peduli kat kamezaim.. Ye lah, kamezaim pun perlukan perhatian dari dia jugak.. Walaupun bukan 24 jam sehari tapi sekurang-kurangnya luangkanlah sedikit masa untuk kamezaim. Ni yang dia tahu, lepas balik kerja terus main FB. Lepas tu dah dekat-dekat dia nak tidur baru nak sms kamezaim.. Baru sempat 2,3 sms dah dia kata nak tido.. Hurmm...

Kamezaim tegur dia pun untuk kebaikan bukan untuk keburukan.. Tapi dia seolah-olah tak dapat nak menerimanya.. Dia anggap macam semua yang dia lakaukan tu semuanya adalah betul.. Kenapa ada juga perempuan macam tu ya.. Kami bercinta pun baru 2,3 hari tapi dah lama dah.. Dan kamezaim pun dah memang betul-betul menyintai dia tapi kenapa baru sekarang dia tunjukkan siapa diri dia.. Hurmm.. Nak menyesal pun dah tak berguna, benda dah terjadi. Kadang-kadang kamezaim terpaksa mengalah biarpun terpaksa makan hati kamezaim sendiri asalkan perhubungan yang telah sekian lama terbina ni mampu untuk terus bertahan tapi sampai bila??.. Sampai bila kamezaim nak berterusan makan hati sendiri...

Kamezaim tahu dia ramai peminat yang terkejar-kejar kan dia, Ex-bf dia dulu pun masih mencuba untuk menawan dia kembali dan mungkin kerana itulah kot dia jadi begitu.. Mungkin hatinya sudah berbelah-bagi.. Nasihat kamezaim tak nak dengar tapi apa boleh buat, mungkin inilah juga akibat bercinta dengan seorang yang wanita yang cantik rupanya.. Hurmm..

Bila kamezaim diamkan diri mahupun menyepikan diri seketika, dia mula mencari kamezaim. Bila kamezaim hadir semula depan mata dia, dia tak pernah pun nak menghargai.. Hurmm.. Kamezaim pun tak tahu apa lagi nak buat. Terus-terang kamezaim kata, kamezaim memang betul-betul sayangkan dia tapi kenapa ini balasannya terhadap seorang insan yang benar-benar menyintai dia dengan sepenuh hati.. Kenapa..

Kamezaim sentiasa berdoa pada Allah semoga dia dapat berubah ke arah kebaikan dan dapat jadi seorang insan yang pernah kamezaim kenal dulu. Kamezaim tak nak hubungan ni berakhir begitu saja, kamezaim nak bina kehidupan bersama dia.. Andai dia terbaca coretan ini, ketahuilah yang Abang benar-benar ikhlas mencintai Sayang.....


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

24 December 2009

Murah, Jimat & Stabil...??.


Assalamualaikum..
Wah, nak taip dekat blogspot pun dah jadi lain dah.. haha Selama ni dok guna WP je,.. hehe Kali ni kamezaim terpaksa menulis di sini memandangkan blog utama kamezaim iaitu www.kamezaim.com mengalami masalah teknikal dari pembekal hosting sendiri. Dah 2,3 hari tak boleh nak buka, hampeh betul..

Kamezaim ada terima e-mail dari pembekal hosting tersebut, di dalam e-mailnya tertulis macam ni..:-
.........................................................................................

Pelanggan yang dihormati,

Kami meminta maaf disebabkan masalah pada hosting kami yang sukar diakses semenjak 2 hari lepas.

Masalah ini disebabkan ada beberapa laman web pelanggan yang menggunakan script tidak dibenarkan / script bermasalah / dan menyebabkan server load yang tinggi pada server hosting. Kami telah menggantung sementara akaun pelanggan tersebut.

Selain itu terdapat aktiviti DDOS ATTACK dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, walaupun server hosting dilengkapi ANTI DDOS tetapi terdapat sesetengah kes dimana pihak tersebut dapat juga melepasi ANTI DDOS tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini kami akan menukar spec server kami kepada yang lebih baik lagi dan juga menukar IP server. Proses pemindahan semua files akan dilakukan pada Ahad 27 disember 2009.

Mungkin ada beberapa laman web pelanggan sepakuhosting yang tidak dapat diakses buat masa ini, kami sedang berusaha untuk memperbaiki masalah tersebut.

terima kasih

................................................................................

Murah memang murah, jimat pun memang jimat tapi kestabilan, hampeh... Harap-harap pihak hosting dapatlah cari jalan penyelesaian dengan kadar segera memandangkan kamezaim adalah blogger yang tegar. hehe

Setiap kali membuka pelayar mozilla, blog kamezaim lah yang pertama kamezaim tengok. hehe Bila tiba-tiba buka tapi tak boleh, perghh sakit hati yang teramat sangat.. Harap-harap ianya tidaklah berpanjangan..

Kesempatan ini, kamezaim ingin memohon kepada seluruh pelawat mahupun sesiapa saja yang memasuki blog ini, marilah kita sama-sama mendoakan semoga ibu kepada Suhaila Md. Saad agar kembali sembuh seperti sedia-kala. Buat Suhaila, bersabarlah. Baliklah ke kampung, sesaat itu amatlah berharga. Jangan kerana kelewataan biarpun hanya sesaat, ianya menjadi penyesalan seumur hidup yang ada..

Jemput datang :


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

16 September 2009

Ratapan Seorang Ibu Tua..


JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.

Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini.

Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka.

Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan.

“Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.

* Sumber : Harian Metro (16/09/2009)

<------------------------------------------------------------>

Benar kata orang, kasih ayah mencari rezeki. Kasih saudara hanya ketika berada dan kasih ibu membawa ke syurga. Tapi, kasih anak.. Tak siapa yang tahu...

Inilah nasib seorang ibu yang telah mempertaruhakan nyawanya untuk melahirkan anaknya ke dunia ini dengan harapan anaknya dilahirkan dengan sempurna. Kemudian, si ibu membesarkan anaknya dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Tapi kini dia sudah tua dan tidak lagi berdaya untuk melakukan sebarang kerja dan hanya mengharapkan kasih sayang dari seorang anak yang dia lahirkan. Tapi apakan daya, kasih anak tak setanding kasih ibu. Akhirnya, seorang ibu tua ditinggalkan di rumah kebajikan dengan hanya alasan tiada siapa yang dapat menjaganya kalau dia di bawa balik ke rumah anaknya. Bertahun-tahun si ibu tua ini membesarkan anaknya tanpa satu alasan pun tapi kenapa anaknya tergamak memberi alasan untuk tidak menjaga ibunya yang sudah tua ini. Syawal kian menjelma, hati ibu mana yang tidak sayu mengenangkan nasib diri apabila di buang oleh anak kandungnya sendiri. Kenapalah anaknya sungguh kejam, tergamak membiarkan ibu kandungnya beraya di rumah kebajikan itu. Kalau sekalipun tidak mahu menjaga ibunya itu, apa salahnya kalau bawa di balik ke rumah untuk beraya dengan anak-anak dan cucunya. Selepas tu nak hantar dia pulang ke rumah kebajikan pun, itu terserahlah.

Kamezaim sedih sangat, sedih dan terkilan kerana mereka masih punya ibu tapi tidak tahu menghargainya. Mungkin sekarang mereka bahagia dengan keluarga mereka tanpa ibu tapi mereka terlupa bahawa tiada kasih lain selain kasih ibu yang membawa ke syurga. Bila mereka berada di mana kamezaim berada, barulah mereka tahu betapa bernilainya kasih seorang ibu. Kita tidak akan merasa ianya bererti selagi ianya masih ada, tapi kita akan merasa ianya cukup bererti setelah kita kehilangannya. Tapi setelah kita kehilangannya, segalanya sudah tidak bererti lagi. Dia pergi tetap akan pergi, kita akan merasa penyesalan seumur hidup yang ada. Hingga satu saat itu kita mula terfikir, jika aku diberikan satu peluang untuk bersama ibu lagi, aku pasti akan menjaganya. Tapi apakan daya, smua itu hanyalah selepas ianya tiada. Tapi kenapa semua itu tidak terjadi sebelum ianya tiada.

Buat semua anak-anak yang telah menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau telahpun membiarkan ibu bapa mereka terbiar bagai sampan hanyut di lautan yang sepi, ambil dan bawalah mereka pulang ke rumah anda. Andai kehadiran mereka tidak disenangi oleh isteri atau suami anda, pilihlah yang mana satu lebih bermakna buat anda. Adakah sanggup kita membuang seorang ibu atau ayah hanya kerana ingin menjaga hati seorang isteri atau suami?. Terlupakah kita bahawa kita juga akan menjadi seperti mereka pada suatu hari nanti malah mungkin lebih hebat dari itu. Bawalah mereka balik, jagalah mereka seperti mana mereka menjaga dan membesarkan kita dulu. Janganlah hanya kerana kepentingan diri sendiri, kita terlupa dari mana dan dengan siapa kita dilahirkan. Tanpanya, tiadalah kita..

Renungkanlah.. Menyesal di kemudian hari tiada gunanya lagi.. Kamezaim luahkan apa yang kamezaim rasa, kerana kamezaim pernah menghadapi saat-saat kehilangan seorang ibu yang selama ini telah banyak berkorban demi membesarkan kamezaim. Kamezaim pernah lalui bagaimana rasanya bila mencurah air ke satu jasad yang sudah tidak bernyawa, kamezaim pernah melalui bagaimana sayunya hati melihat seorang ibu yang telah melahirkan kamezaim dikafankan. Senyuman terakhir sebelum wajahnya ditutup oleh kain putih. Kamezaim pernah lalui bagaimana mengangkat sebuah keranda yang kamezaim sendiri tahu bahawa di dalam keranda tersebut adalah sekejur tubuh seorang ibu yang sangat kamezaim sayang. Kamezaim juga tidak pernah lupa bagaimana rasanya tatkala membawa jenazah ibu turun ke dalam liang lahat. Kalau sebelum ini kamezaim membawa turun jenazah sahabat-sahabat kamezaim tapi kini jenazah yang kamezaim bawa turun itu adalah jenazah ibu kamezaim sendiri. Rasa bagai ingin saja menangis sekuat-kuatnya tapi kamezaim tabahkan hati juga kerana kamezaim mahu arwah ibu pergi dengan tenang bertemu yang maha Esa. Kemudian, kamezaim tak kan lupa juga bagaimana perasaan tatkala mula membawa tanah turun ke dalam liang lahat. Semua itu terlalu sukar untuk kamezaim gambarkan melainkan hanya pada mereka yang pernah melaluinya sendiri. Jadi, pada mereka yang masih punya ibu dan ayah, hargailah mereka selagi mereka masih ada. Kehilangan mereka seumpama hilang separuh dari hidup ini. Bersyukurlah sementara mereka masih ada, dengarlah cakap kamezaim ni. Jangan menyesal seumur hidup yang ada..

** Dapatkan Lagu Raya Percuma Di Sini >> Klik <<


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

10 September 2009

Sungguh Tak Ku Menduga..


Sedih dan kecewa rasa di hati ini. Bila kita beria-ria untuk menghantar sms kepada dia untuk mengucapkan "Selamat Hari Lahir" tapi hancur hati ini apabila mendapat balasan seperti ini "Thanks, siapa ni ye?". Terfikir sejenak, adakah aku tersalah nombor?. Atau hanya aku yang mengingatinya sedangkan dia sudah pun melupakan aku. Hanya aku yang menyimpan nombornya di dalam h/p aku tapi dia tidak. Aduh, rasa sedih dan terhina yang teramat sangat..

putuscinte

Tidak mengapalah, siapalah aku untuk dia terus mengingati. Hanya seorang insan yang tak punya apa. Orang kalau dah tak ingat pada kita apa lagi boleh buatkan, bungkus beg jalan lah woi..

siul

Buat dia yang sudah melupakan aku, aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Lahir yang ke-23 tahun". Semoga perjalanan hidupmu sentiasa mendapat keredhaan dariNya..

doa


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

15 August 2009

Duit Oh Duit..

Assalamualaikum..
Apa khabar semua?. Rasa macam dah lama kamezaim tak updatekan. Walaupun tiada yang bertanya tapi tak mengapalah, biarlah kamezaim ceritakan sebabnya. Aik, kenapa plak tetiba je ada gambar monitor dekat atas tu?. Apa kena mengena dengan entry kali ni.. hehe

Sebenarnya, kamezaim lama tak buka komputer sebab monitor kamezaim yang lama dah buat hal. (Datang bulan lah katakan).. hehe Terpaksalah kamezaim cari penggantinya.. Dulu kamezaim pakai monitor View Sonic, sekarang kamezaim beli monitor Acer P205H ini pula. Apa boleh buat, masa nak simpan duit ni lah macam-macam nak rosak. Untuk pengetahuan semua, monitor yang baru ni boleh tahan lah jugak kehebatannya. Kiranya kamezaim berpuas hati walaupun harganya agak mahal iaitu :- RM 419.00.

Gambar yang terang, besar dan lebar tapi nipis. hehe Dekat bawah ni adalah serba sedikit mengenai monitor ni. Manalah tahu kalau-kalau ada yang nak beli.

-: Specifications :-

  • Model : Acer P205H Widescreen LCD Monitor
  • LCD Panel
  • Type : 20" wide-screen TFT Color LCD
  • Size : 20.0" W
  • Pixel Pitch : 0.276mm(H) x 0.276mm(v)
  • Brightness : 300cd/m2 (Typical)
  • Contrast : 20000:1 Max (ACM)
  • Viewable angle : 160° (H) 160° (V)
  • Response Time : 5ms
  • Video : RGB Analog Interface
  • H-Frequency : 30KHz - 80KHz
  • V-Frequency : 55-75Hz
  • Display Colors : 16.7M Colors
  • Dot Clock : 98MHz
  • Max. Resolution : 1600 x 900 @ 60Hz
  • Plug & Play : VESA DDCCI/DDC2B
  • Energy Star On Mode : 28 W (typ.)
  • Energy Star Sleep Mode : 0.97W (typ.)
  • Energy Star Off/Standby Mode : 0.75W (typ.)
  • Input Connector : D-Sub , DVI-D 24pin (only Dual-input model)
  • Input Video Signal : Analog:0.7Vp-p(standard),75 OHM, Positive, Digital signal (only Dual-Input Model)
  • Speakers : 1W x 2 (only Audio-Input Model)(Optional)
  • Maximum Screen Size : Horizontal: 442.8mm, Vertical: 249.075mm
  • Power Source : 100-240VAC, 50/60Hz
  • Environmental Considerations : Operating Temp: 5°C to 35°C
  • Dimensions : 478(W) x 368(H) x 190(D)mm
  • Weight : 4.25kg Unit (net)
* Info Tambahan : Anda tidak perlu lagi pergi ke tandas mencari cermin untuk mencungkil gigi anda, cukuplah sekadar anda mencungkil gigi anda di depan monitor ini. Ianya boleh juga di jadikan sebagai cermin solek anda.. ekekeek Kerana monitor ini dilengkapi dengan CrystalBrite. hehe (Ada orang cemburu beb.. )


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

20 July 2009

Untukmu Kawan..


Kawan..
Ku masih ingat kenangan kita dahulu
Kita mengenali antara kita dari tadika lagi
Hinggalah kita menjejak kaki ke sekolah rendah
Kita ibarat adik beradik yang paling rapat
Tidak pernah terpisah walaupun di dalam kelas
Kita meniti kehidupan di alam persekolahan bersama
Suka duka kita lalui dengan sabar dan hati yang tenang..

Kawan..
Kita pun mula melangkah ke alam menengah bersama
Kita bersekolah di sekolah yang sama
Kita belajar di dalam kelas yang sama
Setiap pagi kita pergi ke sekolah bersama
Mengayuh basikal sambil dipenuhi buku-buku sekolah
Berlumba siapa yang sampai dulu..

Kawan..
Kita mandi di sungai bersama
Kita tangkap ikan pun bersama
Kita menghabiskan masa bersama-sama
Namun, kita terpisah setelah tamat persekolahan
Kau melanjutkan pelajaran lebih tinggi dari aku
Manakala aku mencari kerja demi menampung kehidupan
Aku bangga kerana kau mampu pergi belajar lebih dari aku
Aku sentiasa mendoakan kejayaanmu..

Kawan..
Masih ingatkah kau semua itu
Masih ingatkah kau pada aku
Satu-satunya teman yang mengenalimu dari kecil
Setelah kau menemui teman-teman barumu
Mengapa aku dipinggirkan dari hidupmu
Adakah kerana aku tidak setanding dirimu
Mengapa semua ini harus berlaku
Mengapa kau cepat berubah laku..

Kawan..
Aku kecewa dengan sikapmu
Mengapa kini sudah tidak seperti dulu
Adakah kini kita sudah dewasa dan dulu kita masih kanak-kanak
Apa bezanya dulu dan kini wahai kawan
Tidakkah kau terfikir bahawa kawanmu inilah yang akan menemanimu
Tatkala hatimu kecewa dan tatkala jiwamu menderita
Pernahkah aku sakiti hatimu sepertimana kau sakiti hatiku
Mengapa ini balasanmu pada teman yang setia menemanimu
Hanya kerana jurang pendidikan kita berbeza..

Kawan..
Aku tahu masa yang lalu tak kan terulang lagi
Namun salahkah kiranya kita mengulangi kembali kenangan dulu
Bagiku, persahabatan antara kita cukup bermakna buatku
Walau ianya langsung tidak bermakna buat dirimu..

Kawan..
Terima kasih ku ucapkan padamu
Keranamu ku kenal erti kawan
Dan keranamu jua ku kenal erti kehidupan
Ada kawan yang menangis bersama kita
Dan ada juga kawan yang hanya ketawa bersama kita
Walau aku tidak lagi kau ingati
Namun ku doakan kau berjaya dan bahagia
Walau di mana pun jua kau berada
Kenangan antara kita tetap mekar dan kukuh di sudut ingatan ini
Sekali ku mengenalimu, selamanya jua ku kan mengenalimu walau ianya hanyalah pada nama..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

08 June 2009

Aku Siapa??


Aku..
Aku letih..
..Aku penat
..Aku lemah..
..Aku tak kuat
Aku bosan..
..Aku buntu..
Aku bingung..
..Aku sedih
..Aku kecewa..
..Aku hampa
Aku menderita..
..Aku terseksa..
Aku keliru..
..Aku menangis
..Aku ketawa..
..Aku tertekan

..Aku dan aku dan aku pun sendiri tak tahu..
Aku adalah aku leerrr,
siapa lagi nak jadi aku...!!
Aku bukan kau,
Kau bukan aku,
Kau kau la,
Aku aku la..
Ish... Ish...
Apa sudah jadi dengan aku...

* Maaf yer.. hehe kamezaim letih sangat di saat dan ketika ini.. Hanya Allah saja yang tahu.. Letih, bosan, penat, kecewa dan segala-galanya ada di ketika ini.. Perlukan seseorang tapi siapakah orangnya... Kamezaim pun tak tahu.. Arggghhhhhh!!!!!!!


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

05 June 2009

Kau Pengkhianat Negara!


Kau bukan perwira
Kau bukan pembela Negara
Kau adalah pengecut
Kau adalah pengkhianat Negara..

Kerana kau kami berendam airmata
Kerana kau juga kami bermandikan darah
Kerana kau kami berjuang bermati-matian
Kerana kau juga kami menentang habis-habisan..

Rundingan di baling kau tidak endahkan
Peperangan juga yang kau inginkan
Pantang undur kami tetap mara
Rejimen Gerak Khas tetap bersatu
Teguh membela Negara..

Malaysia bukan Negaramu
Jangan kau cuba kembali ke sini
Langkah mayat kami satu persatu
Kan kami pertahankan hingga ke
Titisan darah yang terakhir..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

13 May 2009

Selamat Hari Jururawat..

Assalamualaikum..
Hehehe Kamezaim nak ambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Jururawat kepada seluruh warga jururawat di Malaysia. Walaupun mungkin dah terlepas waktunya tapi tak mengapalah.. hehe Terima kasih juga kamezaim ucapkan di atas segala bakti dan jasa yang telah anda taburkan demi memikul tanggungjawab sebagai seorang jururawat. Semua orang mampu untuk menjadi seorang jururawat tapi tak semuanya mampu untuk memikul tanggungjawab atau dalam erti kata lain mampu untuk menjadi seorang jururawat yang sebenar-benarnya jururawat.. hehe Jururawat adalah satu pekerjaan yang mulia.. hehe

Kamezaim tak kan lupa waktu kamezaim kena cucuk dengan seorang jururawat wanita ni. Dia datang dekat kamezaim dengan penuh senyum. Fuh, terus rasa nak mengorat.. Bila dia pakai baju putih tu, aduh sungguh ayu perwatakannya.. hehe Datang buat-buat tanya dekat kamezaim, dah makan ke belum, malam ni pergi mana la dan macam-macam lagi lerr.. Kamezaim pun jawablah dengan penuh perasaan, dalam hati dok kata mesti misi ni dah jatuh hati dekat aku.. hahaha Lepas tu dia suruh pusing kiri, kamezaim pun pusing kiri lerr.. Dalam hati dok fikir, ish pasai apa plak misi ni suruh pusing kiri.. Nak tidur sebelah aku kot... hehe Lepas tu dia suruh longgarkan sikit zip seluar, aduh kamezaim kata dalam hati.. Ni mesti husband misi ni dah pergi oversea 3 bulan ni.. haha Lepas tu dia turunkan sikit seluar kamezaim, aduh malunye masa tu.. hehe Nape tak je dia turunkan sampai habis yerr.. hehe Lepas tu rasa sejuk je buntut kamezaim, rasa macam dah besar gunung averest dah buntut kamezaim.. haha Lepas tu kan.. nak tahu kerr... Aduh, hanya Allah jerr yang tahu macam mana rasa ketika tu.. hehe Mengelupur kamezaim atas katil tu.. hehe Patutlah banyak sangat misi yang datang, rupa-rupanya dah stand-by nak pegang kaki kamezaim.. haha Kamezaim tanya kenapa sakit sangat misi, sebelum ni pernah juga cucuk tapi tak de lah sampai macam ni.. Aduh.. Aduh.. Semua misi tu ketawa je dekat kamezaim.. Kurang asam betul punya misi.. Dia tak tahu yang kamezaim dah rasa macam dah tak ada kaki je lagi.. Wuargh.. Wuargh.. Lepas tu misi tu cakap dia cucuk ubat anti-biotik, ubat ni memang sakit bila dah masuk dalam badan. Lepas tu kamezaim tanya kenapa tak cakap awal-awal nak cucuk, lepas tu misi tu jawab.. Kalau bagitahu awal-awal tentuk awak cabut lari.. Lepas tu mereka boleh ketawa plak dekat kamezaim.. Ish.. Ish.. Tahu lah buntut kamezaim handsem, janganlah ketawa kuat-kuat sangat.. hehe Start dari kena cucuk tu (pagi) sampai ke petang pun berjalan macam tongkang pecah je.. Aduh.. Semua orang pakat tengok jerr.. Ish.. Ish.. Sadisnya.. Tapi kan.. Kan.. Kan.. Yang penting sampai sekarang misi tu jadi kawan kamezaim.. haha Lepas je kena cucuk terus mintak nombor hp.. haha Tak sangka plak misi tu nak bagi.. Masa dia bagi pun dengan senyuman yang manja.. haha Hilanglah sekejab sakit tu.. hehe Mungkin misi tu dah jatuh hati dekat buntut kamezaim agaknya.. hehe Lepas tu, setiap kali jumpa je mesti misi tu tanya.. " Abang, macam mana dengan buntut tuu.. Dah tak jadi gunung averest lagi kerr..".. Fuh, masa tu rasa macam nak je suruh dia jalan sorang-sorang.. haha

Ahem.. Ahem.. Misi yang kamezaim maksudkan tadi bukanlah gadis di atas sana ye.. Gambar di atas sana adalah sekadar gambar hiasan saja ok.. hehe Apapun, hati-hati ye apabila misi suruh pusing ke kiri.. Hehe Lagi satu, kalau yang tak tahu misi tu ape.. Misi itu adalah nurse.. haha


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

25 April 2009

Aku Dah Letih..

Aduh, letihnya upload lagu.. Walaupun tak kena berlari, tak kena hujan atau panas namun keletihan itu tetap juga akan terasa. Tapi untuk berkongsi dengan blogger-blogger yang lain, kamezaim lupakan sekejab keletihan itu. Ada saja masa terus upload lagu untuk dikongsikan dengan blogger-blogger semua atau dengan sesiapa saja yang masuk ke blog ni. Tapi malangnya, hanya seorang dua saja yang menghargainya setelah mendownload. Hanya seorang dua saja yang meninggalkan komen kepada kamezaim sebagai tanda ucapan terima kasih. Rasa macam sia-sia je mengupload lagu untuk dikongsikan..

Tapi tidak mengapa, itu bukanlah satu paksaan. Tapi nasihat kamezaim tidak kiralah dimanapun jua kalau dah ambil pemberian orang tu janganlah lupa mengucapkan terima kasih kepada yang memberi. Ini kerana dengan cara itu ianya mampu membuat yang memberi itu terasa sedikit dihargai dan apa yang dia berikan itu tidaklah terasa sia-sia saja.

Kamezaim pun ingat lepas ni tak nak lagilah upload lagu. Kamezaim ingat biarlah kamezaim dengar sorang-sorang je lah lagu yang ada dalam simpanan kamezaim tu. hehe Kalau nak diikutkan memang banyak lagi lagu yang masih belum diuploadkan dari tahun 70'an hinggalah ke masa kini. Tapi biarlah ianya tersimpan dalam koleksi kamezaim seorang je lah, malas lagi dah nak upload.. hehe

Dengan kesempatan ini, kamezaim ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi memberi sedikit komen mahupun kata-kata nasihat kepada kamezaim. Terima kasih juga pada mereka yang setia mengunjungi blog ini.. Terima kasih.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

29 March 2009

Aku Adalah Aku..

Assalamualaikum..
Rasa macam dah lama tak update blog ni kan, sampai si Idalara pun dah kata kamezaim pergi bertapa.. Aduh, hancurnya hati ini bila terdengar kata-kata seperti itu. hehe Sebenarnya kamezaim tak ke mana, kamezaim masih di sini. Cuma masa yang tidak mengizinkan kamezaim untuk berada di hadapan komputer ini, masih banyak lagi tanggungjawab yang harus kamezaim utamakan. Rasa rindu di dunia blogger tetap ada namun terpaksa kamezaim ketepikan dulu demi mengutamakan tugas yang telah dipertanggung-jawabkan ke atas kamezaim..

Aku bukan kau, kau bukan aku tapi aku adalah aku..
"Kehadiran Anda Tidak Diundang, Perginya Anda Juga Tidak Dihalang"

Kamezaim ada terasa hati dengan sesetengah blogger yang pernah menyatakan kepada kamezaim bahawa kamezaim sudah tidak seperti dulu. Dah tak menziarah blog mereka lagi atau memberi komen dalam blog mereka hingga mereka pun dah tak nak menziarah blog kamezaim lagi. Untuk pengetahuan semua, kamezaim tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk memberi komen dalam blog kamezaim, kalau ada yang nak memberi komen, kamezaim cukup menghargainya tapi kalau tak ada pun tak apa, kamezaim tak paksa. Kehadiran anda kamezaim tak pernah undang dan perginya anda kamezaim tak pernah halang. Tujuan kamezaim berada di sini adalah untuk menjadi diri sendiri. Kamezaim tak peduli apa orang nak kata, kamezaim tak peduli apa orang nak fikirkan. Sebab kamezaim tahu apa yang kamezaim lakukan. Bukan anda yang mencorakkan hidup kamezaim tapi yang mencorak hidup kamezaim adalah diri kamezaim sendiri. Apa yang kamezaim luahkan di sini adalah luahan isi hati kamezaim sendiri. Kamezaim tak minta anda baca, kamezaim tak minta anda memahaminya cukuplah sekadar anda memberi ruang untuk kamezaim mencoretkan apa yang di rasa.

Ada sesetengah blogger yang memahami kamezaim dan ada juga yang sebaliknya. Bukan kamezaim tak mahu menziarahi blog mereka tapi apakan daya kamezaim, masa itu amat berharga buat kamezaim. Blogger bukanlah segala-galanya bagi kamezaim, kamezaim masih ada tanggung-jawab lain yang harus kamezaim utamakan. Kepada blogger-blogger yang tidak memahami kamezaim, silalah beredar dari blog ini. Kehadiran anda kamezaim tidak pernah undang, hanya blogger-blogger yang memahami saja yang diundang..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

05 February 2009

Dadah Bukanlah Segala-galanya..

Assalamualaikum..
Cepat masa berlalu meninggalkan kita. Dalam sedar atau tak sedar, januari 2009 sudah pun meninggalkan kita. Kamezaim harap anda semua sihat sejahtera sambil meniti setiap liku-liku kehidupan ini yang kian mencabar..

Kadang-kala kamezaim ada juga membawa diri di sekitar kuala lumpur. Saja jalan-jalan cari apa yang berkenan. Sedang kamezaim berjalan dari satu tempat ke satu tempat tu, kamezaim ternampak anak-anak bangsa malaysia berada dalam keadaan yang amat memalukan. Di sebalik kemajuan negara yang pesat, terselit kemunduran anak bangsa yang tersesat. Dalam keadaan yang mengghairahkan, hingga ternampak hampir seluruh inci tubuhnya. Berada dalam keadaan lemah dan khayal, setelah menikmati suntikan nikmat dunia. Ada yang masih berpakaian lengkap seragam sekolah, duduk terkangkang disana-sini seolah-olah kawasan itu merekalah yang punya. Yang menyedihkan, semua yang berada di situ adalah bangsa melayu dan perempuan. Melakukan hubungan seks bebas tanpa ada rasa malu pada masyarakat di sekitarnya. Reaksi wajah mereka seolah-olah mereka bangga dan berpuas hati dengan apa yang telah mereka lakukan. Dimanakah salah dan silapnya? Siapakah yang harus dipersalahkan?.

Kamezaim pun bukanlah orang yang baik. Kamezaim pun jahat juga dulu tapi tidaklah sampai terfikir untuk menyentuh benda tu. Sejahat-jahat kamezaim pun kamezaim tak akan cuba untuk merasa benda yang mampu memudaratkan hidup kamezaim hingga ke akhir hayat. Sebab kamezaim tahu apa kesan dan penghujungnya.. Tapi kenapa mereka tidak berfikir seperti itu? Kenapa mereka masih nak juga mencuba benda yang tak berfaedah itu. Masih banyak benda lagi yang mereka patut cuba tapi kenapa itu juga yang menjadi pilihan mereka. Nak kata mereka tak tahu apa kesannya, rasanya dah puas kerajaan buat pameran dan sebagainya. Mungkin mereka ambil benda itu sebab nak lari dari tekanan masalah keluarga atau ingin mencuba. Memang mereka bodoh kerana terlalu mudah untuk mengambil jalan penyelesaian yang singkat itu. Ketenangan hanya sementara tapi penderitaan sepanjang hayat yang ada.

Apa yang lebih menyedihkan, insan-insan yang tidak berdosa turut menerima nasib yang sama. Kerana kesilapan dan kebodohan ibu dan ayah, anak-anak yang dilahirkan turut menerima kesannya. Baru ingin mengenal dunia tapi apakan daya, darah yang mengalir di dalam tubuhnya dipenuhi kuman HIV. Tambah menyedihkan apabila insan-insan yang tidak berdosa ini dipinggirkan dari masyarakat. Masih ada masyarakat yang takut untuk mendampingi insan-insan seperti ini. Apalah salah dan dosa mereka hingga mereka dipinggirkan. Mereka tidak minta lahir ke dunia untuk menerima nasib itu tapi siapalah mereka untuk melawan takdir yang sudah pun tertulis buat hidup mereka. Kita sebagai masyarakat yang berfikiran, seharusnya kita berfikir dan menerima mereka agar mereka dapat merasa apa yang kita rasa. Antara kita dan mereka tiada bezanya, bila mati pun kita akan tuju tempat yang sama. Mereka tidak meminta belas simpati, cukuplah sekadar mengizinkan mereka hidup seperti manusia yang lain. Mereka jua punya hati dan perasaan seperti kita.

Tiada apa lagi yang dapat kamezaim katakan, hanya airmata yang menjadi saksi melihat anak-anak bangsa gugur di dalam kenikmatan dunia. Buat ibu-ibu dan ayah-ayah di luar sana, janganlah terlalu sibuk mengejar wang hingga lupa pada anak-anak. Luangkanlah sedikit masa untuk bersama anak-anak, sentiasa ambil tahu setiap langkah anak-anak. Jangan tenggelamkan anak-anak dengan harta dan kemewahan hinggakan mereka turut tenggelam dalam kenikmatan dunia. Kerana kesenangan hidup, mereka lupa diri. Kamezaim pun bukanlah dari keluarga yang senang, arwah mak kamezaim bekerja seawal 2 pagi menyiapkan kuih untuk dijual. Berapalah sangat keuntungan yang dapat dari hasil jualan tu, namun arwah mak kamezaim tak pernah berputus asa atau mengenal erti letih dan penat. Segalanya dilakukan untuk membantu ayah kamezaim demi membesarkan anak-anak dia. Kamezaim pernah lalui saat-saat getir kehidupan ini, segalanya hanya Allah yang tahu. Kamezaim tak sanggup nak lakukan benda yang salah dan jahat, setiap kali kamezaim ingin melakukan, kamezaim pasti terbayangkan wajah arwah mak bertungkus-lumus menyiapkan kuih. Tidak aapat kamezaim gambarkan betapa susahnya hidup kami ketika itu. Tapi apakan daya kamezaim, pada masa itu kamezaim tak mampu menyenangkan arwah mak. Arwah mak kamezaim hidup susah sampai ke akhir hayatnya. Itulah satu penyesalan kamezaim yang tak mungkin ada penghujungnya. Pengorbanan dia terhadap kamezaim tak ternilai jika hendak dibandingkan dengan nilai wang ringgit dan harta yang ada.

Buat mereka yang sudah terpesong dari jalan kehidupan, kembalilah ke pangkal jalan. Insaflah sebelum terlambat. Hargailah apa yang kita ada, jangan sampai kita kehilangannya. Buat mereka yang ingin mencuba benda tu, kamezaim harap lupakanlah saja niat itu. Masih banyak lagi benda yang boleh kita cuba, janganlah menjatuhkan martabat kita sebagai bangsa melayu. Jadikanlah bangsa melayu sebagai bangsa yang teratas sekali. Jangan sampai melayu hilang di dunia..

"Jauhilah Dadah, Kerana Dadah Bukanlah Segala-galanya"


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 January 2009

Aku Seorang Lelaki..



Assalamualaikum..
Aduh, peritnya hati ini untuk menerima kenyataan ini. Kenyataan yang terlalu sukar untuk kamezaim menghadapinya. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.. hehe Untuk pengetahuan semua, setakat sekarang alhamdulillah kamezaim masih lagi lelaki tulen dan tak mungkin akan berubah jantinanya.. Selalunya insan-insan yang pernah kamezaim temui, mereka akan panggil kamezaim sama ada abang atau adik tapi inilah kali pertama orang panggil kamezaim "KAK".. Wuargh.... Wuargh....

Di manakah salah dan dosaku.. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah aku seandainya aku ada melakukan dosa padaMU tapi percayalah bahawa aku bangga dan bersyukur kerana di lahirkan sebagai seorang LELAKI.

Sedihnya hati kamezaim apabila dalam kesamaran membaca posting dia tiba-tiba terlihat perkataan " Kak Kamezaim ". Lemah segala sendi-sendi di badan ini.. Wakakakaka Kalau anda semua nak tahu siapa yang telah menukar jantina kamezaim sesuka-hatinya itu, Sila klik sini.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

17 January 2009

Semenanjung Gaza..




















Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T,
Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau tabahkanlah hati mereka,
Kau hancurkanlah rejim zionis dari muka bumi ini,
Hanya kepada-MU aku meminta dan kepada-Mu jua aku berserah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

30 December 2008

Tiada Tuhan Yang Di Sembah Melainkan Allah S.W.T..

Assalamualaikum..
Maafkan kamezaim kerana agak lama menyepi di dalam dunia blogger ini. Bukan apa, tuntutan tugas memaksa kamezaim untuk melupakan seketika dunia blogger ini. Tapi alhamdulillah, kamezaim masih di izinkan Allah S.W.T untuk meneruskan kehidupan sehingga ke saat ini yang sentiasa penuh dengan cabaran dan dugaan. Kamezaim berharap agar saudara-saudari semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.

Tujuan kamezaim menulis kali ini adalah untuk meluahkan rasa kecewa, marah dan sebagainya. Tentu ada yang tertanya-tanya, kenapa agaknya kamezaim memasukan kalimah Allah untuk postingan kali ini. Sebenarnya, kamezaim kecewa dengan sikap segelintir manusia yang sudah lupa pada asal-usulnya. Dari mana dia datang dulu dan ke mana dia akan pulang nanti. Seolah-olah zaman yang serba moden ini telah merubah segalanya. Kalau di zaman Rasullullah dulu hanya di penuhi dengan unta sebagai binatang tunganggan, tapi zaman sekarang sudah di penuhi dengan kenderaan-kenderaan yang serba canggih dan mewah. Kalau di zaman Rasullullah dulu hanya kitab Al-Quran di dalam bahasa jawi yang menjadi pedoman dan ikutan buat seluruh umat Islam pada ketika itu, tapi sekarang sudah banyak ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa hingga mampu mengelirukan umat Islam di zaman ini. Kerana, dalam keadaan kita sedar atau tidak, ayat-ayat suci Al-Quran sudah banyak yang di ubah suai oleh mereka yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa agama Islam itu adalah agama yang suci. Menambahkan lagi sedih di hati kamezaim apabila orang yang menghina dan menafikan kebenaran ajaran agama Islam itu adalah anak-anak bangsa melayu yang beragama Islam. Kalau mereka tak mahu percaya pada ajaran agama Islam, itu masalah mereka.Itu mereka jawablah sendiri dengan Allah S.W.T nanti. Tapi jangan sampai mempengaruhi umat Islam yang lain.

Kalau undang-undang di negara Makkah, siapa yang mencuri akan di potong tangannya. Betapa takutnya orang untuk mencuri hinggakan peniaga-peniaga hanya menutup barang yang dijualnya dengan sehelai kain dan menuju ke masjid untuk menunaikan solat tanpa rasa ragu-ragu. Tapi di Malaysia, pencuri hanya di kenakan tindakan sebat ataupun penjara. Yang tidak membawa apa-apa kesan kepada pencuri tersebut jika nak dibandingkan dengan pencuri yang sudah di potong tangan yang pasti akan membawa kesan seumur hidupnya.

Begitu juga dengan zina, kalau di negara Makkah, sesiapa yang melakukan zina akan di rejam dengan batu sampai mati. Hinggakan orang takut untuk melakukan zina di sana. Tetapi di Malaysia, kepada yang melakukan zina hanya di kenakan denda atau penjara.

Kalau undang-undang di negara Makkah, kepada sesiapa yang menghina agama Islam akan di kenakan tindakan....???. Anda fikirlah sendiri..

Kamezaim bukan nak pertikaikan undang-undang di negara Malaysia, tapi mungkin kerana undang-undang itulah segelintir masyarakat Malaysia tidak takut mahupun gentar untuk melakukan jenayah. Kamezaim tahu bahawa negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama, mungkin agak sukar untuk melaksanakan undang-undang seperti di negara Makkah tapi tidak bolehkah sekiranya undang-undang seperti itu di pertimbangkan? Kalau agama lain dapat menerima agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia, kenapa tidak mereka boleh menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang rasmi negara Malaysia..

Kepada mereka yang menghina agama Islam atau yang cuba mencemarkan kesucian agama Islam, kamezaim nasihatkan agar mereka lupakan saja niat mereka itu. Ini kerana, sesungguhnya tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah S.W.T, sesungguhnya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, Kaabah adalah kiblat ku dan Al-Quran adalah kitab ku..

Dengan kesempatan ini, kamezaim ingin mengucapkan salam maal hijrah buat saudara-saudaraku sekalian. Marilah kita renungkan bersama wahai saudara-saudaraku sekalian..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

16 November 2008

Benarkah Couple Itu Haram Dalam Islam..?

Assalamualaikum..
Sedih rasa dihati pada waktu ini, terasa hampa dan kecewa dengan sikap dan pemikirannya. Kenapalah pemikirannya cukup pendek dan langsung tak fikirkan hati dan perasaan orang lain. Terlalu mudah membuat keputusan, seolah-olah aku tak penting buat hidupnya. Tapi tak mengapa, tanpa dia tak bererti aku tak boleh hidup.

Aku pun tak tahu dari mana dia dapat fakta ini, "Couple Adalah Haram". Walaupun aku bukanlah seorang yang alim atau dikategorikan sebagai ustaz, namun aku rasa couple itu tidak haram bagi agama Islam. Tak salah rasanya kita berpasangan antara lelaki dan perempuan asalkan kita tahu batas-batas pergaulan secara Islam. Sedangkan ustaz dan ahli-ahli ulamak sendiri pun bercinta dahulu sebelum mendirikan rumah tangga, inikan kita yang tidak bergelar ustaz. Inilah kali pertama, sepanjang aku hidup di muka bumi ini aku mendapat satu fakta dari seorang insan yang aku sayangi bahawa berpasangan itu adalah haram hingga dia sanggup memutuskan ikatan suci yang terbina selama ini beralasankan couple itu adalah haram. Masa aku sekolah dulu pun, ustazah tak pernah kata pun couple itu haram. Cuma apa yang dia kata, bercinta sebelum kahwin adalah lebih baik dari bercinta selepas kahwin. Lelaki memerlukan perempuan dan perempuan juga memerlukan lelaki. Tak salah kalau berpasangan asalkan kita tahu mana halal dan haramnya.

Aku pun tak tahu apa lagi yang harus aku katakan pada dia, cuma yang mampu aku katakan pada dia, silalah rujuk semula dengan ustaz atau ustazah agar akidah dia tidak terus terpesong. Aku pun tak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Kepada sesiapa saja yang dapat membantu menerangkan segalanya, silalah tinggalkan pendapat anda atau komen buat kamezaim.

Ini adalah apa yang dia katakan pada kamezaim :-

"assalamualaikum abg... pertama sekali, syg nak mintak maaf pd abg zahir dan batin. syg tahu selama ni syg yg paling banyak berbuat salah pada abg, byk sakitkan hati abg, byk buat abg malu. syg sebenarnya tak kuat nak cakap pape pada abg melalui telefon, bukan kerana syg takot, cuma syg takpunya kekuatan utk dengar lg suara abg. sebelum syg berkata apa2, syg nak abg ingat satu perkara, bahawa syg takpernah nak main2kan perasaan abg dan takpernah sekali pun syg bohongi abg tentang perasaan cinta yg hadir ini.

rasanya syg terlalu miskin dengan pengetahuan agama jua jahil dalam sikap untuk menjadi muslimah yg ibuayah syg boleh banggakan di dunia mahupun di akhirat. dalam perjalanan ini jua, telah syg cuba sedaya upaya ubah diri syg sendiri.. cuma allah je yg tahu. kalau bisa, syg taknak kongsikan pada semua org, kerana pastinya org2 tu akan salah anggap pd syg dan ejek syg berlagak baik. syg akui, syg selalu leka dgn nikmatnya dunia. kawan syg buat tu, syg ikut, kwn syg nak sesuatu, syg pon nak jgk. macam2 la abg.. termasuk menjalinkan hubungan dgn lelaki.

abg. memang berat sekali hati ni untuk ungkapkan apa yg tersirat.. tapi demi cinta syg pd Allah, syg cuba dan syg akan luahkan segalanya. mulai detik ini, syg minta putus dalam hubungan antara abg dan syg. abg... syg baru ketahui bahawa couple itu haram abg.. "

Terima kasih aku ucapkan pada dia di atas semua ini dengan harapan agar dia puas hati dengan keputusan yang dia lakukan ini. Aku sambut salam perpisahan ini dengan hati yang terbuka, mudah-mudahan perjalanan hidup aku kian lebih tenang pada masa akan datang. Dan aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memisahkan aku dengan dia sekarang, agar aku tidak menyesal di kemudian hari. Hati aku memang terluka tapi aku yakin, hati aku tidak selamanya akan terluka sebab aku tahu, tiada gunanya aku mengenangkan seorang perempuan yang tak tahu menghargai diri aku. Seorang perempuan yang tak punya hati dan perasaan. Tiada guna aku meratap hiba dengan apa yang terjadi, masih banyak lagi benda penting yang harus aku fikirkan dari aku memikirkan dia. Andai dia terbaca kata-kata ini, aku harap janganlah ganggu hidup aku lagi. Tak ingin aku melihat wajahmu lagi biapun hanya sekilas pandang dan tak ingin aku mengenalimu lagi. Pergilah kau jauh dari hidup aku, andai satu hari nanti kita bersua, jangan harap untuk aku menegur kau lagi.. Berambus kau dari hidup aku..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

04 July 2008

Apa Nak Jadi??


Apa nak jadi sekarang ni,semuanya dah naik.Harga minyak pun dah melambung naik,lepas tu elektrik pun turut naik.Mana nak cari duit untuk kejar semua tu.Lainlah kalau gaji sebulan RM 10,000.00.Yang kaya lagi kaya,yang miskin akan terus miskin.Nak pergi kerja pun asyik fikir pasal minyak,kalau tak isi tak boleh jalan,kalau isi dah tentu RM 10.00 tak cukup..

Apa sudah jadi,sikit hari lagi barang dapur pun turut naik.Apa agaknya ye yang akan turun?Kadang-kadang aku pun tak faham,kenapalah naik sampai macam tu sekali.Apa salahnya kalau naik sedikit demi sedikit,tak lah teruk sangat nak backup.Ini sekali naik macam dah tak naik lagi lepas ni,apa lah diorang ni.Diorang bolehlah sebab bukan diorang yang bayar duit minyak tapi kerajaan yang bayar.Diorang cuma tahu duduk dekat belakang je pastu bagitahu driver nak pergi mana.Mana diorang terasa pasal kenaikan minyak ni.

Memang negara kita adalah di antara negara-negara yang paling murah dari segi minyak tapi janganlah sampai naik mendadak sekaligus,matilah masyarakat malaysia nak kejar bagi stabil balik.Ada ke diorang fikir semua tu..@tensyen


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

28 June 2008

Jom Sepahkan Rumah Cik Lawa Dan Obor-Obor

Sebenarnya kamezaim tengah bosan ni.Dah tak tahu nak buat apa hari ni,cuaca plak mendung je dari pagi tadi.Nak keluar tapi tak tahu nak pergi mana dan juga dengan siapa.Apa kata kalau kamezaim ajar bagaimana caranya nak senaman kan jari anda..hehehe

Cara dia mudah saje,sebenarnya 2,3 hari ni memang kamezaim selalu buat senaman ni.hehe Sebenarnya kamezaim nak korang tolong kamezaim,tolong sepahkan rumah Cik Lawa dengan Cik Obor-Obor kita ni.Apa kata kalau korang tolong kamezaim sepahkan rumah diorang.Dapatlah juga tangan korang bergerak sikit..hehe Caranya,korang target tempat jerit diorang (msjbox).Patu korang tulis lah apa pun korang nak tulis tapi ingat,jangan lupa letak smiley banyak-banyak sikit..Biar bersepah msjbox diorang..hahaha Jom kita serang msjbox diorang..@adil

Ini alamat rumah diorang :

Cik Lawa

Obor-Obor


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP