30 December 2008

Tiada Tuhan Yang Di Sembah Melainkan Allah S.W.T..

Assalamualaikum..
Maafkan kamezaim kerana agak lama menyepi di dalam dunia blogger ini. Bukan apa, tuntutan tugas memaksa kamezaim untuk melupakan seketika dunia blogger ini. Tapi alhamdulillah, kamezaim masih di izinkan Allah S.W.T untuk meneruskan kehidupan sehingga ke saat ini yang sentiasa penuh dengan cabaran dan dugaan. Kamezaim berharap agar saudara-saudari semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.

Tujuan kamezaim menulis kali ini adalah untuk meluahkan rasa kecewa, marah dan sebagainya. Tentu ada yang tertanya-tanya, kenapa agaknya kamezaim memasukan kalimah Allah untuk postingan kali ini. Sebenarnya, kamezaim kecewa dengan sikap segelintir manusia yang sudah lupa pada asal-usulnya. Dari mana dia datang dulu dan ke mana dia akan pulang nanti. Seolah-olah zaman yang serba moden ini telah merubah segalanya. Kalau di zaman Rasullullah dulu hanya di penuhi dengan unta sebagai binatang tunganggan, tapi zaman sekarang sudah di penuhi dengan kenderaan-kenderaan yang serba canggih dan mewah. Kalau di zaman Rasullullah dulu hanya kitab Al-Quran di dalam bahasa jawi yang menjadi pedoman dan ikutan buat seluruh umat Islam pada ketika itu, tapi sekarang sudah banyak ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa hingga mampu mengelirukan umat Islam di zaman ini. Kerana, dalam keadaan kita sedar atau tidak, ayat-ayat suci Al-Quran sudah banyak yang di ubah suai oleh mereka yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa agama Islam itu adalah agama yang suci. Menambahkan lagi sedih di hati kamezaim apabila orang yang menghina dan menafikan kebenaran ajaran agama Islam itu adalah anak-anak bangsa melayu yang beragama Islam. Kalau mereka tak mahu percaya pada ajaran agama Islam, itu masalah mereka.Itu mereka jawablah sendiri dengan Allah S.W.T nanti. Tapi jangan sampai mempengaruhi umat Islam yang lain.

Kalau undang-undang di negara Makkah, siapa yang mencuri akan di potong tangannya. Betapa takutnya orang untuk mencuri hinggakan peniaga-peniaga hanya menutup barang yang dijualnya dengan sehelai kain dan menuju ke masjid untuk menunaikan solat tanpa rasa ragu-ragu. Tapi di Malaysia, pencuri hanya di kenakan tindakan sebat ataupun penjara. Yang tidak membawa apa-apa kesan kepada pencuri tersebut jika nak dibandingkan dengan pencuri yang sudah di potong tangan yang pasti akan membawa kesan seumur hidupnya.

Begitu juga dengan zina, kalau di negara Makkah, sesiapa yang melakukan zina akan di rejam dengan batu sampai mati. Hinggakan orang takut untuk melakukan zina di sana. Tetapi di Malaysia, kepada yang melakukan zina hanya di kenakan denda atau penjara.

Kalau undang-undang di negara Makkah, kepada sesiapa yang menghina agama Islam akan di kenakan tindakan....???. Anda fikirlah sendiri..

Kamezaim bukan nak pertikaikan undang-undang di negara Malaysia, tapi mungkin kerana undang-undang itulah segelintir masyarakat Malaysia tidak takut mahupun gentar untuk melakukan jenayah. Kamezaim tahu bahawa negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama, mungkin agak sukar untuk melaksanakan undang-undang seperti di negara Makkah tapi tidak bolehkah sekiranya undang-undang seperti itu di pertimbangkan? Kalau agama lain dapat menerima agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia, kenapa tidak mereka boleh menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang rasmi negara Malaysia..

Kepada mereka yang menghina agama Islam atau yang cuba mencemarkan kesucian agama Islam, kamezaim nasihatkan agar mereka lupakan saja niat mereka itu. Ini kerana, sesungguhnya tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah S.W.T, sesungguhnya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, Kaabah adalah kiblat ku dan Al-Quran adalah kitab ku..

Dengan kesempatan ini, kamezaim ingin mengucapkan salam maal hijrah buat saudara-saudaraku sekalian. Marilah kita renungkan bersama wahai saudara-saudaraku sekalian..

2 Komen:

Idalara Wednesday, 07 January, 2009  

Post yang sangat menarik,penuh emosi, demi Agama,Bangsa dan Negara..renung2kan bersama.

Kamezaim Wednesday, 07 January, 2009  

tak semua akan dapat memahaminya ida...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP