Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

07 September 2009

Pembunuhan Di Beaufort..



Kamezaim pun tak pasti di mana kejadian ini terjadi. Tapi, menurut sumber kejadian ini terjadi di Beaufort. Tahu tak beaufort tu kat mana? England? Kanada? Mexico? hehe Dekat Sabah lah.. Sebelah Kampung Limbawang.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Bakar Hidup - Hidup..!!



Fuh, ganas juga manusia ni ye. Boleh di bakar sesama manusia macam tu je. Dia ingat bakar ayam ke ape, ish.. ish.. Kejam.. Memang kejam.. Macam lagu Dr. Kronik, Hidup-Hidup Dibakar.. hehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Rempit Jangan Tak Rempit..




Assalamualaikum..
Maaflah kalau ianya agak mengerikan, ianya adalah sekadar untuk dijadikan peringatan kita bersama bahawa setiap yang berada di tubuh kita ini adalah satu anugerah yang cukup tidak terhingga nilainya. Jadi, hargailah ia semampu yang boleh..

Sesungguhnya malang itu tidak berbau..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

05 June 2009

Sekadar Renungan..

Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Harap sihat lah ye.. Esok ramai juga yang cuti kan dan ada juga yang terpaksa bekerja. hehe Kepada yang bekerja, selamat bekerja. Kepada yang bercuti plak, selamat bercuti. Di bawah ni ada satu video. Video ni agak ngeri dan tidak sesuai untuk tontonan pada mereka yang di bawah umur. Bagi mereka yang rasa tak seharusnya tengok, janganlah tengok. Jangan paksa diri untuk tengok. Takut nanti lain pula yang jadinya. hehe Menurut sumber, video ini di ambil di Thailand. Jom kita tengok..




Errrrrr..... Amacam, ok tak? Kalau ada yang dah nak termuntah, kamezaim minta maaf ye.. hehe Kamezaim pun tak pasti lagi siapa bunuh siapa. Sama ada orang Islam bunuh orang bukan Islam atau orang bukan Islam bunuh orang Islam. Itu kamezaim tak tahu ok..

Tapi, adakah semua ini harus terjadi? Yang di bunuh bukan tentera atau polis tapi orang awam yang tidak berdosa. Orang awam yang tak tahu apa-apa di bunuh macam binatang. Nyawa adalah satu anugerah yang tidak ternilai, janganlah meragut nyawa mereka yang tidak berdosa. Kerana kita juga punya nyawa seperti mereka, kita serupa saja. Kita bukan Tuhan, kita tidak berkuasa. Kita hanya berlagak saja yang kita ni berkuasa tapi hakikatnya kita ni hanya insan kerdil yang tak punya apa-apa kuasa, hanya Allah S.W.T sahaja yang berkuasa di alam semesta ini. Kalau kita bunuh mereka seperti itu, tidak terfikirkah kita macam mana agaknya kalau mereka pula yang membunuh kita sebegitu rupa?. Fikir-fikirkanlah..

Andai mereka yang di bunuh itu adalah saudara-saudara kita, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat roh mereka. Moga roh mereka tenang bertemu yang maha Esa di sana. Kepada mereka yang mencetuskan keganasan, hentikanlah segera. Kerana keganasan bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya mampu meruntuhkan sesebuah negara. Keganasan dan peperangan adalah satu perkara yang seharusnya kita elakkan..

Renungkanlah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

11 May 2009

Aduh.. Kasihannya Dia...



Ini ada lagi satu video. Kamezaim jumpa dalam internet.. Pertama sekali kamezaim ingin memohon maaf kepada insan yang terdapat dalam video ni, kamezaim cuma ingin berkongsi dan menjadikan ianya satu pengajaran buat kita bersama..

Wahai kaum hawa, hehe Berhati-hatilah ketika menunggang motorsikal. Rasa-rasanya anda tidak sesuai untuk menunggang motorsikal.. hehe Tapi tak boleh kata macam tu jugakkan, sebab malang ni tak pernah berbau. hehe Tapi memang terbukti bahawa penunggang motorsikal lebih berisiko tinggi untuk terbabit dalam kemalangan..

Kadang-kadang kita bawa dengan cermat, penuh berhemah serta berdisiplin namun apakan daya, orang lain pula yang mencari kita. Mungkin itulah yang dikatakan malang itu tidak berbau..

Jom layanzzz...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Akibat Makan "Babi"..



Assalamualaikum..
Selamat hari ibu kamezaim ucapkan kepada mereka yang bergelar seorang ibu. hehe Kali ni kamezaim nak kongsi dengan anda semua. Tadi kamezaim check email dan ada kiriman dari seseorang. Bila kamezaim buka je video yang dikirimkan tu, terus terbatal nak makan malam ni.. hehe Menurut di dalam email tersebut, kejadian ini terjadi kepada seseorang yang suka sangat makan "Babi". Betul atau tidak itu tak tahulah, tapi rasa-rasanya betul kot.. hehe

Jom layanzzzz....


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

29 January 2009

Jom Layan...



Mula-mula kamezaim tengok video ni macam biasa je, tak ada yang menarik pun. Tapi bila dekat-dekat nak habis je baru kamezaim rasa kagum dan terfikir jugalah macam mana mereka buat sama ada guna ilmu hitam ke tidak itu kamezaim tak tahulah. Jom kita layan.. hehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

13 January 2009

Tontonan Khas Untuk Kaum Hawa..



Menurut sumber yang kamezaim terima, kejadian ini berlaku di stesyen minyak caltex sekitar Sungai Petani, Kedah. Sama ada betul atau tidak, itu kamezaim tak pasti. Tapi apa yang pastinya, kejadian ini memang terjadi di Malaysia.

Kepada semua kaum hawa, kamezaim nasihatkan agar berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan. Jangan leka atau asyik dengan perkara lain hingga ada yang kita alpakan.. Berpeganglah pada prinsip yang kamezaim amalkan, iaitu "lalai sesaat pasti menyesal seumur hidup". Apa guna jika punya beg tangan yang mahal, cantik dan menawan tapi berisiko tinggi. Adakah untuk menjadi tontonan semua bahawa aku punya beg tangan yang bergaya. Tapi bila kejadian seperti ini berlaku, baru terasa menyesal setelah wang ringgit dan barang bernilai hilang dalam sekelip mata.

Kamezaim bukan hendak membebel tapi sekadar mengingati insan lain agar berwaspadalah setiap gerak-geri anda. Percayalah bahawa setiap gerak-geri anda sentiasa di perhatikan walaupun dalam keadaan anda sedar atau tidak. Jadikanlah video di atas sebagai satu iktibar dan peringatan buat kita. Kalaulah peragut itu dapat ditangkap ketika itu, memang kendurilah orang dekat sekitar situ.. hehe Jadi bubur lambuklah peragut tu..hehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

23 November 2008

Mati Dibaham Harimau Putih..



SINGAPURA: Zoo Singapura di Jalan Mandai di sini gempar apabila seorang pekerja rakyat Malaysia mati dipercayai dibaham harimau putih peliharaan zoo itu hari ini
Polis Singapura ketika dihubungi Bernama berkata Nordin Montong, 30-an, dijumpai dalam keadaan cedera di leher dan badannya.

Polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengah hari tadi mengenai kejadian itu dan terus berkejar ke zoo berkenaan.
Paramedik yang turut dikejarkan ke sana mengesahkan Nordin meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari.

Polis bagaiamanapun tidak pasti dari negeri mana di Malaysia Nordin berasal.
Laporan awal mendapati dia dipercayai diserang oleh tiga ekor harimau putih apabila masuk ke dalam kandang pameran haiwan itu.
Para penjaga zoo yang melihat kejadian itu cuba menyelamatkan Nordin dengan mengalihkan perhatian harimau-harimau itu.

Sumber Artikel : Bernama


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 November 2008

Mat Rempit Mati Katak & Awek Rempit Putus Kaki..



Assalamualaikum..
Inilah akibatnya kalau kita sering menunjuk-nunjuk di jalan raya. Tiada gunanya kalau kita menunjuk kehebatan di jalan raya, tak ada seorang pun yang bangga dan kagum dengan kehebatan itu, malah ada yang menyampah melihatnya. Jalan raya bukanlah tempat untuk kita berlumba atau untuk menunjuk siapa kita. Kerana sesungguhnya malang itu tak pernah kita tahu bila akan menimpa kita. Seharusnya di jalan raya kita harus menghormati antara satu sama lain, harus ada sikap tolak-ansur dan bersabar. Hanya kerana kita tak sanggup bersabar dalam beberapa minit, hidup kita mampu berubah sekelip mata dari hidup yang bahagia menjadi derita.

Adakah kenderaan yang lebih besar harus mengelak dan mengalah sentiasa dari kenderaan yang lebih kecil berbandingnya? Kalau anda berfikiran sebegitu, sememangnya anda silap. Seharusnya, kenderaan yang kecil harus mengalah pada kenderaan yang lebih besar. Kerana, sedarlah bahawa kenderaan anda itu tak layak untuk bertembung dengan lori. Kenderaan anda itu hanyalah tin kosong tapi badan lori adalah besi yang padat. Jika nak banding kekuatan dan berat, kereta langsung tak layak untuk digandingkan dengan lori. Itu kalau antara kereta dan lori, tapi kalau antara manusia dan lori? Fikirlah sendiri..

Kereta mampu di beli di mana saja, tapi nyawa tiada di jual di 7-eleven. Walaupun anda mempunyai wang berjuta-juta, namun anda tetap tak mampu untuk membeli nyawa itu kerana nyawa itu adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Kadang-kadang kamezaim ada juga mendengar orang-orang kaya berborak, mereka kata kalau ada duit segalanya boleh dapat. Tapi, mereka lupa bahawa ada sesuatu yang mereka tak akan dapat beli iaitu nyawa. Kelajuan lori biasa yang tanpa muatan adalah tidak melebihi 100km/j manakala kelajuan lori biasa yang berada dalam muatan adalah tidak melebihi 70 km/j kecuali lori kargo atau kontena. Kalau lori kargo atau kontena, walaupun tanpa muatan atau dalam muatan, ianya memang laju. Ini kerana kuasa kuda lori tersebut jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan lori-lori biasa yang lain. Lori kontena atau kargo atau didalam bahasa inggerisnya adalah Prime Mover dilengkapi dengan 12, 14, 18 gear dan juga sebagainya. Ini kerana muatan yang dibawa mereka cukup berat dan tak boleh di bawa atau di tarik oleh lori lain. Mereka ini di kategorikan sebagai jentera bergerak. Jentera bergerak di bahagikan kepada dua iaitu jentera ringan dan juga jentera berat.

Kalaulah sekalipun anda nak tunjuk kehebatan anda, janganlah membabitkan orang lain. Biarlah kalau putus kaki sekalipun, kaki anda yang putus tapi bukan insan lain yang menjadi mangsa kerana kebodohan anda. Tujuan kamezaim memasukkan video ni ke dalam blog adalah untuk dijadikan renungan buat kita bersama. Marilah kita fikir dan renungkan..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

28 October 2008

Kemalangan - Kemalangan Ngeri..

Assalamualaikum..
Kamezaim ingin memohon maaf
andai video-video di bawah ini agak mengerikan.
Kamezaim hanya ingin jadikan ia sebagai
renungan dan pengajaran buat kita bersama..







Marilah kita renungkannya bersama..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

28 July 2008

Kantoi!! (18 SX)



Jom layan video di atas.Untuk sekadar renungan kita bersama sebagai masyarakat Malaysia yang beragama Islam.Biarlah kita di katakan bangsa yang ketinggalan zaman,sekurang-kurangnya kita masih ada adat dan maruah bangsa melayu.Apa guna kalau kita kejar arus kemodenan tapi dalam masa yang sama maruah bangsa melayu menjadi pertaruhannya..

Sama-samalah kita fikirkannya..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

30 May 2008

Peluru Berpandu Mengalami Masalah Teknikal Ketika Dilancarkan


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Rejimen Gerak Khas (Latihan)


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

29 May 2008

21 GGK (Last Day)


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 GGK (Swamp Phase 2)


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 GGK (Swamp Phase)


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 GGK (Basic Parachuting)


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 GGK (Shooting)


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 GGK (Long March)


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP