Showing posts with label Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Ngeri. Show all posts

29 August 2012

Gadis Maut Di Lorong Kecemasan..



BUKIT BERUNTUNG - Dalam satu kemalangan di Kilometer 430.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur, seorang penunggang remaja perempuan maut apabila motosikalnya terbabas di lorong kecemasan semalam.Mangsa, Nur Sabrina Sulaiman, 21, menunggang motosikal bersendirian dipercayai datang daripada Alor Setar, Kedah menuju ke Kuala Lumpur.Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka dan kepala dalam kejadian pada pukul 4 petang itu.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.Kejadian disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Kemalangan maut kedua ini berlaku hanya 1 km dari lokasi kemalangan pertama yang melibatkan seorang penunggang motosikal lelaki.

Sumber : Sinar Harian.

Al-Fatihah buat arwah. Berani betul dia kan, dari Alor Star nak ke Kuala Lumpur menunggang motorsikal bersendirian.. Seumur hidup kamezaim, hanya sekali kamezaim menunggang motorsikal dari Kuala Lumpur ke Perlis kemudian esoknya pulang semula ke Kuala Lumpur. Seksa dan deritanya hanya Allah saja yang tahu. Alhamdulillah, perjalanan kamezaim selamat tanpa sebarang musibah..

Nasihat kamezaim, tanyalah diri sendiri.. Yakin atau tidak. Nyawa melayang ibarat sekeping kertas yang di tiup angin. Jadi, sayangilah nyawa anda, jagalah diri anda...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

07 September 2009

Pembunuhan Di Beaufort..



Kamezaim pun tak pasti di mana kejadian ini terjadi. Tapi, menurut sumber kejadian ini terjadi di Beaufort. Tahu tak beaufort tu kat mana? England? Kanada? Mexico? hehe Dekat Sabah lah.. Sebelah Kampung Limbawang.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Rempit Jangan Tak Rempit..




Assalamualaikum..
Maaflah kalau ianya agak mengerikan, ianya adalah sekadar untuk dijadikan peringatan kita bersama bahawa setiap yang berada di tubuh kita ini adalah satu anugerah yang cukup tidak terhingga nilainya. Jadi, hargailah ia semampu yang boleh..

Sesungguhnya malang itu tidak berbau..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

05 June 2009

Sekadar Renungan..

Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Harap sihat lah ye.. Esok ramai juga yang cuti kan dan ada juga yang terpaksa bekerja. hehe Kepada yang bekerja, selamat bekerja. Kepada yang bercuti plak, selamat bercuti. Di bawah ni ada satu video. Video ni agak ngeri dan tidak sesuai untuk tontonan pada mereka yang di bawah umur. Bagi mereka yang rasa tak seharusnya tengok, janganlah tengok. Jangan paksa diri untuk tengok. Takut nanti lain pula yang jadinya. hehe Menurut sumber, video ini di ambil di Thailand. Jom kita tengok..




Errrrrr..... Amacam, ok tak? Kalau ada yang dah nak termuntah, kamezaim minta maaf ye.. hehe Kamezaim pun tak pasti lagi siapa bunuh siapa. Sama ada orang Islam bunuh orang bukan Islam atau orang bukan Islam bunuh orang Islam. Itu kamezaim tak tahu ok..

Tapi, adakah semua ini harus terjadi? Yang di bunuh bukan tentera atau polis tapi orang awam yang tidak berdosa. Orang awam yang tak tahu apa-apa di bunuh macam binatang. Nyawa adalah satu anugerah yang tidak ternilai, janganlah meragut nyawa mereka yang tidak berdosa. Kerana kita juga punya nyawa seperti mereka, kita serupa saja. Kita bukan Tuhan, kita tidak berkuasa. Kita hanya berlagak saja yang kita ni berkuasa tapi hakikatnya kita ni hanya insan kerdil yang tak punya apa-apa kuasa, hanya Allah S.W.T sahaja yang berkuasa di alam semesta ini. Kalau kita bunuh mereka seperti itu, tidak terfikirkah kita macam mana agaknya kalau mereka pula yang membunuh kita sebegitu rupa?. Fikir-fikirkanlah..

Andai mereka yang di bunuh itu adalah saudara-saudara kita, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat roh mereka. Moga roh mereka tenang bertemu yang maha Esa di sana. Kepada mereka yang mencetuskan keganasan, hentikanlah segera. Kerana keganasan bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya mampu meruntuhkan sesebuah negara. Keganasan dan peperangan adalah satu perkara yang seharusnya kita elakkan..

Renungkanlah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

11 May 2009

Aduh.. Kasihannya Dia...



Ini ada lagi satu video. Kamezaim jumpa dalam internet.. Pertama sekali kamezaim ingin memohon maaf kepada insan yang terdapat dalam video ni, kamezaim cuma ingin berkongsi dan menjadikan ianya satu pengajaran buat kita bersama..

Wahai kaum hawa, hehe Berhati-hatilah ketika menunggang motorsikal. Rasa-rasanya anda tidak sesuai untuk menunggang motorsikal.. hehe Tapi tak boleh kata macam tu jugakkan, sebab malang ni tak pernah berbau. hehe Tapi memang terbukti bahawa penunggang motorsikal lebih berisiko tinggi untuk terbabit dalam kemalangan..

Kadang-kadang kita bawa dengan cermat, penuh berhemah serta berdisiplin namun apakan daya, orang lain pula yang mencari kita. Mungkin itulah yang dikatakan malang itu tidak berbau..

Jom layanzzz...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Akibat Makan "Babi"..



Assalamualaikum..
Selamat hari ibu kamezaim ucapkan kepada mereka yang bergelar seorang ibu. hehe Kali ni kamezaim nak kongsi dengan anda semua. Tadi kamezaim check email dan ada kiriman dari seseorang. Bila kamezaim buka je video yang dikirimkan tu, terus terbatal nak makan malam ni.. hehe Menurut di dalam email tersebut, kejadian ini terjadi kepada seseorang yang suka sangat makan "Babi". Betul atau tidak itu tak tahulah, tapi rasa-rasanya betul kot.. hehe

Jom layanzzzz....


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

06 February 2009

Kematian Adalah Satu Kemestian..





Assalamualaikum..
Kamezaim ingin memohon maaf sekiranya gambar-gambar di atas amat mengerikan buat tontonan anda. Kamezaim cuma ingin berkongsi dengan anda dengan harapan agar kita lebih berhati-hati dan berwaspada sentiasa. Sesungguhnya malang itu tidak berbau dan ajal maut itu semuanya di tangan Allah. Kematian itu adalah satu kemestian, tiada sesiapa dapat lari dari kematian cuma yang bezanya adalah cara kita untuk menghampiri saat-saat kematian itu.

Kamezaim tahu, entah esok atau lusa kamezaim juga akan mati tapi biarlah matinya kamezaim nanti dalam keadaan yang baik dan beriman. Kejadian di atas terjadi di sebuah pusat membeli-belah di Malaysia. Rasanya tak perlulah kamezaim nyatakan nama pusat membeli-belah tersebut. Semoga keluarganya tabah menerima dugaan ini.

Berhati-hatilah walau dimana jua anda berada. Jangan terlalu riak atau gembira. Selalunya permulaan yang ketawa akan di akhiri dengan tangisan. Sentiasa peka pada keadaan sekeliling, jangan lalai walaupun hanya sesaat. Kerana lalai sesaat, menyesal seumur hidup.. Marilah kita renungkan bersama...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

17 January 2009

Semenanjung Gaza..




















Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T,
Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau tabahkanlah hati mereka,
Kau hancurkanlah rejim zionis dari muka bumi ini,
Hanya kepada-MU aku meminta dan kepada-Mu jua aku berserah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 November 2008

Mat Rempit Mati Katak & Awek Rempit Putus Kaki..



Assalamualaikum..
Inilah akibatnya kalau kita sering menunjuk-nunjuk di jalan raya. Tiada gunanya kalau kita menunjuk kehebatan di jalan raya, tak ada seorang pun yang bangga dan kagum dengan kehebatan itu, malah ada yang menyampah melihatnya. Jalan raya bukanlah tempat untuk kita berlumba atau untuk menunjuk siapa kita. Kerana sesungguhnya malang itu tak pernah kita tahu bila akan menimpa kita. Seharusnya di jalan raya kita harus menghormati antara satu sama lain, harus ada sikap tolak-ansur dan bersabar. Hanya kerana kita tak sanggup bersabar dalam beberapa minit, hidup kita mampu berubah sekelip mata dari hidup yang bahagia menjadi derita.

Adakah kenderaan yang lebih besar harus mengelak dan mengalah sentiasa dari kenderaan yang lebih kecil berbandingnya? Kalau anda berfikiran sebegitu, sememangnya anda silap. Seharusnya, kenderaan yang kecil harus mengalah pada kenderaan yang lebih besar. Kerana, sedarlah bahawa kenderaan anda itu tak layak untuk bertembung dengan lori. Kenderaan anda itu hanyalah tin kosong tapi badan lori adalah besi yang padat. Jika nak banding kekuatan dan berat, kereta langsung tak layak untuk digandingkan dengan lori. Itu kalau antara kereta dan lori, tapi kalau antara manusia dan lori? Fikirlah sendiri..

Kereta mampu di beli di mana saja, tapi nyawa tiada di jual di 7-eleven. Walaupun anda mempunyai wang berjuta-juta, namun anda tetap tak mampu untuk membeli nyawa itu kerana nyawa itu adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Kadang-kadang kamezaim ada juga mendengar orang-orang kaya berborak, mereka kata kalau ada duit segalanya boleh dapat. Tapi, mereka lupa bahawa ada sesuatu yang mereka tak akan dapat beli iaitu nyawa. Kelajuan lori biasa yang tanpa muatan adalah tidak melebihi 100km/j manakala kelajuan lori biasa yang berada dalam muatan adalah tidak melebihi 70 km/j kecuali lori kargo atau kontena. Kalau lori kargo atau kontena, walaupun tanpa muatan atau dalam muatan, ianya memang laju. Ini kerana kuasa kuda lori tersebut jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan lori-lori biasa yang lain. Lori kontena atau kargo atau didalam bahasa inggerisnya adalah Prime Mover dilengkapi dengan 12, 14, 18 gear dan juga sebagainya. Ini kerana muatan yang dibawa mereka cukup berat dan tak boleh di bawa atau di tarik oleh lori lain. Mereka ini di kategorikan sebagai jentera bergerak. Jentera bergerak di bahagikan kepada dua iaitu jentera ringan dan juga jentera berat.

Kalaulah sekalipun anda nak tunjuk kehebatan anda, janganlah membabitkan orang lain. Biarlah kalau putus kaki sekalipun, kaki anda yang putus tapi bukan insan lain yang menjadi mangsa kerana kebodohan anda. Tujuan kamezaim memasukkan video ni ke dalam blog adalah untuk dijadikan renungan buat kita bersama. Marilah kita fikir dan renungkan..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

28 October 2008

Kemalangan - Kemalangan Ngeri..

Assalamualaikum..
Kamezaim ingin memohon maaf
andai video-video di bawah ini agak mengerikan.
Kamezaim hanya ingin jadikan ia sebagai
renungan dan pengajaran buat kita bersama..







Marilah kita renungkannya bersama..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

07 October 2008

Kekejaman Di Bumi Palestin!!

Ya Allah ya Tuhanku,
Apalah dosa mereka sehingga mereka diseksa sebegini rupa
Menjadi pelarian di bumi sendiri
Berlari kesana-sini mencari pelindung
Dari diseksa oleh Yahudi yang zalim
Siang dan malam tiada bezanya
Langit yang indah menjadi kelam-kabut
Setelah dihujani peluru-peluru yahudi
Bumi yang tenang menjadi bergelora
Setelah diledak bom yahudi
Kemanakah lagi mereka harus membawa diri..

Anak-anak kecil menjadi mangsa
Mangsa kerakusan oleh kaum yang bongkak dan zalim
Dibunuh disana-sini
Mayat bergelimpangan seperti tiadanya harga diri
Dipijak, dirogol dan dibunuh..















Marilah kita mendoakan kepada insan-insan yang tidak berdosa ini agar mereka tabah menghadapi dugaan-dugaan Allah S.W.T dan sedekahkanlah Al-Fatihah buat mereka yang terkorban. Biarpun mereka menderita di dunia yang sementara ini, marilah kita doakan agar mereka aman dan tenang di sana..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

06 October 2008

Mati Digigit Anjing!!







Assalamualaikum..
Baru-baru ni kamezaim ada mendapat e-mail dari seorang teman kamezaim. Seorang kanak-kanak mati digigit anjing. Menurut gambar-gambar yang lain, tragedi ini terjadi di Negara Thailand. Sungguhpun bukan di Malaysia, namun janganlah kita mengambil mudah tentang perkara seperti ini. Mungkin esok atau lusa, ianya akan menimpa pada kita. Tujuan kamezaim masukkan gambar-gambar ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, kamezaim cuma untuk jadikan ianya satu iktibar dan renungan buat kita semua. kerana, mungkin ada sesetengah blogger yang lain ada mendapat e-mail ini dan ada juga yang tak dapat dan tak pernah tahu tentang kejadian ini.

Awasilah anak-anak anda dan juga awasilah diri anda. Sungguhpun malang itu tidak berbau namun tidak salah sekiranya kita mengambil langkah berhati-hati. kerana mencegah lebih baik dari mengubati. Sebagai seorang yang beragama Islam, dah tentu kita tahu bukan bahawa anjing itu haram bagi kita. Sungguhpun kita tidak mencari anjing namun tak semestinya anjing tidak mencari kita.hehe Anjing seperti peluru, kerana peluru tidak pernah kenal siapa mangsanya. begitu juga dengan anjing, siapa dia rasa nak gigit, dia akan gigit..

Andai kanak-kanak yang tidak berdosa diatas adalah beragama Islam, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepadanya. Moga rohnya ditempatkan diantara golongan-golongan orang yang beriman..

Marilah kita renungkan bersama..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

12 September 2008

Sekejam - Kejam Manusia..







Assalamualaikum,
Kamezaim pun tak tahu apa lagi nak kata setelah melihat gambar ini. Kecewa, sedih dan sebagainya setelah melihat betapa kejam sekejam-kejamnya manusia terhadap manusia yang lain. Mengapa semua ini harus terjadi sedangkan kita menumpang di dunia yang sama. Berpijak pada bumi yang nyata, berbumbungkan langit yang cantik tapi mengapa ianya harus terjadi. Dimanakah akal dan fikiran yang dikurniakan kepada setiap manusia untuk menilai yang mana baik dan buruk, yang mana intan dan kaca, yang mana dosa dan pahala..

Salahkah kalau kita mencipta perpaduan biarpun berbeza pada warna kulit dan Agama? Mengapa kita harus membunuh sesama sendiri? Mengapa harus kita biar rasa dengki dan sakit hati wujud dalam diri kita? Biarlah kita berdiri sama tinggi, duduk biarlah sama rendah. Agar kita mampu mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup kita sebagai rakyat Malaysia. Apapun, kamezaim ingin mohon maaf andai gambar-gambar di atas agak keterlaluan. Kamezaim masukkan gambar-gambar tersebut hanyalah semata-mata untuk menjadi renungan dan pedoman buat kita sebagai manusia yang menumpang disudut dunia ini...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

04 August 2008

Hati-Hati Ketika Bekerja













Hati-hatilah anda ketika bekerja,sentiasa berwaspada kerana sesungguhnya malang itu tidak mengenal masa dan waktu.Lalai sesaat,menyesal seumur hidup anda.Tumpukan perhatian anda ketika melakukan sesuatu tugas yang berisiko tinggi.Lupakan sebentar perkara-perkara yang lain.Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

02 August 2008

Apakah dosanya?


Apa sudah jadi? Adakah kerana kekurangan makanan hingga terpaksa mengorbankan seorang kanak-kanak yang tidak berdosa. Sudah tiada pilihan lain lagi kah selain dari mengorbankan satu nyawa manusia hanya kerana kepentingan diri sendiri..

Mari kita fikirkan..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP