Showing posts with label Cuti-Cuti Kamezaim. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Kamezaim. Show all posts

29 December 2012

Salam Tahun Baru..

Assalamualaikum...

Apa khabar semua teman2 kamezaim di sini?. Harap semuanya sihat senantiasa. Kamezaim pun dah tak ingat bila kali terakhir kamezaim update blog ni.. hehe Makin lama makin pudar minat pada berblog tapi sayang pada blog ni tetap ada.. huhu

Apapun, di kesempatan ini kamezaim ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua teman2 kamezaim di sini. Semoga dengan hadirnya tahun baru ini, apa yang dihajati sebelum ini telahpun tercapai. Sepanjang tahun 2012 ini pasti banyak kenangan suka-duka yang tak mungkin kita dapat lupakan. Yang pahit menjadi pengajaran, yang manis menjadi kenangan dan derita menjadi pengalaman.

Mungkin hari ini kita derita, mungkin hari ini kita susah tapi siapa tahu esok hari. Mungkin yang miskin menjadi kaya, yang kaya menjadi papa kedana. Apa yang penting ialah, bila kita senang jangan kita lupa tatkala kita susah. 

Dulu seorang kini berdua, esok lusa mungkin bertiga.. Semuanya di tangan takdir. Kita hanya berusaha namun Allah yang menentukan. Semoga berakhirnya 2012 dengan penuh kenangan dan pengertian. Azam 2012 sudah terlaksana ke??.. hehe

Apakan azam 2013 anda?. Azam 2013 kamezaim adalah menjadi yang terbaik daripada sekarang. Semoga 2013 yang bakal tiba ini kan lebih bermakna dalam hidup kita.

Anyway, kamezaim ingin memohon maaf andai ada salah dan silap. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah S.W.T... amin.

Wassalam..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

27 September 2009

Memori Menjelang Aidilfitri..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, raya aidilfitri tahun ini semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Bersyukur kamezaim kerana akhirnya terubat jua kerinduan yang telah sekian lama membekam di hati ini terhadap ayahnda kamezaim. Kamezaim mula bertolak ke kampung pada hari khamis pukul 9:00 PM. Sampai di kampung pada pukul 3:00 AM. Ketika menyusuri jalan ke rumah, terasa sunyi dan syahdunya. Sudah tiada lagi kemeriahan syawal seperti tahun-tahun sebelumnya. Segalanya sudah berubah. Kerana terlalu letih, setibanya di rumah terus kamezaim tidur. hehe Masa tu ayahnda kamezaim tiada di rumah, dia terpaksa bekerja.

Dekat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat kamezaim ambil untuk di jadikan kenang-kenangan.

"Ini adalah Ayahnda kamezaim"



"Ini pula adalah anak dara pinggitan. Kuikuikui..
Kalau dia baca mampus kamezaim.. hehe
Ini adalah kakak kamezaim yang nombor 2.
Masih single but still available. hehe"




"Ini anak buah kamezaim. Anak dari kakak kamezaim
yang nombor 1. Nama dia Husna. Yang dok tidur tu maaf ye,
gambar terlekat sekali.. haha"










"Ini anak buah kamezaim juga, nama dia Zarif Ikhwan.
Anak abang kamezaim yang nombor 4.."


"Ini anak buah kamezaim yang lagi satu.
Sebelah kiri tu Husna yang tadi dan yang sebelah kanan tu
adalah abang dia. Nama dia Afnan.
Anak buah kamezaim yang paling degil sekali!!.."





"Yang ini pulak macam mana nak citer ye..?? hehe
Ni semua keluarga sebelah sepupu kamezaim.
Ayah diorang ni adik kepada arwah mak kamezaim.
Yang baju merah dan yang tudung merah tu belum kahwin lagi.
Sesiapa yang nak mengorat, silalah.. hehe"





"Dan yang ini pula gambar di ambil ketika
tetamu datang ke rumah untuk beraya di pagi syawal.."




"Ini adalah video yang dirakam oleh kamezaim. Video ini pada asalnya adalah untuk menceritakan bagaimana cara untuk membuat ketupat. Tapi akhirnya semua sekali terlekat dalam video ini. hehe"



> Barisan Pelakon <

Zanariah (Kakcik) - Tukang Balut Ketupat.
............... (Bang E) - Juri Balut Ketupat.
Zarina (Kakna) - Tukang Mesin Nyok (Kelapa).
Zakaria (Abah) - Juri Masakan.
Noraziah (Kak Azie) - Pengasuh Sementara.
Husna & Afnan - Pembantu Jurukamera.
Zarif Ikhwan - Pelakon Tambahan.




* Al-Fatihah buat bonda kamezaim yang telah kembali ke rahmatullah pada 02 September 2007. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Walau hari-hari mendatang ku tempuhi hidup ini tanpa dirimu, terpaksa jua ku mengharunginya. Siapalah aku untuk melawan takdir yang sudah tertulis. Sesungguhnya aku redha tatkala ku kehilangan sebutir permata yang selama ini sentiasa menyinari di setiap langkah perjalanan hidupku. Bonda, kaulah ibuku yang satu..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

12 June 2008

Sehari Di Taman Rekreasi Gua Kelam






















Inilah Gua Kelam yang terletak di Negeri Perlis.Perjalanan dari Kangar ke Gua Kelam mengambil masa dalam 1 jam jika dalam kelajuan yang biasa.Bagi yang kali pertama menjejak kaki ke Negeri Perlis,mungkin agak sukar untuk mengenal pasti kedudukan strategik di mana Gua Kelam tersebut berada.Jika hanya berpandukan papan kenyataan,mungkin anda akan sesat di tengah perjalanan.Untuk sampai ke sana,anda harus melalui kawasan hutan,bukit dan juga perkampungan cina.Tapi tidaklah setanding latihan asas komando.

Awasilah anak anda,Gua Kelam amat dekat dengan sempadan Thailand.Lalai sesaat,menyesal seumur hidup.Tapi jika anda sampai di sini,saya yakin anda juga akan terpegun melihat keindahan alam ciptaan Allah ini..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 May 2008

Perlis Indera Kayangan

Mahkamah Kangar

Hari ni kita menuju ke negeri Perlis indera kayangan di mana negeri kelahiran kamezaim.Negeri perlis adalah negeri yang terletak di utara semenanjung.Negeri yang tidak seberapa besar seperti negeri-negeri yang lain.Walaupun negerinya kecil tapi banyak tempat-tempat yang menarik yang boleh kita kunjungi.Contohnya tempat yang menarik di sekitar negeri perlis adalah :
  1. Padang Besar
  2. Wang Kelian
  3. Gua Kelam
  4. Ampang Tasoh
  5. Tasik Melati
  6. Kuala Perlis
  7. Hutan Lipur Bukit Air
  8. Taman Ular
Padang Besar adalah tempat di mana kita boleh membeli-belah sama ada barang dari Malaysia atau dari Thailand.Barang-barang yang di jual agak murah tapi kurang kualitinya.Banyak barang-barang tiruan yang di bawa masuk dari Negara Thailand.Tapi tidak semua barang-barang yang di jual di sana tidak berkualiti.Pandai-pandailah kita menilainya.

Wang Kelian juga tempat membeli-belah seperti padang besar malah lebih murah dari barang-barang yang di jual di Padang Besar.Tapi untuk pergi ke sana memerlukan pemandu yang berkualiti dan berhemah.Saya sarankan agar lelaki yang memandu kereta ke sana.Jalan yang hendak menuju ke sana agar sukar malah mencabar.Menaiki dan menuruni bukit di dalam keadaan jalan bengkang-bengkok yang tajam yang agak membahaya.Pernah terjadinya kemalangan membabitkan bas sekolah yang membawa palancong terjunam ke dalam gaung.Apa yang terjadi pada mereka,agak sukar untuk saya nyatakan di sini.Setelah anda sampai ke wang kelian,anda perlu meletak kenderaan anda di tempat yang telah di sediakan.Kemudian anda harus berjalan kaki sejauh 1 kilometer untuk sampai ke tengah-tengah kawasan wang kelian.Dengan keadaan orang yang ramai,awasilah barang berharga dan juga anak anda.(Sempadan Malaysia / Thailand)

Gua Kelam pula tempat bagi mereka yang cintakan alam flora dan fauna.Kawasan yang tenang dan mendamaikan jiwa anda.Kedengaran bunyi burung dan air terjun pasti menaikkan semangat anda untuk menerokai apa yang tersirat di sebalik gua kelam.Anda harus melalui jambatan yang di buat di dalam gua untuk sampai ke sebelah sana gua kelam.Di dalam sana anda akan dapat melihat betapa besarnya keagungan Allah.

Ampang Tasoh adalah sebuah empangan di mana telah di ubah suai menjadi kawasan rehat.Di persisiran empangan itu,telah di sediakan kerusi-kerusi,laluan penjalan kaki dan juga tempat menjamu selera.

Tasik Melati adalah tempat rekreasi di mana di sediakan tempat permainan untuk kanak-kanak,tempat bersenam,tempat untuk menghabiskan masa lapang bersama keluarga tersayang.Dan juga tempat remaja memadu kasih dan bercumbu rayu..hehehe terdapat juga bot pusing atau sampan kayuh di mana kita boleh menggunakanya untuk mengellingi sekitar tasik melati.

Kuala Perlis adalah kawasan yang terletak berhampiran dengan pantai.Nama saja pantai tapi tak boleh mandi.Kalau anda ingin ke Pulau Langkawi,anda boleh menaiki bot dari jeti kuala perlis.Masa yang paling menarik ketika berada di kuala perlis adalah ketika matahari semakin terbenam.Anda akan dapat melihat betapa indahnya dunia ini di sudut mata anda.Melihat anak-anak muda sedang menabur janji dan mengukir cinta terhadap pasangannya.Melihat burung-burung terbang berpasangan kembali ke sarang..

Hutan Lipur Bukit Air adalah tempat di mana anda boleh merehatkan badan anda di dalam air yang datang dari tengah bukit.Kesejukan airnya terlalu sukar kamezaim menggambarkannya.Kalau anda nak tahu,cubalah sendiri..Mempunyai air terjun yang tidak seberapa tinggi tapi menyeronokkan.Di sinilah ramai yang membuat keje part-time sebagai kaki skodeng tidak bertauliah.hehehe Awas gerak-geri anda sedang di perhatikan oleh mat-mat skodeng..Untuk pengetahuan anda,mat-mat skodeng ni tidak mengira julat umur dan status anda.Lalai sesaat,menyesal seumur hidup anda.

Taman Ular adalah tempat di mana kita boleh melihat pelbagai jenis ular.Dah nama pun taman ular,mestilah ada ular.Tak kan ada burung kot..hehehe Apalah kamezaim ni.Tapi taman ular ni istimewa sedikit sebab dia bukan sahaja memperuntukkan ular semata-mata,malah terdapat banyak lagi spesis haiwan yang berbisa selain ular.Cuma kita sahaja yang tidak tahu bahawa ianya berbisa..hehehe



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP